Professional Documents
Culture Documents
PANDUAN PELAKSANAAN
KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Disediakan Oleh
Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
JUN 2010
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 1
Kata Alu-aluan
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Penguasa Alam semesta, dengan limpah kurnia-Nya,
Bahagian Pendidikan Islam dapat menyediakan Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan
Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai rujukan dan garis
panduan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan Kem Pemantapan Sahsiah Murid di
sekolah.
Memang tidak syak lagi bahawa usaha mendidik, membentuk dan membimbing para pelajar di
sekolah menjadi insan yang terbaik adalah merupakan usaha Kementerian Pelajaran dan
mereka yang terlibat dengan pendidikan. Oleh kerana pendidikan merupakan suatu usaha
berterusan hingga ke akhir hayat maka usaha menambah baik segala program pembentukan
sahsiah adalah perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Oleh itu Modul Kem Pemantapan
Sahsiah ini adalah sebahagian daripada usaha mempertingkatkan dan memantapkan lagi
sahsiah atau keperibadian pelajar bersama usaha sedia ada selama ini.
Adalah menjadi harapan kementerian bahawa program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah. Sebarang pandangan dan penambahbaikan dalam pelaksanaan program ini
boleh disalurkan kepada pihak kementerian. Pemurnian akan dilakukan dari semasa ke semasa
sehingga akhirnya program ini dapat memberikan impak yang besar kepada pembinaan modal
insan melalui usaha membina Sahsiah Murid di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Akhir kata, saya doakan semoga usaha kita ini akan membuahkan hasil yang baik dan diberkati
Allah SWT.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 2
PAN DUAN PELAKSANAAN KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID
1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 3
3. SASARAN
Murid Islam Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. TEMPAT
Sekitar kawasan sekolah atau mana-mana kawasan yang sesuai.
5. MASA CADANGAN
Mengikut kesesuaian sekolah.
6. NAMA AKTIVITI
Kem Pemantapan Sahsiah Murid.
Contoh Tentatif Program (Lampiran 1) dan contoh Modul Pelaksanaan (Lampiran 2)
disertakan.
7. PELAPORAN
Semua sekolah dipohon untuk menghantar Laporan Pelaksanaan Kem Pemantapan
Sahsiah Murid ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing sebagaimana contoh
format laporan yang disediakan (Lampiran 3).
8. PEMANTAUAN
Pegawai dari Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
bantuan pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah akan
memantau pelaksanaan aktiviti Pemantapan Sahsiah di sekolah.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 4
Lampiran 1
TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA :
Penghayatan Malam
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 5
HARI KEDUA :
Hidup
Memasak dan makan tengahari
Solat Zohor berjamaah dalam JK Kerohanian
hutan.
02.30 petang Tiba di Kem Ketua Disiplin
Pentadbiran sendiri Penghulu
03.00 petang Flying Fox atau Merentas JK Aktiviti
Halangan (Mengikut kesesuaian)
04.00 petang Minum petang JK Makanan &
Jamuan
04.30 petang Solat Asar berjamaah JK Kerohanian
05.00 petang Persediaan persembahan JK Aktiviti Pakaian sukan
kumpulan
06.30 petang Makan malam JK Makanan &
Jamuan
Pentadbiran sendiri Penghulu
07.30 malam Solat Maghrib berjamaah JK Kerohanian
Tazkirah (Realiti Remaja)
Solat Isyak berjamaah JK Kerohanian
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 6
09.00 malam Persembahan kumpulan JK Aktiviti Seperti
Lampiran
10.30 malam Minum malam JK Makanan &
Jamuan
11.00 malam Refleksi Diri JK Aktiviti/ Seperti lampiran
Keselamatan
HARI KETIGA :
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 7
Lampiran 2
Rasional
Setiap peserta kursus kebanyakannya tidak mengenali antara satu sama lain. Perasaan malu,
gugup dan tidak yakin masih menebal dikalangan peserta yang masih saling tidak kenal
mengenali.
