You are on page 1of 9

LAMPIRAN II

ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS

SUBJEK : PERDAGANGAN TINGKATAN : 4______


PENULIS : HENG SEAI KIE, CHIAM CHEE SIANG, ZAKIYAH BINTI _____
JALUN DAN SHARINI BINTI HAJI RAMLI__________________
PENERBIT : PUSTAKA SERI KANCIL_________________________________
TEMPAT TERBIT : 479A, MELAKA PLAZA, JALAN HANG TUAH, 75300 MELAKA
TAHUN TERBIT : 2002____________________________________________________

1. KETEPATAN KANDUNGAN

KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN


1 2 3 4
A. KESESUAIAN 1. Kelengkapan √
ISI KANDUNGAN isi kandungan Isi kandungan buku teks ini didapati lengkap iaitu ia menyediakan pecahan
DENGAN TAHAP setiap topik kepada sub topik tertentu secara teratur. Ia dilengkapkan dengan
nota, contoh serta gambar dan sumber rujukan internet yang dapat digunakan
oleh pelajar. Selain daripada itu ia turut menyediakan ruangan kecil yang
memaparkan maklumat tambahan dan persoalan yang merangsang minda
pelajar untuk berfikir. Seterusnya sebagai pelengkap isi kandungan, penulis
menyediakan pelbagai bentuk latihan yang dapat menguji pengetahuan
pelajar hasil daripada pembelajaran yang telah dilalui.

2. Keluasan isi √
kandungan Keluasan isi kandungan adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk matapelajaran ini.

3. Kedalaman isi √
kandungan Kandungan buku memberikan pededahan awal kepada pelajar tentang asas-
asas dalam perdagangan. Oleh yang demikian didapati penerangan dan nota
yang disediakan dalam setiap bab bersesuaian.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya kebanyakannya isi kandungan adalah bersesuaian untuk
memperkenalkan pelajar kepada matapelajaran perdagangan. walaubagaimanapun kebanyakan isi kandungan tersebut hanya pada
aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Huraian dan contoh yang lebih terperinci diperlukan merujuk kepada pelbagai aras
pengetahuan mengikut taksonomi bloom kerana setiap pelajar adalah berbeza tahap penerimaan dan keupayaan.

1
KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN
1 2 3 4
B. KETEPATAN 4. Ketepatan √
ISI KANDUNGAN konsep, Konsep, definisi dan fakta yang digunakan bertepatan dengan isi kandungan.
definisi dan
fakta
5. Ketepatan √
contoh, kes, Kebanyakan contoh ada disertakan ilustrasi gambar juga penerangan bagi
gambar, gambar disediakan dan sesuai dengan isi kandungan. Walaubagaimanapun
diagram dan terdapat contoh yang sudah tidak relevan digunakan. Contohnya pada m/s 75,
ilustrasi
penulis meletakkan pasaraya Makro sebagai contoh,sedangkan kini Makro
telah diambil alih oleh Tesco. ini mungkin kerana penulis ingin memudahkan
pelajar memahami berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tentang
premis perniagaan tersebut.

6. Ketepatan √
dan Penulis menggunakan istilah yang konsisten tetapi terdapat penggunaan
konsistensi istilah yang tidak jelas maknanya, seperti istilah kos overhead (m/s 48) tidak di
istilah dan nyatakan apa itu kos overhead.
simbol
7. Ketepatan √
penulisan Terdapat kesalahan ejaan (rujuk m/s 18 - 'mengehadkan' sepatutnya ditulis
mengikut 'menghadkan'. Ejaan 'xtra' untuk nama pasaraya sepatutnya 'Xtra' (rujuk m/s
daftar ejaan. 50).

Rumusan dan cadangan penambahbaikan : Secara keseluruhannya isi kandungan yang dimuatkan dalam buku teks perdagangan
Tingkatan 4 ini bertepatan dengan kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran. Penggunaan sesuatu istilah yang terkini dan jelas dapat memudahkan pelajar memahami arahan. Penulis
perlu memastikan penulisan ejaan dan istilah adalah tepat untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembacanya. Selain daripada itu
penulis perlu membuat semakan terperinci dalam penggunaan istilah agar makna sesuatu istilah itu difahami oleh pembaca khususnya
pelajar luar bandar. Di samping itu penulisan buku teks akan menjadi contoh yang baik kepada pelajar dan guru.

