You are on page 1of 1

ISU SPM: PELAJAR MENJADI ARTIS/PELAJAR MENYERTAI PERTANDINGAN RATU CANTIK

SKOP: SEBAB-SEBAB

Isi 1 - Para pelajar ingin mencari glamor(daya tarikan yang istimewa)


Huraian - Bagi pelajar yang belasan tahun, perhatian daripada orang ramai dianggap penting dalam
kehidupan mereka.Mereka menganggap satu-satunya cara untuk mendapatkan prihatin daripada
masyarakat ialah penglibatan dalam dunia glamor seperti dunia artis atau dunia ratu cantik.Pada
anggapan mereka, golongan ini sentiasa mendapat pujaan dan sanjungan daripada masyarakat yang
meminati bidang-bidang ini.
Isi 2 - Para pelajar ingin mencari pendapatan tambahan/mencari kemewahan hidup.
Huraian - Pelajar-pelajar menyedari jika mereka berjaya menjadi terkenal sebagai artis atau ratu
cantik,peluang mereka untuk mendapatkan wang yang lumayan akan bertambah baik.Pada tanggapan
mereka,artis atau ratu cantik yang berjaya akan dapat menikmati kemewahan hidup kerana mereka akan
didampingi oleh orang kaya.
Isi 3 - Kelonggaran kawalan ibu bapa.
Huraian - Mana-mana institusi keluarga yang dilanda masalah seperti perceraian,pergaduhan,kewangan
dll. akan melahirkan anak-anak yang terabai.Kelonggaran kawalan ibu bapa menyebabkan para pelajar
bebas memilih haluan hidup mereka.Tidak haitanlah ada yang berkecimpung dalam dunia hiburan iaitu
menjadi artis.Malahan,ada segelintir ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka untuk bergiat dalam
bidang ini.
Isi 4 - Para pelajar tercicir dalam pelajaran.
Huraian - Golongan pelajar yang lembap atau diabaikan oleh guru-guru biasanya akan menunjukkan
minat dalam dunia artis atau ratu cantik.Mereka menganggap sudah wujud alternatif(pilihan) dalam masa
depan mereka iaitu mereka juga boleh menyerlah seperti pelajar-pelajar lain dengan menceburi dunia
hiburan.
Isi 5 - Kementerian Pendidikan tidak ada kuasa untuk menghalang penglibatan pelajar dalam hal ini.
Huraian - Setakat ini, belum ada undang-undang yang menyekat penyertaan pelajar dalam hal
ini.Dengan demikian,para pelajar telah mengeksploitasi kelonggaran peraturan ini dengan sebaik-
baiknya.

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL SINDROM INI

Isi 1 - PIBG (Persatuan Ibu Bapa Dan Guru) di setiap sekolah berbincang tentang isu ini untuk mencari
jalan penyelesaian.
Huraian - Isu yang dibincang ialah ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka untuk melibatkan diri
dalam dunia artis harus memastikan anak-anak mereka tidak melakukan sesuatu yang menodai nama baik
sekolah.Jika pelajar berbuat demikian,kuasa harus ada pada sekolah untuk membuang pelajar itu dari
sekolah.Ketegasan PIBG dalam hal ini boleh sekurang-kurangnya mengawal perebakan sindrom ini .
Isi 2 - Artis mengadakan ‘Kempen Artis Perlu Berilmu”.
Huraian - Sheila Majid merupakan salah seorang artis yang menekankan betapa pentingnya ilmu untuk
menjadi artis.Artis berilmu bermakna ada pengetahuan dalam bidang seni,akademik dan pengetahuan
am.Sekiranya semua artis menyeru anak-anak muda untuk mementingkan ilmu sebelum berkecimpung
dalam dunia filem,gejala pelajar menjadi artis akan berkurang.
Isi 3 - Pihak Kementerian Pendidikan harus mengadakan peraturan tertentu untuk membendung
penglibatan pelajar dalam gejala ini.
Huraian - Remaja harus dipaksa melalui penguatkuasaan undang-undang supaya mengikuti pendidikan
formal sekurang-kurangnya sehingga peringkat SPM.Namun demkian,artis boleh bergiat separa masa
ketika masih belajar.
Isi 4 - Guru-guru memberi nasihat dan didikan moral kepada para pelajar.
Huraian - Guru bagaikan ibu bapa kedua kepada para pelajar juga harus menerangkan kemudaratan
pelajar yang berkecimpung dalam dunia seni atau menyertai pertandingan ratu cantik. Pelajaran akan
terjejas. Gejala ponteng sekolah bertambah.
Artis o4.doc

You might also like