You are on page 1of 13

1.

Definisi tanah oleh ahli ekonomi


 Georgists menyatakan pendapat bahawa tanah mempunyai nilai cukai tanah
yang memiliki sewa tanah untuk kepentingan umum dan tidak akan
menjejaskan bayaran di atas penggunaan tanah sebaliknya akan menurunkan
nilai yang di miliki. Dalam Ekonomi, tanah meliputi bahan bakau seperti
tembaga, kayu dan getah, lanskap seperti pergunungan, lemah dan bukit,
tanah lapangan seperti pelabuhan alam dan keadaan iklim seperti hujan dan
salji.

2. Apakah dimaksudkan dengan tanah sebagai sumber ruang dan sumber produktif.
Gabungkan kedua fungsi tanah ini.
 Sumber ruang menunjukkan kawasan tanah untuk aktiviti pertanian ,ternakan ,
akua, bahan perubatan, melombong, jalan raya, kubur, kawasan rekreasi,
perumahan, industri, komersil, dan sebagainya. Sumber produktif pula
kawasan tanah yang berfungsi untuk mengeluarkan makanan, kepuasan
rekreasi, produk firma atau industri, tempat tinggal, pengangkutan,
keselamatan, dan sebagainya.

3. Definisi kecekapan sosial. Syarat untuk memenuhi kecekapan social dalam


penggunaan tanah. Beri contoh.
 Kecekapan sosial bermaksud tanah yang disediakan digunakan secara
menyeluruh untuk pelbagai kegunaan kepada aktiviti manusia seperti
pertanian, industri, perumahan dan lain-lain.
 Syarat untuk memenuhi kecekapan sosial dalam penggunaan tanah ialah
penggunaan tanah yang efisien di kawasan akan berlaku jika sebahagian tanah
digunakan untuk sesuatu yang menghasilkan sewa tanah secara maksimum.
 Sebagai contoh, Kuala Terengganu mempunyai sejumlah tanah yang besar jika
sebahagian tanah sama dengan satu kawasan dan jika sebahagian tanah tidak
digunakan maka ia meliputi keseluruhan kawasan Kuala Terengganu.

4. Kenapa tanah dianggap satu sumber asli yang unik berbanding dengan (a)
sumber lain dan berbanding dengan factor pengeluaran yang lain (buruh, modal,
keusahawanan)
 Tanah dianggap satu sumber asli yang unik kerana tanah bersifat
heterogenous (pelbagai), tidak bergerak, tidak bertambah, tertakluk kepada
hukum pulangan marginal yang berkurangan. Berbanding dengan sumber lain
dan faktor pengeluaran yang lain, sumber-sumber ini datang daripada sumber
yang terhad.

5. Prinsip asas disiplin ‘ekonomi tanah’


 Ekonomi tanah adalah prinsip yang menggunakan ekonomi untuk menyemak
atau memerhati keputusan manusia pada penggunaan tanah. Selain itu
ekonomi tanah diertikan sebagai bidang kajian yang berkaitan dengan
hubungan ekonomi manusia dengan sesama manusia yang berkaitan dengan
tanah. Prinsip asas disiplin ‘ekonomi tanah’ ialah menggunakan prinsip-prinsip
ekonomi untuk memahami keputusan manusia dalam penggunaan tanah

6. Apabila sesebuah negara membangun, apa yang terjadi dalam komposisi


penggunaan tanah dan terangkan kenapa ia berlaku sedemikian (contoh kawasan
hutan bakau berkurangan akibat....); tanah untuk ....
 Bagi sesebuah negara membangun, ia memerlukan penggunaan tanah yang
banyak untuk merancakkan pembangunan. Dengan itu tanah digunakan untuk
tujuan pembinaan perumahan, taman rekreasi, jalan raya dan lain-lain.
Sebagai contoh, kawasan hutan bakau berkurangan kerana untuk
mendapatkan tanah yang mencukupi bagi membuat pembangunan.

