You are on page 1of 3

CATATAN MINIT MESYUARAT

PANITIA SAINS
BIL. 4 Tahun 2010

TARIKH : 16.11.2010
MASA : 3:15 petang
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

KEHADIRAN : TIDAK HADIR BERSEBAB :

1
2
3
4
5
6
7
8
9

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.3 / 2010
3. Postmortem Pertengahan Akhir Tahun
4. Kajian semula semua program
5. Perkara Berbangkit
6. Hal-hal lain

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pn.Syamimah (Pengerusi) mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran
Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Panitia Sains 2010.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam komitmen
yang ditunjukkan bagi menjayakan program-program sekolah seperti minggu Sains dan
pertandingan amali sains sekolah – sekolah tamil .
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.2 / 2010.

2.1 Tuan Pengerusi meminta kepada ahli jawatankuasa untuk mengesahkan minit mesyuarat
bil.3 / 2010.
Respon : Pn. R.Iswari mencadangkan minit untuk disahkan dan ia disokong oleh Pn.
G.Thielalai Amall

Makluman

3.0 POSTMORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

3.1 Pengurusi meminta guru – guru mengenalpasti pelajar yang dikategorikan sebagai
cemerlang dan lulus. Ini bertujuan untuk mengambil langkah berikutnya, bagi memastikan
sasaran yang dibuat tercapai.

3.2 Beberapa masalah dan cadangan penyelesian berkaitan pembelajaran telah dikemukan oleh
guru-guru. Diantaranya ialah ;

Bil. Masalah Cadangan Penyelesaian

1 Pelajar sangat lemah, tidak i. Pelajar dibimbing oleh guru lain, yang
memahami isi pelajaran. tidak mengajar mereka di kelas, untuk
memberikan pendekatan yang
berbeza.
2 Pelajar tidak menguasai medium i. Guru menekankan kehendak soalan
pelajaran dalam bahasa Inggeris melalui cara menghitamkan (highlight)
menyebabkan kegagalan untuk kata kuncinya.
ii. Guru menyelitkan slot teknik
menjawab soalan peperiksaan.
menjawab soalan semasa kelas
dijalankan.
3 Pelajar tidak berminat dengan i. Guru cuba pujuk dan nasihat.
pelajaran, mula putus asa dan ii. Guru tunjukkan kepercayaan bahawa
berhenti untuk berusaha. pelajar berkenaan ’boleh’, agar
keyakinan pelajar bertambah.
iii. Guru beri pujian dan motivasi untuk
setiap peningkatan atau sikap positif
yang pelajar tunjukkan.
4 Pelajar tidak menjawab soalan i. Guru perlu menegaskan tentang
semasa peperiksaan kerana tidak kemahiran proses sains semasa
menguasai kemahiran proses sains. membuat latihan dalam kelas.
ii. Guru menghitamkan (highlight) kata
kunci soalan supaya pelajar tidak
terpesong dari kehendak soalan.
5 Sikap pelajar yang menganggap i. Guru menyelitkan soalan-soalan
soalan peperiksaan sukar, tanpa mudah, yang mempunyai sense of
membaca dan meneliti soalan achievement bagi memotivasikan
pelajar menjawab peperiksaan.
dengan betul.

Tindakan : Semua guru

4.0 KAJIAN SEMULA PROGRAM TAHUN 2010

4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang membantu menjalankan
aktiviti – aktiviti yang dirancang oleh panitia. Pengerusi juga memohon maaf atas kegagalan
untuk menjalankan beberapa aktiviti panitia seperti yang di rancang.

4.2 Pengerusi juga meminta guru – guru yang ditanggungjawabkan untuk setiap aktiviti
menyediakan laporan postmortem. Dengan ini kelemahan aktiviti dapat diatasi.

5.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada sebarang bangkitan minit diketengahkan.

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5:32 petang.

Disediakan oleh,

…………………………………........

()
Setiausaha Panitia Sains

You might also like