You are on page 1of 2

ANALISIS BUKU TEKS PERDAGANGAN TINGKATAN 4.

SUBJEK : PERDAGANGAN TINGKATAN : 4__

PENULIS : HENG SEAI KIE, CHIAM CHEE SIANG, ZAKIYAH BINTI ___

JALUN DAN SHARINI BINTI HAJI RAMLI______________

PENERBIT : PUSTAKA SERI KANCIL______

TEMPAT TERBIT: 479A, MELAKA PLAZA, JALAN HANG TUAH, 75300 MELAKA

TAHUN TERBIT : 2002

Buku teks merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang penting untuk membantu
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad (1997),
terdapat lima fungsi penting sesuatu teks iaitu untuk mendapat maklumat, sebagai sumber
rujukan, untuk membina sikap, untuk memberi bimbingan dan mengajar. Berdasarkan analisis
buku teks yang dilakukan mendapati buku ini dilengkapi dengan kelima-lima fungsi tersebut.
Walau bagaimanapun penggunaan elemen-elemen tersebut tidak secara mendalam.Ini kerana
guru dan pelajar perlu membuat rujukan yang lebih mendalam melalui sumber rujukan lain yang
lain di pasaran. Keadaan ini menyebabkan pelajar dan guru tidak tidak berminat untuk
menggunakan buku teks ini sebaik mungkin.

Merujuk kepada Stewart (1998), menyatakan bahawa kebolehbacaan teks adalah


kesanggupan untuk membaca dan bukan kebolehan untuk kefahaman. Ini bermakna sesebuah
buku teks perlu menarik dan lengkap agar menggalakkan pelajar membaca serta memahami isi
kandungan sesuatu topik pembelajaran dengan lebih berkesan. Antaranya ialah melalui
penggunaan gambar dan warna yang menarik serta paparan halaman yang teratur dan dilengkapi
dengan maklumat-maklumat terkini yang akan menjadikan buku ini lebih berkualiti pada
pandangan pelajar khasnya. Jika dilihat pada buku teks perdagangan tingkatan 4 ini, ia
mengandungi juga beberapa elemen yang menarik seperti penggunaan gambar berwarna tetapi
tidak diaplikasikan pada keseluruhan buku tersebut. Hanya pada bahagian bab 3 iaitu Perniagaan
Dalam Negeri diwarnakan. Ini mungkin kerana isi kandungan bab ini yang terlalu panjang dan
untuk mengelakkan pelajar bosan mempelajari bab ini terlalu lama.
Selain daripada itu paparan awal buku ini juga kurang menarik dari segi penggunaan
warna yang agak malap tidak menampakkan keceriaan untuk membacanya. Ia sekaligus memberi
kesan kepada pengamatan awal pelajar terhadap keseronokan membaca dan menggunakan buku
ini. Selain daripada itu, terdapat juga penggunaan gambar yang tidak releven seperti penggunaan
Pasaraya Makro sebagai contoh kerana pada masa kini pasaraya tersebut telah diambil alih oleh
syarikat lain dan telah bertukar nama. Dari aspek ejaan agak memuaskan, namun masih terdapat
kesalahan ejaan yang perlu diperhatikan oleh penulis atau penerbit kerana ini boleh
mengelirukan pelajar.Ini kerana buku teks adalah salah satu contoh terbaik dan paling hamper
dengan pelajar. Laras bahasa yang digunakan juga mudah difahami dan tidak terlalu tinggi serta
penggunaan istilah dalam perdagangan manambahkan dan memperkayakan tatabahasa baru
dalam diri pelajar.

Secara keseluruhannya penyediaan buku teks perdagangan tingkatan 4 ini adalah


terancang dan tersusun. Terdapat juga latihan pada setiap akhir isi kandungan yang guru menilai
tahap pamahaman pelajar serta sebagai latihan pelajar di rumah dan sebagai contoh bentuk
soalan bagi pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Ia juga merangkumi kesemua sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun
paparan awal dan pada setiap halaman perlu dipertingkatkan melalui penggunaan warna sama
ada pada bahagian gambar ataupun jadual. Kesalahan ejaan juga perlu diteliti supaya tidak wujud
sebarang kesalahan ejaan di dalam buku teks. Penyediaan ruangan sumber rujukan, indeks dan
glosari banyak membantu untuk membolehkan pelajar dan guru mendapatkan maklumat lanjut
serta mencari makna sesuatu istilah. Oleh yang demikian penghasilan sesebuah buku teks perlu
di lakukan dengan sebaik mungkin agar hasilnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta semata-
mata untuk memenuhi syarat buku teks sahaja dan secara tidak langsung mengelakkan
pembaziran.

Rujukan :

Abdul Rahim Mohd Saad(1997)Mereka Bentuk Teks Pengajaran : Secara efisien dan
Efektif,Fajar Bakti Sdn Bhd Shah Alam.

You might also like