7. Beri 3 isu penting dalam penggunaan tanah.


I. Bandar berkembang – kawasan yang terpencil dibangunkan bagi membentuk
satu bandar yang besar ke atas tanah tersebut.
II. Perlindungan sumber – nilai-nilai ekologi ekosistem, tanah lembap, alam atau
pemandangan.
III.Jenis peraturan penggunaan tanah – penguatkuasaan polis, mengetatkan
undang-undang.

8. Apa kah yang dimaksudkan dengan “sewa tanah” sebagai faedah bersih sosial 1
ekar tanah. Beri contoh bagaimana kadar sewa tanah sepatutnya ditentukan.
 ‘Sewa tanah’ sebagai faedah bersih sosial 1 ekar tanah merupakan satu hasil
manfaat sosial bersih bagi sesuatu kawasan tanah. Sewa atau harga bagi
setiap tanah yang digunakan mendatangkan manfaat hasil kepada pengguna
tetapi tidak termasuk tanah lain yang dibiayai walaupun ia menghasilkan
manfaat.
 Kadar sewa tanah dapat di tentukan seperti 1 ekar tanah yang di gunakan
oleh petani untuk aktiviti menanam ubi akan menghasilkan faedah sebanyak
RM 1000 iaitu mewakili pembeklian keatas benih pokok, racun serangga, baja
dan upah ke atas buruh. Oleh sebab itu, sewa semasa bagi tanah yang
menanam ubi ialah sebanyak RM 400 per tahun.

9. Beri dua ciri penting yang mempengaruhi kadar sewa tanah.


I. Kawasan bandar yang menjadi tumpuan akan mempunyai kadar sewa yang
tinggi berbanding kawasan luar bandar.
II. kadar sewa tanah pada kawasan tanah tinggi lebih mahal atau tinggi
berbanding di kawasan tanah rendah. Contonhya kawasan tanah di bukit tinggi,
kuala lumpur.
10. Kenapa tanah yang disekelilingi oleh aktiviti2 berikut boleh mengubah kadar sewa
tanah
(a) industri – kawasan perindustrian banyak terletak di kawasan bandar
terutamanya berhampiran di kawasan perumahan. Oleh sebab itu, kawasan
perindustrian ini memberi kesan negatif kepada masyarakat di kawasan
perumahan kerana menghasilkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi.
Kesannya, nilai terhadap sewa tanah dan perkhidmatan bagi kawasan perumahan
akan berkurangan.
(b) pertanian – kawasan tanah yang di gunakan untuk aktiviti pertanian akan
mendatangkan kesan positif dan kesan negatif. Antara kesan npositif adalah
seperti mempunyai pemandangan yang cantik, udara yang segar dan bersih.
Kesan negatif pula adalah seperti pencemaran bau dan pencemaran udara. Oleh
sebab itu wujud masalah eksternaliti positif dan negatif yang dapat mengubah
kadar sewa tanah.
(c) lebuhraya – sumber tanah yang di gunakan untuk pembinaan lebuh raya
menyebabkan nilai sewa tanah menjadi rendah. Hal ini kerana, kawasan
perumahan jarang di bina berdekatan dengan lebuh raya kerana mendatangkan
risiko dari segi keselamatan kepada penduduk.

11. Bagaimana mekanisme private land market mencerminkan nilai tanah yang
sebenar?
 Mekanisma private land market adalah pasaran tanah yang menentukan
penggunaan peribadi. Permintaan dan penawaran harga merupakan faktor
yang menentukan kegunaan tanah.

12. Apa yang dimaksudkan dengan “eminent domain” dan “police power’.
 Eminent domain adalah kekuatan tanah untuk kepentingan umum. Antaranya
adalah berkaitan dengan TNB, JBA, jalan raya.
 Police power adalah untuk mengawal perilaku warga untuk memastikan
kesihatan, kesejahteraan, keselamatan, moral. Kawasan pada bahagian-
bahagian adalah seperti penukaran pertanian kepada pejabat dan peraturan-
peraturan persekitaran yang mengenakan denda kepada mereka yang
melanggar peraturan.

