You are on page 1of 9

KKP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

1.O PENGENALAN

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah matapelajaran yang diajar untuk


murid-murid di Tahap Dua sekolah rendah. Ini kerana murid Tahap Dua lebih mudah
memahami dan menerima input yang diberi berbanding dengan murid-murid di Tahap
Satu.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan 4 prinsip utama dalam


pelaksanaannya di sekolah. Prindip yang pertama ialah prinsip belajar untuk
mengetahui. Seterusnya,menekankan tentang prinsip belajar untuk bertindak. Prinsip
ketiga ialah prinsip belajar untuk membentuk peribadi. Manakala prinsip yang terakhir
ialah prinsip belajar untuk hidup bersama.

Prinsip pertama iaitu prinsip belajar untuk mengetahui. Prinsip ini menuntut
murid-murid untuk menguasai segala ilmu. Setelah menguasai dan memiliki ilmu
tersebut, murid-murid seharusnya mengamalkan nilai sivik dalam kehidupan seharian
mereka. Sebagai contoh, seorang murid belajar dan mengetahui tentang sejarah
kemerdekaan negara dimana pemimpin-peminpin terdahulu bertungkus lumus untuk
memerdekakan negara ini. Oleh itu, murid tersebut dapat menanam semangatkan
negara cintakan negara dan mempertahankan kedaulatan negara dari musuh-
musuhnya.

Seterusnya prinsip belajar untuk bertindak. Ia membawa maksud murid-murid


belajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari sama ada di luar atau dalam bilik
darjah. Sebagai contoh ialah perasaan rasa tanggungjawab yang ada dalam diri murid.
Seorang murid yang bertanggungjawab dia akan mengakui kesalahannya dan tidak
menuding kepada orang lain. Ini membuktikan bahawa nilai sivik telah mula dikuasai
oleh murid tersebut.

Prinsip ketiga ialah prinsip belajar untuk membentuk peribadi. Prinsip ini
menjurus kepada pembentukan seorang individu yang seimbang secara dari segi
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah yang membentuk insan yang
cemerlang secara menyeluruh. Sebagai contoh, murid-murid perlu menguasai semua
aspek ini kerana mereka ini merupakan pemimpin untuk generasi di masa hadapan.

1
KKP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Prinsip yang terakhir ialah prinsip belajar untuk hidup bersama. Prinsip ini
merupakan asas untuk menyatukan dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia. Prinsip ini menuntut murid sedar tentang kepentingan untuk menerima satu
sama lain dengan seadaanya demi mengekalkan keharmonian negara.Murid-murid ini
perlu diberi pendedahan tentang kepentingan perpaduan dalam kehidupan
bermasyarakat.

2.0 CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

2.1 DEFINISI

Guru cemerlang ialah seorang guru yang berpengetahuan,berkemahiran,


berdedikasi dan bermotivasi secara berterusan. Ini bermakna, seorang guru yang
cemerlang itu ialah seorang yang sangat konsisten dalam setiap waktu serta komited
dalam tugas mereka..

2.2 HURAIAN CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Terdapat enam kualiti yang digariskan dalam ciri-ciri guru cemerlang.


Pertama ialah berkualiti dari segi peribadi. Kedua ialah, berkualiti dari segi pengetahuan
dan kemahiran. Ketiga ialah, berkualiti dari segi hasil kerja. Keempat, berkualiti dari
segi cara berkomunikasi. Kelima ialah berkualiti dari segi potensi diri. Keenam pula
sumbangan kepada Pendidikan Negara.

Pertama ialah kualiti dari segi peribadi dan sahsiah. Seorang guru yang
cemerlang seharusnya mengamalkan sifat-sifat yang positif iaitu seperti sabar, bertolak
ansur dan bertanggungjawab. Seorang guru yang cemerlang juga sentiasa berpegang
teguh kepada etika perguruan. Ini bermaksud sentiasa professional walau di mana jua
mereka berada. Guru cemerlang juga menjadi “role model” kepada rakan sejawatan
dan juga murid serta masyarakat di sekelilingnya.

