You are on page 1of 11

Toolbox Adobe Photoshop ini terbahagi kepada 5 kategori utama:

1. Selection, Crop dan Slice Tools – biasa digunakan untuk ‘bermain’ dengan layer
2. Photo Retouch dan Paint Tools – digunakan untuk edit gambar foto
3. Drawing dan Type Tools (Vector Tools) – digunakan untuk meletakkan perkataan pada
sesuatu gambar/imej
4. Annotations dan Measurement Tools – digunakan untuk mengukur, biasa digunakan
meletakkan tanda ’step-by-step’
5. Foreground dan Background Color Tools – digunakan untuk memilih warna
background/foreground

Sekarang anda telah pun tahu kedudukan setiap satu Toolbox di dalam Adobe Photoshop. Adobe
Photoshop CS2 dan CS4, kedudukan toolbox-nya adalah sama. Aku akan berkongsi tentang
setiap satu kegunaan Toolbox ini dan setiap satu-nya akan diterangkan dengan lebih detail dalam
tutorial seterusnya, di dalam tutorial ini hanya info-info penting berkenaan tools tersebut sahaja
akan diterangkan.

1- Selection, Crop dan Slice Tools

Marquee Tools digunakan untuk memilih objek seperti empat segi sama, tiga segi dan bentuk
ellipses.

Move Tools digunakan untuk menggerakkan objek dan juga layer. Teknik layering banyak
menggunakan Move Tools ini.

Lasso Tools digunakan untuk memilih objek yang selain daripada empat segi sama, tiga segi
atau ellipses. Seperti gambar diatas, Lasso Tools digunakan untuk memilih objek yang berbentuk
seperti awan.

Magic Wand Tools digunakan untuk memilih objek yang mempunyai warna yang sama dengan
hanya 1-klik. Contohnya seperti gambar awan diatas, jika anda pilih Magic Wand Tools dan klik
pada bahagian putih awan tersebut, secara automatik ianya akan ‘memilih’ bahagian putih
tersebut.

Crop Tools digunakan untuk memilih sebahagian gambar yang diingini sahaja, bukan resize
kesemua gambar tersebut. Ianya sama seperti anda men-gunting sesebuah gambar dan anda
hanya ingin-kan sebahagian kecil sahaja daripada gambar tersebut.
2- Retouch Tools

Healing Tools digunakan untuk repair sesebuah gambar seperti gambar muka (untuk buang
jerawat, melicinkan kedutan muka atau red-eye).

Clone Stamp Tools digunakan untuk membuat CLONE sesebuah objek di dalam gambar
tersebut. Anda boleh memilih starting point sesebuah objek tersebut dan letakkan clone pada
bahagian lain. Lihat gambar yang dilampirkan, Menara Eiffel di bahagian kiri pada gambar
adalah hasil menggunakan Clone Stamp Tools.

Eraser Tools digunakan untuk membuang/erase bahagian objek gambar yang tidak diingini.
Sharpen Tools digunakan untuk membuat gambar blur supaya kelihatan lebih tajam dan jelas
sementara Blur Tools digunakan untuk membuat gambar menjadi blur / pudar. Smudge Tools
digunakan untuk ‘gosok’ gambar tersebut, banyak digunakan dalam lukisan tangan seperti
melukis potret pada bahagian bulu kening, rambut, dan sebagainya. Lihat gambar untuk lihat
hasil Smudge Tools tersebut. Di dalam bahasa Inggeris, dinamakan ‘fingerpaint’.

Dodge Tools digunakan untuk ‘terang’kan sesebuah gambar manakala Burn Tools untuk
‘gelap’kan sesebuah gambar. Sponge Tools digunakan untuk ’saturate’kan atau ‘desaturate’kan
sesebuah gambar. Saturate dalam Bahasa Malaysia,  pekat atau tepu.

3- Painting Tools

Brush dan Pencil digunakan untuk melukis di dalam sesebuah gambar. Hasil penggunaan Brush
boleh membuatkan sesebuah gambar itu kelihatan menarik. Di dalam DVD Raja Grafik Malaya,
terdapat lebih 300 jenis Brush.
Fill Tools digunakan untuk mewarna keseluruhan gambar dengan satu warna sahaja. Boleh di-
gunakan untuk sebahagian layer atau selections juga.

4- Vector Drawing dan Type Tools

Type Tools digunakan untuk buat ‘tulisan’ di dalam sesebuah gambar. Banyak digunakan untuk
membuat gambar yang mempunyai tulisan seperti logo, banner dan sebagainya. Tulisan jenis
menegak dan melintang boleh dibuat (vertical dan horizontal).

Pen Tools digunakan untuk membuat sesebuah ‘bentuk’ dan ‘paths’. Banyak digunakan untuk
buat objek jenis vektor dan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk saiz dan skala. Contohnya untuk
buat lukisan vektor jenis melengkung. Bergantung kepada kreativiti anda.
Custom Shapes Tools digunakan untuk buat sesebuah objek yang mempunyai pelbagai bentuk
seperti bulat, poligon, hexagon dan sebagainya. Di dalam Adobe Photoshop, telah disediakan
beberapa bentuk objek yang siap digunakan.