C. 8. Kesesuaian √
KEMUTAKHIRAN kandungan Perkembangan isi kandungan hampir seiring dengan perkembangan ilmu dan
ISI KANDUNGAN dengan teknologi, contohnya sub topik 3.3c (m/s 56) ada menerangkan tentang Mesin
perkembangan Peruncitan Automatik dan konsep E-Dagang dan juga dalam sub topik 6.1b
ilmu dan
(m/s163) menerangkan pengedalian perniagaan dalam pengurusan sumber
teknologi
manusia dan pengurusan maklumat menggunakan tekonologi computer.
9. Kemutakhiran √
contoh, gambar, Penggunaan contoh,gambar adalah terkini seperti sistem komunikasi dan
ilustrasi komputer, nama dan premis perniagaan terkini serta ia merujuk kepada kes
peraturan dan yang hampir dengan persekitaran pelajar terutamanya di kawasan bandar.
kes sebenar.
10. Kemutakhiran √
daftar ejaan Daftar ejaan dalam buku ini adalah yang terkini mengikut perkembangan ilmu
dan teknologi semasa contohnya istilah Tvi (Tv Interaktif) (m/s63), e-Dagang
(m/s 60) dan IKS(industri Kecil sederhana). Walaubagaimanapun istilah lama
yang sesuai masih diguna pakai contohnya 'memecah pukal' (m/s 39) dan
'hutang lapuk' (m/S62).
Rumusan dan cadangan penambahbaikan : Secara keseluruhannya kemutakhiran isi kandungan buku ini hampir seiring dengan
perkembangan ilmu dan teknologi semasa. Buku ini telah pun melalui proses penyemakan semula untuk menjamin kesahihan
maklumat dan memastikan kandungan didalamnya dapat membimbing pelajar menghadapi perkembangan semasa terutamanya
berkaitan perkara -perkara asas dalam perdagangan dan perniagaan sama ada di dalam mahupun diluar negeri.

2
KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN
1 2 3 4
D. KESESUAIAN 11. Sesuai dengan √ Kelebihan bagi pelajar bandar kerana konsep perdagangan
DENGAN perkembangan dan yang digunakan lebih hampir dengan kehidupan mereka dan
KEHIDUPAN kemampuan pelajar walaupun sukar mereka mudah untuk mendapatkan
PELAJAR maklumat tambahan melalui kemudahan internet yang
mudah didapati dalam persekitaran kehidupan mereka. Bagi
pelajar luar bandar pula yang agak sukar untuk memahami
sesetengah istilah misalnya dalam bab perdagangan
antarabangsa dan pelaburan, mereka memerlukan
penjelasan mendalam daripada guru.

12. Sesuai dengan √ Contoh -contoh yang digunakan kebanyakannya sesuai


keadaan dan situasi dengan lingkungan sosiobudaya pelajar bandar . Sebaliknya
lingkungan sosiobudaya mungkin sukar bagi pelajar luar bandar untuk mempelajari
pelajar topik berkaitan perniagaan luar negeri dan pelaburan.

13. Menggunakan contoh, √ Contoh dan gambar berdasarkan kes tempatan serta yang
gambar dan biasa dilihat oleh pelajar terutamanya di bandar. Bagi topik
kes tempatan antarabangsa pula contoh dari luar negara di gunakan.
(Malaysia)

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Melihat kepada isi kandungan dan contoh yang digunakan, ia lebih mudah bagi pelajar
bandar untuk memahami berbanding pelajar luar bandar kerana latar belakang pelajar dan pengalaman hidup pelajar yang berbeza.
Walaupun penyediaan buku teks ini mengikut zon negeri serta menggunakan contoh kes tempatan , tetapi hakikatnya pelajar yang
tinggal diluar bandar akan tetap mengahadapi masalah. Ini merujuk kepada kemampuan ekonomi keluarga dan kemudahan teknologi
yang sukar untuk memenuhi tuntutan pendidikan semasa. Oleh yang demikian penyediaan buku teks perlu dikaji bukan berdasarkan
zon negeri tetapi berdasarkan kesesuaian pelajar di kawasan bandar dan luar bandar.

