You are on page 1of 32

dPTK/m

hG
LglbM
V
uroIpS
kN
entiascE
MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI

TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER

MURID DAN ALAM BELAJAR


KAJIAN SOSIAL 1
MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER

a)Bodily-Kinesthetic

Ciri-ciri

-Berkaitan dengan kemahirn pergerakan motor halus


-Cenderung epada sukan,tarian,atau lakonan
-Belajar melalui aktiviti fizikal

Kerjaya yang sesuai.

-Atlet
-Penari
-Pelakon
-Doktor Bedah
-Artisan

b)Verbal Linguistic

Ciri-ciri

-Berkaitan dengan perkataan samada lisan atau bertulis


-Mahir membaca,menulis bercerita dan menghafal perkataan dan tarikh-tarikh penting
-Gemar membaca dan mencatat nota
-Mudah belajar bahasa asing
Kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan struktur.

Kerjaya yang sesuai

-Penulis
-Peguam
-Ahli Falsafah
-Pemberita
-Guru

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

c)Visual/ Spatial

Ciri-ciri.

-Berkaitan dengan ruang


-Mahir dari segi visualisasi dan manipulasi objek secara mental
-Mempunyai ingatan visual yang kuat
-Cenderung kepada seni
-Mahir dari segi kordinasi mata-tangan

Kerjaya yan sesuai

-Artis
-Jurutera
-Arkitek

d)Musical

Ciri-ciri

-Berkaitan dengan ritma,muzik dan pendengaran


-Peka terhadap bunyi,ritma dan gambar
-Boleh menyanyi,bemain alat muzik dan mnggubah muzik
-Menggunakan lagu atau ritma untuk belajar atau menghafal maklumat

Kerjaya yang sesuai

-Penyayanyi
-Penggubah lagu
-Konduktor muzik

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

e) Logico-Matematical

Ciri-ciri
-Berkaitan dengan nombor , penaakulan dan penyelesaian masalah
-Berkebolehan untuk menjana dan memanipulasi visual serta merekacipta gambar
mental dari pelbagai perpektif
-Gemar menyukat,mengukur dan mengurus data.

Kerjaya yang sesuai


-Ahli Matematik
-Ahli Statistik

f) Intrapersonal
Ciri-ciri
-Berkaitan dengan kapasiti introspektif dan refleksi kendiri
-Bersifat introvert dan gemar bekerja perseorangan
-Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi
-Berupaya memahami emosi,matlamat dan motivasi sendiri

Kerjaya yang sesuai


-Ahli Falsafah
-Ahli Psikologi
-Ahli Teologi
-Penulis
-Ahli Sains

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

g) Interpersonal
Ciri-ciri
-Berkaitan dengan interaksi dengan orang lain
-Bersifat ekstrovert dan pandai berkomunikasi
-Peka terhadap perasaan dan temperamen oaring lain
-Boleh bekerjasama dalam kelompok
-Gemar melibatkan diri dalam perincangan atau perbahasan

Kerjaya yang sesuai


-Ahli Politik
-Pengurus
-Guru
-Pegawai Kebajikan Sosial
-Ahli Diplomat

h) Naturalistic
Ciri-ciri
-Berkaitan dengan alam semulajadi
-Berupaya menghubungkait maklumat dengan persekitaran semulajadi
-Peka terhadap alam semulajadi
-Gemar menanam tumbuh-tumbuhan
-Gemar berinteraksi dengan haiwan

Kerjaya yang sesuai


-Ahli sains
-Pekebun
-Petani
-Pencinta Alam

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

i) Eksistential
-Berkebolehan untuk menimbulkan dan membuat refleksi mengenai persoalan
berbentuk falsafah berkaitan dengan kehidupan,kematian dan sebagainya.

Kerjaya yang sesuai


-Ahli Falsafah

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

ESEI (SOALAN 2)

Pengenalan dan Strategi

Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah bahawa matematik adalah
mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, ada yang berkata bahawa matematik
adalah mata pelajaran yang membosankan. Mengapakah keadaan demikian terjadi?

