You are on page 1of 1

Doa Agar Suami dan Isteri dan

Sesama Islam Saling Mengasihi

‫ال َّل ُه َّم َح ِّب ْب َع ْبدَ َك ه ََذا إِ َلى‬


‫عِ َبا ِد َك ا ْل ُم ْؤ ِم ِنينَ َو َح ِّب ْب إِ َل َّي‬
َ‫ا ْل ُم ْؤ ِم ِنين‬
Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah
hamba-Mu ini mencintai orang yang
beriman dan jadikanlah orang yang
beriman mencintaiku.” (Riwayat
Muslim no. 2491)
Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w.
agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya
memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda,
ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi
s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi
s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit
penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka
haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan
rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh
digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih
sayang sesama mereka.

You might also like