E. KEPEKAAN 14. Menumbuhkan kepekaan √


TERHADAP NILAI terhadap Memupuk nilai-nilai murni dan menerapkan prinsip dan
TEMPATAN nilai-nilai tempatan (ikut amalan positif seperti bertanggungjawab, amanah, rasional
subjek) dalam membuat keputusan, berdikari dan berdaya saing serta
memberi pendedahan tentang pembentukan perniagaan.

15. Menumbuhkan kepekaan √


terhadap Tidak di nyatakan secara jelas tentang nilai-nilai
nilai-nilai gagasan/ gagasan/wawasan negara. Kebanyakannya adalah tersirat
wawasan negara dan mungkin pelajar tidak menyedari tentang nilai yang ingin
diterapkan. Misalnya dalam sub topik 4.1c menyatakan
kepentingan perniagaan antarabangsa kepada negara.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Penulis sebenarnya ada menerapkan nilai-nilai murni dalam buku teks ini misalnya melalui
aktiviti berkumpulan akan malahirkan sikap kerjasama, tolong menolong. Di samping itu berdasarkan Isi kandungan dapat membimbing
pelajar menjadi peniaga yang amanah, berdaya saing serta berdikari seterusnya melahirkan bakal usahawan/individu yang dapat
membantu meningkatkan kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara. Walaubagaimanapun kebanyakan nilai-nilai murni ini adalah
bersifat tersirat dan sukar untuk diketahui oleh pelajar. Kebiasaannya bagi pelajar mereka perlu memahami setiap isi kandungan bagi
persediaan mengahadapi peperiksaan. Oleh yang demikian guru menerangkan tentang nilai-nilai ini serta penulis boleh meletakkan
ruangan kecil menyatakan tentang nilai-nilai murni yang ingin diterapkan kepada pelajar.

3
KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN
1 2 3 4
F. FOKUS 16. Mendorong √
KANDUNGAN perasaan Ruangan cetusan minda dalam sesetengah halaman buku teks ini akan
ingin tahu mendorong pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu perkara.
pelajar. Begitu juga penulis turut meletakkan rujukan laman web bagi tajuk tertentu
yang mungkin boleh menimbulkan minat pelajar untuk cuba melayari laman
web tersebut.

17. √
Memperkembangk Aktiviti berkumpulan dan individu dapat merangsang pelajar berfikir secara
an daya kreativiti luas dan berusaha mengumpul dan memproses maklumat serta daripada
pembelajaran ini dapat mendorong pelajar membina idea baru contohnya
bagaimana untuk menambah pendapatan melalui perniagaan serta kaedah
membuat promosi yang kreatif dan unik demi untuk memajukan perniagaan.

18. √
Mengembangkan Ciri-ciri usahawan dan peniaga yang dipaparkan seperti inovatif, berani
daya kritikal mnghadapi risiko, gigih dan tidak mudah putus asa dapat dijadikan contoh
oleh pelajar agar menjadi individu yang sentiasa ingin maju dalam hidup dan
tidak hanya menerima sesuatu keadaan tanpa sebarang tindakbalas atau
persoalan.Sebaliknya mereka akan sentiasa ingin mengetahui apa jua punca
sesuatu kejadian contohnya apabila gagal dalam sesuatu mereka akan
menilai mengapa situasi itu berlaku.

19. √
Mengembangkan Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang memulakan perniagaan,
kemahiran hidup mengamalkan cara-cara kerja yang sistematik dan mengetahui serba sedikit
tentang risiko serta perkembangan perdagangan antarabangsa dapat
memberi gambaran kepada mereka untuk membentuk kerjaya masa depan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dilihat dari sudut kandungan dan latihan yang disediakan dapat meningkatkan kreativiti dan
daya kritikal pelajar. Selain daripada itu fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuan asas kepada pelajar tentang dunia
perniagaan yang dapat memberi gambaran awal serta mengembangkan minat mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Walaubagaimanapun guru perlu membantu pelajar dengan penjelasan yang mendalam serta mengaitkan setiap kandungan yang
sesuai dengan kehidupan seharian pelajar. Ini membolehkan pelajar menyedari manfaat setiap pelajaran yang dipelajari di sekolah. Ini
kerana keupayaan pelajar adalah berbeza berdasarkan pengalaman hidup dan pembelajaran mereka.