Salah satu faktanya adalah salah faham tentang cara-cara bagaimana murid-
murid di sekolah rendah dan menengah mempelajari matematik. Sebagai contoh, pada
masa dahulu apabila mengajar operasi darab di sekolah rendah, guru cuma menulis
sifir darab pada papan tulis dan murid menyalinnya kedalam buku latihan. Kemudian,
murid-murid menghafaznya dan meluahkan semuanya tanpa berfikir langsung apabila
disoal oleh guru.

 Selain itu, mereka juga diberi banyak latihan kira-mengira dalam topik
berkenaan. Akibatnya, murid-murid memang mahir dalam kira-mengira operasi darab
tetapi tidak mengerti apa yang dilakukannya. Oleh sebab matematik merupakan mata
pelajaran yang bertimbun dan memerlukan kefahaman pada pelajaran yang diajar
dahulu sebelum mempelajari topik baru dimulakan, pembelajaran matematik akan
bertambah susah kepada murid-murid apabila umur mereka meningkat sehingga
kehilangan minat terhadap mata pelajaran itu, akibat kurang faham pada peringkat
awal.

 Sebagai seorang guru matematik yang berkesan dan pendidik matematik yang
pakar, maka wajar bagi kita mengetahui perkembangan kognitif murid-murid dan cara-
cara bagaimana mereka memahami konsep matematik supaya pengajaran kita lebih
berkesan. Dengan mengetahui perkembangan kognitif kanak-kanak, pendidik-pendidik
matematik dapat memperbaiki kurikulum matematik lagi dengan memasukkan topik-
topik matematik yang sesuai dengan kebolehan kognitif dan psikologi murid dalam mata
pelajaran matematik.

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

Dalam kes yang di beri di dapati bahawa pelajar Tahun Lima di bawah kendalian
Cikgu Manaf Mahmud menghadapai masalah untuk menguasai kemahiran
Matematik.Diantara kelemahan yang dapat di lihat ialah mereka di dapati sukar
menguasai kemahiran yang diajar dan gagal menyiapkan tugasan yang
diberikan.Sungguhpun demikian Cikgu Manaf Mahmud mendapati murid tersebut
memberikan tumpuan yang baik dan kelihatan bersungguh-sungguh mengikuti
pengajaran guru dan pada masa yang sama juga mereka berjaya menguasai
matapelajaran lain tetapi tidak untuk subjek matematik.

Maka disini, guru perlu memainkan peranan yang penting dalam mencari jalan
penyelesaian untuk membantu para pelajarnya untuk menguasai subjek
Matematik.Pelbagai aspek perlu di kaji dan di teliti supaya jalan penyelesaian yang
terbaik dapat di gunakan untuk membantu murid-murid tersebut.

Sebagaimana kita sedia maklum guru merupakan golongan yang paling hampir
sekali dengan murid-murid yang di ajarnya.Guru bertanggungjawab dalam
mengenalpasti sejauh mana kebolehan para pelajarnya dan berusaha untuk membantu
dalam mengatasi masalah yang di hadapi oleh mereka.Sebagai guru,kita mesti
menyediakan pelbagai alat bantu mengajar (abm) yang sesuai dengan topik
pengajaran kita.Penggunaan alat bantu seperti kad-kad yang menarik dan bewarna
warni adalah di sarankan supaya pelajar tidak hilang minat untuk belajar Matematik.

Selain daripada itu pelajar juga perlu digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti
yang di lakukan dalam kelas.Selain daripada itu guru perlu melaksanakan aktiviti yang
lebih berpusatkan murid dimana guru perlu mewujudkan komunikasi dua hala di
antara satu sama lain.Tingkatkan kekerapan memanggil nama pelajar semasa sesi
pengajaran. Komunikasi dua hala yang berlaku dapat membantu pelajar untuk
memahami sebarang topik yang tidak di fahaminya.Selain daripada itu suasana di
dalam kelas secara automatik akan menjadi lebih ceria dan bermakna.Seringkali kita

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

begitu asyik hendak menyempurnakan sukatan pelajaran bagi matapelajaran yang kita
ajar sehingga kita mengenepikan keperluan pembelajaran murid.Guru juga perlu
menjadi seorang pendengar yang aktif dan menumpukan perhatian kepada apa yang di
perkatakan oleh mereka.

