You are on page 1of 2

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia


yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari
yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:
Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada
Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang
yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul
dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita
rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia
menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan
sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan
kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,
seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air
matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Huraian

1. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya


dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya. Tanggungjawab yang
dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat
berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan
terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya
adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan
azab menanti di akhirat kelak.

2. Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia


sebegini (muda) seseorang itu terpaka mengharungi berbagai cabaran dan godaan.
Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung
kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan
dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan
pujuk rayu syaitan maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan
maksiat dan dosa. Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup
seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu
mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya
sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan
sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa
ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan
ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat
cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

3. Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga
oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah)
Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan
Allah. Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki
yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan
diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya
sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah,
ganjarannya tentulah lebih besar lagi.
4. Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka yang
mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan
hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang kebaikan antara satu
dengan yang lain. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan
syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya
adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih
sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar
perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

5. Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan


iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang
menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh
imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan. Ini
menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya
menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa
kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu
dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak


mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai
keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat
menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua
perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau
sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui
kebaikan yang dilakuknnya itu.

7. Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya akan
merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah
akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya. Inilah sifat
muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh
hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan
ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati,
fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

You might also like