4
2. PAPARAN

KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN


1 2 3 4
G. TEKNIK 20. Bab dan sub bab di √
PENYAJIAN paparkan secara Setiap bahagian dipaparkan secara konsistensi dan
KANDUNGAN konsistensi dan sistematik menggunakan sistem pernomboran yang sistematik. Setiap
tajuk besar menjadi pendahuluan dan akan diikuti oleh
beberapa sub tajuk kecil yang memaparkan isi berdasarkan
kandungan bab.Seterusnya diikuti oleh rumusan dan latihan
sebagai penutup.

21. Ketertiban konsep, definisi √


dan fakta Setiap permulaan bab dimulakan dengan definisi dan
penjelasan bagi setiap penggunaan istilah dan kemudiannya
diikuti dengan nota dan diselang sekikan dengan aktiviti
kumpulan. Seterusnya bahagian rumusan dan latihan
pengukuhan untuk bab tersebut.

22. Bersifat konstekstual √


Dapat mengembangkan kefahaman pelajar serta
mengamalkan prinsip asas perdagangan dan usahawan
supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau
pengeluar selaras dengan nilai dan etika perniagaan. Di
samping itu menjadikan pelajar bertindak dengan bijak dan
dapat menyesuaikan diri mengikut perkembangan teknologi
semasa. Kemahiran menguruskan perniagaan secara tidak
langsung mengembangkan kemahiran mengendalikan
urusan diri dan keluarga secara teratur, kemas dan
bertanggungjawab selaras dengan nilai dan tatasusila
masyarakat dan bijak mengumpul, memproses maklumat
secara sistematik, seterusnya membuat keputusan yang
rasional.

23. Keseimbangan di antara √


bab dan sub Kebanyakan kuantiti kandungan bab dan sub bab adalah
bab seimbang kecuali pada bab 3 iaitu topik Perniagaan Dalam
Negeri. Bahagian bab 3 dalam buku ini terlalu panjang
memandangkan kandungan yang terlalu banyak.

24. Kesinambungan di antara √


bab/ sub Kesinambungan antara bab dan sub bab adalah bersesuaian
bab/ topik. dengan dengan topik perbincangan bagi setiap bab dalam
buku ini. Pada permulaan pelajar didedahkan dengan asas
perdagangan dan sejarah awal perdagangan. Selain
daripada itu kandungan sebelumnya dapat membantu pelajar
memahami pembelajaran isi kandungan selanjutnya.
Seterusnya pengetahuan pelajar semakin ditambah dengan
lebih mendalam tentang perjalanan aktiviti dalam
perdagangan seperti pengeluaran, agihan , promosi,
perniagaan antarabangsa seterusnya sumber kewangan
perniagaan melalui tajuk perbankkan dan pelaburan.

5
25. Keutuhan makna bab/ sub √
bab/ topik Isi kandungan nota yang ditulis dalam buku ini adalah
menggambarkan tema berkaitan sukatan pelajaran untuk
perdagangan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dapatlah dirumuskan bahawa teknik penyajian buku ini agak memuaskan dimana pelajar
diperkenalkan kepada perdagangan secara berperingkat dan teratur. Walaubagaimanapun bab 3 terlalu panjang, ini mungkin boleh
menimbulkan rasa bosan dikalangan pelajar kerana terlalu lama di dalam bab yang sama. Ini juga mungkin disebabkan penulis
terpaksa mengikut Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Namun begitu mungkin bab 3 ini boleh di
semak dan dibuat pembahagian semula mengikut kesesuaian tajuk.

KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN


1 2 3 4
H. PEMAPARAN
KANDUNGAN 26. Berpusatkan kepada √ Sebahagian kandungan buku ini berpusatkan pelajar
PEMBELAJARAN pelajar iaitu selain daripada nota, bentuk latihan yang
disediakan aktiviti berkumpulan dan perbincangan
dimana penglibatan pelajar diperlukan.

Dalam aktiviti kumpulan atau individu dinyatakan


27. Pembelajaran kendiri √ apa yang perlu pelajar lakukan serta terdapat latihan
melabel gambarajah secara tidak langsung
merangsang pemikiran pelajar.

28. Bervariasi √ Penyampaian informasi dalam buku teks ini


bervariasi iaitu selain penerangan nota, ia juga
menggunakan jadual perbandingan, gambar dan
rajah bagi menerangkan sesuatu proses atau ciri
sesutau struktur. Contohnya rujuk m/s 45 -50.
Walaupunbagaimanapun paparan dalam buku ini
kurang menarik kerana kebanyakan paparan
gambar hanya menggunakan warna hitam putih. Ini
menjejaskan imej keceriaan buku teks kerana dan
tidak dapat pelajar untuk membaca atau
menggunakannya sebagai rujukan. Penggunaan
warna hanya dibuat dalam bab 3 buku ini.

6
29. Adil & demokrasi (tidak bias √ Buku ini tidak bias kepada pelajar bandar tetapi bias
lokasi, gender, etnik dll) kepada pelajar luar bandar. Ini kerana lokasi di
pedalaman menyukarkan pelajar untuk merasai
perkembangan semasa serta kemudahan ICT. Oleh
yang demikian sesuatu yang biasa bagi pelajar
bandar menjadi perkara baru bagi pelajar luar
bandar.Contohnya E-Dagang.

30. Mengembangkan √ Gaya pemaparan kandungan pembelajaran dalam


kemahiran proses buku ini dapat membantu mengembangkan
kemahiran proses pelajar iaitu pelajar mendapat
pendedahan dan gambaran awal beberapa proses
yang berkaitan dengan perdagangan contohnya
rangkaian proses pengeluaran (m/s 8), proses
bertukar barang melalui sistem barter (m/s 18),
proses pengagihan sesuatu barang (m/s 38), proses
mendokumentasi dalam perniagaan (m/s 82),
prosedur import & eksport (m/s 118), proses
pengendalian perniagaan (m/s163) serta kaedah
mengira pulangan hasil pelaburan. Segala
pengetahuan mengenai proses ini dapat
merangsang pelajar berfikir bagaimana strategi dan
proses untuk memulakan perniagaan dan
merangsang mereka membuat keputusan yang
rasional dalam menjadi individu yang berjaya dalam
kerjaya.

31. Mencipta komunikasi √ Melalui sesi perbincangan berdasarkan pelbagai


interaktif bentuk latihan seperti kerja kumpulan dan forum
yang disarankan dalam buku ini dapat mewujudkan
komunikasi yang interaktif dari pekbagai hala. Aktiviti
ini akan merangsang pelajar berfikir, bekerjasama
untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan.

32. Menekankan aspek √ Dalam sub topik Bantuan Perniagaan mengajar


keselamatan pelajar tentang risiko dan menekankan kepentingan
(bagi subjek amali/ praktik) insurans untuk melindungi keselamatan perniagaan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dapatlah dirumuskan bahawa bahagian pemaparan isi kandungan buku teks ini
hampir lengkap dari segi penyediaan nota dan bentuk-bentuk latihan ebagai pengukuhan kepada pelajar, tetapi ada
kelemahan dari segi paparan iaitu penggunaan warna dalam penyampaian ini mungkin disebabkan faktor untuk menjimatkan
kos pengeluaran buku ini. Oleh yang demikian dicadangkan supaya penulis dan penerbit buku ini menilai semula dari segi
paparan menggunakan pelbagai warna agar buku ini lebih menarik dan dapat merangsang minat pelajar menggunakannya
dan secara tidak langsung, objektif buku ini dikeluarkanakan tercapai serta segala kos yang terlibat tidak sia-sia. Ini kerana
terdapat banyak pilihan buku rujukan di pasaran pada masa kini lebih menarik berbanding buku teks sekolah.

