You are on page 1of 17

(a) Bagaimanakah guru mampu meningkatkan profesionalisme diri dan

mencari serta meneroka amalan terbaik dalam pengajaran dan


pembelajaran selaras dengan amalan refleksi?

“ As teachers we must believe in change, we must know it is possible,or we


wouldn’t be teaching- because education is a constant process of change.
Every single time you “teach” something to someone, it is ingested,
something is done with it, and new human being emerges”
( Leo Buscaglia)
Pendahuluan
Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai
penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka.
Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namum,
sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam
pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang
yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada
seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa
melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan
sebarang ganjaran ( 1990: 67).

Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya


pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu
yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di
sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai
kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka.
Justeru itu, guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing.
Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran
profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ia suatu proses
di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen
mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran; mereka
menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran

1
serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran. (Day,1999).
Salah satu dimensi profesionalisme ialah kerelaan untuk melanjutkan
pemahaman mereka terhadap pengajaran dan menghalusi kesenian mereka.

Seorang guru yang cemerlang harus meneruskan pendidikannya sepanjang


hayat kerana faktor pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan. Istilah-
istilah baru, kaedah pengajaran-pembelajaran yang terkini, teknik-teknik
pengajaran, inovasi dan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah
beberapa contoh perubahan yang signifikan dalam pendidikan.

Strategi-Strategi Peningkatan Profesionalisme Diri Selaras dengan


Amalan Refleksi
Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke
arah kemajuan sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu meningkatkan
profesionalisme diri untuk seiring dengan ledakan maklumat terkini. Antara
strategi yang membolehkan peningkatan profesionalisme diri termasuk
melibatkan diri dalam latihan dalaman , kursus pendek kelolaan maktab, sistem
pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan portfolio
pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme berterusan,
perkembangan professional on-line,dan aktiviti Pusat Kegiatan Guru.

Peningkatan Profesionalisme melalui Latihan Dalam Perkhidmatan


Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran
dalam mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar
guru-guru dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat
mempertingkatkan dan memperkukuhkan profesional diri selain
mengembangkan potensi insan ke tahap yang diingini. Sebagai guru, kita
mampu memperkukuhkan kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar
dengan melanjutkan pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan
mengembangkan kemahiran-kemahiran serta memperjelaskan nilai-nilai
professional kita.

2
Guru yang berpandangan progresif mampu memperkayakan diri dengan
pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaran-pembelajaran baru
melalui Kursus Pendek Kelolaan Maktab(KPKM). Berkaitan dengan ini, guru
yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk
sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperolehi pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran input-input yang baru seperti
pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi kepada guru
akan meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran.

Amalan Refleksi dan Penulisan Reflektif ke arah peningkatan


profesionalisme guru

Amalan refleksi dapat memperkayakan diri dan merangsang amalan


professional. Ia bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang
mengakibatkan tindakan tentang konteks pengajaran. Refleksi yang
dikemukakan oleh Dewey (1993) menjadi batu asas dalam mengkaji proses
kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan
pembelajaran. Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap dan
kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan untuk menerima tanggungjawab untuk
membuat keputusan dan mengambil tindakan.

Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang


kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian
serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Antara strategi
yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka
ialah penulisan jurnal/reflektif. Ia sebagai jentera untuk mereflek secara
sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Kajian menunjukkan aktiviti ini
merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan

3
penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan
pembelajaran ( Zeichner & Liston, 1987; Bolin, 1988; Richert,1990)

Dalam penulisan reflektif, Schon membezakan proses pemikiran kepada refleksi


semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan
permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas
tindakan di mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis
situasi sebelum merancang tindakan susulan. Kedua-dua refleksi semasa
tindakan dan refleksi ke atas tindakan dapat membantu guru berkembang diri
dalam bidang profesionalnya.

Penulisan merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan


perkembangan professional dan pemikiran baru dirangsangkan dan melalui
perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan
dipertikaikan dan diperkembangkan. Penulisan reflektif menggambarkan secara
keseluruhan satu pola pemikiran yang beralih dari refleksi teknikal ke tahap
refleksi kritikal. Dalam pada itu, refleksi mempunyai nilai-nilai peribadi di mana ia
membawa kepada kepuasan intrinsik apabila guru dapat menganalisis sesuatu
situasi atau pengalaman dengan sebaik mungkin dan membentuk satu
pandangan secara logik.