5- Foreground / Background Color

Foreground Color dan Background Color digunakan untuk meletakkan warna yang anda pilih
dan di letakkan di dalam sesuatu gambar. Tools ini biasanya hanya untuk memberitahu warna
apakah yang sedang anda pilih sekarang. Anda boleh memilih antara dua jenis ini. Contohnya,
pilih warna pada foreground (hitam) kemudian anda menggunakan Fill Tools untuk meletakkan
warna  (hitam) pada sesuatu imej.

Keterangan berkenaan Menu & Icon

A. Menu Bar – Tempat menu utama dikategorikan mengikut apa yang menu tersebut lakukan.

B. Options Bar – Mengandungi tool semasa. Jika anda klik pada Brushes, semua tool berkenaan
brushes akan keluar di bahagian ini.

C. Tool Bar – Kesemua jenis tool yang ada di dalam Adobe Photoshop berada disini.
Contohnya, Background Color, Gradient, Brushes, Crop dan lain-lain.
D. Document Window – Apa yang sedang anda Photoshop-kan tu berada di-sini.

E. Active Image Area – Disinilah segala keajaiban bermula pada awal-awalnya.

F. Navigator – Kalau nak zoom in atau zoom out dokumen-dokumen yang sedang aktif, boleh
scroll samada ke kiri atau ke kanan.

G. Color Palette – Boleh pilih kaler daripada sini untuk Background dan Foreground.

H. History – Segala apa-apa perubahan yang anda lakukan terhadap lukisan anda di dalam
Photoshop ini, semuanya direkod di bahagian ini.

I. Layers – Katakanlah anda sedang melukis satu lukisan di kertas, untuk meletakkan satu
lapisan lain di lukisan anda dan menutup sebahagian daripada lukisan anda itu, maka Layer ini
digunakan. Paham ke maksud aku ni? Hee.. Kalau tak paham lagi, boleh tanya Pakcik Google.

Ini hanyalah penerangan secara ringkas mengenai setiap menu di dalam Adobe Photoshop CS2.
Aku akan terangkan dengan lebih jelas lagi dalam Tutorial Asas Adobe Photoshop kemudian
nanti.

Bermulanya Aktiviti Photoshop Anda

Dah tahu semua fungsi-fungsi menu, jom belajar cara-cara untuk create document dalam
Photoshop pulak.

Pergi ke File -> New kat Menu Bar

A. Document Name – Namakan file anda disini. Tak masukkan pun takpe. Nak masukkan pun
takpe. Haha..

B. Presets – Pilih saiz dokumen anda. Biasanya aku menggunakan Custom.


C. Document Dimensions – Masukkan pilihan lebar dan tinggi dokumen anda. Kalau nak buat
banner bersaiz 300×250, masukkan 300 di Width dan 250 di Height.

D. Document Units – Pilih unit anda. Jika anda design banner besar untuk di-print, masukkan
Inches. Jika anda design banner untuk digunakan dalam laman web, masukkan Pixels.

E. Resolution – Inilah resolusi setiap dokumen itu ditentukan. Anda boleh masukkan resolusi
dokumen sebanyak 300 atau lebih untuk printing. Kebiasaan yang aku gunakan untuk design
laman web, hanya 72.

F. Color Mode – Secara default-nya aku menggunakan RGB.

G. Background Contents – Jika anda buat dokumen yang background-nya transparent, disinilah
pilihannya.

Save dan Close Dokumen dalam Adobe Photoshop

Untuk save setiap dokumen yang anda buat, sila ke menu File -> Save di Menu Bar. Semasa
save file ini, pastikan betul-betul jenis file yang anda save. Pastikan ianya dalam format Adobe
Photoshop (*PSD). Jika anda save dalam format selain daripada PSD, kesemua Layer yang anda
gunakan semasa design tadi tak boleh digunakan lagi. Sila berhati-hati.

Format PSD ini tidak sesuai untuk digunakan di web browser. Sila save dalam format PSD
kemudian SAVE AS lagi dalam format PNG atau JPEG. Setelah selesai kesemuanya, tekan File
-> Close atau File -> Close All di Menu Bar.

Terlalu mudah bukan tutorial kali ini? Nama lagi Berkenalan Dengan Adobe Photoshop kan?
Nak lagi? Tunggu yee… Kalau tak sabar sangat, boleh melanggan RSS blog aku ini secara
PERCUMA. Nanti ada tutorial terbaru, ianya secara automatik akan sampai ke dalam email
anda. Tak perlu susah nak cek blog aku tiap-tiap hari. :)

Palettes digunakan dengan amat meluas di dalam Adobe Photoshop. Tak kira anda men-design
apa sekalipun, pasti menggunakan palettes ini. Di dalam tutorial kali ini, aku akan berkongsi
cara-cara menggunakan palettes dan semua yang berkaitan dengan palettes secara asas-nya.
Ingat, ini hanyalah Tutorial Asas Adobe Photoshop. Jika anda dah biasa menggunakan
Photoshop, tutorial ini tak berapa penting untuk anda. Kalau nak teruskan jugak pun boleh.