Guru juga perlu bersifat autoratif di mana guru perlu menyemak setiap kerja
yang di laksanakan oleh pelajar.Semakan yang di buat perlu di laksanakan dengan teliti
supaya setiap kesalahan dapat di perbetulkan.Pelajar yang tidak melaksanakan
tugasan hendaklah di denda supaya mereka tidak melakukan perbuatan itu lagi.Ia
secara tidak langsung akan dapat memupuk sikap pelajar itu untuk menyiapkan kerja
yang di berikan.

Selain daripada itu, pelajar juga perlu di pecahkan mengikut tahap pencapaian
mereka di dalam ujian Matematik.Bahagikan kumpulan kepada 5 kumpulan misalnya
dan kemudian setiap kumpulan mestilah pelajar yang pandai dalam Matematik.Pelajar
yang pandai bertanggungjawab dalam membantu rakan-rakan mereka yang lemah
dalam subjek Matematik ini.Menurut kajian yang di buat kebanyakan pelajar lebih
memahami dan akan lebih aktif sekiranya rakan mereka sendiri yang mengajar
mereka.Melalui cara ini pelajar yang lemah akan dapat menegenalpasti akan
kelemahan mereka dan mereka berupaya untuk mengatasi akan kelemahan tersebut.

Melalui rakan sebaya juga,sebarang masalah yang berkaitan dengan Matematik


dapat di temui jawapannya dengan segera berbanding dengan guru.Ini kerana apabila
ketiadaan guru,maka soalan yang ingin di tanya tidak akan dapat di jawab.Dengan
adanya rakan, masalah yang di temui akan dapat di selesaikan dengan cepat dan
pantas.

Selain daripada itu kumpulan-kumpulan belajar atau study group dapat di


bentuk.Kewujudan kumpulan belajar ini di lihat memberi banyak impak yang berkesan
kepada golongan pelajar.Ini kerana pada ketika ini murid yang pandai akan berusaha
membantu rakan-rakan mereka yang mengalami masalah pembelajaran.Dengan ini,ia

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

secara tidak langsung akan membantu meningkatkan prestasi rakan-rakan mereka


yang lemah terutamanya dalam subjek Matematik.

Pengajaran secara kumpulan sebaya adalah satu lagi cara menyampaikan


pelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Ini tidak banyak berbeza
dengan cara-cara kumpulan kaedah lain, cuma dalam kaedah ini seorang murid itu
diperlukan mengajar atau membimbing rakan-rakannya yang lain.
 
Kelas yang dikendalikan melalui cara ini biasanya mengandungi pelajar-pelajar
yang hampir-hampir sama dari semua segi. Mungkin mereka berbeza dari segi
kecerdasan. Walau bagaimanapun, dalam banyak hal, seperti umur, minat,
kecenderungan, dan kepentingan, mereka adalah serupa. Sama seperti kumpulan
pelbagai kebolehan, pelajar-pelajar dalam kumpulan sebaya digalakkan supaya
memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan dan ini boleh dilaksanakan pada bila-bila
masa. Dalam pengajaran bahasa, galakan perlu diberi kepada murid-murid pandai
supaya membimbing rakan-rakan mereka yang memerlukan pertolongan dalam
membaca.
 
Pengajaran secara kumpulan sebaya, menggalakkan murid-murid berinteraksi
sesama sendiri secara bebas. Ia memberi peluang kepada mereka belajar, mengkaji,
dan menjalankan aktiviti bersama-sama.

Cara ini biasanya menggalakkan perkembangan kemahiran-kemahiran


interpersonal. Murid-murid diberi peluang untuk mendapatkan maklum balas daripada
rakan-rakan mereka. Selain itu, melalui perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang
diadakan, pelajar-pelajar belajar bekerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati,
rakan-rakan
 

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

Dari segi pengajaran, ia tidak banyak membebankan guru. Keadaan murid-murid


yang tidak banyak berbeza itu memudahkan guru-guru membuat persediaan. Murid-
murid yang pandai pula dapat membantu guru-guru menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh murid-murid lemah.

Menurut Howard Gardner,terdapat pelbagai kecerdasan yang boleh di gunakan


oleh Cikgu Manaf Mahmud untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-
muridnya.Antara kaedah yang di cadangkan oleh Gardner ialah kaedah menerapkan
elemen muzikal sewaktu melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran subjek
Matematik di dalam kelas.

