You are on page 1of 7

ABU BAKAR AS-SIDDIQ

 Riwayat Hidup dan Peribadi.

a) Nama sebenarnya ialah Abdullah Bin Abi Qahafah Bin Osman Bin Omar
Bin Kaab.

b) Dilahirkan di Makkah pada tahun 572 Masihi iaitu 2 tahun selepas


kelahiran Rasulullah SAW.

c) Berasal daripada bangsawan Quraisy terkenal, iaitu Bani Tamin.

d) Keturunannya mempunyai pertalian dengan datuk Rasulullah SAW yang


keenam bernama Murrah Bin Kaab.

e) Sebelum Islam beliau terkenal dengan panggilan Abdul Kaabah.

f) Golongan lelaki dewasa pertama memeluk Islam.

g) Digelar As-Siddiq kerana beliau sentiasa yakin dan membenarkan apa-


apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan Rasulullah.

h) Khalifah pertama dalam Islam menggantikan Rasulullah SAW.

i) Memerintah negara Islam selama dua tahun tiga bulan.

j) Meninggal dunia pada tahun 634 Masihi ketika berusia 63 tahun.

 Sifat peribadi beliau antaranya sentiasa bersopan santun, setiakawan,


dermawan, lemah lembut, tabah menghadapi dugaan, jujur, adil, amanah,
tegas, berani, suka bercakap benar, pengasih dan penyayang, benci
kepada kejahatan dan ikhlas dalam perjuangan.

 Abu Bakar merupakan seorang sahabat karib Rasulullah SAW.

a) Bersama-sama berjuang dengan Rasulullah SAW menegakkan Islam


pada senang dan susah.

b) Menemani dan sentiasa di sisi Rasulullah SAW semasa berhijrah ke


Madinah.

c) Sama-sama Rasulullah SAW bersembunyi dalam gua Thur semasa


peristiwa hijrah.

d) Sayidina Abu Bakar sanggup menanggung kesakitan kerana kakinya


dipatuk ular demi menyelamatkan Rasulullah SAW yang sedang lena
tidur. Peristiwa ini dicatatkan dalam al-Quran.
Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah, Ayat 40.

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka


sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir
(di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia
salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di
dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau
berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah
menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad)
dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu
tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang
kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah
(Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

e) Golongan lelaki pertama memeluk Islam.

f) Sentiasa yakin dan membenarkan apa-apa sahaja yang dikatakan dan


dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga beliau digelar As-Siddiq.

g) Dilantik menjadi iman semasa Rasulullah SAW sedang sakit.

 Sumbangan dan pengorbanan Sayidina Abu Bakar As-Siddiq sebelum


menjadi khalifah.

a) Mendermakan semua harta untuk membiayai peperangan Tabuk.

b) Membebaskan orang-orang yang diseksa dengan membayar tebusan


seperti Bilal Bin Rabah.

c) Berhijrah bersama-sama Rasulullah ke Madinah.

d) Bersama-sama Rasulullah menegakkan Islam sama ada pada waktu


senang atau susah.

e) Mempertaruhkan nyawanya kerana cinta akan Rasulullah dengan


menutup lubang dengan kakinya hingga dipatuk ular.

f) Sentiasa bersama-sama Rasulullah SAW dalam semua peperangan.


 Perlantikan Abu Bakar menjadi khalifah.

a) Rasulullah tidak menetapkan atau mewasiatkan bakal pengganti sebelum


baginda wafat.

b) Golongan Ansar mencadangkan Saad Bin Ubaidah sebagai pemimpin.

c) Mendengar berita tersebut, Sayidina Abu Bakar dan Umar Al-Khatab ke


balai Bani Saidah.

d) Hasil perbincangan antara golongan Ansar dengan Muhajirin, semua


bersepakat memilih Abu Bakar sebagai pengganti Rasulullah SAW.

e) Abu Bakar menjadi khalifah Islam pertama pada tahun 632 Masihi/11
Hijrah.

f) Beliau memerintah selama dua tahun tiga bulan.

 Antara sebab Abu Bakar menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah


SAW.

a) Sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah.

b) Menjadi iman semasa Rasulullah sakit.

c) Sahabat pertama memeluk Islam.

d) Sentiasa di sisi Rasulullah SAW.

e) Beliau berbangsa Quraisy.

f) Bersama-sama berjuang dengan Rasulullah SAW menegakkan Islam


pada masa senang dan susah.

 Jasa Sayidina Abu Bakar As-Siddiq semasa menjadi khalifah.

a) Berjaya memerangi dan menghapuskan golongan murtad.

b) Berjaya menghapuskan golongan yang mendakwa sebagai nabi.

c) Memerangi golongan yang enggan membayar zakat.

d) Mengekalkan keamanan negara Islam yang diasaskan oleh Rasulullah


SAW.

e) Meluaskan empayar Islam hingga ke Parsi dan Rom.

f) Berusaha mengumpulkan Al-Quran di atas cadangan Sayidina Umar Al-


Katab setelah ramai penghafaz Al-Quran mati syahid dalam peperangan.
 Pengajaran daripada perjalanan hidup Sayidina Abu Bakar As-Siddiq.

a) Setiap individu meslim hendaklah mengeratkan silaturahim berdasarkan


iman dan takwa seperti membantu kesusahan yang dihadapi saudara
seagama tanpa mengira darjat dan keturunan.

b) Berjihad pada jalan Allah.

c) Umat Islam bertanggungjawab dalam pemilihan pemimpin.

d) Sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan.