Portfolio Pengajaran trenda mengenai pengajaran dan refleksi


Berkait rapat dengan penulisan reflektif ialah pembentukan portfolio pengajaran
sebagai cara guru meningkatkan profesionalisme diri. Portfolio pengajaran yang
mengandungi koleksi bahan-bahan seperti artifek dan penulisan reflektif dapat
memperkukuhkan perkembangan diri guru. Ia menggambarkan kemahiran-
kemahiran, pengetahuan dan falsafah pengajaran peribadi seseorang itu.

Portfolio pengajaran memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta
meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya. Ini kerana proses

4
perkembangan portfolio secara berterusan memberi peluang guru membuat
refleksi tentang perkembangan dan perubahan pelajarnya sepanjang masa.

Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajaran sendiri, sudah tentu amalan
penelitian pengajaran sendiri meletus penilaian kendiri terhadap
tanggungjawabnya. Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji dan
diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah.

Portfolio membantu guru mendokumentasi dan menerangkan tindakan mereka;


membuktikan pengetahuan professional mereka dan membuat refleksi tentang
apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan (Loughran &
Corrigan, 1994,1995; Seldin, 1997) Dengan mengimbas balik pengalaman-
pengalaman lepas dalam portfolio, ia menggalakkan mereka mengenal pasti
halangan-halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan memikirkan
penyelesaian. Guru boleh mengubahsuai atau mengubah teknik pengajaran
untuk mencapai matlamat. Portfolio pengajaran dan refleksi membantu
perkembangan pemahaman masalah yang dihadapi kerana proses refleksi
memandu arah untuk meneroka idea-idea dari sumber- sumber lain. Pada
hakikatnya, portfolio pengajaran digunakan sebagai satu cara dokumentasi
professional dan refleksi peribadi (Seldin, 1997). Proses membina portfolio
merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti pengajaran, keberkesanan
strategi-strategi pengajaran dan merancang pendekatan baru atau teknik-teknik
untuk masa akan datang. Maka, portfolio pengajaran dapat membekalkan satu
pangkalan data pengetahuan professional dan perkembangan diri yang
bermakna dan komprehensif di kalangan warga guru.

Penyelidikan Tindakan amalan profesionalisme yang efektif


Satu lagi strategi guru mampu meningkatkan profesionalisme diri ialah
menjalankan penyelidikan tindakan tentang semua aspek yang berkaitan
dengan pengajaran. Idea-idea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam
pengajaran perlu diterokai. Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan

5
wajib dipupuk di kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan
profesionalisme diri serta bertindak secara professional.

Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan peribadi


yang memerlukan suatu kesedaran tinggi tentang “ what’s going on”, “why things
are happening that way” dan “ how are we going to resolve the problem”
Kesedaran tentang keputusan pedagogi dan tindakan hanya boleh dibentuk
dengan penilaian kritikal melalui dialog reflektif, dokumentasi dan tindakan. Dan
di sinilah penyelidikan tindakan menyediakan cara untuk membolehkan proses
tersebut berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar
menjadikan profesion keguruan “ a research-based profesion” iaitu profesion
yang berasaskan kajian dan amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik
dan bukan pendapat.

Amalan konsep “Belajar Seumur Hidup”


Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep “ belajar seumur
hidup”. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan
memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap
bidang. Ia menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi
kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran .

Guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur
hidup. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya
dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) kini, dan
sebagai guru, kita harus mempertajamkan kemahiran mengajar melalui ICT
meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih
berpengalaman.Satu langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme
diri ialah membuat jaringan/ networking dengan guru-guru di negara lain sebagai
mencerminkan imej pengantarabangsa.

6
Program secara on-line merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru
boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran
secara on-line. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Inggeris
memperkembangkan profesionalisme diri melalui internet adalah menggalakkan.
Antara contoh ialah VirTEC ( Virtual Teacher Education Center) yang dibina dan
menjadi satu landasan untuk merangsang guru dalam perkembangan
professional guru Bahasa Inggeris ( Mohamad Amin Embi et al, 2001).