Ini kerana kita sedia maklum mungkin terdapat sesetengah pelajar yang lemah
mempunyai kecenderungan dalam bidang muzik.Maka kita boleh menggunakan elemen
muzik bagi menarik minat pelajar untuk belajar Matematik.

Sebagai contoh,kita menerapkan elemen nyayian sewaktu melaksanakan aktiviti


yang melibatkan proses menghafal seperti sifir.Lirik dan rentak yang menarik perlu di
susun dengan sempurna supaya ianya kekal menjadi siulan para pelajar.Ini secara
tidak langsung akan meningkatkan daya ingatan mereka dalam menghafal maklumat.

Melalui kaedah nyayian ini juga kita dapat menarik minat kanak-kanak tersebut
untuk belajar Matematik.Ini kerana dengan menyayi mereka dapat belajar dan ia secara
tidak langsung akan menghilangkan peraaan bosan mereka terhadap mata pelajaran
Matematik

Kaedah pengaplikasian kecerdasan pelbagai Bodily Kinesthetic boleh juga


di gunakan oleh Cikgu Manaf dalam membantu pelajar-pelajarnya.Kecerdasan ini
berkait rapat dengan kemahiran pergerakan motor halus.Ini kerana melalui kecerdasan
ini pelajar dapat belajar melalui aktiviti fizikal.

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

Kita sedia maklum,bagi kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun aktiviti fizikal
yang melibatkan kemahiran motor halus begitu menarik perhatian mereka.Ini kerana
sudah sifat semulajadi mereka yang suka bermain.Maka Cikgu Manaf boleh
menerapkan kaedah pengajaran Matematik beliau melalui aktiviti belajar sambil
bermain.

Sebagai contoh,tajuk pembelajaran pada hari ini ialah berkaitan dengan bentuk,
Maka setiap pelajar di kehendakai bermain permainan yang mengkehendakai setiap
pelajar membuat bentuk-bentuk tertentu.Setiap pelajar di bahagikan kepada 5
kumpulan yang mewakili 5 bentuk seperti segitiga,bulat dan segi empat
misalnya,kemudian setiap pelajar di bahagikan mengikut nombor yang mewakili bentuk
yang berbeza.Setiap pelajar kemudian di kehendaki membuat bentuk yang diwakili oleh
mereka.Selang beberapa minit kemudian pelajar-pelajar tersebut di minta untuk
membuat bentuk yang berbeza pula.Buat satu pertandingan untuk menguji kecekapan
dan kepantasan mereka.

Daripada aktiviti di atas secara tidak langsung kemahiran motor dan kemahiran
matematik para pelajar dapat di pertingkatkan.Melalui kaedah ini juga ia dapat
menghindarkan para pelajar dari mengalami tekanan sewaktu belajar.Bagi pelajar-
pelajar yang lemah mereka secara tidak langsung berupaya untuk mengingati dan
menghafal bentuk-bentuk yang terdapat dalam Matematik.

Selain dari kaedah di atas,terdapat juga kaedah seperti memberi galakan dan
ganjaran kepada pelajar-pelajar.Amat mustahak untuk kita ingat bahawa peningkatan
prestasi yang sempurna mengambil masa yang panjang.

Justeru adalah di syorkan agar ganjaran diberi bagi penambahbaikan yang di


perhatikan walaupun agak kecil sahaja.Misalnya,kita akan mula memberi pengukuhan
apabila pelajar memperoleh 50% bagi ujian Matematik pada kali pertama,kemudian
bagi pencapaian 65% pada kali kedua dan 75% bagi ujian ketiga dan seterusnya.

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

Apabila murid-murid diberi ganjaran bagi penguasaan satu kemahiran


pembelajaran ,motivasi intristik serta tanggungjawab murid yang berkenaan akan
meningkat.Cuba bandingkan dua situasi yang berikut .Murid A dipilih sebagai “Murid
Cemerlang Bulan Ini” diatas pencapaiannnya dalam ujian bulanan.Ganjaran yang di
beri secara tidak langsung akan merangsang pelajar-pelajar lain untuk bersaing dalam
mendapatkan ganjaran.

