You are on page 1of 9

I was so far from you

Yet to me you were always so close


I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about


All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You


I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you


I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Wahai Hawa…
Sedarkah engkau kita pernah dizalimi.. hak kita

dicerobohi.. kita ditanam sebelum mati.. tapi kini bila

rahmat Islam menyelubungi alam.. darjat engkau diangkat

tinggi bahkan mendapat tempat di sisi Rabbul Izzati…

Wahai Hawa…

Kenapa engkau tidak menghargai nikmat Iman dan Islam

yang dianugerahkannya itu?.. Kenapa mesti engkau kaku

dan tegar mematuhi perintah-Nya selalu?...

Wahai Hawa…

Tangan yang menggoncang buaian itu bisa menggoncang

dunia.. sedarlah Hawa kau bisa menggoncang dunia

dengan melahirkan manusia hebat.. Kau bisa mengejar

dunia dengan menjadi isteri yang mithali terhadap suami

yang sejati..

Tapi Hawa.. jangan sesekali kau menggoncang keimanan

lelaki.. Jangan Hawa.. Jangan sesekali menggoda kaum

Adam yang bukan suamimu.. Aku khuatir ia mengundang

kemurkaan dan kebencian ALLAH.. Lantas terbuka ruang

untuk syaitan mengeksploitasikan dirimu…

Hawa…

Andai engkau masih remaja.. jadilah dara yang solehah

buat kedua ibubapamu.. Andai engkau sudah bersuami..

jadilah ratu hati di sisi suamimu.. Andai engkau seorang

ibu, didiklah zuriatmu agar mentaati Tuhanmu yang

satu…

Hawa…

Andai engkau belum berkahwin.. ingatlah janji ALLAH


tuhan kita.. wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..

jangan menggadai maruahmu hanya semata-mata seorang

lelaki.. jangan memakai pakaian yang menampakkan

susuk tubuhmu kerana engkau bukan memancing hati

sang Adam.. tapi meransang nafsunya.. Jangan

memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan

muhrimmu kerana aku khuatir dari pandangan lalu

tersenyum, lantas mengucapkan salam, lalu bercakap-

cakap, kemudian berjanji, akhirnya bertemu. Melahirkan

nafsu kejahatan yang tidak mungkin berdiam diri…

Hawa...

Sedarlah bahawa lelaki yang baik tidak akan mengambil

kesempatan atasmu biar apa cara sekalipun.. lelaki yang

ideal tidak akan bermain cinta kerana dia hanya

mempercayai hakikat sebuah perkahwinan yang bahagia..

Oleh itu Hawa..

Jagalah pandanganmu.. jagalah pakaianmu.. jagalah

akhlakmu.. kuatkan pendirianmu.. dan bukalah mindamu!

Hawa...

Cintailah ALLAH di kala susah dan senang kerana kau

akan memperoleh cinta dari insan yang juga mencintai

diriNya.. Cintailah ibubapamu kerana redha ALLAH

terletak dalam genggaman keduanya.. .

Hawa...

Indah bukan pada zahirnya.. tapi terletak pada tutur

katamu.. terhampar pada pekerti.. tersentuh pada hati..


terserlah pada ilmu yang tinggi.. kerana sesungguhnya,

yang indah itu sukar dicari tanpa menilai dengan mata hati...

1. Adam

2. Idris (Enoch)

3. Nuh (Noah)

4. Hud

5. Soleh

6. Ibrahim

(Abraham)

7. Lut (Lot)

8. Ismail (Ishmael)

9. Ishaq (Isaac)

10. Yaqub (Jacob)

11. Yusuf (Joseph)

12. Ayub (Job)

13. Shuib (Jethro)

14. Musa (Moses)

15. Harun (Aaron)

16. Zulkifli

(Ezekiel)

17. Daud (David)

18. Sulaiman

(Solomon)

19. Ilyas (Elijah)

20. Ilyasa’ (Elisha)

21. Yunus (Jonah)

22. Zakaria
(Zacharias)

23. Yahya (John)

24. 'Isa (Jesus)

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk
menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas
untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu
bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti
dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih
sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk
Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil
menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman
dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan
kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke
dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Bermula daripada jari kelingking yang kecil

dan kerdil. Manusia akan bermula daripada

kecil kemudian besar dan terus membesar.


Itulah fitrah, apa sahaja yang dilakukan

mesti bermula daripada kecil. Kegagalan

mendidik di usia ini akan memberi kesan

yang besar pada masa hadapan.

Jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga

dengan usia remaja. Manisnya seperti jari

yang comel mulus ini. Awas!! Dibelenggu

dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan

kebenaran. Pada usia ini, anda sudah

baligh dan mukalaf. Pastinya sudah

dipertanggungjawabkan segala amalan di

hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Diperingkat

umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai kestabilan. Namun, anda

mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau"

yang datang menggoda. Jesteru itu, amal ibadah jangan dilupa!

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu
dan esanya ALLAH ketika solat. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah,

menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini,

hendaklah tampil sebagai model yang ideal kepada generasi baru.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi

menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.

Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.

Kalau dia ada,semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda,

rujuk dahulu kepada yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk

mereka anda teladani, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes"

sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas.

Peristiwa Pemecatan Sultan Abd. Hamid (Khalifah Thmaniah Terakhir) dan Bagaimana
Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah.

Friday, June 18, 2010 at 7:57am

Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid


( 1876 – 1909 )

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan
dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen
Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram
Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada
Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.
“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak
bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan
mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar
bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.

“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid
menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama
Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih
sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin
sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk
alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah
menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan
Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.
“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita
penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat
kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi.
Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik
beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku
tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan
mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan
yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan
tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh
keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya
dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi
Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan
Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah
ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya
boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung
besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam
diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang
lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk
semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani
Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil
dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda
mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam
bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum
mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan
anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan
Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.
Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat
berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus
menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana
Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah
sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan
Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan
itu.

Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid

You might also like