FATIMAH AZ-ZAHRA
 Biodata Sayidatina Fatimah Az-Zahra.

a) Namanya Fatimah Binti Muhammad SAW.

b) Lahir di Makkah lima tahun sebelum nabi dilantik menjadi rasul.

c) Ibunya bernama Khadijah Binti Khualid.

d) Puteri bongsu Rasulullah hasil perkahwinan dengan Khadijah Binti


Khualid.

e) Mendapat pendidikan dan asuhan daripada kedua-dua ibu bapa sejak


kecil lagi.

f) Berkahwin dengan Sayidina Ali Bin Abi Talib dan mendapat dua orang
cahaya mata, iaitu Hasan dan Husin.

g) Meninggal dunia pada tahun 11 Hijrah, 6 bulan selepas kewafatan


Rasulullah SAW ketika berusia 28 bulan.

 Sifat mulia Sayidatina Fatimah Az-Zahra.

a) Tabah dan sabar. Berkat daripada didikan dan kesusahan yang dialami
sejak kecil membentuk peribadi mulia Sayidatina Fatimah. Beliau tidak
pernah mengeluh apatah lagi berputus asa menghadapi kesusahan
sebelum dan selepas berkahwin.

b) Bekerja kuat demi anak, rumah tangga, dan agama. Beliau mengurus
sendiri rumah tangga tanpa pembantu. Sepanjang hayatnya kuat bekerja,
pernah tangannya luka kerana terkena pengisar gandum.

c) Belas kasihan. Sanggup berkorban apa sahaja demi membantu orang lain
yang menghadapi kesulitan hidup.

d) Kasih dan taat. Demi kasih kepada suami beliau tidak pernah meminta
apa yang diperlukan oleh diri, anak, dan keperluan hidup keluarga takut
terguris hati suami. Ditakuti yang diminta tidak dapat ditunaikan oleh
suami.

e) Ibu yang bijak. Mengisar sendiri gandum untuk dijadikan makanan kerana
cara itu lebih menjimatkan kos. Selain itu, dapat mengajar anak erti
kesusahan, bertanggungjawab, dan usaha.

f) Faktor yang mendorong beliau sebagai ibu misali.


i. Mendapat didikan dan asuhan daripada Rasulullah sendiri.
ii. Sifat beliau yang belas kasihan dan prihatin terhadap orang lain.
iii. Mempunyai dua orang anak lelaki tempat berkasih sayang,
bermanja, dan mengharapkan kejayaan mereka. Sentiasa
memberikan didikan dan nasihat supaya menjadi orang yang
berguna kepada agama dan masyarakat Islam.
iv. Pengalaman mengajar erti kesusahan, penderitaan, dan kesabaran.

 Sumbangan Sayidatina Fatimah Az-Zahra.

a) Membantu Rasulullah menegakkan Islam. Pernah ke medan peperangan


membantu tentera Islam. Menyediakan makanan, minuman, dan
perubatan. Contohnya dalam perang Uhud, ketika Rasulullah SAW luka
beliau membalut sendiri luka baginda tanpa perasaan takut. Dalam perang
Khandak, beliau datang seorang diri untuk menghantar makanan dan
bekalan.

b) Memetingkan orang lain. Pernah berbuka puasa dengan air sahaja kerana
makanan telah habis diberikan kepada orang yan lebih memerlukannya.

c) Pendorong perjuangan suami. Sedar yang suaminya adalah seorang


pejuang Islam. Selalu mendorong suaminya gar berjuang demi
kepentingan agama Islam.

d) Mengambil berat tentang kesusahan dan bertanggungjawab terhadap


keluarga. Mendidik anak dengan sikap yang unggul dan keperibadian
yang mulia. Sanggup menangggung kesusahan diri dan keluarga sendiri.

 Faedah mencontohi peribadi Sayidatina Fatimah Az-Zahra.

a) Terlalu banyak sifat yang baik perlu dicontohi daripada Fatimah Az-Zahra
kerana beliau merupakan anak Rasulullah SAW yang sentiasa dididik
secara langsung oleh baginda SAW.

b) Antara sifat yang perlu dicontohi ialah.


i. Sabar dengan kematian ibu.
ii. Membantu ayahanda dalam dakwah dan penyediaan makanan dan
keperluan Rasulullah setelah kematian ibunya.
iii. Reda dengan kehidupan miskin.
iv. Kejayaan mendidk anak-anak.
v. Reda dengan keputusan ayahanda mengahwinkan beliau dengan
Ali.
vi. Mengambil berat ketika ayahanda beliau sakit.
vii. Tidak berbangga diri walaupun anak Rasulullah SAW.
viii. Sentiasa bekerja kuat, tabah, dan sabar menghadapi dugaan hidup.
ix. Taat kepada suami dan tidak pernah meminta.
 Rumusan.

a) Sayidatina Fatimah Az-Zahra merupakan puteri bongsu Rasulullah SAW


dan isteri kepada Sayidina Ali Bin Abi Talib.

b) Memiliki budi pekerti yang mulia dan patut dicontohi oleh wanita Islam
pada hari ini.

You might also like