You are on page 1of 13

OBJEKTIF

Landskap merupakan hiasan reka yang diletakkan di luar rumah samada secara
semulajadi seperti tumbuhan,bukit ,gunung,tasik dan lanskap buatan manusia
seperti bangunan, pergola dan gazebo.

Bagi landskap yang akan kami hasilkan ini, objektif utamanya ialah untuk
mengindahkan kawasan dalaman bangunan Jabatan Pengajian Teknikal. Kami
menggunakan tanaman hiasan dan sayuran untuk menghiasi landskap kami ini.

Dengan terhasilnya landskap ini diharapkan kawasan ini akan lebih menarik
sesuai dengan jabatan ini. Ia juga akan mencantikkan pandangan dan
menambah seri lagi kawasan bangunan ini.Penghasilan landskap ini juga akan
dapat memberi pendedahan kepada teknik penghasilan landskap kepada
sesiapa yang melihatnya.Sekurang-kurangnya memberi idea baru terhadap
penghasilan taman mini di rumah masing-masing.

REKA BENTUK DAN TEMA


 Reka bentuk yang akan dihasilkan adalah berbentuk segi empat bentuk L.
 Reka bentuk ini bercorak taman mini yang mempunyai fokus di bahagian
tengah taman, di bahagian sudut kaki lima jalan tepi bangunan.
 Taman mini ini berkonsepkan tropika.
 Pemilihan tema ini disebabkan keadaan landskap yang sesuai dengan
bahagian tepi bangunan yang mempunyai unsur kejur seperti kayu
bakau,buluh,pasu,air dan unsur lembut seperti pokok lidah jin,pokok lidah
emak mentua,sayur sawi dan lain-lain jenis yang difikirkan menarik.
PEMBINAAN LANDSKAP
Landskap terbahagi kepada dua iaitu :
Landskap lembut - melibatkan penggunaan elemen-elemen semulajadi
seperti tumbuhan dan air.
Landskap kejur - melibatkan elemen-elemen buatan dan keras seperti batu,
kayu, lampu, wakaf.

PELAKSANAAN LANDSKAP LEMBUT

Persediaan sebelum penanaman


Perkara yang perlu diberikan perhatian sebelum penanaman adalah seperti
pemilihan bahan tanaman, pengendalian bahan tanaman, penyediaan tapak dan
lubang penanaman.

Pemilihan bahan tanaman


Bahan tanaman polibeg
 Polibeg boleh didapati dalam pelbagai saiz bergantung kepada saiz
tanaman
Bungkusan guni
 Guni biasanya digunakan untuk pokok-pokok ‘segera’ yang dipindahkan
dari satu kawasan ke tapak landskap.
 Biasanya ia adalah dari pokok naungan dan palma yang mempunyai akar
yang besar.
 Ia boleh ditanam terus ke dalam lubang penanaman.
Tanaman akar terdedah
 Ia digunakan untuk tanaman yang mudah mengeluarkan akar.
 Biasanya dari jenis penutup bumi dan herba seperti Alternanthera
amoena, Heliconia psittacorum, Bambusa sp. dan lain-lain.
 Ia boleh dipisahkan dari induk untuk menjadi bahagian yang lebih kecil
untuk ditanam terus.
Biji benih
 Digunakan untuk kawasan yang luas seperti padang rumput.
 Antara rumput yang biasa ditanam dengan biji benih adalah Axonopus
compressus, Zoysia matrella dan Digitaria didactyla.