Masa : 15 minit
Objektif :
1. Mewujudkan kemesraan di kalangan peserta.
2. Menghilangkan rasa malu, gugup dan gementar.
3. Menjalinkan persahabatan yang lebih erat.
4. Supaya peserta bersedia untuk melakukan aktiviti seterusnya.
Prosedur :
1. Fasilitator meminta peserta berkumpul dalam kumpulan mengikut ciri-ciri yang disebutkan
oleh fasilitator.
- baju serupa
- tudung serupa
- sama tinggi
- sama bilangan adik beradik
- sama negeri kelahiran dan lain-lain.
2. Peserta dikehendaki berkumpul mengikut ciri-ciri seperti yang disebutkan.
3. Peserta dikehendaki berkenalan dengan peserta yang berada di kiri dan kanan mereka.
Falsafah :
1. Setiap individu mempunyai persamaan dan perbezaan
2. Setiap individu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan individu lain
3. Walaupun berbeza, individu itu mampu membentuk rasa ukhuwah diantara mereka
4. Setiap individu perlu menanam sikap ikhlas, kasih & saling hormat menghormati
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 8
MY DREAM TEAM
Objektif :
1. Kumpulan dapat membina imej dan pengenalan kumpulan.
2. Para peserta dapat membina hubungan sesama ahli kumpulan
Prosedur :
1. Setiap kumpulan hendaklah membina bendera dan moto kumpulan.
2. Setiap kumpulan juga hendaklah membina tepukan semangat mengikut kumpulan.
Falsafah :
1. Membina semangat berpasukan.
2. Hidup hendaklah secara berpasukan dan berjemaah.
3. Kesepaduan ahli membawa kekuatan jemaah.
PENGHAYATAN MALAM
Masa : 45 minit
Objektif :
1. Membina semangat keberanian.
2. Menanam keyakinan dan tawakkal kepada Allah.
3. Mengakui kebesaran Allah melalui penghayatan malam.
Prosedur :
1. Peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
2. Penerangan tentang langkah keselamatan, bekerjasama dalam kumpulan dan patuh pada
arahan ketua setiap masa.
3. Semua mata peserta ditutup dengan kain.
4. Setiap kumpulan akan dipimpin oleh seorang jurulatih ke tempat / kawasan nightwalk.
5. Jurulatih akan membawa kumpulan berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 9
6. Semasa berjalan-jalan, jurulatih lain akan menarik seorang demi seorang peserta dari
belakang dan membawanya ke suatu tempat tertentu dan meninggalkannya keseorangan di
situ dalam tempoh 20-30 minit.
7. Jurulatih akan menguji peserta dengan gangguan yang sengaja dibuat.
Falsafah :
1. Yakin dengan keberanian diri.
2. Bertawakal kepada Allah.
QIAMULLAIL
TAJUK: MUNAJATKU
Masa : 30 minit
Objektif :
1. Peserta dapat menghayati kepentingan zikir-zikir munajat.
2. Peserta dapat mengetahui keperluan berzikir untuk menghampirkan diri kepada Allah.
Prosedur :
1. Peserta membuat saf di surau dalam kumpulan yang ditetapkan bersama fasilitator.
2. Ketua Fasilitator mengajak peserta muhasabah diri tentang kesalahan lalu.
3. Peserta bersama-sama berzikir taubat sambil dipesan mengingati kesalahan dan dosa yang
telah dilakukan.
4. Ketua Fasilitator memberi taklimat cara menunaikan solat Taubat dan tujuannya.
5. Bersama-sama mendirikan solat Taubat.
6. Bersama-sama menyambung zikir munajat.
7. Ketua Fasilitator memberi taklimat cara menunaikan solat Taubat dan tujuannya.
8. Bersama-sama menunaikan solat Witir.
9. Perserta berzikir menunggu azan Subuh.
Falsafah :
1. Qiamullail adalah amalan orang soleh.
2. Ukuran kekuatan ummat terletak kepada sejauh mana kemampuan mereka melaksanakan
qiamullail dan solat fardu secara berjemaah.
Pengisian Majlis
1. Taklimat tentang aturcara qiamullail.
2. Nota zikir.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 10
SURVIVAL / MERUNUT HUTAN
Masa : 5 Jam
Alatan : Air mineral, mess tin, lilin, beras, sardin, telur, tepung, gula,
Garam, beg sampah dan parang.
