You are on page 1of 9

Viviansih/No.

7/Tugasan individu/Kumpulan 8/Kursus Induksi 1/2006/KK,Sabah/8-22 Sept 2006

Soalan 7 :
Malaysia adalah sebuah Negara yang bermaruah, beridentiti kukuh dan
disegani oleh masyarakat lain. Huraikan dasar-dasar yang menyokong
kenyataan ini.

Pengenalan :

Bangsa Malaysia merupakan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan

agama. Masyarakat global amat mengagumi perpaduan dan persefahaman yang

terjalin dalam masyarakat Malaysia. Keamanan dan kesejahteraan di Malaysia

membolehkan masyarakatnya menjana kepesatan pembangunan ekonomi

samaada dalam bidang perindustrian, pertanian dan pertahanan.

Hal ini menyebabkan warga Malaysia berpeluang untuk menempah banyak

kejayaan besar sehingga Malaysia kini telahpun dikenali dan disegani di segenap

rantau Asia. Martabat bangsa Malaysia juga dipandang tinggi. Pembentukan

perpaduan di Malaysia bukannnya mudah kerana kerajaan telah menyediakan

pelbagai dasar yang penting sebagai usaha untuk membentuk sebuah masyarakat

yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani. Antara dasar-dasar yang sesuai

dalam membentuk ciri-ciri yang tersenarai di atas ialah :

1. Dasar Kebudayaan Kebangsaan :

Kebudayaaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Selain itu, kebudayaan

juga berperanan penting dalam proses pembangunan Negara di Malaysia kerana

keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah

meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi dan dan politik.

Hal ini tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan

masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah Negara yang

-1-
Viviansih/No.7/Tugasan individu/Kumpulan 8/Kursus Induksi 1/2006/KK,Sabah/8-22 Sept 2006

mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan

kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat

melahirkan cara hidup yang bersifat sejagat. Perancangan kebudayaan ini harus

menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan

ketahanan Negara.

Penggubalan ini dibuat selepas mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan

sejarah serantau dan kedudukan Negara sebagai sebuah pusat pertemuan serta

pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang yang lampau. Sebagai

satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan

terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan

sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang melambangkan penerimaan

gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan tahun 1971. Tiga prinsip tersebut

ialah :

i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini yang

merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei,

Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik. Kebudayaan

serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan dalam bidang

bahasa berasaskan keluarga bahasa Melayu – Austronesia, kedudukan

geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai

keperibadiannya. Kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada

Kebudayaan Kebangsaan.

ii) Penerapan unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar

boleh diterima sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah

melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Dengan

-2-
Viviansih/No.7/Tugasan individu/Kumpulan 8/Kursus Induksi 1/2006/KK,Sabah/8-22 Sept 2006

itu, unsur-unsur budaya Cina, India, Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai

dan wajar diberi kesesuaian penerimaan dan penyerapan agar tidak

wujud percanggahan dengan Perlembagaan dan Prinsip-prinsip Rukun

Negara serta kepentingan nasioanal dan asas-asas moral dan

kerohanian sejagat secara amnya sementara agama Islam sebagai

agama rasmi khasnya.

iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan

Kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur

penting dalam proses pembangunan Negara serta pembentukan rakyat

yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan

kepada manusia dalam usaha mengimbangi dan menyatupadukan usaha

bagi mengisi kehendak-kehendak emosi, fizikal dan patut menjadi unsur

yang penting dalam pembentukan

Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi

Negara di samping wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia

didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.

Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah bersesuaian dan sangat

bertetapan bagi Negara-negara yang baru merdeka bertujuan untuk mewujudkan

sebuah Negara yang stabil dan bersatu padu. Dengan yang demikian, usaha-usaha

pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai

objektif yang penting iaitu :

i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui perpaduan ;

-3-
Viviansih/No.7/Tugasan individu/Kumpulan 8/Kursus Induksi 1/2006/KK,Sabah/8-22 Sept 2006

ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh

daripada kebudayaan kebangsaan;

iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan

kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.

Bagi melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, strategi dan pelaksanaan

objektif ini perlu dicapai melalui strategi-strategi berikut :

i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah

menguatkuasakan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui

usahasama penyelidikan, pembangunan pendidikan, pengembangan dan

perhubungan budaya.

ii) Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-

usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak

kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang

berkesan ;

iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,

kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.

iv) Memenuhi keperluan sosio-budaya ;

v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

2. Dasar Pendidikan Kebangsaan :

Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan bermula melalui Penyata Razak 1956

dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Dasar ini telah disemak semula

dalam tahun 1960 yang melahirkan Laporan Rahman Talib yang kemudian telah

-4-
Viviansih/No.7/Tugasan individu/Kumpulan 8/Kursus Induksi 1/2006/KK,Sabah/8-22 Sept 2006

dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961. Seterusnya, sebuah Jawatankuasa

Kabinet telah dtubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar

Pendidikan bertujuan memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk

keperluan tenaga rakyat yang terlatih 1970.