13. Apabila sebidang tanah diguna untuk pertanian apa faedah kepada petani dan
masyarakat.

Land use Farmer society


Annual land rents Per acre (RM)
Agric 250 800
housing 700 700
Land prices per Acre*
Agric 2500 8000
housing 7000 7000

r = 10%

Rujuk jadual di atas, jika tanah (1 ekar) diguna untuk pertanian, pulanagn
setahun kepada petani adalah RM250. Jika tanah yang sama dibangaun kan
sebagai projek perumahan, pulangan Rm700/thn. Kepada masyarakat, nilai
(positive externality) jika tanah diguna untuk pertanian adalah RM800, dan untuk
perumahan Rm700. Penuhkan ruang kosong bertanda xxxx.
I. Agric (farmer) Agric (society)
= 250 /0.1 = 800/0.1
= 2500 = 8000
II. Housing (farmer) Housing (society)
= 700/0.1 = 700/0.1
= 7000 = 7000
14. Petani boleh menjual tanah kepada pemaju hartanah untuk dijadikan projek
perumahan, mengikut harga pasaran. Jika masyarakat mahu tanah itu dikekalkan
sebagai tanah pertanian, apakah kaedah2 yang boleh digunakan.
 Apabila petani mengekalkan tanah tersebut kepada tanah pertanian maka
mereka akan mendapat jumlah kadar sewa sebanyak RM 2500 apabila jumlah
sewa bagi pertanian sebanyak RM 250 di bahagi dengan kadar bunga
sebanyak 10%. Manakala petani yang menjual tanah untuk tujuan projek
perumahan maka mereka akan mendapat nilai yang lebih besar berbanding
pertanian iaitu sebanyak RM 7000 iaitu sewa perumahan sebanyak RM 700 di
bahagi dengan kadar bunga sebanyak 10%.

15. berapakah harga yang sepatutnya diterima oleh petani jika dia jual tanah itu?
 Tanah di kawasan pertanian memperolehi jumlah sebanyak 2500 manakala
petani menjual tanah untuk kawasan perumahan mendapat nilai yang lebih
besar daripada kawasan pertanian iaitu sebanyak 7000. Sektor pertanian
mempunyai 2 kategori iaitu farmer dan society. Untuk mencari nilai pertanian
farmer (250/0.1=2500) manakala pertanian society (800/0.1=8000). Kawasan
perumahan bagi farmer dan society mempunyai nilai yang sama iaitu
(700/0.1=7000).
16. Bagaimanakah percukaian boleh digunakan sebagai insentif untuk mengekalkan
tanah itu sebagai kawasan pertanian?
 Tanah dapat dikekalkan sebagai kawasan pertanian apabila cukai boleh
mempengaruhi penggunaan tanah. Ini kerana cukai mampu bersifat insentif
kepada pemilik tanah berdasarkan penilaian berdasarkan pasaran hotel untuk
pertanian di kawasan luar bandarbagi kegunaan domestik. Cukai juga adalah
berdasarkan kepada nilai yang digunakan sebanyak RM4000 tetapi bukan
untuk pengguna perumahan yang tinggi iaitu sebanyak RM 8000.

17. Dalam urban sprawl (bandar berkembang) sewa tanah ditentukan oleh jarak
daripada pusat bandar. Guna geraf untuk menerangkan bagaimana kadar sewa
tanah ditentukan untuk komersil, perumahan, dan pertanian. Dimana titik2
penting. Di atas geraf, bagaimana menentukan titik2 dominasi sewa/penggunaan
ditentukan. Kecerunan-kenapa berbeza. Titik yang memisahkan bandar dan luar
bandar.

