You are on page 1of 1

Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan

anggota masyarakat di negara kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut


para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain. Jadi,
sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling
memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara
tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini
bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu tak kenal maka tak cinta.

You might also like