Aku akan berkongsi tutorial dengan anda semua berkenaan palettes iaitu:

 Susun palettes
 Resize, show dan hide palettes
 Close, open dan reset palettes
 Menggunakan fungsi di dalam palettes

Apa Itu Palettes?


Untuk tunjukkan secara umum apa itu palettes, buka program Adobe Photoshop anda. Kemudian
tekan “TAB”. Ini akan hide kesemua palettes semasa di dalam skrin utama Adobe Photoshop.
Palettes ini merangkumi semua, iaitu Toolbox, Option Bar, Layers dan Colors Windows (sila
rujuk Tutorial Part 1).

Susun Palettes

Anda boleh menyusun setiap palettes di dalam Photoshop mengikut kesesuaian anda. Dengan
berbuat demikian, anda lebih cepat menyiapkan sesuatu design kerana ianya mengikut
kesesuaian diri anda.

Ada orang suka cara A,B,C,D,E. Ada orang suka cara lain pulak, seperti A,C,B,E,D. Anda faham
maksud aku kan? Ikut kreativiti masing-masing.

Untuk susun atur palettes tu, anda hanya perlu DRAG n DROP sahaja setiap palettes tu. DROP
di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian. Jika anda seorang yang kidal, sudah pasti kedudukan
palettes

anda berlainan, bukan? Anda boleh DRAG secara GROUP ataupun one-by-one. Untuk secara
GROUP, anda perlu DRAG title palettes tersebut.

Resize, Show dan Hide Palettes

Jika anda menggunakan palettes yang mengandungi content yang banyak, contohnya seperti
Styles (di dalam PakejDVD Raja Grafik Malaya terdapat banyak Styles yang cantik-cantik),
sudah pasti anda mahu menggunakan kesemuanya (ataupun nak pilih yang mana sesuai dengan
design). Jadi anda perlu resize palettes tersebut dengan DRAG bahagian bawah kanan palettes
tersebut.
Dah siap menggunakan palettes tersebut? Palettes tersebut mengganggu design anda? Anda
boleh HIDE-kan palettes tersebut dengan DOUBLE CLICK pada tab palettes tersebut.

Close, Open dan Reset Palettes

Anda telah selesai sesuatu design, sudah pasti anda mahu menutup kesemua palettes yang tidak
digunakan lagi. Anda hanya perlu klik pada “x” pada bahagian atas kanan pada palettes tersebut.
Jika anda nak buka balik palettes tersebut, anda perlu klik pada WINDOWS di MENU BAR
(rujuk Tutorial Part 1) dan cari palettes yang telah anda tutup tadi.

Dah bosan dengan kedudukan palettes yang disusun oleh anda yang tidak teratur itu, anda boleh
susun palettes tersebut dengan kedudukan DEFAULT balik. Klik pada Windows -> Workspace
-> Reset Palette Locations pada MENU BAR tadi. Ini akan reset balik kedudukan setiap
palettes di dalam Adobe Photoshop.

Menggunakan Fungsi Di Dalam Palettes

Di palettes, anda boleh menggunakan pelbagai fungsi seperti Color, Styles, Opacity dan lain-lain
lagi. Aku akan berkongsi tutorial berkenaan ini dengan lebih detail pada part lain. Tunggu ye..
Sebelum tu, mari belajar cara-cara menggunakan fungsi palettes ini terlebih dahulu.

Drop-down Menu
Untuk menggunakan drop-down menu, anda hanya perlu klik pada ARROW di bahagian kanan
menu tersebut (bunyi macam stupid tutorial, tapi ini realiti; masih ada lagi yang tidak tahu).
Kesemua fungsi akan tersenarai dan anda hanya perlu pilih yang mana bersesuaian dengan
design dan keperluan anda. Try n error.

Slider

Slider beroperasi secara LIVE. Untuk menggunakan slider ini, anda perlu CLICK n HOLD n
GERAKKAN MOUSE ke KIRI atau KANAN. Pilih ikut kesesuian anda.

Swatches dan Styles

Untuk menggunakan setiap fungsi (katakanlah Styles), anda hanya perlu klik pada mana-mana
Styles yang anda berkenan. Anda seseorang yang kreatif dan suka ber-eksperimen, cubalah
dengan Styles yang berlainan pada design yang sama.
Tamat-lah sudah tutorial yang SANGAT MUDAH ini. Nantikan ke-ADVANCED-an tutorial
Adobe Photoshop kat blog ini. Tak cukup masa je sebenarnya, sibuk dengan projek laman web.
Hee.. Terima kasih semua kerana menyokong dan sudi meluangkan masa anda membaca blog
aku.

You might also like