You are on page 1of 2

KELEBIHAN SOLAT BERJAMAAH

Dari Ubay bin Ka’b ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan shalat subuh, selesai
shalat beliau bertanya:  “Apakah ada yang melihat fulan?” para sahabat terdiam, lalu mereka menjawab,
“Ya.” Dan sahabat tersebut tidak hadir. Kemudian beliau bersabda: “Sesungguhnya shalat yang paling berat
bagi orang-orang munafik adalah shalat Isya dan subuh, seandainya mereka mengetahui keutamaan yang
ada dalam dua shalat tersebut, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Shaf
(barisan) pertama adalah seperti shafnya para Malaikat,  seandainya kalian mengetahui keutamaannya
niscaya kalian akan bersegera menyongsongnya. Sungguh, shalatnya seseorang bersama dua orang adalah
lebih baik ketimbang dengan satu orang, dan shalatnya seseorang dengan seorang adalah lebih baik dari ia
shalat sendirian, semakin banyak jumlahnya akan lebih dicintai oleh Allah Tabaraka Wa Ta’ala.”  (HR Ahmad,
- 20312)

Dari www.solat.wordpress.com 
Solat Berjamaah Satu Tuntutan
Solat berjemaah pada masa kini  didalam masyarakat kita hanya dijadikan sebagai upacara sempenaan
tertentu sahaja seperti ada majlis-majlis rasmi dan keramaian atau dijadikan acara mingguan dan tahunan
sahaja  seperti solat jumaat dan hari raya.  Persoalaannya kenapa kebanyakkan dari kalangan  kita orang
Islam memandang  remeh hal solat berjamaah  serta beranggapan ianya tidak penting ?!

Kepentingan solat lima waktu sememangnya diketahui umum oleh kita semua  umat Islam, sehingga ia
diletakkan pada kedudukan kedua dalam rukun Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah dan disebut
sebagai tiang agama.

Begitupun, keadaan umat Islam pada zaman ini yang sebahagiannya didapati sengaja mencuaikan perintah
Allah ini, apatah lagi untuk menunaikannya secara berjemaah, adalah suatu hakikat yang amat menyedihkan
hari ini.

Persoalaannya kenapa kebanyakkan dari kalangan  kita orang Islam memandang  remeh hal solat berjamaah 
serta beranggapan ianya tidak penting?! Sedangkan lambang kesatuan dan kekuatan umat Islam terletak
didalam satu barisan bermula dari solat berjamaah. Firman Allah SWT dalam surah al-Shaff ayat 4 :

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela agamaNya, Dalam
barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.

Tanggapan bahawa solat berjemaah tidak penting adalah sangkaan yang salah dan bertentangan dengan
perintah Allah SWT, sebagaimana firman Nya dalam surah al-Baqarah ayat 43 :

Maksudnya: dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua
(berjemaah) bersama-sama orang-orang Yang rukuk.

Maksud suruhan rukuk bersama orang-orang yang rukuk dalam ayat di atas,  ialah suruhan supaya solat-solat
fardhu itu dilakukan secara berjamaah.

Tuntutan solat fardhu lima waktu secara berjemaah ini adalah  sunnah Nabi SAW yang sewajibnya kita
sambut dan ikuti bukan hanya menyambut hari kelahiran Baginda SAW  setiap tahun sedangkan sunnahnya 
tidak disambut dan diikuti. Malangnya, apa yang diperintah dan dituntut  oleh Rasul tidak diikuti dan
diamalkan, malah  apa yang tidak diperintah pula yang dilakukan. Inilah yang mengundang musibah dan bala
daripada Allah terhadap umat-umat yang terdahulu.

Nabi SAW  memberi ancaman yang keras terhadap kaum lelaki yang selalu meninggalkan solat berjemaah
dengan sengaja tanpa uzur  syarei, sebagaimana sabda baginda SAW dalam satu hadis yang diriwayatkan
oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah RA bermaksud:
“Seberat-berat  solat ke atas golongan munafiq  ialah  solat `Isya’ dan  solat Subuh.  Jika mereka tahu 
kelebihan  pada kedua-dua solat  tersebut,  tentu  mereka  akan menunaikannya (secara berjemaah)
walaupun dengan cara merangkak (ke tempat solat).

Sesungguhnya aku berhasrat (disatu masa) memerintah (sahabat-sahabat) menunaikan solat (fardhu secara 
berjemaah) dengan memerintah  seorang lelaki bersolat  (menjadi  imam) bersama-sama sahabat (yang
hadir), kemudian aku akan  keluar dengan sekumpulan lelaki  bersama seberkas  kayu  api  untuk mencari
mereka yang tidak menunaikan solat  fardhu  (secara berjemaah) maka aku akan bakar rumah-rumah
mereka.”

Bertapa penting dan besar kedudukan  solat fardhu lima waktu secara berjemaah disisi Islam, sehinggakan
ianya diberi kelebihan pahala dua puluh tujuh kali ganda bagi orang yang bersolat secara berjemaah daripada
bersolat bersendirian, sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari
dan Muslim dari Ibnu Umar ra bermaksud:  “solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan dua puluh
tujuh kali ganda pahala”

Marilah kita beramai-ramai menunaikan solat fardhu lima waktu secara berjemaah dimana sahaja kita
berada, sama ada di pejabat, di pasaraya, di sekolah, taman rekreasi   dan yang paling utama solat berjemaah
ini dilakukan di masjid.

Solat berjemaah adalah lambang kekuatan   dan keutuhan umat Islam serta cahaya keimanan mereka. Tanda
kelemahan kesatuan umat Islam serta malap keimanan mereka adalah bilamana mereka meninggalkan solat
secara berjemaah.  Diantara perbezaan  seorang muslim yang sejati dan   munafik adalah pada solat mereka.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 142:

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan
perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya
mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). Apabila mereka hendak berdiri sembahyang,
mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada
manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah
(dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang sekali).

KELEBIHAN ORANG MENJAGA SOLAT 5 WAKTU


SECARA BERJAMAAH
1. Diangkat kesusahan dalam kehidupannya.
2. Diangkat siksa kuburnya.
3. Surat Catatan amalannya diserah kepadanya  dengan tangan kanan.
4. Melalui Sirat Mustaqim secepat kilat.
5. Masuk kedalam Syurga tanpa hisab.

Daripada Abu Darda' r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mana-mana (kumpulan yang
jumlahnya) tiga orang, samada di kampung atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat
(berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah,
kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada
kumpulan)”. Riwayat Abu Dawuud dan an-Nasaaiyy.

http://rahsiarezeki.wordpress.com

You might also like