Sistem Pementoran sebagai cara peningkatan diri


Satu pendekatan untuk mempertingkatkan tahap professional diri guru ialah
sistem pementoran di sekolah-sekolah. Guru boleh mengadakan perbincangan
intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan baru,
teknik-teknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti pembinaan item
soalan. Melalui sistem pementoran ini, setiap guru akan mempunyai seorang
atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberi bimbingan
berterusan dan meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Mengikut
Anderson (1987), pementoran merujuk kepada :
“ a nurturing process in which a more skilled or more experienced
person, serving as a role model, teaches, sponsors, encourages,
counsels and befriends a less skilled or less experienced person
for the purpose of promoting the latter’s professional and/or personal
development.”

Berdasarkan definisi di atas, ia membawa implikasi bahawa berlakunya proses


perkembangan di mana orang yang mengasuh mampu untuk mengenalpasti
kebolehan, pengalaman dan kematangan psikologikal seseorang yang sedang
diasuh dan boleh memberi aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada
peningkatan profesionlismenya.

Diskusi di Pusat Kegiatan Guru


Akhir sekali, guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan
perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk
membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar

7
topik-topik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator
yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Dengan cara ini, guru akan dapat
menambahkan ilmu, ketrampilan dan berkongsi pengalaman bagaimana hendak
memilih strategi terbaik untuk menyertai masalah pengajaran dan pembelajaran
sesuatu mata pelajaran seperti yang dinyatakan oleh Fullan & Hargreaves(1993)
bahawa guru perlukan “ interactive professionalism”

Penutup
Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru
merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat
refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran –pembelajaran.
Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan,
ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia.
Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era
teknologi dan globalisasi.

8
(b) Bagaimanakah peningkatan kualiti guru boleh meningkatkan martabat
profesion keguruan?

Pendahuluan
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini
memasuki satu lagi era baru. Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu
kepada penyampai ilmu. Berbandingkan sistem pendidikan kini, guru lebih
banyak berperanan sebagai fasilitator yang seharusnya lebih bersedia dan peka
dalam melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan
berkesan.

Guru dalam alaf baru seharusnya berprofesional dan mempunyai ciri-ciri yang
digambarkan dalam Rajah 1 berikut.

Guru yang berwibawa

Sahsiah
 Bertaqwa
 Berakhlak
 Berperibadi mulia
 Mempunyai komitmen
 Bersopan santun
 Bersikap positif
 Berkebolehan memimpin
 Mengamalkan budaya ilmu

Ketrampilan Ilmu
 Merancang Pengajaran  Isi kandungan mata
pembelajaran (PP) pelajaran
 Mengurus PP  Pengetahuan Kandungan
 Memilih Strategi PP Pedagogi
 Merangsang PP  Bahan
 Kemahiran Teknologi  Kaedah
 Kemahiran generic  teknologi
 Kemahiran Kaunseling
 Menilai PP

Rajah 1 : Model Guru yang Profesional ( petik daripada Mohamad Sani, 1998)

9
Berdasarkan Rajah 1, boleh dirumuskan bahawa kualiti guru yang diinginkan
adalah guru yang berilmu dalam pengetahuan kandungan, mempunyai
kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran pembelajaran iaitu
pengetahuan kandungan pedagogi dan mempunyai sahsiah yang boleh menjadi
teladan kepada pelajar.

Peningkatan kualiti ke arah memartabatkan profesion keguruan


Dalam alaf baru ini, banyak perubahan dalam pelbagai aspek pasti mengubah
arena pendidikan. Oleh itu, guru perlu mengubah paradigma selari dengan
usaha untuk memenuhi kehendak masyarakat kini. Guru harus meningkatkan
kualiti pengajaran dengan mengamalkan konsep belajar seumur hidup untuk
mengemas kini pengetahuan, pedagogi yang terkini, inovasi-inovasi dalam
teknologi dan teori-teori psikologi yang boleh diguna pakai untuk generasi kini.

