You are on page 1of 14

AZFA HANANI

Bab 6 : Imbalan Budi


RUMUSAN BAB

 Apabila Azfa Hanani pulang dari sekolah , Datin Maziah


sudah menanti di anjung rumah.Azfa Hanani
melakonkan watak Murni , mencium manja Datin
Maziah.Dia kekok makan menggunakan sudu dan
garpu.Ketika makan tengah hari dengan hidangan yang
enak , dia teringat sepupunya Zahidin yang terliur
apabila melihat ayam goreng yang jarang sekali dapat
dirasainya.Sambil makan mereka berbicara tentang
masakan dan makanan di Jepun .
 Azfa Hanani bertanyakan tentang dompet dan kad
pengenalan Tengku Murni yang hilang itu kepada Kak
Finaz.Kak Finaz memberitahu Azfa Hanani , mungkin
kad pengenalan dan dompet Murni diambil orang ketika
kemalangan. Azfa Hanani bimbang rahsianya akan
terbongkar. Kak Finaz meyakinkannya bahawa mayat
yang dikebumikan itu memang mayat Tengku
Murni.Kak Finaz telah membelikan buku-buku rujukan ,
barang hiasan dan kusyen baharu untuk keperluan Azfa
Hanani.
 Kak Finaz menyerahkan diari dan album
Murni.Sepanjang ketiadaan Murni , Kak Finaz
mengambil peranan Murni dan berhenti kerja sebagai
arkitek untuk menjaga Datin Maziah , namum sukar
diterima oleh datin.Berdasarkan catatan diari Murni ,
Azfa Hanani mendapati ada perkara yang cuba
dirahsiakan oleh Murni dan perlu diselasaikan olehnya.
 Datuk Tengku Makmur menemui Azfa Hanani pada
petang itu dan mengingatkan bahawa dia bukan papanya
apabila Azfa Hanani memanggilnya sebagai
papa.Dengan angkuhnya dia berjanji memberikan upah
RM 500 sebulan kepada Azfa Hanani untuk tugas
menyamar sebagai Tengku Murni.Azfa Hanani tidak
menyangka budinya akan dibalas dengan wang ringgit.
Namun dia terpaksa menerima wang itu demi membantu
pak long di kampung.
PERISTIWA 1
rujuk m/s 60 … baris 15
 Datin Maziah membawaku ke meja makan.Di situ ,
hidangan makan tengah hari sudah tersedia.Aku menelan
liur melihat sepinggan besar ayam masak merah ,
sepinggan ikan percik, semangkuk tom yam campur dan
sepinggan sayur goreng sedang menanti untuk
dinikmati.Di rumah pak long dan mak long , aku tak
pernah berpeluang menjamah makanan seperti ini.Dapat
makan nasi berlaukan ikan kering goreng pun , sudah
memadai.
 Nilai:  Kesederhanaan
 Pengajaran :  Kita hendaklah mengamalkan nilai
kesederhanaan (Azfa Hanani)
 Latar masyarakat :  Masyarakat yang miskin (Azfa
Hanani) / masyarakat yang kaya (Datin Maziah)
 Latar tempat :  Di ruang makan di rumah Datin Maziah.

 Latar masa : Tengah hari/selepas Azfa Hanani pulang


dari sekolah.
PERISTIWA 2
rujuk m/s 69 … baris 4
 Datuk Tengku Makmur mengambil dan membuka
dompetnya dan mengira sejumlah wang di tangan .
Sejumlah wang dilemparkan ke atas katil dan dia pun
beredar.
 Perwatakan : Angkuh/Sombong (Datuk Tengku
Makmur)
 Nilai : Menghargai jasa / pertolongan.

 Pengajaran:  Kita haruslah memhargai jasa dan


pertolongan orang lain dengan nilai budi dan keikhlasan
hati bukannya dengan wang ringgit.
 Latar masyarakat : Masyarakat yang kaya dan angkuh.

 Latar tempat : di bilik Murni (Nini) yang kini digunakan


oleh Azfa Hanani (Nani)
SOALAN
 Azfa Hanani teringat akan ……….. semasa menikmati
makan tengah hari .

A) Datuk Tengku Makmur


B) Abang Mazran
C) Zahidin
 Apakah alasan yang akan diberikan oleh Azfa Hanani
sekiranya Datin Maziah bertanya kenapa hiasan biliknya
berubah ?

A) Kak Finaz memberi idea untuk menukar


hiasan bilik.
B) Program pertukaran murid itu telah
mematangkannya.
C) Dia tidak lagi meminati karektor kartun.
 Berapakah bayaran upah yang telah dijanjikan oleh
Datuk Tengku Makmur kepada Azfa Hanani untuk
menyamar sebagai Tengku Murni ?

A) RM 50
B) RM 500
C) RM 5 000
-TAMAT-
SEKIAN , TERIMA KASIH

Disediakan oleh :
Revathy a/p Kumaran
Puvanes a/p Gunasilan

You might also like