Puzzle/kiub ajaib, sampul surat, kad manila atau kertas
warna dan marker pen
Objektif :
1. Menerapkan sifat sabar dalam diri para pelajar
2. Menanam sifat disiplin di kalangan para pelajar
3. Memupuk semangat kerjasama dalam satu kumpulan
Prosedur :
Sebelum aktiviti
Semasa aktiviti
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 11
11. Makan secara berkumpulan
12. Jurulatih/fasilitator memastikan sampah sarap di kumpul dan di bawa turun ke kem untuk
dibuang.
Selepas aktiviti
Rasional
Setiap peserta yang melalui aktiviti survival/merunut hutan sekadar melaksanakan aktiviti tanpa
pengisian. Aktiviti pada setiap check point adalah untuk memberi satu ganggguan
emosi/ransangan kepada peserta untuk menilai potensi diri.
Objektif
1. Setiap peserta patuh pada arahan dan dapat merancang perjalanan.
2. Melatih nilai kepimpinan dan semangat kerjasama antara kumpulan.
3. Mencungkil bakal/potensi peserta.
4. Menanam rasa cinta pada alam dan menghayatinya untuk dihubungkan dengan kehidupan.
5. Memberi pendedahan kepada peserta tentang pelaksanaan ibadah mengikut keadaan.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 12
Check Point 1
Sila baca arahan dengan teliti
1. Bergerak secara berkumpulan.
2. Anda perlu bersedia dengan apa-apa jua tugasan yang akan diberikan oleh jurulatih.
3. Anda perlu berusaha menyelesaikan satu tugasan untuk mendapatkan satu sampul surat
daripada jurulatih.
4. Selesaikan cabaran dan teruskan perjalanan ke check point kedua.
1. IBADAH: TAYAMMUM
- Jurulatih mengarahkan peserta kumpulan membuat simulasi bertayammum.
- Jurulatih memerhati dengan teliti simulasi peserta.
- Jurulatih memberi penerangan, peneguhan dan membetulkan cara peserta
melaksanakan tayammum.
untuk tugasan tayammum: lelaki = check point 1. Perempuan = check point 3
untuk mengelakkan masalah pendedahan aurat.
Urusetia perlu menempatkan dua jurulatih bagi setiap check point untuk
memudahkan pelaksanaan tugasan peserta bagi setiap aktiviti.
Check Point 2
Sila baca arahan dengan teliti
2. SOSIAL : REMAJA
- Peserta kumpulan diminta memberi sumbang saran/pandangan tentang satu tajuk:
a. ”Nyatakan sebab-sebab berlakunya keruntuhan akhlak remaja masa kini”.
b. Cadangkan penyelesaian pada masalah keruntuhan akhlak remaja.
- Jurulatih meminta peserta membuat rumusan.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 13
- Jurulatih memberi penegasan bahawa setiap apa yang diperkatakan perlu
dilaksanakan. Mesej utama : ”BESARLAH KEMURKAAN ALLAH BAGI ORANG YANG
BERKATA TETAPI TIDAK MELAKSANAKAN”
Check Point 3
Sila baca arahan dengan teliti
3. UJI MINDA
- Peserta kumpulan diminta untuk membuat tugasan uji minda dan kerja berpasukan
menggunakan ‟kiub ajaib‟ (berupa empat segi dan mempunyai banyak warna) atau
puzzle bergambar.
- Peserta diminta menyusun agar satu atau lebih bahagian daripadanya sama warna
mengikut keupayaan ahli kumpulan, kepantasan dengan peruntukkan masa maksimun
2 minit.
- Jurulatih perlu menilai kepantasan dan kerjasama kumpulan.
- Jurulatih membuat penegasan tentang ” KEPANTASAN, KETEPATAN DAN
KERJASAMA ” (3K) penting untuk mencapai matlamat.
Check Point 4
Peserta mesti sampai ke check point 4 sekurang-kurangnya 15 minit sebelum Zohor.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 14
Tugasan Check Point 4
Perhatian:
Peserta mesti sampai ke check point 4 sekurang-kurangnya 15 minit sebelum Zohor.