2
KKP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Kedua ialah, berpengetahuan dan berkemahiran. Seorang guru yang cemerlang


perlu menguasai pengkhususan yang diamabil secara seratus peratus. Selain itu guru
sentiasa menimba ilmu dan berusaha menambah ilmu yang sedia ada. Guru cemerlang
juga menjadi pakar rujuk kepada rakan seperjuangan dan juga anak muridnya sendiri.
Selain itu seorang guru yang cemerlang juga mampu mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh muridnya dan kemudian berganding bahu mencari jalan penyelesaian
bersama-sama.

Ketiga ialah, hasil kerja yang berkualiti. Ini membawa maksud, hasil dari proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru tersebut dapat menghasilkan
seorang murid yang dapat menonjolkan potensi diri mereka seperti yang digariskan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Potensi diri yang ada perlu digilap oleh guru
untuk membimbing dan membawa murid-murid ke puncak kejayaan.

Keempat ialah, kemahiran berkomunikasi. Seorang guru cemerlang mampu


berkomunikasi secara interpersonal dan intrapersonal dengan baik.Mereka mampu
menyampaikan mesej dengan baik dalam pelbagai situasi yang berbeza. Komunikasi
yang baik dapat memudahkan murid-murid memahami sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Selain itu, mereka juga mempunyai perasaan simpati
dan empati dalam diri mereka agar dapat menjalankan perhubungan yang positif
dengan murid-murid.

Kelima ialah, potensi diri. Seorang guru cemerlang ialah seorang yang sentiasa
ingin memajukan diri dan berada di hadapan mereka yang lain. Mereka akan
mengembangkan potensi diri mereka. Sebagai contoh, guru itu sentiasa mencari
alternatif meningkatkan cara dan mutu pengajaran. Selain itu, guru yang cemerlang
juga akan mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan
pencapaian murid dalam pelajaran.

3
KKP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Keenam,memberi sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara. Seorang


guru yang cemerlang sentiasa berfikiran di luar kotak pemikiran dan mencari idea-idea
baru untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita. Ini penting kerana
perkembangan dalam pendidikan semakin hari semakin berubah dan maju. Oleh itu
guru perlu kreatif dan kritis dalam memberi sesuatu yang berguna dalam bidang
pendidikan agar negara tidak ketinggalan dalam dunia pendidikan yang semakin
mencabar.

Sebagai kesimpulan, guru yang cemerlang perlulah cemerlang dari semua aspek
sama ada jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Cabaran dunia pendidikan pada hari
semakin mencabar dan sesekali mencabar mental fizikal dan mental. Oleh itu, guru
perlulah bersedia dari semua aspek dalam menjalakan tugas mereka.

4
KKP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

3.0 ANALISIS KAJIAN

3.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tai Thung.


Pemerhatian dijalankan sewaktu Pengalaman Berasaskan Sekolah. Puan Quah Bee
Lian mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi Kelas 5B. Puan Quah
mengambil pengkhususan Pengajian Bahasa Cina dan Kajian Tempatan.
Pengkhususan yang berlainan dengan matapelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan tidak menghalang beliau mencurahkan bakti kepada anak didiknya.
Beliau berpengalaman selama 10 dalam bidang pendidikan.

3.2 LAPORAN KAJIAN

Melalui pemerhatian saya, terdapat persamaan dan perbezaan antara ciri-


ciri guru cemerlang Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan guru Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan di sekolah.

3.2.1 PERSAMAAN GURU CEMERLANG PSK DAN GURU PSK DI SEKOLAH

Berikut disenaraikan persamaan antara guru cemerlang Pendidikan Sivik


dan guru Pendidikan Sivik dan guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah
kajian.

Persamaan pertama ialah, guru mengamalkan pelaksanaan tugasan mengikut


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Dapat dilihat bahawa
guru begitu dedikasi dan komited sewaktu mengajar matapelajaran ini. Guru sentiasa
berusaha memberi pengetahuan kepada anak didiknya. Guru ini member respon yang
baik dan berusaha menjawab soalan anak-anak muridnya sedaya upaya.