Selain daripada itu,galakkan mereka untuk terus mencuba dan memberi tunjuk
ajar yang sebetulnya sekiranya mereka menghadapi masalah dalam membuat sesuatu
latihan.Galakan yang di terima secara tidak langsung akan menambakan keyakinan
mereka dan mereka lebh bersemangat untuk melakukan latihan atau kerja rumah yang
di beri.

Tingkatkan kekerapan penggunaan kata-kata perangsang dan memanggil nama


pelajar-pelajar semasa sesi pengajaran supaya mereka sentasa menumpukan
perhataian kepada kita.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini satu langkah yang bijak perlu
di amabil supaya penerapan pengajaran dapat di serapkan kepada kanak-kanak seperti
ini.

Kemahiran Intra personal selalunya di kaitkan dengan kebolehan bersifat


introvert dan gemar bekerja perseorangan.Pelajar jenis ini juga adalah berupaya
memahami emosi matlamat dan motivasi sendiri.Pengajaran secara individu biasanya
mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang
murid tertentu dengan bahan-bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya.
Pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan bahawa seitap murid adalah berbeza
dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain.
Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan
pencapaian serta kadar kepantasn murid.Pengajaran cara ini pada keseluruhannya
bertujuan supaya murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

 Pengajaran secara individu ini boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan
objektifnya. Pertama ia boleh dilakukan seperti pengajaran biasa yang bertujuan untuk
mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu
tertentu. Biasanya, guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu
tersebut dan cuba membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk
satu pembelajaran yang lebih berkesan, pengajran bentuk ini tidak menggalakkan
jumlah bilangan murid yang besar kerana perhatian tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
Pengajaran secara individu ini amat sesuai untuk pengajaran pemulihan.
 Bentuk kedua yang boleh dilakukan ialah terhadap murid-murid yang maju dalam
pembelajaran mereka. Pengajaran secara individu bukan bertujuan untuk
memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka. Biasanya, murid-murid akan
menggunakan kebijaksanaan mereka sendiri untuk belajar tanpa bergantung sangat
kepada guru. Hubungan murid dengan guru adalah paling minimal. Segala sumber
pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji objektif pembelajarannya
dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini.
 Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai
kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing, dan untuk
membolehkan murid-murid mencapai objektif mereka pada lain-lain masa. sistem ini
menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan,
pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar dan cara
mempelajarinya. Dalam sistem yang lengkap, media seperti bahan-bahan bercetak,
bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rakaman video, dan lain-lain boleh
digunakan. Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat
penting.

Bagi pelajar yang memiliki kecerdasan ini,maka Cikgu Manaf boleh memberikan
lebih banyak latihan latih tubi kepada pelajar ini.Ini kerana dengan kecerdasan yang di
milikinya pelajar ini berupaya untuk menyelesaikan masalah dan latihan yang di
hadapinya dengan mudah walaupun berdepan dengan kesukaran.

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

Lebih banyak latih tubi dan soalan yang di terima oleh pelajar ini akan
menyebabkan dan ia secara tidak langsung membantu pelajar ini menguasai kemahiran
Matametik yang sepatutnya.

Pengajaran secara kelas bercantum biasanya dilakukan dengan


menggabungkan dua atau beberapa kelas menjadi satu kumpulan kelas. Murid-murid
dalam kelas tersebut tidak mempunyai tahap pencapaian yang sama. Keadaan begini
kerap berlaku di sekolah-sekolah rendah yang murid-muridnya terhad kepada bilangan
yang amat kecil. Kemungkinan juga ia boleh berlaku jika sesebuah sekolah itu tidak
mempunyai cukup guru untuk ditugaskan mengajar kelas-kelas tertentu.
 Kadangkala pengumpulan murid-murid dalam kelas bercantum tidak perlu mengikut
kumpulan kelas.

Mereka boleh dikumpulkan mengikut minat, perbezaan pencapaian, dan


sebagianya. mereka diperlukan saling membantu seperti satu pasukan.
 Pengajaran secara kelas bercantum, biasanya menggunakan kaedah kumpulan, iaitu
murid-murid yang berkebolehan dan yang berada di tahap yang lebih kurang sama
dikumpulkan bersama.

