You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT

KELAB RAKAN ALAM SEKITAR UPSI


KALI KEDUA BIL 2 2010/2011

TARIKH : 28 OKTOBER 2010


MASA : 8.45 P.M– 10.30 P.M
TEMPAT : KAFETERIA PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN

AGENDA:
i. Ucapan Aluan Pengerusi
ii. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Pertama
iii. Pembentangan Program
- Explorace Alam Sekitar (FESIMA)
- Karnival Alam Sekitar 1 Malaysia 2011 ( KALAM ‘11)
- Hutan Komuniti 2011
iv. Sidang Dewan Pendidik
v. Hal-hal lain
vi. Ucapan Penangguhan Mesyuarat

1
MINIT MESYUARAT
KELAB RAKAN ALAM SEKITAR
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KALI KEDUA BIL 2 2010/2011

TARIKH : 28 OKTOBER 2010


MASA : 8.45 P.M– 10.30 P.M
TEMPAT : KAFETERIA PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN

KEHADIRAN
______________________________________________________________________________

HADIR:

MOHD ASYRAF BIN ZURAIMI PENGERUSI


AZMA AMIRA BT MOHAMAD
NORAZLIN BT SALAHUDIN ABD AZIZ
NOR FATIHAH BT MOHD NOR
WAN NUR SAKINAH BT W. ABDUL HALIM
NUR AMIRAH BINTI SHAMSUDIN
RAJA NUR AIMI BT RAJA IBRAHIM
SUZIATI IBRAHIM
NOOR AZLINA BINTI MUHAMMAD ARIFFIN
NUR LIYANA BT NOOR HAFIZIN LOT
FASLIATIN BT THAZALI
DALILA BT AIDI
AMIRAH BINTI SHAARI
AIN NAJWA BINTI AMRAN
HILDA ANAK EMAK
ISMAEDAYU BT ISMAIL
NUR IZZAH BINTI IBRAHIM
MUHAMMAD AZRIN B AZMAN

2
LEE TACK HOOI
SITI AISHAH BT ABDUL LATIF SETIAUSAHA

TIDAK HADIR DENGAN SEBAB:

INDAH SYAFIQAH BINTI ISMAIL


ANDREW WONG WAI HON
NASUHA BT MUHAMMAD
NOR MASDIANA BT ABD RAHMAN
TUAN NORSHUHADA BT TUAN RAMLI
NURSYAZUANI BT CHE MOHD ZAID
NURUL SYUHADA BT ISHAK

TIDAK HADIR TANPA SEBAB:

WAN MOHD SYAHIRAN BIN WAN SABARUIN


NURHASNI BT MA’ARUF
CHENG HOOI LEE
ADIRA HUSNA BT HAMZAH
YII EE WENG
WAN NUR FARHAH BT WAN HARUN
EMYRA BINTI AMRAN
WUN SHUN JI
JASMAWANI BT JAAFAR
NURSYAHIRA AYUNI BT AHMAD ZAMRI
FATIN NAJWA BT ABD RAHMAN
NOOR HAZIMAH HUSNA BT MOHD JOHAR
NOOR IZZATIE BT AMIR
MAHIRAH BT MAZLAN
WAN NUR ‘ATIQAH BT WAN MOHAMAD ZAMRI
NORFAZIELA BT ZAINON

3
NUR AMALINA BT ROHAIZAN
ILANI BT JAILANI
SITI NUR FADILLAH BT ROSLI
SYAZWANI BT KARIM

MINIT 1: Aluan Pengerusi Majlis

- Mesyuarat dimulakan pada jam 8.45 malam dengan bacaan Al-Fatihah. Pengerusi
mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli Kelab Rakan Alam Sekitar.

(Makluman: Semua ahli)

MINIT 2: Pengesahan Minit Mesyuarat

Minit Mesyuarat kali pertama bilangan satu diluluskan dengan pindaan. Berikut
merupakan pindaan yang telah dilakukan:

Kehadiran presiden kepada pengerusi

Kelulusan minit telah dicadangkan oleh saudari Suziati binti Ibrahim dan disokong oleh
saudara Lee Tack Hooi.