7
I. KELENGKAPAN 33. Pengantar √ Buku ini ada menyediakan ruangan kata pengantar
DOKUMENTASI dimana ia menjelaskan tentang tahap tahap kualiti
penyediaan buku ini melalui semakan semula dan
diperakui oleh Kementerian Pelajaran serta memenuhi
Sukatan dan Huraian sukatan Pelajaran.

34. Definisi istilah √ Pada bahagian helaian belakang buku ada disediakan
ruangan Glosari dimana pelajar dapat membuat rujukan
bagi Istialah yang digunakan dalam buku ini.

35. Advance organizer √ Pada awal pengenalan bab bagi setiap topik ada
pada awal bab disediakan tajuk, hasil pembelajaran, motif
pembelajaran dan rajah peta minda yang menerangkan
bab tersebut. Ini memudahkan pelajar mengetahui apa
yang akan dipelajari atau apa yang perlu diketahui
melalui pembacaan dan pembelajaran dari bab
tersebut. Di samping itu penulis juga meletakkan
ilustrasi gambar yang berkaitan dengan bab dan ini
membantu memberikan gambaran yang lebih jelas
kepada pelajar.

36. Sumber/ rujukan √ Berdasarkan sumber rujukan buku yang disenaraikan


terkini untuk teks, penulis buku ini kebanyakannya menggunakan sumber
gambar, jadual, rujukan buku dalam lingkungan tahun 1985 -2005 dan
diagram, lampiran, juga dari sumber atas talian. (rujuk lampiran bahagian
nama, tarikh
senarai rujukan.
termasuk sumber
atas
talian.
37. Rumusan √ Setiap bab disediakan rumusan pada akhir topik,
ringkas memudahkan pelajar melihat 'point' penting
dalam setiap bab. Walaubagaimanapun ringkasan yang
baik tidak hanya mengulangi isi penting dari bab sahaja
tetapi perlu di selitkan maklumat baru supaya pelajar
lebih berminat untuk membaca ruangan ini, disamping
menambah pengetahuan pelajar.

38. Tugasan dan √ Pada akhir setiap sub topik disediakan aktiviti kelas
contoh-contoh dan kumpulan berbentuk perbincangan ataupun soalan
soalan berkaitan. Bagi setiap akhir setiap bab pula di sediakan
pada setiap bab. soalan berbentuk objektif, esei dan kajian kes sebagai
aktiviti pengukuhan pelajar .

39. Daftar pustaka √ Daftar pustaka untuk buku ini dinyatakan pada
bahagian awal buku iaitu dimulakan dengan judul buku,
nama pengarang(seramai 4 orang), nama editor, nama
dan alamat penerbit (Pustaka Seri Kancil), tahun
terbitan serta tempat cetakan buku ini di buat
(Percetakan Laser Press Sdn. Bhd).

40. Indeks √ Ruangan Indeks dan Glosari ada di sediakan dan ini
memudahkan pengguna buku ini mencari kedudukan
dan makna sesuatu istilah atau perkataan berkaitan
teks dan ditulis mengikut turutan alphabet (rujuk m/s
226,227,228 & 232).

8
41. Lampiran √ Buku ini ada menyediakan lampiran bagi ruangan
Glosari, Senarai Rujukan, senarai Rujukan Laman Web
dan Indeks di mana ia dapat menjadi panduan rujukan
tambahan pelajar. (rujuk ms 226 - 232).

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya struktur dokumentasi buku ini adalah lengkap ,
dimulakan dengan kata pengantar sebagai bahagian pengenalan buku. Seterusnya berdasarkan susunan nota dan di selang
selikan dengan latihan dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan buku ini sebagai bahagian isi, diikuti bahagian
penutup iaitu glosari, senarai rujukan dan indeks. Walaubagaimanapun ruangan sumber rujukan perlu dibuat menjadi lebih
menarik supaya dapat di manfaatkan dan merangsang pelajar untuk menggunakan sebagai rujukan tambahan misalnya
meletakkan ilustrasi gambar buku yang menjadi rujukan tersebut dan guru perlu menerangkan kegunaan senarai rujukan
tersebut.

You might also like