Commercial, Domestic and Agricultural Rent Gradients and the spatial


pattern of economic activity

CRG

DRG

ARG

0 d1 jarak daripada kawasan bandar d2

Tengah bandar KT

CRG merujuk kepada komersil yang bermaksud pembangunan. Keluk CRG


mencerun secara curam kerana kadar sewa di pusat bandar lebih mahal berbanding
dengan kadar sewa di kawasan luar bandar. Kadar sewa di pusat bandar adalah lebih
mahal kerana menjadi kawasan tumpuan kepada penduduk . ini kerana kawasan
bandar mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti bank ,
pusat membeli belah, hospital dan sebagainya. Oleh itu sewa tanah di kawasan
bandar adalah lebih mahal.
DRG pula menggambarkan kawasan perumahan kerana kawasan perumahan yang di
bina lebih tertumpu kepada kawasan luar bandar. Keluk DRG adalah bersifat landai.
Kawasan luar bandar kurang menjadi tumpuan org ramai. Oleh itu ia sesuai untuk di
jadikan sebagai kawasan perumahan. Selain itu, kemudahan prasarana dan
infrastruktur di kawasan luar bandar juga adalah sedikit berbanding bandar.
Contohnya perkhidmatan bank seperti CIMB susah untuk di jumpai di kawasan luar
bandar. Oleh itu, kadar sewa yang dikenakan ke atas tanah di kawasan luar bandar
atau perumahan adalah lebih rendah berbanding dengan kawasan bandar.

ARG pula menerangkan tentang kawasan pertanian. Keluk ARG adalah lebih landai
berbanding dengan keluk DRG. Ini menunjukkan kawasan pertanian lebih tertumpu
kepada kawasan pedalaman kerana tidak mempunyai banyak pembangunan.
Kawasan pedalaman kurang menjadi tumpuan penduduk kerana tidak mempunyai
kemudahan yang lengkap berbanding dengan kawasan bandar dan luar bandar. Oleh
sebab itu, kadar sewa yang dikenakan keatas kawasan pertanian adalah lebig
rendah.

D1 merupakan titik persilangan bagi CRG dan DRG. Ini menunjukkan kadar sewa
tanah adalah sama . kemudian, d2 pula menunjukkan titi persilangan bagi DRG dan
ARG iaitu kadar sewa bagi perumahan dan petani adalah sama.

18. Perbezaan diantara sewa tanah dan nilai pasaran; bagaimana kedua2 nilai
ditentukan.
 Sewa tanah merupakan jumlah kos pemilik tanah untuk menggunakan tanah
yang sama dengan jumlah pendapatan yang diperolehi dan tanah yang tidak
mengira jumlah kos. Manakala nilai pasaran merupakan nilai pada masa kini
yang berpunca daripada pendapatan sewa yang di hasilkan oleh sumber tanah.
19. kenapa RM1 hari ini mempunyai nilai lebih tinggi dari Rm 1, 4 tahun akan
datang?
n = tahun
=4
andaikan kadar faedah = 10%
i = 10%

Nilai masa hadapan = 1/(1 + i)n


= 1/(1 + 0.1)4
= 0.68
RM1 pada hari ini mempunyai niali yang lebih tinggi dari RM1 pada 4 tahun
akan datang kerana RM1 pada masa kini akan bernilai RM0.68 pada 4 tahun akan
datang. Hal ini kerana nilai mata wang jatuh dan ianya mempunyai kadar faedah
setiap tahun, dengan RM1 pada masa kini kita boleh membeli barang pada
kuantiti yang banyak berbanding RM1 pada 4 tahun akan datang.

20. Model produktiviti tanah oleh Ricardo; apa andaian2 yang digunakan.
 Andaian-andaian model produktiviti tanah oleh Ricardo adalah kenaikan harga
jagung bukan disebabkan oleh sewa yang dibayar, sewa tanah tinggi kerana
harga jagung yang meningkat

21. Kira sewa tanah untuk PLOT A, B dan c

MC

ATC
ATC
$10
Profit=rent>>to landowner
Profit=rent>>to landowner
$9

$5
ATC MC
MC

Q=amt of corn 400 200

Plot “A” Plot “B” Plot “C”

Plot A = $5 x 400 Plot B = $ 9 x 200 Plot C = $10 x 0


= $ 2000 = $ 1800 =$0

22. Apa dia prinsip leftover atau lebihan? Bagaiman tuan tanah akan sentiasa
mendapat nilai lebihan (surplus value)
 Keseimbangan tercapai apabila sewa sama dengan keuntungan atau nilai hasil
melebihi nilai bukan tanah sewa. Tanah akan meningkat disebabkan terdapat
persaingan antara tanah. Untuk menunjukkan persaingan antara petani
terhadap tanah yang mencapai keuntungan sehingga sifar dan pemilik tanah
akan mendapat semua nilai lebihan.