Setiap kumpulan akan diberi tugas dan mereka belajar serentak


 Bahan-bahan pengajaran biasanya diperingkatkan mengikut kebolehan mereka.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga mungkin berbeza antara kumpulan-kumpulan
tersebut. Oleh yang demikian, pengajaran cara ini memerlukan guru-guru yang
sanggup bekerja keras, rajin, berdedikasi, dan bertanggung jawab. Mereka juga harus
bijak dan boleh menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keadaan sebenar di dalam
kelas.

Selain daripada penggunaan kaedah di atas,program mentor-mentee juga


boleh dilaksanakan bagi membantu pelajar yang bermasalah ini. Melalui program ini
setiap kanak-kanak yang lemah ini akan di letakkan di bawah pengawasan seorang
guru.Didalam program ini guru yang di lantik akan bertindak sebagai pemantau atau

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

bapa kepada anak murid di bawah pengawasannya.Segala masalah yang di hadapai


terutamanya mengenai subjek Matematik akan dapat di selesaikan.Selain itu,prestasi
dan pencapaian pelajar akan dapat di teliti dari semasa ke semasa.Ini secara ridak
langsung akan membantu pelajar tersebut seandainya mengalami sebarag masalah.

Bagi pelajar yang lemah ini,Cikgu Manaf Mahmud boleh meletakkan mereka di
bawah guru Matematik yang lain yang bertindak sebagai mentor mereka. Setiap guru di
kehendaki agar membantu kelima-lima murid ini supaya pencapaian Matematik mereka
akan dapat di pertingkatkan.

Dengan adanya mentor yang baik dan bertanggungjawab,tidak mustahil pelajar


yang lemah ini akan berjaya memperbaiki pencapaian mereka di dalam subjek
Matematik,

Selain dari menggunakan program mentor-,mentee,Cikgu Manaf Mahmud boleh


menggunakan kaedah bercerita di mana ia berperanan dalam mengembangkan
kemahiran mendengar ,meningkatkan ekspresi verbal ,meningkatkan kefahaman
,mewujudkan imej mental dan memupuk penaakulan verbal.

Cikgu Manaf boleh menggunakan kaedah ini sewaktu memulakan aktiviti


pengajaran di mana setelah pelajar-pelajar mendengar cerita yang bertajuk mengenai
‘masa dan waktu’ mereka boleh di minta untuk mengenalpasti semua semua nombor
dan waktu yang di gunakan dalam penceritaan tersebut.

Selain daripada itu Cikgu Manaf boleh juga menggalakkan mereka untuk turut
serta dalam akiviti penceritaan.Mereka boleh bertindak sebagai model jam jika dan
mina seluruh kelas menyebut secara beramai-ramai waktu yang di tunjukkan.
Kemudian minta murid-murid yang lemah tadi tampil ke hadapn dan suruh mereka
ulang apa yang di pelajari pada hari itu.Maka,dengan menggunakan kaedah ini secara
tidak langsung pelajar-pelajar yang lemah ini akan dapat meningati apa yang mereka
pelajari pada waktu itu.

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

Soalan (ii)

Huraikan bagaimana anda boleh


mencadangkan kepada Cikgu Manaf
untuk mengatasi masalah murid gagal
Menguasai Kemahiran Matematik.

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

KECERDASAN

Kecerdasan membawa maksud kebolehan mengajar mengenai, belajar daripada, memahami


dan berinteraksi dengan persekitaran. Kebolehan umum ini merangkumi kebolehan spesifik.

Antaranya ialah:-

 Penyesuaian terhadap persekitaran atau perubahan yang berlaku ke atas persekitaran


semasa
 Kapasiti dan kebolehan untuk menimba ilmu
 Kapasiti untuk memperoleh penaakulan dan pemikiran abstrak
 Kebolehan untuk memahami hubungan antara individu
 Kebolehan untuk menilai
 Kapasiti untuk pemikiran asli dan produktif

PANDANGAN TRADISIONAL

Menurut pandangan tradisional, kecerdasan merujuk kepada kecerdasan jenis


logikal/matematikal dan linguistik/verbal sepertimana yang di beri keutamaan dan penekanan
oleh institusi pendidikan. Oleh yang demikian, guru hanya akan tumpukan perhatian kepada
kedua-dua jenis kecerdasan tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah,
pengujian, pengukuhan dan pemberian ganjaran. Ahli teori tradisional ini membuat andaian
bahawa kebolehan kita untuk belajar dan melakukan sesuatu berasal daripada kapasiti kognitif
yang seragam. Berpegang kepada andaian tersebut, maka mereka mengatakan bahawa
kecerdasan boleh di ukur.

