You are on page 1of 4

Thursday, March 13, 2008

Motivasi Pelajar - Azali Azlan - Pelajar Terbaik SPM 2007 dengan 21A -
Rekod Terbaik SPM

PUTRAJAYA: Cuba bayangkan bagaimana seorang pelajar boleh memperoleh 21A


dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang keputusannya diumumkan,
semalam.Adakah dia mengulang kaji pelajaran berjam-jam setiap hari tanpa
sebarang kegiatan riadah seperti anak muda lain yang gemar bersukan?
Pencapaian menakjubkan itu turut memecahkan rekod Nur Amalina Che Bakri
yang mendapat 17 1A pada 2004.

Bagaimanapun, bagi Azali Azlan, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan


Agama (SMKA) Yan, Kedah, dia berpuasa, memakan buah kurma, minum madu
dan susu sepanjang tempoh peperiksaan menjadi amalan utamanya.

Dia memperoleh 20 1A dan satu 2A mengatasi rekod Nur Amalina Che


Bakri yang hanya memperoleh 17 1A. Menurut Azali, dia mengambil 21 mata
pelajaran bukan untuk memecahkan rekod, sebaliknya melakukan untuk
kepuasan diri sendiri.“Tujuan asal saya bukan untuk mengatasi mana-mana
rekod, tapi saya buat untuk diri sendiri serta cikgu. Bagi saya, jika buat semata-
mata untuk memecahkan rekod, ia tidak memberi apa-apa makna.“Ini sebagai
hadiah kepada semua guru saya,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman
pelajar cemerlang SPM di Kementerian Pelajaran di sini, semalam.

Azali mendapat 20 1A bagi mata pelajaran:

1- Bahasa Melayu, 2- Bahasa Inggeris, 3- Bahasa Arab Tinggi, 4- Pendidikan


Syariah Islamiah, 5- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, 6- Biologi, 7- Kimia,
8- Fizik, 9- Matematik Tambahan, 10- Sejarah, 11- Geografi, 12- Perdagangan,
13- Ekonomi Asas, 14- Matematik Moden, 15- Prinsip Akaun, 16- Sains Asas, 17-
Pendidikan Seni, 18- Pendidikan Islam, 19- Tasawwur Islam dan 20-
Kesusasteraan Melayu. Dia mendapat 2A dalam Bahasa Inggeris untuk Sains dan
Teknologi.
Azali berkata, ketika membuat keputusan mengambil 21 mata pelajaran, guru
banyak memberi nasihat dengan menerangkan kebaikan dan keburukannya jika
mengambil banyak mata pelajaran.“Cikgu tidak pernah cakap jangan (ambil 21
mata pelajaran), tapi cikgu menjelaskan kebaikan dan keburukannya. Ini kerana
mereka bimbang saya tidak boleh menguasai semua mata pelajaran. “Namun,
saya percaya dengan diri sendiri, Saya percaya pada Tuhan. Alhamdulillah, cikgu
banyak membantu. Mereka tolong dapatkan buku teks yang diperlukan. Itu
sebab saya katakan ini (kejayaan) bukan untuk diri sendiri tapi untuk guru dan
ibu bapa,” katanya.Dia lebih banyak belajar sendiri dengan bantuan guru dan
tidak menghadiri tuisyen di luar sekolah berikutan tinggal di asrama.

Anak ketiga dari lima beradik itu mendapat 9A dalam Penilaian Menengah
Rendah (PMR), selain aktif dalam kegiatan sekolah, malah pernah dinobatkan
sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.Anak pasangan guru, Azlan Othman, 51,
dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Kedah, itu berkata pendorong utama
untuk belajar datang daripada kakak sulung yang ketika ini melanjutkan
pelajaran dalam bidang perubatan di Cook Universiti, Ireland.