Maksudnya:
”Yang membuat segala sesuatu yang dia ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai
penciptaan manusia dari tanah”
Penamat
- Peserta berkumpul mengikut kumpulan.
- Jurulatih meminta peserta bekerjasama membuat pembentangan dan menceritakan
pengalaman kembara.
- Jurulatih menegaskan maksud tersirat di sebalik setiap aktiviti.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 15
PENYEDIAAN BAHAN DALAM SAMPUL BAGI CHECK POINT
Contoh Slogan:
- KAMI SUDAH BERJAYA.
MERENTAS HALANGAN
Alatan : Laluan merentas halangan (mengikut halangan yang disediakan pihak kem)
Objektif :
1. Membina ketahanan diri
2. Membentuk keyakinan diri
3. Memupuk semangat kerjasama dalam satu kumpulan
Prosedur :
Sebelum aktiviti
1. Berkumpul mengikut kumpulan
2. Memastikan semua peserta memakai pakaian yang sesuai (cth : pakaian sukan dan
berkasut)
3. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tidak sihat
4. Penerangan tentang langkah-langkah keselamatan ketika aktiviti merentas halangan
dijalankan.
5. Sentiasa mengikut arahan jurulatih
6. Membuat aktiviti regangan (warm up)
7. Bacaan doa
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 16
Semasa aktiviti
1. Melakukan aktiviti mengikut kumpulan
2. Sentiasa mematuhi arahan jurupandu dan fasilitator.
3. Mementingkan langkah-langkah keselamatan
4. Setiap kumpulan dikehendaki melalui kesemua halangan yang telah disediakan.
5. Bekerjasama dan bantu membantu ahli kumpulan.
Selepas aktiviti
1. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tercedera atau sakit.
2. Dapatan pengalaman mengikut kumpulan (wakil kumpulan)
3. Jurulatih/fasilitator membuat rumusan keseluruhan aktiviti merentas halangan.
FLYING FOX
Objektif :
1. Membina keyakinan diri
2. Memupuk ketahanan diri
3. Membentuk disiplin
Prosedur :
Sebelum aktiviti
1. Berkumpul mengikut kumpulan
2. Memastikan semua peserta memakai pakaian yang sesuai (cth : pakaian sukan dan
berkasut)
3. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tidak sihat
4. Penerangan tentang langkah-langkah keselamatan ketika aktiviti Flying Fox.
5. Sentiasa mengikut arahan jurulatih
6. Membuat aktiviti regangan (warm up)
7. Bacaan doa
Semasa aktiviti
1. Melakukan aktiviti seorang demi seorang
2. Sentiasa mematuhi arahan jurupandu dan fasilitator.
3. Mementingkan langkah-langkah keselamatan
Selepas aktiviti
1. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tercedera atau sakit.
2. Dapatan pengalaman mengikut kumpulan (wakil kumpulan)
3. Jurulatih/fasilitator membuat rumusan keseluruhan aktiviti Flying Fox.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 17
TAHSIN SOLAT
Masa : 30 minit
Objektif :
1. Peserta dapat mengetahui bacaan-bacaan rukun dalam solat.
2. Peserta dapat memperbaiki bacaan-bacaan rukun dalam solat mereka.
Prosedur :
1. Peserta berkumpul di surau dalam kumpulan yang ditetapkan.
2. Fasilitator menerangkan jenis-jenis bacaan dalam solat.
3. Peserta bersama-sama membaca nota bacaan dalam solat.
4. Peserta membaca seorang demi seorang untuk dipantau bacaan oleh fasilitator
Falsafah :
1. Solat yang sempurna mencegah seseorang daripada perbuatan keji.
2. Solat memfokuskan tujuan hidup hamba kepada Allah.
Panduan majlis
1. Bersama-sama membaca nota bacaan dalam solat.
2. Fasilitator menyelia bacaan individu peserta.
KULIAH SUBUH
Masa : 30 minit
Objektif :
1. Peserta dapat memahami dengan lebih jelas kepentingan mengenal Allah.
2. Peserta dapat megetahui bahawa menusia akan gagal dalam hidupnya terutama kehidupan
di akhirat akibat tidak mengenal Allah.
