You are on page 1of 3

AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahan:

250 gm ayam - potong kecil-kecil


1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
½ sudu makan minyak bijan
4 cm halia – hiris halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu makan minyak masak.
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
1 tangkai cili merah – hiris halus
Sedikit daun bawang - hiris

Cara penyediaan:

Perapkan ayam dengan kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, halia dan serbuk lada hitam selama
setengah jam.

Panaskan minyak masak dan masukkan kesemua ayam bersama bahan perapan serta sos tiram dan gula.
Goreng sehingga ayam masak. Masukkan garam secukup rasa jika kurang masin.

Tabur daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan.


IKAN MASAK PECEL
Resipi ini adalah masakan orang jawa. Sesuai dihidangkan dengan nasi putih dan sayur ulam. Kalau di
Malaysia kencur mungkin lebih dikenali sebagai cekur. Fungsi kencur/cekur ini adalah untuk
membangkitkan aroma masakan ini.

IKAN PARI MASAK PECEL

Bahan-bahannya
3 ekor ikan pari yang sederhana besar, dibersihkan dan dipotong dua
2 biji bawang besar, dipotong 8
1 ulas bawang putih, dipotong 2
9 biji cili padi thailand
3 cm belacan
4 biji kencur/ cekur
1/2 kotak santan
garam secukup rasa
serbuk perasa
minyak secukupnya.

Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak, goreng belacan, bawang besar, bawang putih dan cili padi thailand. Bila
semua telah layu angkat dan ketepikan.
2. Minyak yang sedikit di kuali, kemudian masukkan ikan pari dan goreng sedkit sehingga isinya masak.
Angkat dan ketepikan.
3. Kisar bawang, bawang putih, belacan, cili padi yang telah digoreng dan juga kencur.
4. Masukkan bahan kisar didalam periuk, berserta ikan pari yang telah dibakar tadi. Ikan pari itu boleh
disiat-siat isinya jika mahu. Bila rempah mendidih, masukkan santan, garam dan serbuk perasa. Reneh
sekejap. Matikan api, boleh angkat dan hidangkan.
PECEL IKAN CARU

Bahan-bahan ( 3 orang makan )

 1 kilo Ikan Cencaru


 5 bawang merah kecil (digoreng)
 3 biji bawang putih
 200 grams akar cekur (kencur)
 50 grams ikan bilis (digoreng garing)
 50 grams cili padi
 1 sudu besar asam jawa (diambil jusnya agak 2 sudu besar)
 Santan pekat sahaja dr 2 biji kelapa
 garam dan serbuk perisa secukup rasa

Cara-cara

1. Ikan Cencaru hendaklah di bakar dahulu kemudian di ambil isinya sahaja.


2. Bahan-bahan berikut adalah untuk di tumbuk : Mengikut arah jam - 200 grams akar cekur
(kencur) 3 biji bawang putih 50 grams cili padi 50 grams ikan bilis (digoreng garing) 5
bawang merah kecil (digoreng)
3. Santan dari 2 biji kelapa di perah dan di masukkan ke dalam periuk. letakkan di atas
dapur.
4. Masukkan ke dalam santan bahan-bahan yang digiling atau di tumbuk tadi. Biarkan
sehingga mendidih sedikit tapi pastikan api kecil supaya tidak pecah santan.
5. Masukkan isi ikan cencaru bakar tadi. Hati-hati supaya isi ikan tidak hancur. Biarkan
selama 3 minit. Masukkan garam dan serbuk perisa serta jus asam jawa secukupnya.
6. Sedap di hidangkan panas-panas bersama nasi putih. Pecel ini ringkas, hanya perlu sayur-
sayur kampung seperti pucuk paku di celur sahaja sebagai lauk sampingan
7. Resipi ini boleh di dapati di blog saya http://anakcina.wordpress.com/2008/04/12/wet-
cold-sunday/

You might also like