( Makluman : Semua ahli )

MINIT 3: Pembentangan Program

3.1 Explorace Alam Sekitar (FESIMA)


- Pengarah program, Ain Najwa bt Amran membentangkan mengenai kertas kerja
yang sudah dihantar dan belum mendapat kelulusan.
- Slot Explorace Alam Sekitar akan diadakan pada 25 Januari 2011, minggu ketiga
kuliah.
- Pembentangan berkenaan organisasi dan ketua bagi setiap bahagian telah
ditetapkan.
- Semua ketua setiap bahagian diminta menyerahkan jadual peperiksaan kepada
pengarah program bagi memudahkan urusan perbincangan.
- Anggaran yuran penyertaan bagi aktiviti adalah RM 10 setiap kumpulan.

4
- Peruntukan yang dipohon untuk hadiah adalah RM 100 dan RM 1.50 untuk setiap
peserta bagi penyediaan makanan.

3.2 Karnival Alam Sekitar 1 Malaysia 2011 (KALAM ‘11)


- Pengarah Program KALAM’11, saudari Nor Fatihah binti Md Nor memaklumkan
mengenai tarikh perlaksanaan KALAM ‘11 iaitu pada 2-5 Mac 2011.
- Makluman berkenaan gerak kerja dan setiap ahli akan diminta untuk berada di
kolej mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi melaksanakan gerak kerja.
- Kelab Rakan Alam Sekitar akan berurusan dengan Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar melalui Majlis Perwakilan Pelajar UPSI.

3.3 Hutan Komuniti 2011


- Pengarah Program, saudara Mohd Asyraf bin Zuraimi menyatakan bahawa
program
Hutan Komuniti 2011 adalah berteraskan kawasan hutan yang ingin dibangunkan
semula.
- Kawasan tersebut akan dijadikan hutan angkat oleh sekolah dan penduduk
sekitarnya.
- Program ini adalah bertemakan 1 Malaysia dan Alam Sekitar.
- Perancangan tempat perlaksanaan adalah di Ulu Slim
- Sekolah yang terlibat adalah sekolah yang berhampiran Ulu Slim.
- Tarikh yang dicadangkan adalah pada 12 dan 13 April 2011.
- Turut melibatkan Mahasiswa Perhutanan UPM, pelajar sekolah dan penduduk
sekitar.
- Penginapan peserta adalah di Kolej Ungku Omar dan Kolej Harun Aminurrashid.

(Makluman : Semua ahli)

MINIT 4: Sidang Dewan Pendidik

- Sidang Dewan Pendidik akan diadakan pada hari Sabtu, di Dewan Konvensyen,
Bangunan E-Learning.
- Tiga orang wakil RAS adalah, saudari Noor Azlina binti Muhammad Ariffin, saudara
Muhammad Azrin bin Azman dan saudara Lee Tack Hooi.

(Makluman : Semua Ahli)

MINIT 5 : Lain-lain Hal


5
i. Pengumpulan Tin.
- Setiap wakil melaporkan perkembangan penghantaran tin oleh setiap ahli.
ii. Pertandingan Logo Kelab
- Semua penyertaan akan dihantar kepada pensyarah penasihat untuk penilaian.
iii. Sekretariat KALAM ‘11
- Sekretariat baru akan diambil sekiranya diperlukan
iv. Status Ahli yang Tidak Hadir ke Perjumpaan
- Ahli yang tidak hadir perjumpaan dua kali berturut-turut akan diberikan surat
amaran.
- Ahli yang tidak hadir tanpa sebab sebanyak tiga kali berturut-turut akan dibuang
dari Kelab dengan serta merta.
v. Tabung Amanah dan Bank Kelab
vi. Yuran Kelab
- Bendahari memaklumkan nama ahli yang belum menjelaskan yuran kelab dan
meminta supaya pembayaran yuran dilakukan dengan segera.

(Makluman : Semua Ahli)

MINIT 6 : Ucapan Penangguhan Mesyuarat.

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dalam
mesyuarat ini.
Mesyuarat berakhir pada jam 9.30 malam dan ditangguhkan dengan bacaan Tasbih
Kafarah dan Surah Al-‘Asr.

(Makluman : Semua ahli)

6
Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ……………………………….
(SITI AISHAH BINTI ABDUL LATIFF) ( MOHD ASYRAF BIN ZURAIMI)
Setiausaha, Presiden,
Kelab Rakan Alam Sekitar, Kelab Rakan Alam Sekitar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Pendidikan Sultan Idris,

Disahkan oleh,

……………………………………
( DR. HUSNI BIN IBRAHIM)
Pensyarah Penasihat,
Kelab Rakan Alam Sekitar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

You might also like