23. Beri contoh kes dimana tuan tanha tidak boleh guna prinsip ini untuk
mengenakan sewa tanah yang tinggi.
 Jika seorang petani mempunyai strategi untuk menjalankan teknik pertanian
yang dapat mengurangkan kos, pemilik tanah tidak boleh dikenakan cas caj
tambahan sewa kerana orang tidak sanggup untuk membayar sewa yang
tinggi.

24. Guna graf untuk menerangkan apa yang terjadi jika ada projek pengairan yang
meningkatkan produktiviti tanah. Siapa dapt faedahdan siapa yang rugi?
 Apabila projek pengairan dijalankan disesuatu tanah yang menjalankan
kegiatan menanam jagung, akan mampu untuk menambahkan hasil terhadap
jagung itu. Jika harga jagung tersebut adalah tetap, tuan tanah akan
mendapat faedah kerana persaingan diantara petani terhadap tanah akan
menawarkan lebih keuntungan. Oleh itu, tuan tanah akan mendapat faedah,
manakala petani akan rugi. Walaubagaimanapun, jika projek tersebut memberi
kesan terhadap harga jagung, dimana harga jagung itu jatuh, pengguna akan
bertambah dengan harga yang rendah, sedangkan keuntungan awal petani
bertambah, dan akan menyebabkan sewa tanah menjadi rendah. Oleh itu,
pengguna akan mendapat faedah, dan tuan tanah akan mengalami kerugian.

25. Perbezaan diantara model Ricardo dan Von Thunen


 Ricardo berpendapat bahawa kualiti sumber daya in-situ merupakan respon
dari tanah yang digunakan tanpa memperhatikan lokasi. Contohnya, dapat
menghasilkan tanaman. Manakala Von Thunen berpendapat bahawa semua
kos dan manfaat yang berkaitan dengan lokasi khusus bertentangan dengan
sumber daya. Contohnya, kos pengangkutan untuk memasukkan bahan
mentah dan produk.

26. Formula untuk mengira sewa tanah dalam model Von Thunen
Transport Cost (TRC) = cost/ton/mile x dist x Q
Profit = P x Q – Prod Cost – transport cost – rent = 0
Rent = P x Q – PC – TRC

27. Bagi faktor pengeluaran yang mempunyai penawaran yang tetap, sewa adalah
lebihan, iaitu perbezaan diantara harga seunit produk yang dihasilkan dan kos
seunit untuk menukar sumber tersebut kepada barangan. Bincang.(In the case of
factors of production that are fixed in supply, rent is a surplus, that is the
difference between the price of the good produced from that factor and the unit
cost of turning that factor into a good).
 Penawaran yang tetap menunjukkan kepada sumber tanah. Kita
mengandaikan tanah sama dengan tanah yang subur. Harga seunit produk
yang di hasilkan dan kos seunit untuk menukar sumber kepada barangan
tertumpu kepada perumahan iaitu menujukkan kepada jumlah bil air, bil
elektrik dan bayaran-bayaran lain.keuntungan yang diperolehi adalah sifar
iaitu mempunyai satu pasaran induk, harga adalah tetap dan petani
menggunakan faktor pengeluaran yang tetap.