5
KKP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Persamaan kedua ialah, guru bersikap professional dalam menjalankan tugasa.


Guru ini mampu bersikap profesional dalam situasi yang berbeza. Mengambil contoh,
ketika sesi PnP berjalan seorang murid tidak memberi perhatian kepada sesi PnP
beliau telah mendenda murid berdiri di dalam bilik darjah. Kemudian guru meneruskan
PnP seperti biasa. Perasaan marah terhadap seorang murid itu tidak mampu
mempengaruhi emosi guru itu dalam mengendalikan sesi PnP.

Persamaan ketiga ialah, guru sentiasa berusaha meningkatkan


kemampuan murid serta kualiti hasil pembelajaran. Sebagai contoh, setelah selesai
sesi PnP guru memberi kuiz kepada anak muridnya. Setiap kuiz yang diberikan
bertujuan menguji pemahaman muri terrhadap apa yang dipelajari pada hari tersebut.
Jika murid kurang memahami apa yang dipelajari, guru akan menjelaskan kepada
murid secara peribadi dengan murid tersebut.

Persamaan keempat ialah, guru mampu menilai kekuatan dan kelemahan


murid-murid. Ini bermaksud guru sentiasa cuba untuk meningkatkna penguasaan murid
tentang apa yang diajarkan pada hari tersebut. Murid-murid yang lemah dalam
matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini diberi latihan pengayaan
untuk meningkatkan penguasaan dalam setiap tema yang telah diajarkan.

Persamaan kelima ialah, guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini


sentiasa menampilkan ciri-ciri seorang role model yang terbaik. Guru ini sentiasa
berpakaian kemas dan memiliki akhlak yang mulia. Guru ini sangat disenangi oleh anak
didik dan rakan sejawatannya.

Persamaan keenam ialah, guru memastikan wujud komunikasi dua hala


sewaktu PnP. In bermakna, guru dan murid sama2 berinteraksi untuk mendapat hasil
pembelajaran yang terbaik. Guru menerima respon yang diberikan oleh murid dan
menerangkan sekiranya terdapat sebarang kekeliruan dalam diri anak didiknya.

Persamaan kelapan ialah, guru membuat Rancangan Pengajian Harian


(RPH) sebagai persediaan untuk sesi PnP dan menyediakan Alat Bantu Mengajar
(ABM) untuk menarik minat murid-murid. Contoh ABM yang digunakan ialah lukisan

6
KKP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

berteka-teki yang dilekatkan di papan hitam. Jadi, murid-murid begitu berminat untuk
meneka dan ingin mengetahui jawapan yang sepatutnya.

Persamaan kesembilan ialah, guru PSK ini seorang yang berdisiplin dan
menepati masa. Guru ini masuk ke kelas tepat pada masa dan tidak melengahkan
masa kepada perkara yang tidak berfaedah.

Persamaan kesepuluh ialah guru mampu membangunkan potensi dari


segi minat dan penglibatan murid. Guru tersebut menjalankan PnP yang menarik minat
murid untuk berinteraksi dengan guru untuk mengetahui lebih tentang kandungan PnP
tersebut.

3.2.2 PERBEZAAN GURU CEMERLANG PSK DAN GURU PSK DI SEKOLAH

Berikut disenaraikan perbezaan antara guru cemerlang Pendidikan Sivik


dan guru Pendidikan Sivik dan guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah
kajian.

Perbezaan yang paling ketara ialah, guru tidak menggunakan kemudahan


teknologi untuk mempelbagaikan sesi PnP. Guru hanya berada di dalam kelas dan
mengajar menggunakan beberapa ABM yang biasa. Penggunaan ABM yang sama
untuk sesi PnP akan membuat murid-murid bosan dan kurang berminat untuk
menyertai aktiviti yang dijalankan oleh guru. Murid boleh menduga aktiviti yang bakal
dijalankan dan ini membuat mereka memilih untu mengganggu rakan mereka yang lain
atau pun memilih untuk membuat kerja yang tidak berkaitan dengan PnP Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan sama sekali.