Pengendalian Bahan Tanaman


Pengerasan tanaman
 Mendedahkan tanaman ke persekitaran terbuka dan cahaya matahari
penuh secara beransur-ansur.
 Pengerasan perlu untuk mengurangkan kejutan tanaman apabila ditanam
terus ke tapak landskap.
 Tanaman akan lebih bersedia jika dibuat pengerasan.
Pengangkutan bahan tanaman
 Pengangkutan tanaman dari nurseri ke tapak landskap.
 Semasa pengangkutan, pengawasan perlu untuk mengelakkan bahan
tanaman rosak.
Kerosakan yang biasa adalah patah dahan/ranting, calar kulit dan daun,
akar atau bebola akar terkeluar.
 Beberapa langkah yang perlu diberi perhatian:
- Hati-hati ketika mengangkat.
- Menggunakan kenderaan yang sesuai.
- Memberi perlindungan semasa pengangkutan.
- Mengangkut pada waktu yang sesuai - pagi dan petang - untuk elak
kekeringan semasa cuaca panas.
Perlindungan semasa di tapak
 Perlindungan di tapak adalah untuk mengelakkan daripada cuaca
keterlaluan seperti panas terik, angin kuat, haiwan dan air bertakung.
 Untuk perlindungan, perkara-perkara yang perlu dipatuhi:
- Bahan tanaman diletakkan di atas tanah yang rata dan saliran baik.
- Letakkan di tempat yang teduh.
- Memberi sokongan kepada pokok-pokok besar dan tinggi.
- Menyusun secara tegak dan rapat.
- Membuat siraman dari semasa ke semasa.
- Menanam dengan segera.
Pembersihan dan penyediaan tapak
Pembersihan tapak adalah membuang sampah dan rumpai.
Ia adalah untuk memudahkan kerja-kerja penanaman, persaingan
mendapatkan nutrien dan ruang serta menampakkan kawasan yang kemas

Penandaan
Penandaan adalah menanda tempat atau lokasi menanam.
Tempat yang akan dibuat lubang untuk penanaman terlebih dahulu
ditandakan.
Penanda yang digunakan adalah kayu penanda 45-60 cm panjang dan
diwarnakan.
Untuk penutup bumi dan turf ditanda dengan kayu dan tali yang diikat
mengelilingi kawasan untuk menentukan sempadan kawasan yang akan
ditanam.

Penyediaan lubang dan batas penanaman


Penyediaan lubang penanaman.

 Digali di tempat yang telah ditandakan mengikut pelan penanaman.


 Tunggul kayum batu dan sisa buangan mestilah dibuang supaya tidak
menghalang pertumbuhan akar.
 Saiz lubang yang disyorkan adalah

Jenis Tumbuhan Landskap Saiz Lubang Penanaman


Pokok naungan dan palma 1 meter x 1 meter x 1 meter
Tumbuhan renek 0.5 meter x 0.5 meter x 0.5 meter
 Lubang yang digali sebaik-baiknya didedahkan kepada cahaya matahari
selama seminggu untuk memusnahkan kulat dan parasit tanah.
Penyediaan batas tanaman

 Batas tanaman perlu untuk tanaman bersaiz kecil seperti renek kecil,
penutup bumi dan turf.
 Kawasan dibersih dan ditandakan dengan tali dan kayu.
 Tanah dipecah dan digemburkan sedalam 15cm, didedahkan selama
seminggu.
 Selepas seminggu, tabur campuran tanah 3:1 (loam:bahan organik)
sehingga membentuk batas setinggi 15-20cm.

Penyediaan tanah campuran


Nisbah campuran yang biasa digunakan adalah 3 tanah loam : 1 bahan
organik.
Baja asas fosforus boleh dicampurkan untuk mempercepatkan
perkembangan akar.
Kapur dicampurkan untuk meningkatkan nilai pH tanah yang masam.

Penanaman tumbuhan landskap


Penanaman tumbuhan landskap merupkan kerja-kerja menanam di tapak
landskap.
Tanaman yang dibawa daripada nurseri ke tapak landskap.

PELAKSANAAN LANDSKAP KEJUR

Simenferro
Sejenis struktur binaan yang terdiri daripada campuran pasir, simen dan air
yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli

Kelebihan simenferro:
 Mudah dibentuk.
 Tahan terdedah kepada hujan dan panas.
 Kukuh dan mudah dibaiki.
 Tidak memerlukan teknologi tinggi.
 Kos penyelenggaraan rendah.

Kegunaan simenferro
 Pembinaan perumahan/pembangunan seperti dinding dan atap.
 Kesihatan awam seperti tangki minuman dan tandas.
 Pertanian seperti kolam ikan dan pintu kawalan air.
 Pengindahan dalam landskap seperti cendawan, batu tiruan dan kerusi
meja.
 Pengangkutan air seperti bot dan kapal layar.