Prosedur :
1. Peserta berkumpul di surau dalam kumpulan yang ditetapkan selepas selesai solat Subuh.
2. Fasilitator menerangkan kewujudan Allah.
3. Fasilitator bertanya “apakah dalil Allah itu wujud?”.
4. Setiap kumpulan menulis jawapan dan dibaca oleh wakil mereka.
5. Fasilitator membuat kesimpulan.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 18
6. Fasilitator meminta “tiga cara mereka menghampiri Allah”.
7. Setiap kumpulan menulis jawapan dan dibaca oleh wakil mereka.
8. Fasilitator membuat rumusan.
Falsafah :
1. Cinta kepada Allah bermula dari mengenaliNya.
2. Manusia yang mengenali Allah adalah manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.
KULIAH SUBUH
Masa : 30 minit
Objektif :
1. Peserta dapat membaca al Quran dengan baik.
2. Peserta dapat menjadikan al Quran sebagai amalan pembacaan dalam kehidupan seharian.
Prosedur :
1. Peserta berkumpul di surau dalam kumpulan yang ditetapkan selepas selesai solat Subuh.
2. Fasilitator meminta peserta mengambil mushaf masing-masing.
3. Fasilitator membacakan surah al Qari‟ah satu qit‟ah dan diikuti oleh para peserta.
4. Semua peserta membacakan terjemahan ayat beramai-ramai sehingga akhir ayat.
5. Fasilitator meminta peserta bercakap suasana hari kiamat.
6. Fasilitator meminta peserta bercakap mengenai nasib timbangan amalan (ringan dan berat)
7. Bacaan al Quran disambung seorang satu ayat.
8. Fasilitator membuat rumusan.
Falsafah :
1. Kitab al Quran pembentuk akhlak terpuji.
2. Kitab al Quran panduan hidup mukmin.
3. Setiap insan hendaklah menjadikan al Quran sebagai kitab rujukan utama.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 19
MALAM PERSEMBAHAN KUMPULAN
Alatan : Lampiran
Objektif :
1. Peserta dapat menonjolkan bakat dan potensi masing-masing.
2. Peserta dapat meyakinkan diri dan berani tampil di khalayak ramai.
3. Peserta dapat mengeratkan lagi kerjasama dan semangat bersaing secara positif.
4. Peserta dapat menyampai dan menerima mesej yang positif melalui persembahan.
Prosedur :
1. Peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
2. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan persembahan mengikut undian yang
telah ditetapkan.
3. Masa bagi setiap persembahan adalah 5 – 7 minit.
4. Fasilitator akan dilantik untuk mengadili persembahan bagi memilih tiga kumpulan terbaik
berdasarkan kriteria yang berikut:
5. Ketua kumpulan diminta menyatakan mesej yang cuba disampaikan oleh kumpulan masing-
masing.
6. Panel hakim mengumumkan keputusan pertandingan.
Falsafah
1. Setiap individu mempunyai bakat dan kebolehan.
2. Penampilan bakat dan potensi memerlukan keberanian dan keyakinan diri.
3. Peserta menyedari bahawa kesenian Islam adalah salah satu cabang ilmu yang perlu
dipelajari dan dikembangkan.
4. Peserta mengetahui bahawa ketamadunan Islam kaya dengan kesenian dan kebudayaan
yang unggul.
5. Manusia memerlukan saluran yang betul dan sihat untuk menampilkan potensi diri.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 20
MALAM KESENIAN
Arahan :
1. Kumpulan anda diminta membuat persembahan:
Drama ( )
Sketsa ( )
Koir / Lagu Patriotik ( )
Nasyid ( )
Dikir Barat ( )
5. Keperluan persembahan seperti pakaian dan lain-lain hendaklah disediakan sendiri oleh
kumpulan masing-masing.