7
KKP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh guru


dalam menjalankan PnP.

Cadangan pertama ialah mempelbagaikan penggunaan ABM. Terdapat pelbagai


jenis ABM yang boleh digunakan. Sebagai contoh membuat permainan yang
memerlukan penglibatan aktif oleh murid-murid. Ini bukan sahaja dapat menyeronokkan
mereka malah menambah ilmu pengetahuan mereka.

Cadangan kedua ialah, guru meningkatkan tahap komunikasi dengan murid-


murid. Guru berusaha membberi input sebaik mungkin kepada murid-murid. Ini ialah
supaya murid-murid tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa.

Cadangan ketiga ialah memperbanyakkan aktiviti yang berpusatkan murid. Ini


akan memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari sesuatu yang baru.
Sebagai contoh guru boleh meminta murid-murid berlakon situasi hidup berjiran. Di sini
mereka akan mula belajar tentang peranan seorang jiran itu sendiri.

Cadangan keempat ialah, menggunakan teknologi dalam PnP. Guru tidak hanya
sekadar berdiri dan mengajar di dalam bilik darjah malah boleh membawa murid-murid
ke bilik komputer untuk mengajar mereka bagaimana untuk melayari internet dan
mencari bahan berkaitan dengan tema yang ingin diajarkan pada hari tersebut.

Cadangan kelima ialah, mempelbagaikan strategi pengajaran. Sesi PnP perlu


menggunakan cara yang berlainan dan berubah untu menarik minat murid-murid.
Sebagai contoh, kuiz boleh dibuat untuk menguji kefahaman murid-murid.

Cadangan keenam ialah, guru boleh memberi peneguhan positif kepada murid-
murid. Sebagai contoh memberi pujian dan hadiah jika murid itu berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Peneguhan seperti ini
akan membentuk tingkahlaku positif yang diinginkan oleh guru. Murid akan rasa
dihargai dan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Ini sekaligus akan meningkatkan
pencapaian mereka dalam pembelajaran.

8
KKP PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

5.0 PENUTUP

Melalui pemerhatian saya untuk tugasan ini saya telah mempelajari beberapa
perkara yang oleh dijadikan panduan buat diri saya setelah mula menjadi pendidik pada
masa hadapan.

Pertama ialah, sesi PnP yang berulang dan berada pada tahap yang sama pada
setiap masa akan membosankan murid-murid. Jadi pelbagai strategi perlu digunakan
untuk menarik minat murid-murid. Sebagai contoh, permainan menguji minda dan
simulasi peranan. Ini memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai pengalaman
baru dan rasa terhibur walaupun ketika itu sesi PnP sedang berjalan.

Kedua ialah, guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi


maklumat yang terkini. Ini kerana, murid-murid zaman kini lebih peka terhadap
pembaharuan dalam bidang teknologi maklumat. Mereka turut berharap untuk belajar
sesuatu yang berada di luar batasan pengetahuan mereka. Justeru itu, saya perlu mula
membaca majalah atau buku ilmiah, melayari internet untuk mempelajari sesuatu yang
baru agar berada lebih hadapan berbanding murid-murid saya.

Ketiga, saya belajar bahawa menjadi seorang guru yang tegas itu tidak
semestinya menjadi seorang yang garang dan ditakuti. Hubungan antara guru dan
murid-muridnya amat penting dalam melancarkan sesi PnP yang berjalan. Seorang
guru yang dihormati ialah seorang guru yang mampu memberi pendidikan kepada
murid-muridnya dengan berkesan dalam suasana pembelajaran yang memberangsang
dan tegas dalam menjalankan tanggungjawab.

Saya akan menggunakan pengalaman yang saya perolehi sewaktu Pengalaman


Berasaskan Sekolah ini untuk menghadapi masa hadapan. Dengan adanya sedikit ilmu
ini, saya akan lebih bersedia untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi.

You might also like