You are on page 1of 2

Nama penuh beliau ialah Abu Ali al Husain ibn Abdullah ibn Sina dan lebih dikenali di

masyarakat Eropah dengan sebutan “Avicenna”. Nama panggilan lain beliau selain Ibnu Sina
adalah Abu Ali. Beliau adalah salah seorang genius yang mahir dalam pelbagai cabang ilmu.
Beliaulah orang yang membuat ensiklopedia terkemuka dan pakar dalam bidang agama,
perubatan, falsafah, logik, matematik, astronomi dan muzik. Selain itu beliau juga seorang
pustakawan dan pakar psikiatri yang handal.

Ibnu sina dilahirkan di Afsyinah, sebuah kampung yang terletak berhampiran Bukhara (Republik
Uzbekistan) tahun 370 H / 980 M. Ayah Ibnu Sina adalah seorang gabenor Samanite yang
ditugaskan di Bukhara. Beliau berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman
pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur dan tinggal di perkampungan kecil di Bukhara yang
bernama Khirmitan. Namun akhirnya beliau menetap di Afsyanah kerana berhampiran dengan
tempat kerjanya. Sejak kecil beliau telah memperlihatkan kepintarannya yang cemerlang dan
kemajuan yang luar biasa dalam menerima pendidikan. Ibnu Sina kecil yang tangkas mula
belajar al-Quran pada usia 5 tahun. Sejak usia lima tahun itu Ibnu Sina telah mendapatkan
pendidikan al-Quran dan sastera dari ayahnya. Pada usia sepuluh tahun ia sudah hafal al-Quran,
menguasai ilmu sastera, tasawuf, dan geometri. Belum genap usia 16 tahun, Ibnu Sina sudah
menguasai ilmu perubatan. Semasa itulah dia bermula merawat pesakit. Segala kerja kerasnya
selama ini berhasil. Ketekunannya dalam mempelajari pelbagai disiplin ilmu menjadikannya
pakar dalam berbagai ilmu.

Kemudian nama Ibnu Sina mula dikenali ramai orang. Bahkan di negeri jiran pun, beliau
menjadi bahan perbualan.Ramai orang dari negeri jiran datang berjumpa beliau untuk
berbincang. Berduyun-duyun penduduk dari berbagai negeri datang untuk berguru dan berubat
pada beliau. Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar demi mengembangkan keilmuannya.
Walaupun selalunya dia tertidur kelelahan. Di usia 17 tahun, di tengah usahanya untuk
menyembuhkan penyakit baginda Nabi Nuh bin Mansur, ia terus mengembangkan ilmunya.
Sebagai penghargaan raja atas jasanya yang berjaya menyembuhkan raja. Baginda meminta Ibnu
Sina menetap di istana, sekurang-kurangnya untuk sementara semasa raja dalam proses
penyembuhan. Tapi Ibnu Sina menolaknya dengan halus, sebagai gantinya ia hanya meminta izin
untuk mengunjungi sebuah perpustakaan kerajaan yang kuno dan antik. Siapa sangka, dari
sanalah ilmunya yang luas ditambah lagi semangat belajarnya yang tinggi. Ia tidak pernah
melewatkan waktu sedikitpun untuk bermalas-malasan. Beberapa karyapun telah dilahirkan.
Selama 1,5 tahun Ibnu Sina jarang tidur, penuh dengan berbagai ilmu dan analisa. Semangat
belajarnya kuat sekali. Ibnu Sina selalu memikirkan ilmu yang sedang dipelajarinya sampai ia
memahaminya. Ibnu Sina tidak hanya belajar teori tetapi juga mempraktikkannya. Pengalaman
ilmunya terhadap apa yang dipelajari semakin luar biasa.

Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar. Ilmunya semakin matang dan mendalam. Pada usia 21
tahun, Ibnu Sina berjaya membuat buku pertamanya, Al-Majmu ‘ketika berada di Khawarazm
yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Beliau menyelesaikannya
berdasarkan semua disiplin ilmu yang dipelajarinya. Ketika terjadi kekacauan di Kerajaan As-
Samani, Ibnu Sina mula melakukan pengembaraan. Beliau keluar dari Bukhara menuju Karkang.
Dari situ beliau berpindah ke Jarjan dan Khurasan. Namun demikian, pada akhirnya Ibnu Sina
meninggalkan kedua-dua negara tersebut menuju ke Dahastan. Setelah itu, Ibnu Sina kembali ke
Jarjan dan bertemu dengan Juzjani. Di Jarjan, Ibnu Sina menjadi menteri sebanyak dua kali.
Meski demikian, beliau tidak pernah berhenti menulis, mengajar, dan mengarang. Malam hari,
beliau mengajar dan pagi hari beliau bertolak ke pejabat Kementerian tempat beliau tugaskan.
Buku yang ditulis Ibnu Sina lebih kurang 250 judul, termasuk kitab, esei, dan artikel dalam
bidang matematik, mantik, akhlak, fizik, perubatan dan falsafah.

You might also like