Memartabatkan profesion keguruan adalah usaha untuk menyemarakkan


kembali profesion ini yang kian hilang kewibawaannya. Walau pun mesej agak
mudah tetapi adalah tidak mudah untuk dilaksanakan kerana ianya memerlukan
keperihatinan dan tanggungjawab semua pihak. Antara strategi yang dapat
membantu proses ini ialah pemerliharaan status guru sebagai profesional yang
mempunyai ciri-ciri tersenarai dalam Rajah 1 dan seterusnya meningkatkan
kualiti guru dan kewibawaannya dalam ketiga –tiga komponen tersebut.

Mengikut Ibrahim Bajunid, martabat guru dilihat daripada pelbagai aspek seperti
agama, budaya, politik, ekonomi, keilmuan dari sudut kaca bilik darjah, sekolah,
institut, daerah, negara dan serantau. Ini bermaksud semua pihak harus
bertanggungjawab untuk meningkatkan maruah/ martabat profesion keguruan.
Peningkatan kualiti guru diharap dapat memartabatkan profesion keguruan ke
arah merealisasikan matlamat pendidikan negara bertaraf dunia. Antara
matlamat pendidikan yang perlu direalisasikan oleh guru yang berkualiti demi
memartabatkan profesion termasuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia

10
dan bersatu padu; melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia,
berketrampilan dan sejahtera; menyediakan sumber tenaga manusia untuk
keperluan kemajuan negara dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada
semua warganegara Malaysia.

Guru berilmu dan berkemahiran meningkatkan martabat profesion


keguruan

Untuk memartabatkan profesion keguruan, guru pada asasnya perlu menguasai


ilmu atau pengetahuan kandungan terkini, pengetahuan kandungan pedagogi,
pedagogi bestari dan sebagainya. Peningkatan dalam profesionalisme diri
melalui pelbagai strategi seperti menghadiri kursus, diskusi intelektual,
penyelidikan tindakan , pengaksesan internet dan pembacaan secara on-line
akan membekalkan guru yang berjiwa positif dengan keilmuan dan ketrampilan
tinggi untuk melaksanakan tugas mereka. Aspek-aspek seperti ketepatan masa
memasuki bilik darjah, membimbing pelajar sebaik-baiknya, mengolah dan
memudahkan kurikulum yang disediakan serta mengajar dengan meneroka
pendekatan /kaedah yang terbaru seperti pengajaran berbantukan komputer dan
kaedah-kaedah kolaboratif dan koperatif. Di samping itu, guru yang
meningkatkan profesionalisme diri dengan pemerolehan pengetahuan dan
kemahiran ilmu pendidikan seperti psikologi pendidikan, pedagogi, sosiologi
pendidikan, teknologi pendidikan dan penilaian dapat mencari alternatif untuk
membantu pelajar belajar secara berkesan. Untuk keberkesanan pengajaran,
guru juga boleh menggunakan komputer dalam pembelajaran, akses kendiri, dan
cara pengolahan penulisan hasil daripada pembacaan input-input on-line. Kualiti
pengajaran yang meningkat akan membawa implikasi baik terhadap profesion
keguruan dan masyarakat seterusnya menghormati kewibawaan guru. Adakah
semua guru dapat melakukan ini?

Di samping itu, guru hendaklah mengambil kesempatan menggunakan


sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan sepenuhnya bagi
meningkatkan kualiti pengajaran dan memartabatkan profesion keguruan.

11
Melalui kemudahan ini, guru dapat berbincang perkara-perkara yang berkaitan
dengan akademik bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Persoalan adalah sama ada semua guru mengambil kesempatan dalam perkara
ini?

Pengetahuan kokurikulum ke arah pembentukan guru berkualiti


Aspek ko-kurikulum harus diberi perhatian untuk membentuk pelajar yang
seimbang dan berkembang secara fizikal juga serta berguna pada masa
hadapan. Guru harus mengetahui tentang organisasi aktiviti ko-kurikulum agar
dapat mencorak pelajar yang baik dari segi sahsiah dan kesihatan serta
menjauhkan diri daripada gejala-gejala sosial yang tidak diingini. Maka adalah
tanggungjawab kita sebagai guru untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan
pengurusan ko kurikulum agar dapat mencorak insan yang berguna dan
seterusnya memartabatkan profesion kita.