28. Cerita tentang graf ini adalah seperti berikut.......

Total revenue per acre (P*Q; Q/acre does not vary)

$300

$250

Total Cost
$190 profit

$110 Land rents

CloseDistance to marketFar

Graf di atas adalah fungsi bida sewa bagi penanaman lobak yang digunakan oleh
Von Thunen untuk mengira sewa tanah. Andaian yang digunakan adalah seperti
berikut : kesuburan tanah adalah sama di semua lokasi, oleh itu hasil lobak/ekar
(100 kg) dan kos pengeluaran ($50) adalah sama. Terdapat satu pasar sahaja. Harga
lobak adalah tetap ($3/kg). Jumlah kos bergantung kepada jarak daripada pasar.

29. Ricardo said that: “The price of corn is not high because a rent is paid. Rather,
rent is high because the price of corn is high.” KENAIKAN HARGA JAGUNG BUKAN
DISEBABKAN OLEH SEWA YANG DIBAYAR, SEWA TANAH TINGGI KERANA
HARGA JAGUNG YANG MENINGKAT. Ricardo menyuruh anda menggunakan
geraf2 untuk mengetahui samaada anda faham apa yang katakannya.

 Di dalam kes ini, punca kenaikan harga jagung adalah di sebabkan oleh
peningkatan permintaan jagung pada gambarannya menyebabkan sewa tanah
jagung meningkat.
Keluk harga pasaran untuk jagung keluk harga pasaran untuk
tanah jagung harga supply of land
harga S1

P2 D2 R2 D2

P1 R1
D1 D1
S1

q1 q2 Q1
kuantiti kuantiti

Gambar rajah diatas menunjukkan situasi keluk jagung akan menunjukkan


berlaku kenaikan harga di pasaran produk jagung. Manakala untuk pasaran tanah
jagung menunjukkan berlaku kenaikan harga terhadap faktor- faktor
pengeluaran. Kedua-dua keluk di atas menunjukkan berlaku peralihan keluk
permintaan keatas jagung. Keluk penawaran bagi harga pasaran untuk tanah
jagung adalah bersifat anjal satu.Permintaan ini berubah disebabkan permintaan
bayaran yang tinggi oleh tuan tanah kepada petani, dimana harga tanah
meningkat dari R1 ke R2. Dari keluk pasaran terhadap jagung pula, menunjukkan
apabila harga sewa tanah meningkat, maka para petani juga perlu meningkatkan
penawaran jagung mereka, menyebabkan kuantiti terhadap jagung bertambah
dari q1 ke q2 dan harga jagung turun dari P1 ke P2.

30. Apabila 10 orang bekerja, jumlah keluaran 2500 jagung, apabila 11 orang
TP=2800, 12 orang TP=2900; upah 200 jagung/thn/pekerja. Kira AP bagi 10, 11,
12 pekerja; berapa orang pekerja nak digunakan.Apa Prinsip yang digunakan.
Berapa sewa tanah jika 11 orang pekerja digunakan. Surplus value bagi setiap
tahap pekerja.
Output
Per worker

200 wage

10 11 12 workers

TP=2500,10 orang bekerja.


AP = TP/Q
= 2500/ 10
= 250
TP=2800,11 0rang bekerja
AP = 2800/ 11
= 254.55
TP=2900,12 0rang bekerja
AP = 2900/ 12
= 241.67
Prinsip yang digunakan adalah berdasarkan kepada David Ricardo yang
menyatakan kenaikan harga jagung bukan di sebabkan oleh sewa yang di bayar.
Sewa tanah tinggi kerana harga jagung meningkat.
31. Fikir2kan apa soalan2 yang boleh ditanya daripada geraf2 di bawah, dan faham
konsep.

d’ c’
c
d

a b
200 bu wage
b’

MP AP

0 10 11 12
workers

MPa
c MPb
e

a b d
100 bu

NA NB
Gambar rajah 1.
1- Berdasarkan rajah di atas, kirakan jumlah sewa yang maksimum yang boleh
diperolehi?
2- Kirakan jumlah hasil pengeluaran bagi setiap tingkat pekerja.

Gambar rajah 2

1- Berdasarkan rajah di atas, bagaimana sewa yang maksimum dapat di


tentukan.

You might also like