You are on page 1of 2

DOA PERPISAHAN KAKITANGAN

Sempena majlis perpisahan rakan-rakan yang diraikan, pada saat ini kami
menadah tangan memohon kehadrat-Mu ya Allah agar mereka diberkati,
dikurniakan rahmat dan nikmat yang berpanjangan, sihat walafiat yang
berkekalan.

Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar mereka dikurniakan kekuatan


fizikal dan mental untuk meneruskan kerja mereka dalam suasana berbeza
serta dapat menjalankan tugas-tugas mereka dengan jayanya.

Jadikanlah kami yang masih menjalankan tugas di sini agar dapat


meneruskan tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi
memajukan masyarakat dan negara serta dipelihara dalam pemuliharaan
dan keredhaan-Mu.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang
dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan
yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami
ini dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami
daripada memperolehi rahmat-Mu.

You might also like