Guru alaf baru dan peranan sebagai role model demi memartabatkan
profesion

Guru dalam alaf baru perlu membina budaya ilmu dengan melengkapi diri
dengan pengetahuan baru, teknologi dan pengkomputeran, berkemahiran berfikir
dan pemikiran konstruktif, berkebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum
yang luwes. Di samping itu, guru harus memperolehi kemahiran mengurus
emosi(EQ) dan menerap nilai-nilai murni/moral agar menjadi teladan kepada
pelajar.

Guru sebagai penggerak utama masyarakat dalam mendidik anak bangsa


menjadi warganegara yang berguna kepada negara. Sebagai role model, guru
berupaya dan berketrampilan supaya boleh diteladani dari segi kemapanan
sahsiah, keilmuan, ketekunan kerja serta mengamal nilai-nilai murni, berpegang
kepada profesional dalam mendidik dan membimbing generasi muda.

12
Guru sebagai seorang individu dan perkembangan profesionalisme guru adalah
berkait rapat dengan proses penyuburan diri dan ini mempengaruhi guru itu
sendiri. Perkembangan profesionalisme diri guru berkait rapat dengan putaran
hidup komitmen guru yang bergantung kepada umur guru dan kesan sikap
terhadap perubahan dan penambahbaikan. Pengalaman guru mungkin
menimbulkan sikap positif/ negatif terhadap perkembangan profesionalisme guru
selanjutnya. Guru perlu memotivasikan diri masing-masing untuk menunaikan
kewajipan dan tanggungjawab terhadap pelajar sebaik-baiknya.

Penghayatan etika kerja dalam pembentukan sikap demi profesion


keguruan

Di samping itu, guru hendaklah memahami, mematuhi dan menghayati etika


kerja bagi mencapai kualiti sepanjang masa serta kecemerlangan pendidikan
sepanjang usia. Guru harus menanam sikap positif dalam melaksanakan tugas
bagi mempertingkatkan kualiti kerja; meningkatkan disiplin diri untuk
menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang dan memberi sumbangan positif
yang berterusan kepada negara. Guru yang berada ditahap motivasi yang
tertinggi dan mempertahankan profesion akan berusaha merealisasikan
matlamat pendidikan.

Sebagai guru, kita mengamal prinsip etika kerja sepanjang masa untuk menjaga
kualiti kerja yang tinggi. Antara prinsip etika ialah menjalankan tugas dengan niat
yang betul seperti dituntut oleh agama dan selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penampilan diri yang dinamik, budaya saing supaya kualiti kerja menonjolkan
ciri-ciri kecemerlangan akan menjadi teladan kepada rakan sejawat. Ciri-ciri
sahsiah dari segi tekal dalam tanggapan, menepati janji, berdisiplin dan beradab
akan mewujudkan martabat dan kecemerlangan profesion keguruan. Antara
nilai-nilai utama dalam etika kerja guru yang perlu diikuti adalah amanah, benar,
bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas dan penyayang (Etika Kerja, Kementerian

13
Pendidikan: 8-15 ) Guru yang menjalankan tugas berdasarkan nilai-nilai utama
ini dapat memartabatkan profesion keguruan.

Selain itu, peranan guru dalam membentuk masyarakat madani yang


berteraskan keimanan dan moral di mana guru perlu mempunyai kemahiran
untuk memperkembangkan individu dari segi pemikiran, budaya, sosial,
ekonomi, alam sekitar dan teknologi. Justeru itu , guru harusnya dapat
membentuk sistem sosial yang cekap dan saksama dan mengamalkan akhlak
terpuji supaya dapat menjadi contoh teladan kepada pelajar, rakan sejawat dan
masyarakat amnya. Dengan kualiti guru yang beriman, bermoral dan berahlak
mulia, kewibawaan profesion keguruan terjamin dan disanjung tinggi.