Rasionalnya, sistem pendidikan ini bertujuan untuk membentuk

persefahaman dan perpaduan di kalangan masyarakat asal (Melayu dan

bumiputera) bersama dengan penduduk pendatang (Cina, India dan bangsa-

bangsa lain) yang telah menetap di Malaysia bersesuaian untuk Negara yang

merdeka yang mempunyai matlamat-matlamat tertentu.

Objektif dasar ini telah dinyatakan dalam Pendahuluan Akta Pelajaran

1961; iaitu “ BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam

Ordinan Pelajaran 1957, iaitu untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan

dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan

kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya …”. Objektif ini ditafsirkan sebagai

usaha untuk menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan

menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi dalam jangka masa panjang

dan pendek bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin

dan terlatih.

Manakala Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan dengan hasrat

serta aspirasi Negara yang dinyatakan secara bertulis untuk memberi penekanan

kepada usaha untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, seimbang dan

harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada

-5-
Viviansih/No.7/Tugasan individu/Kumpulan 8/Kursus Induksi 1/2006/KK,Sabah/8-22 Sept 2006

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Inilah matlamat penting

pendidikan kebangsaan.

Antara strategi pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang

berkaitan dengan usaha untuk memupuk perpaduan dan keharmonian warga

Malaysia ialah :

 Menjadikan Bahasa Kebangsaan (bahasa Melayu) sebagai bahasa

pengantar yang utama.

 Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah

Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M (membaca, menulis dan mengira)

tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah

untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.

 Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.

 Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin seperti

pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-

lain.

3. Wawasan 2020 :

Wawasan 2020 ialah satu konsep yang telah dibentangkan oleh mantan Perdana

Menteri ulung Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad di Mesyuarat Perdagangan

Malaysia pada 28 Febuari 1991. Beliau telah menegaskan bahawa Matlamat

Pembangunan Negara ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara


-6-
Viviansih/No.7/Tugasan individu/Kumpulan 8/Kursus Induksi 1/2006/KK,Sabah/8-22 Sept 2006

industri dan pembentukan sebuah Negara Malaysia yang benar-benar maju

menjelang tahun 2020 menurut acuan kita sendiri. Kemajuan yang dimaksudkan

meliputi aspek ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan sektor-sektor kebudayaan.

Terdapat 9 cabaran asasi starategik yang perlu dilaksanakan bagi memastikan

Wawasan 2020 tercapai iaitu :

1. Cabaran untuk membentuk Negara Malaysia yang bersatu padu

serta satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetian politik dan

dedikasi kepada Negara.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang berjiwa bebas,

tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga

dengan apa yang ada dan gagah menghadapi pelbagai masalah.

3. Membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokratik

yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia

yang unggul, berasaskan muafakat dan dapat dicontohi oleh banyak

Negara membangun.

4. Mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika

sepenuhnya dengan warganegara yang mempinyai nilai keagamaan

dan kerohanian yang utuh dan didorong oleh kualiti etika yang tinggi.

5. Mewujudkan sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan

toleran dengan setiap masyarakat Malaysia bebas mengamalkan

adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada

masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu Negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang

berdaya cipta dan berpandangan jauh, yakni masyarakat yang bukan

-7-
Viviansih/No.7/Tugasan individu/Kumpulan 8/Kursus Induksi 1/2006/KK,Sabah/8-22 Sept 2006

sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang

kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

7. Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya

penyayang, sebuah masyarakat yang lebih mementingkan

masyarakatnya daripada diri sendiri.

8. Membentuk sebuah masyarakat yang adil ekonominya, yakni

masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan Negara secara

adil dan saksama.

9. Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi

yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamik dan

mempunyai daya ketahanan.

Cabaran yang utama ialah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu

padu. Selain itu, Dr. Mahathir telah menghuraikan matlamat pembentukan sebuah

masyarakat yang adil ekonominya iaitu pengagihan kekayaan Negara secara adil

dan saksama.

-8-
Viviansih/No.7/Tugasan individu/Kumpulan 8/Kursus Induksi 1/2006/KK,Sabah/8-22 Sept 2006

Penutup :

Kesimpulannya, dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan,

Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 adalah wajar dan perlu bagi

Negara Malaysia yang sedang dalam proses membangun dan mempunyai

penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar-dasar

ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa

yan bersatu-padu serta mengekalkan identiti Negara di kalangan dunia

antarabangsa.

Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya

hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar-dasar kerajaan kerana dengan

persefahaman dan keinsafan itu sahaja bangsa Malaysia akan dapat membentuk

kebudayaan yang dipandang tinggi oleh masyarakat global. Kebudayaan yang

dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas

suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri

sebagai sebuah Negara yang merdeka dan bermaruah.

-9-

You might also like