You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA KIMIA KALI 1/2011

Tarikh : 3 Januari 2011


Masa : 1.40 – 2.00 petang
Tempat : Makmal Kimia

Yang hadir

1. Pn. Noor Haslina Binti Daman Huri (Ketua Panitia)


2. Cik Nur Syahidda Salha Binti Sabri
3. En. Tan Wooi Chung

Agenda
1. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi
1.1 Ketua Panitia, selaku Pengerusi mesyuarat, mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-
guru kimia.
KETUA PANITIA

2. Sukatan Pelajaran & Rancangan Pelajaran


2.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran kimia dan kelas
adalah seperti berikut:
a) Cik Nur Syahidda Salha - 4ST2
b) Pn. Noor Haslina – 4ST1 dan 5ST2
c) En. Tan Wooi Chung – 5ST1 dan 6AST
SEMUA GURU

2.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa semua guru kimia patut memiliki Sukatan Pelajaran dan
Rancangan Pelajaran bagi tingkatan yang mereka ajar.
2.3 Sukatan pelajaran & rancangan mesti disimpan dalam fail kimia peribadi masing-masing.
SEMUA GURU

3. Persediaan Buku Rekod Mengajar


3.1 Guru-guru diminta melengkapkan (i) Biodata guru, (ii) Jadual Waktu P&P, (iii) Ringkasan
Rancangan Pembelajaran & Pengajaran Tahunan mengikut minggu, (iv) TOV pelajar.
3.2 Hari terakhir untuk melengkapkan Buku Rekod Mengajar ialah 07.01.2011.
SEMUA GURU

4. Bilangan Latihan, Buku Latihan & Buku Nota


Mesyuarat memutuskan bahawa minimum bilangan latihan setiap minggu adalah seperti berikut.

Tingkatan Latihan Buku latihan Buku Nota Peka/ amali


Empat &
Lima (a) Soalan objektif: min 10 Minimum Modul Minima dua amali
(b) Soalan Struktur/Esei: 2 satu buah WAJA/ satu setiap tingkatan
 Kelas 4ST1 & 5ST1 minimum buku latihan buah buku termasuk:
satu esei setiap bulan
Eksperimen
Pentitratan dan
Kadar Tindakbalas

(a) Soalan objektif: minimum 20 Fail


(b) Soalan Struktur; minimum 3 Lampiran Fail WAJA Fail Praktikal
Enam Atas
(c) Soalan Esei: 1 kerja P&P P&P Chemistry
dan fail SAL
MAKLUMAN

5. Program Peningkatan Akademik, Program Kecemerlangan Akademik dan Program Operasi


5.1 Guru yang ditugaskan untuk menyedia program masing adalah seperti dalam jadual berikut:

Nama Program Tingkatan Guru Kimia


Program Peningkatan Akademik / Enam Atas En. Tan Wooi Chung
Program Kecemerlangan Akademik Lima Pn. Noor Haslina Bt Daman Huri
Empat Cik Nur Syahidda Salha Bt Sabri
Lima Pn. Noor Haslina Bt Daman Huri
Program Operasi Enam Atas En. Tan wooi Chung
Empat Cik Nur Syahidda Salha Bt Sabri
5.2 Semua program telah diserahkan kepada ketua panitia pada hujung tahun 2010.
SEMUA GURU

6. Penyedia soalan bagi Peperiksaan Dalaman


Guru yang ditugaskan untuk menyedia soalan peperiksaan dalaman adalah seperti berikut:

Peperiksaan Tingkatan Guru yang bertanggungjawab


Empat Cik Nur Syahidda Salha
Ujian Pertengahan Penggal I /Mac Lima Pn. Noor Haslina
Enam Atas En. Tan Wooi Chung
Empat Pn. Noor Haslina
Peperiksaan PertengahanTahun Lima En. Tan Wooi Chung
Enam Atas En. Tan Wooi Chung
Empat Cik Nur Syahidda Salha
Ujian Pertengahan Penggal 2 / Julai Lima Pn. Noor Haslina
Enam Atas En. Tan Wooi Chung
Empat Pn. Noor Haslina
Peperiksaan Akhir Tahun Lima Pn. Noor Haslina
Enam Atas En. Tan Wooi Chung
SEMUA GURU

7. Penyediaan Head Count


7.1 Semua guru dikehendaki menyediakan Head Count bagi kelas yang diajar.
7.2 TOV bagi tingkatan lima dan enam atas adalah keputusan peperiksaan akhir pada tahun lepas.
Bagi tingkatan empat, TOV adalah berdasarkan Penilaian Kurikulum 1.
SEMUA GURU
8. Pencerapan Gerak Kerja Bertulis & Penyeliaan Guru
8.1 Semua guru dimaklumkan bahawa pencerapan buku dan penyeliaan guru akan dibuat
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
8.2 Penyeliaan guru akan dilakukan lebih kerap oleh Guru Kanan Sains dan Matematik.
MAKLUMAN

9. Pembelian Bahan Bantu Mengajar


9.1 En. Tan Wooi Chung mencadangkan untuk panitia membeli buku rujukan sebanyak 10
buah buku bagi 4ST1 dan 10 buah buku 4ST2 sebagai galakkan untuk pelajar bersaing
mendapatkan skor cemerlang. Buku akan dipinjamkan kepada 10 pelajar cemerlang dari
setiap kelas mengikut keputusan Penilaian Kurikulum 1.
9.2 Pn. Haslina mencadangkan untuk membeli buku rujukan dwibahasa.
9.3 Semua cadangan tersebut diluluskan.
KETUA PANITIA

10. PEKA KIMIA


10.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa En. Tan Wooi Chung selaku ketua panitia dilantik sebagai
Ketua Pentaksir Sekolah dan Pn. Noor Haslina serta Cik Nur Syahidda Salha dilantik
sebagai Pentaksir Sekolah bagi PEKA Kimia tahun ini.
10.2 Guru diingatkan menjalankan sekurang-kurang empat eksperimen untuk penilaian, iaitu
sekurang-nya dua eskperimen di tingkatan empat dan dua eksperimen di tingkat lima. Dua
eksperimen yang wajib dijalankan ialah Eksperimen TITRATION di tingkatan empat dan
Eksperimen RATE OF REACTION di tingkatan lima.
10.3 Penataran PEKA kimia bagi pelajar tingkatan empat akan dibuat oleh En Tan pada hujung
bulan Januari.
MAKLUMAN

11. Hal-hal lain


13.1 En. Tan Wooi Chung mencadangkan WAJA dan Answer to Score (ATS) diteruskan.
13.2 En. Tan Wooi Chung mengucapkan tahniah kepada Pn. Haslina atas perlantikan menjadi
Ketua Panitia Kimia tahun 2011.

Mesyuarat ditangguh pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh :

…………………………………. ……………………….. …………………….


(NUR SYAHIDDA SALHA BINTI SABRI) (NOOR HASLINA BT (NORHAYATI BT YUSUP)
Guru Kimia DAMAN HURI) Guru Kanan Sains & Matematik
SMK Simpang KP Kimia SMK Simpang SMK Simpang

You might also like