Ditanya mengenai resipi kejayaan dan cara belajar yang dilakukan hingga
memperoleh keputusan cemerlang, dia berkata: “Saya belajar dengan sabar.
Bagi saya dalam perjuangan mesti ada dugaan dan cabaran daripada Allah, jadi
sebagai pelajar Islam adalah perlu bagi saya untuk sabar dengan dugaan kerana
setiap kesusahan itu ada kesenangan.“Cuma ketika musim peperiksaan,
pengetua menyarankan saya makan kurma, minum madu dan susu, malah
sebagai persediaan menghadapi peperiksaan saya berpuasa dari hari pertama
peperiksaan hingga hari terakhir.“Bagi saya, itu usaha terakhir yang boleh
dilakukan selepas berusaha,” katanya yang bercita-cita menjadi profesor.

Azali juga mengakui pernah berputus asa, bagaimanapun menganggapnya


sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi sebelum mencapai kejayaan yang
diingini.“Pernah juga rasa tak boleh menguasai (mata pelajaran). Itulah dugaan
yang saya alami sebenarnya. Untuk pulihkan keyakinan saya jumpa kaunselor,
selain berbincang dengan ayah dan keluarga.“Mereka banyak bagi kekuatan
untuk saya. Biasanya ayah akan nasihatkan saya supaya melakukannya selagi ia
bukan satu dosa. Kemudian, saya akan cuba bina keyakinan diri untuk
meneruskan usaha,” katanya.
Azali Azlan Pelajar Terbaik SPM
2007
March 18, 2008 |

Azali Azlan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, telah mendapat 20

1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Ini mengatasi rekod 17 1A

yang dipegang oleh Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram,

Johor Bahru sejak 2004.

Azali telah meraih 20 1A dalam matapelajaran


Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia,

Biologi, Geografi, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Bahasa

Arab Tinggi, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-

Sunnah, Tasawwur Islam serta Pendidikan Seni Visual. Di samping itu Azali mendapat 2A dalam

mata pelajaran English for Science and Technology (EST).

Azali yang juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 adalah satu-satunya calon yang

mengambil 21 subjek dalam peperiksaan SPM 2007. Sebelum ini beliau mendapat keputusan lima

A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sembilan A dalam Peperiksaan Menengah

Rendah (PMR).

Anak pasangan guru sekolah menengah, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam

Batu, Sungai Petani ini berkata pengambilan 21 subjek ini adalah pilihannya sendiri dan disokong

ibu bapa serta guru. Ayahnya mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian di
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya pula mengajar

subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi.

“Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada

kesenangannya,” kata Azali yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.

“Tujuan saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod tetapi bagi kepuasan saya belajar. Jika

dibuat untuk memecahkan rekod, bagi saya, ia menjadi tidak bermakna. Saya lakukan ini untuk

diri sendiri dan ibu bapa dan sebagai hadiah kepada guru.

“Memang guru ada menasihati saya supaya menimbangkannya baik-baik kerana bimbang saya

tidak boleh `cope’, tetapi saya percaya pada Tuhan dan diri sendiri,” kata anak ketiga daripada

lima beradik itu.

Mengenai resipi kejayaannya, Azali berkata, beliau berpegang kepada pendirian sabar dalam

menghadapi segala dugaan kerana yakin setiap kesusahan akan ada kesenangan. Azali mengakui

keyakinannya pernah tergugat dalam menghadapi cabaran 21 mata pelajaran, tetapi beliau

membina kembali keyakinan itu menerusi perbincangan dengan kaunselor dan ahli keluarga.

Azali Azlan percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya

memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu. Menurut anak kelahiran

Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi

menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

Beliau tidak pernah mengikuti tuisyen khusus, sebaliknya hanya menyertai tuisyen di sekolah

untuk mata pelajaran Kimia dan Prinsip Perakaunan. Beliau juga belajar sendiri sembilan subjek

yang tidak diajar di sekolah.

Azali memberitahu, dia tidak mempunyai jadual belajar yang lengkap seperti sesetengah pelajar

lain kerana kalau ada jadual beliau akan berasa tertekan sebab perlu mengikutinya. Sebaliknya

beliau belajar apabila beliau rasa ada semangat untuk belajar.

‘‘Tetapi semangat itu kita sendiri yang kena merangsangnya selalu,” kata Azali.

You might also like