Bahan asas simenferro


Simen
Pasir
Keluli
Jejaring dawai
Air dan lain-lain
MENGURUS DAN MELAKSANAKAN AKTIVITI PEMBINAAN LANDSKAP

GAMBAR AKTIVITI
 Mengangkat peralatan landskap
seperti pasu kolam,kayu
bakau,buluh dan sebagainya
 Semua peralatan amali
diletakkan di tempat amali
 Tanaman hiasan dan sayuran
dibawa ke tapak amali
 Tapak landskap yang dipilih
sebelum memulakan amali
landskap
 Mengukur dan menanda ukuran
keluasan landskap iaitu 3mX2m
 Meletakkan peralatan landskap
mengikut elemen yang
ditetapkan di dalam lakaran
yang dirancang
 Meletakkan pasu tempayan
ditengah landskap bagi prinsip
penumpuan
 Hasil susunan peralatan
mengikut pelan
 Meletakkan pokok tanaman
hiasan dan sayuran mengikut
turutan dan keseimbangan yang
teratur
 Menyusun pokok bunga hiasan
mengikut aras ketinggian seperti
yang dikehendaki dalam pelan.
 Hasil landskap seperti yang
dikehendaki

MENGGUNAKAN UNSUR DAN ELEMEN LANDSKAP YANG BETUL

PENGGUNAAN PRINSIP LANDSKAP

RANGKA
 Proses pertama ialah membuat lakaran bagi mendapat bentuk landskap
mengikut tema yang telah dipilih
 Lakaran dibuat dalam bentuk 2D dan 3D bagi menunjukkan susunan yang
dipilih.
 Rangka dibuat berkali-kali bagi mendapatkan hasil lakaran yang terbaik

KEANEKAAN
 Prinsip keanekaan digunakan dalam pembentukan landskap kami dari
segi penggunaan landskap kejur dan jenis-jenis tumbuhan.

KESEIMBANGAN
 Landskap yang dihasilkan mempunyai keseimbangan yang serata dari
segi bentuk simetri pokok dan alatan.
 Susunan elemen pokok diletakkan sekata dan bertingkat-tingkat mengikut
ketinggian.

PENUMPUAN
 Tarikan utama kami ialah pasu tempayan dan air yang mengalir melalui
buluh.
 Ini kerana pasu diletakkan ditengah-tengah landskap dengan aliran air
menjadikan ia sebagai tumpuan.

TURUTAN
 Susunan pokok hiasan mengikut turutan iaitu bertingkat dari rendah
hingga ke dinding

SKALA
 Kedudukan skala landskap ini teratur dari segi susunan pokok dan
peralatan
 Setiap jarak antara susunan kelompok pokok dan susunan peralatan
adalah sesuai untuk keluasan kawasan

RUANG
 Pemilihan ruang amat penting supaya landskap kelihatan menarik
 Ruang yang dipilih mempunyai ukuran segi empat tepat 3x2m
 Kawasan yang rata menjadikan landskap ini mudah disediakan

PENYEDIAAN SENARAI PERALATAN DAN BAHAN


BIL NAMA PERKAKASAN HARGA GAMBAR PERKAKASAN
SEUNIT (RM)
1 PASU AIR 35.00
2 BATU MARBLE 22.00
3 KAYU BAKAU 21.00
4 BULUH 10.00
5 MOTOR PAM 25.00
6 SKRU 2.00
7 KAYU KASAU KECIL 10.00
8 TALI SABUT 30.00
9 BATU SUNGAI TIADA KOS
10 KAYU HANYUT TIADA KOS
11 BATA 10.00

PEMILIHAN JENIS TANAMAN HIASAN


BIL GAMBAR TANAMAN HIASAN NAMA TANAMAN
1 LIDAH JIN
2 LIDAH EMAK MENTUA
( AGAVACEACE )
3 AGLONAEMA
4 ATI-ATI
5 ALTERNANTHERA SPP
6 LILIACEAE
( PLEOMELE )
7 CORDYLINE
FIREBRAND

PEMILIHAN JENIS SAYURAN


BIL GAMBAR SAYURAN NAMA SAYURAN
1 SAWI
2 DAUN BAWANG
3 TOMATO CHEERY

PENYEDIAAN ALATAN TANGAN


BIL NAMA ALATAN ALATAN
1 Bekas menyiram
2 Cutter
3 Baja
4 Serampang tangan
5 Penggalak akar
6 Scoop tanah
7 Glove
8 Polibeg
9 Sudip