Guru yang mempunyai etika kepimpinan yang baik seperti role model kepada
pelajar. Contoh yang baik akan mempengaruhi sikap dan pembawaan pelajar
dan ini meningkatkan rasa hormat para pelajar terhadap guru. Ini secara
langsungnya meningkatkan martabat guru di kaca mata masyarakat. Dengan ini,
guru yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dengan penuh
komitmen, berdisiplin sentiasa meninggikan imej profesion. Guru yang bersikap
positif dan sensitif terhadap persekitaran kerja, berfikiran terbuka, sedia
menerima teguran dan mengambil berat terhadap masalah pelajar dan rakan
sejawat dapat menjaga imej profesion keguruan. Peningkatan kualiti guru dari
segi guru berakhlak mulia, berbudi pekerti , berawakan baik dan sentiasa tenang
dan penuh kesabaran apabila menghadapi masalah dan cabaran, sentiasa
berusaha menimba ilmu pengetahuan akan meninggikan imej guru.

Guru perlu mempunyai keikhlasan dalam menjalankan tugas sebagai pengurus


ilmu dan penjelas nilai selaras dengan kehendak Rukun Negara dan tidak
bercanggah dengan etika kerja. Guru harus menjadi pemimpin teladan kepada
pelajar, ibu bapa dan masyarakat dengan memperlihatkan budi pekerti yang
tinggi, berketrampilan dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar.

14
Kesimpulan
Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Guru seharusnya
mengamalkan budaya membaca untuk menimba ilmu dan pengetahuan terkini,
menghadiri pelbagai latihan dalam perkhidmatan dan membuat refleksi tentang
diri, cabaran dan halatuju. Dengan peningkatan kualiti dari segi ilmu, kemahiran
dan mempunyai sikap yang positif serta dapat mengawal emosi (EQ), guru
dapat mengembalikan imej guru yang pada masa kini kian merosot. Namum
begitu, dalam apa jua usaha untuk meningkatkan martabat profesion keguruan,
sikap seseorang guru itulah yang menentukan sama ada guru tersebut ingin
berubah dan sedia menerima pengetahuan dan kemahiran terkini serta
menggunakannya dalam arena pendidikan. Proses ke arah meningkatkan
martabat profesion keguruan supaya diakui dan dihormati oleh masyarakat
bukanlah suatu yang mudah dan perlu semua guru mempunyai sikap positif
untuk memperkembangkan diri secara professional dan menghayati kod etika
keguruan sebagai panduan menjalankan tugas harian.

15
BIBLIOGRAFI

Boon,P.Y.(2002). Pelaksanaan Kerja Kursus Berportfolio di kalangan guru


praperkhidmatan. Disertasi Doktor Falsafah , Universiti Kebangsaan Malaysia.

Broadhead, P.Changing Practice, Feeling Good: Primary Professional


Development Explored . Journal of Education, Vol. 25, No 3

Day, C.(1999). Developing teachers: the challenges of lifelong learning.


London: Falmer Press.

Fullan,M & Hagreaves,A.(1993). Changes forces:probing the depth of


educational reform.London: The Falmer Press.

Hamid Fahmy Zarkasyi (1990). Pemikiran Al Ghazali Tentang Pendidikan.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kagan,D.M. (1992). Professional Growth Among Preservice and Beginning


Teachers. Review of Educational Research. 62(2): 129-169

Mohamad Sani Ibrahim.(2002). Perkembangan Profesionalisme Guru: Satu


Tuntutan dan Satu Kemestian UPSITEC2002: The Inaugural UPSI
international Teacher Education Conference. Renaissance Palm Garden,
Putrajaya,6-8 Mei

Richert,A.E. (1990). Teaching teachers to reflect: A consideration of programme


structure. Journal of Curriculum Studies.22:509 – 527

Robiah Sidin (2002). Konsep Guru Profesional. Dlm Prosiding Seminar


Kebangsaan Profesion Perguruan. Fakulti Pendidikan, UKM

Schon,D.A. (1983). The Reflective Practitioner: how professionals think in


action. New York :Basic Books

Seldin,P.(1997). Successful Use of the teaching portfolios. Bolton,MA:Anker


Publishing Company

Shulman ,L.S.(1987). Knowledge and Teaching. Foundations for a new reform.


Harvard Educational Review.57(1):1-22

Universiti Kebangsaan Malaysia.(2002). Prosiding Seminar Kebangsaan


Profesion Perguruan 2002, 3-4 Jun 2002, Residence Hotel,Uniten.

16
17

You might also like