You are on page 1of 1

Tengku Mazran, Syafinaz, dan Syarifah Rozan dating menemui Azfa

Hanani di sekolahnya. Mereka memberitahu Azfa Hanani bahawa


wajahnya seiras dengan Tengku Murni. Tengku Murni telah meninggal
dunia empat bulan lalu kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz ternampak akan gambar Azfa
Hanani semasa dating ke rumah kawan mereka, Syarifah Rozan. Tengku
Mazran meminta Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya, Tengku
Murni. Sekiranya Azfa Hanani sanggup memenuhi permintaannya, kos
perubatan anak pak long Azfa Hanani yang lumpah akan ditanggung
oleh Tengku Mazran. Azfa Hanani bersetuju untuk menerima tawaran
itu.

Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani mula berlakon sebagai Tengku


Murni. Penyamarannya berhasil berkat tunjuk ajar daripada Tengku
Mazran dan isterinya, Syafinaz. Azfa Hanani juga telah di hantar belajar
di Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ dia mengenali kawan-kawan
Tengku Murni.

Melalui diari Tengku Murni, Azfa Hanani mengetahu hubungan cinta


antara Tengku Murni dengan Ekran telah terputus disebabkan oleh
bantahan abang Tengku Murni, iaitu Tengku Muzaffar. Aza Hanani
meminta penjelasan daripada Tengku Muzaffar. Tengku Muzaffar

mengakui bahawa dia menghalang perhubungan mereka kerana Ekran


berasal daripada keluarga miskin. Azfa Hanani berasa terhina. Dia
bertikam lidah dengan Tengku Muzaffar. Pertengkaran itu didengar oleh
Datin Maziah. Datin Maziah amat marah apabila mengetahu Azfa
Hanani menyamar sebagai Tengku Murni. Datin MAziah menampar
Azfa Hanani dan menghalaunya dari rumah.

Azfa Hanani kembali ke rumah pak longnya. Suatu petang, Tengku


Datuk Makmur dan keluarganya datang menemui Azfa Hanani. Tengku
Datuk Makmur memberitahu Azfa Hanani dialah yang telah
menyebabkan ayah dan ibu Azfa Hanani terbunuh. Dia yang memandu
keretanya dalam keadaan mabuk telah menyebabkan teksi yang dinaiki
oleh ibu bapa Azfa Hanani yang terselamat dalam kejadian itu. Tengku
Maziah yang kasihan akan Azfa Hanani telah menyusuinya. Akhirnya
Azfa Hanani kembali ke rumah Datin Maziah dengan identity yang
sebenar bukan sebagai Tengku Murni lagi.

You might also like