Lampiran A

Borang Rekod Kolaborasi Kerja kursus

NAMA PELAJAR : AHMAD ZAINI BIN BAHARI

NO. MATRIK : 710901025245

KUMPULAN : PGSR RBT NOV 2008

MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI TANAMAN SAYUR DAN


HIASAN

PENSYARAH PEMBIMBING : EN. MOHD YUSOFF BIN HJ. MOHD SHARIFF

TARIKH PERKARA YANG CATATAN T/TANGAN


DIBINCANGKAN

09.12.2009 Terima tugasan daripada


pensyarah
15.12.2009 Perbincangan Tajuk tugasan
-mencari bahan/maklumat yang
berkaitan
16.12.2009 Memulakan projek di batas yang
telah ditetapkan bersama rakan
En. Rosidi b Saad
18.12.2009 Menyemai sayur di batas yang
telah disediakan
22,12.2009 Tanaman mula tumbuh
23.12.2009 Mendapatkan penerangan lanjut
mengenai tugasan yang diberikan
daripada pensyarah
24.12.2009 Mengumpul bahan dan membuat
pembacaan di pusat sumber IPG
dan mencari bahan di intenet.
13.01.2010 Mula mengarang kerja kursus
berdasarkan bahan yang di cari
28.01.2010 Mengedit kerja kursus dan menjilid
kerja kursus
15.03.2010 Menyerahkan tugasan kepada
pensyarah di IPGM Kampus Perlis

REFLEKSI

AHMAD ZAINI BIN BAHARI


710901 - 02 - 5245

Bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah dan kurniaNya


memberi kekuatan kepada sehingga dapat saya menyiapkan tugasan ini.
Sesungguhnya tugasan ini telah memberikan banyak pengalaman dan ilmu yang
baru kepada saya dalam memahami dan menghayati tentang teknologi tanaman
sayur dan tanaman hiasan.Tugasan ini telah banyak memerlukan kekuatan dan
kesungguhan serta saling kerjasama dalm kumpulan. Tanpa semua elemen ini
maka sukarlah untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Mata pelajaran ini merupakan satu mata pelajaran yang perlu dipelajari
oleh semua orang lebih-lebih lagi sebagai seorang pendidik pelajaran Kemahiran
Hidup amat penting untuk melengkapi kemahiran profesyen dan amat berguna
terutama dalam usaha mendidik anak bangsa pada zaman yang serba mencabar
ini. Saya juga merasakan bahawa sebagai seorang guru saya amat berkeperluan
untuk mendalami ilmu ini kerana manfaatnya amat besar dan berguna untuk
semua orang. Semua keperluan dan pengetahuan dalam menyediakan
seseorang murid supaya menguasai kemahiran hidup amat penting kerana
kemahiran hidup mempunyai peranan penting kepada murid-murid untuk
meneruskan hidup pada masa depan.Tanpa penguasaan kemahiran hidup yang
asas maka sukarlah seseorang itu untuk melengkapkan diri dalam kehidupan
akan datang. Setidak-tidaknya mereka tahu untuk menanam pokok bunga bagi
menghiasi rumah mereka atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan bebanan
membeli sayur untuk keperluan makanan seharian. Kemahiran ini juga dapat
menyumbangkan pendapatan yang lumayan dan boleh dijadikan satu kerjaya
dalam hidup.
Ilmu kemahiran hidup ini juga boleh menjamin seseorang mempunyai satu
kerjaya yang boleh memberi pulangan pendapatan yang lumayan.Bila ilmu ini
tidak diperoleh maka sudah tentu mereka akan kerugian dan akan ketinggalan
dalam kemakmuran dan kejayaan di arus perdana. Satu kerugian amat
dirasakan jika sebagai warganegara lebih-lebih lagi seorang bumiputera mereka
tidak dapat bersaing dan merebut segala peluang dan kemewahan yang
ditawarkan di dalam negara ini.
Secara peribadi saya merasakan bahawa sesungguhnya ilmu yang
diperolehi hasil kajian dan pembacaan serta perbincangan dengan pensyarah
dan rakan-rakan dalam usaha menyiapkan tugasan ini amat berharga dan
bermakna serta dapat mematangkan diri saya sebagai seorang pendidik yang
akan terus berkhidmat dan melahirkan ramai pemimpin pada masa akan datang.

Akhir kata saya ingin mengambil kesemapatan ini untuk merakamkan


ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat atas tunjuk ajar
yang diberikan kepada saya untuk menjayakan tugasan ini. Segala kekurangan
dan kesilapan yang saya lakukan di dalam tugasan saya mohon jutaan
kemaafan kerana itu adalah kelemahan diri saya sendiri yang mungkin dangkal
ilmu dan cetek pengetahuan dalam pelajaran ini.

Sekian ,terima kasih.

You might also like