PANDANGAN MODEN

Pandangan moden atau pandangan yang baru mengenai aspek kecerdasan yang telah
mendesak para pendidik dan penggubal dasar agar memberi pertimbangan serius terhadap
kaedah pedagogi sedia ada. Pandangan moden mengenai kecerdasan ialah Teori Kecerdasan
Pelbagai.

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

PENGENALAN
TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER

Dr .Howard Gardner ialah professor pendidikan di sekolah sarjana pendidikan


Harvard dan professor adjunct neurologi disekolah perubatan Universiti Boston. Pada
tahun 1983, beliau telah menghasilkan buku, 'Frames of Minds: The Theory
of Multiple Intelligences' .Dalam buku ini, beliau telah memperkenalkan teorinya
mengenai 'multiple intelligences'
(pelbagai kepintaran).

Jangkaan Gardner ialah teori itu akan membangkitkan banyak reaksi di kalangan
rakan ahli-ahli psikologi.Bagaimanapun, kebanyakan response kepada teori ini adalah
positif terutamanya daripada kalangan pendidik. Semasa penerbitan buku ini, sebanyak
tujuh pelbagai kepintaran telah diketengahkan. Dalam tahun 1997, satu lagi jenis
kepintaran telah diperkenalkan menjadikan kesemuanya lapan sehingga kini.

'Multiple intelligences', pada asasnya, menolak kepintaran yang semata-mata


didasarkan kepada parameter logik-
matematik dan linguistik, yang kebiasaannya digunakan untuk ujian-ujian IQ .kini dan
rata-rata dalam sistem pendidikan.

Apa pun,teori Gardner telah banyak mencetuskan minat di kalangan pendidik


untuk terus mengkaji dan mencipta gaya dan metodologi pembelajaran daripada sudut
bagaimana seseorang itu belajar, berlainan dengan cara yang berlandaskan linguistik
dan logik-matematik semata-mata.

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya akhirnya
saya, Mohamad Husaini b. Mohd Shafri dengan jayanya berjaya menyiapkan tugasan Murid
dan Alam Belajar (MAB). Dalam penghasilan tugasan dan folio ini, ianya berjaya menambah
ilmu pengetahuan dan pengalaman saya tentang system dan falsafah pendidikan di sekolah.
dan tugasan ini juga telah memberi banyak maklumat yang amat berguna kepada saya.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada
pensyarah pembimbing saya En Shuhaimi bin Junoh dari Jabatan Ilmu Pendidikan di atas
bimbingan dan bantuannya sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini secara langsung
dan tidak langsung. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan
yang telah banyak membantu mencurahkan dan berkongsi idea bersama-sama dalam
menyiapkan tugasan ini. Jasa anda semua amatlah saya hargai dan tidak dapat saya balas. Hal
ini kerana anda semua telah banyak memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi serta
sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang membina dalam mendapatkan maklumat yang
dikehendaki dalam menyiapkan tugasan MAB ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang
sentiasa menyokong dalam setiap apa jua yang saya lakukan .Semoga Allah s.w.t merahmati
dan memberkati anda semua. Insya-Allah…

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaanNya
dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sepanjang menjalankan tugasan ini
banyak ilmu yang telah saya perolehi dan amat membantu saya dalam menghadapi
peperiksaan kelak. Dengan melakukan tugasan ini saya lebih memahami topik-topik yang telah
diajar oleh pensyarah di dalam kelas. Jika hanya mengharap pembelajaran di dalam kelas,
saya hanya memahami sesuatu topik itu untuk sementara sahaja. Namun setelah melakukan
tugasan ini maka topik yang telah diajar oleh pensyarah di dalam kelas lebih difahami dan lebih
diingati kerana melalui sedikit kajian dan bacaan daripada pelbagai sumber rujukan membantu
saya lebih memahami, mengingati dan menghayati ilmu tentang murid dan alam belajar ini.