7.2 Kreativiti 30 %
REFLEKSI DIRI
Masa : 3 jam
Objektif :
1. Untuk memberi pengukuhan kepada peserta kesedaran untuk membuat perubahan.
2. Memantapkan tahap rasa kebertanggungjawaban ke atas diri peserta.
3. Mewujudkan sikap cintakan kepada agama, bangsa & negara.
4. Dapat membina semangat juang yang tinggi untuk mencapai kejayaan.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 21
Prosedur :
1. Penceramah menyediakan bahan SLIDE TAYANGAN dan multimedia berhubungkait
dengan ceramah kesedaran
3. Peserta ditekankan tentang proses kejadian dan menyedari hakikat asal manusia
o Tayangkan video klip Al-Fatihah .terangkan keistimewaan Al-Fatihah
o Tunjukkan vidio klip asal usul kejadian manusia.
o Penceramah menekankan tentang asal usul kejadian manusia
o Bandingan dengan kejadian makhluk lain (malaikat dan makhluk lain)
o Penekanan terhadap tanggungjawab manusia sebagai khalifah
o Penekanan terhadap tangungjawab manusia:Beribadah
5. Peserta di bawa menyingkap tentang pengorbanan ibu dan ayah mencari rezeki.
o Video tentang kesusahan ibu ayah mencari rezeki, bersawah, menoreh getah
o Penceramah menekankan tentang susah payah ibu dan bapa membesarkan anak
o Video tentang pesan ibu-menekankan tentang pesanan dan harapan ibu terhadap
anaknya.
o Peserta membawa untuk menilai tahap penerimaan diri tehadap ibu dan ayah dan
bagaimana hubungan mereka denga kedaua-duanya.
o Peserta diajak mengimbau kesalahan dan dosa terhadap ibu dan ayah.
o Buai emosi peserta bagaimana jika kita kehilangan ibu dan ayah?
o Sempatkah kita memohon ampón daripada ibu dan bapa?
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 22
7. Keinsafan:tunjukkan video klip keinsafan
o Ajak peserta sama-sama bernasyid
o Ajak peserta meenng kesilapan lalu dan menginsafinya
o Ajak peserta sama-sama berzikir
o Seru peserta sama-sama bertaubat dan berazam tidak mengulangi kesalahan.
9. Mohon keampunan
o Jika ibu-bapa hadir, seru peserta untuk cari ibu-bapa mereka , kucup ibu-bapanya, sujud
dikakinya, mohon keampunan daripada keduanya
o Jika guru/jurulatih/fasilitator hadir, panggil mereka berada di hadapan murid, seru murid
untuk buat barisan , bersalaman dan memohon ampun .Guru beri motivasi kepada
pesera.
Falsafah :
1. Peserta menyedari bahawa tanggugjawab sebagai anak terhadap ibu bapa adalah besar
dan mempengaruhi kehidupan seharian.
2. Peserta menyedari bahawa setiap insan ada harga diri dan orang lain tidak akan
menghargai diri kita selagi kita tidak menghargai diri sendiri.
3. Peserta mengetahui bahawa ketaatan kepada Allah SWT adalah keutamaan untuk
mencapai kejayaan.
4. Kesedaran dan keinsafan melihat permasalahan ummah/remaja membantu meningkatkan
kualiti diri.
5. Keimanan dan keilmuan teras kejayaan hidup Islam.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 23
Lampiran 3
Ulasan pemantau
.........................................
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 24
IKRAR PESERTA
KEM PEMANTAPAN SAHSIAH
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
AKAN MENJADI ANAK YANG SOLEH, TAAT KEPADA KEDUA IBUBAPA, MENGHORMATI GURU-GURU
DAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH DENGAN IKHLAS SERTA RELA HATI.
KAMI BERJANJI
AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN SECARA AKTIF DALAM SEMUA AKTIVITI DENGAN SEMANGAT
UKHUWWAH ISLAMIYYAH SEBAGAI UMAT ISLAM YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG
PADA BILA-BILA MASA .
AKAN MENJADI PENDORONG KEPADA RAKAN-RAKAN KAMI YANG LAIN KE ARAH MEMBENTUK
KECEMERLANGAN DIRI DALAM SEMUA BIDANG.
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 25
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 26