Selain daripada itu,melalui topik ini juga saya dapat memahami akan keperluan
pembelajaran yang di perlukan oleh murid-murid.Saya juga dapat belajar untuk menggunakan
kaedah-kaedah pembelajaran yang dapat di gunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang
lemah.Namun saya menghadapi masalah dalam mencari bahan ekoran dari kekurangan
sumber maklumat dan masalah internet yang tidak stabil.

Namun segala masalah yang saya hadapi dapat di selesaikan dengan berkat bantuan
dari Tuhan yang Maha Esa,ibu-bapa,pensyarah dan juga rakan-rakan saya yang membantu
saya sepanjang menyiapkan tugasan ini.Akhir kata,saya mengucapakan jutaan terima kasih
kepada semua yang membantu.

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

Setelah sekian lama,saya akhirnya berjaya juga untuk menyelami akan


kepentingan subjek secara tersirat dan tersurat.Subjek ini merupakan subjek yang
mengupas dengan lebih lanjut akan pelbagai pengertian yang berkaitan dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Pelbagai kaedah dan kecerdasan yang boleh
kita lihat berdasarkan oleh pandangan beberapa orang tokoh seperti Howard Gardner
dan Skinner.

Bagi saya melalui subjek ini para guru pelatih yang akan berkhidmat di sekolah
akan berupaya menghuraikan dan mengenapasti karekter setiap pelajarnya di samping
berupaya untuk mnyelesaikan sebarang masalah yang timbul sewaktu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di laksanakan.Ini kerana kita sedia maklum bahawa
setiap murid di sekolah memiliki tahap kecerdasan yang berbeza-beza.Justeru sudah
menjadi satu tanggungjawab kepada para guru untuk menyelesaikan sebarang
masalah yang timbul.

Melalui tugasan ini saya dapat lihat akan masalah yang di hadapi oleh Cikgu
Manaf Mahmud di dalam melaksanakan aktiviti pengajarannya kerana terdapat 5 orang
pelajarnya mengalami masalah pembelajaran di dalam subjek Matematik.Terdapat
beberapa kaedah yang saya lihat berupaya untuk membantu pelajar-pelajar Cikgu
Manaf Mahmud.

Tidak mustahil,seandainya kaedah-kaedah tadi di praktikkan dengan betul,saya


yakin bahawa pencapaian pelajar-pelajar terbabit akan meningkat dan tidak lagi
menjadi pelajar yang bermasalah.Ibarat kata pepatah “Belakang parang jika di
asah,lama-lama tajam jua akhirnya” .

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

Buku
1) Choong Lean Keow(2008),Murid dan Alam Belajar,Kumpulan Budiman Sdn Bhd

2) Mok Soon Yang ,(2001)Psikologi Pendidikan Semester 2, Subang Jaya, Kumpulan


Budiman Sdn. Bhd.

3 ) Shabuddin Hashim (2003) Pedagogi (Strategi dan Teknik Mengajar)dengan


berkesan, Kuala Lumpur,PTS Publications & Distributions Sdn Bhd

4) http/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran_files/navbar.htm

5) www,wikipedea.org

6) http//menu_2_4.htm

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN

KAMPUNG RAJA ( KOTA PUTRA )22200 BESUT , TERENGGANU

__________________________________________________________

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN RENDAH

EMPAT TAHUN SEMESTER DUA

AMABILAN JANUARI 2008

___________________________________________________________

MURID DAN ALAM BELAJAR

NAME : MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI

NO. IC : 881029-08-5857

UNIT : KAJIAN SOSIAL 1

PENSYARAH : EN.SHUHAIMI B JUNOH

TARIKH HANTAR : 25 SEPTEMBER 2008

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

BORANG KOLABORASI

NAMA:MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI


UNIT: KAJIAN SOSIAL 1
MATRIK:4261

TARIKH KOMEN TANDATANGAN

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

BIL PERKARA M/S


1 Penghargaan
2 Biodata
3 Soalan Tugasan
4 Teori Kecerdasan Pelbagai
Gardner
5 Penerangan Pengurusan Grafik
6 Esei
7 Rumusan
8 Refleksi
9 Bibliografi
10 Borang Kolaborasi

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

MURID DAN ALAM BELAJAR


MOHAMAD HUSAINI B. MOHD SHAFRI KAJIAN SOSIAL 1

MURID DAN ALAM BELAJAR

You might also like