You are on page 1of 17

1

PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAH.


KAJIAN MASJID UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1. PENDAHULUAN
Masjid merupakan sebuah institusi umat lslam yang unggul. Ia menjadi lambang sebagai
pusat pengembangan ajaran dan syiar lslam, tempat sumber maklumat, pusat
perhubungan dan sebagainya. Islam mengambil berat peranan masjid dalam
membangunkan tamadun dan membahagiakan manusia. Dalam surah at-Taubah, ayat 9,
Allah SWT telah berfirman:
         
Maksudnya: (Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah
dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik Yang kamu mengikat perjanjian setia
(dengan mereka).

Allah SWT menekankan bahawa hanya orang-orang yang beriman sahaja yang
mengambil berat tentang prestasi masjid dalam membangunkan ummah. Orang-orang
yang beriman diamanahkan untuk mengimarahkan masjid, kerana pada prinsipnya
mereka yang memiliki akhlak dan akauntabiliti yang tinggi dapat melaksanakan amanah
Allah SWT.

Kesungguhan Nabi Muhammad SAW menjadikan pembinaan masjid sebagai


agenda utama dalam pembangunan negara dan masyarakat, dengan membina Masjid
Quba’ setibanya di Madinah, memberi makna yang cukup besar

kepada ummah manusia. Masjid adalah rumah Allah, tempat paling suci dan harta yang
amat bernilai kepada umat lslam. Dengan demikian satu kerugian besar kepada umat
lslam jika harta yang bernilai itu tidak ditakmir dan diselenggarakan dengan sempurna.

Untuk memastikan masjid dapat berfungsi sebagai asas bagi pembentukan


sebuah masyarakat lslam yang cemerlang, ia sebenarnya terletak kepada faktor manusia.
Dalam konteks hari ini ialah manusia yang bertanggungjawab dalam mentadbirnya dan
manusia yang mendatangi masjid untuk mengimarahkannya. Ini telah dijelaskan oleh
Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-


masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka
sendiri. mereka itu ialah orang-orang Yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula
kekal di Dalam neraka. Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-
masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta
mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah,
(dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari
golongan Yang mendapat petunjuk.” (At-Taubah: 17-18)

Ayat tersebut jelas menyatakan bahawa yang mampu memakmurkan masjid


Allah dalam erti kata memastikan masjid berfungsi seperti yang sepatutnya adalah
manusia yang memiliki sifat-sifat tertentu dan kegagalan masjid itu untuk berfungsi juga
disebabkan manusia yang mempunyai sifat-sifat tertentu.

2. PERNYATAAN MASALAH
2

Masjid merupakan institusi keagamaan yang menjadi keagungan tamadun lslam. Antara
tujuan awal pembinaannya adalah untuk menegakkan syiar lslam. Malah dengan
terbinanya sebuah masjid, maka terlaksanalah satu daripada syariat lslam yang diasaskan
oleh Rasulullah SAW.

Masjid merupakan tonggak utama yang mendasari pembentukan masyarakat


lslam yang unggul kerana masyarakat lslam tidak akan terbentuk dengan teguh kecuali
dengan komitmen mereka terhadap lslam. Masjid bukan saja tempat untuk menunaikan
sembahyang atau ibadah khusus semata, malahan ia juga menjadi tempat penyuluh
kehidupan yang menerangi hidup ummah sepanjang zaman.

Namun, permasalahan sosial yang semakin kronik, menimpa masyarakat lslam


mutakhir ini kerana terpengaruh dengan budaya kehidupan barat yang memang sudah
runtuh nilai-nilai akhlaknya, menuntut peranan masjid yang begitu besar, bagi
menjalankan program dakwah untuk menangani masalah kepincangan yang melanda
masyarakat lslam seperti kekosongan rohani, jiwa yang tidak mantap, iman yang tidak
kukuh dan 1001 masalah krisis sosial yang lain dari terus berlaku secara berleluasa.

Kertas kerja ini akan memfokuskan kajian kes Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia
mengenai peranannya dalam pembangunan ummah dan pelbagai aktiviti yang dijalankan
serta keberkesanan setiap aktiviti yang diadakan.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kertas kerja ini ialah:


1- Mengetahui konsep masjid yang sebanarnya
2- Mengutarakan peranan masjid sebagai pusat ibadat dan pembangunan masyarakat
lslam
3- Menganalisis program-program yang dijalankan di Masjid Universiti Kebangsaan
Malaysia.

4. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dilakukan berdasarkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Penulis terlibat
secara langsung dalam aktiviti kajian.

5. KONSEP MASJID

Masjid merupakan ‘Rumah Allah’. Ia bermaksud satu tempat dimana umat lslam
berjemaah menunaikan solat. Bacaan-bacaan solat adalah di dalam bahasa Arab. Oleh
sebab solat itu mengandungi bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan juga satu set pergerakan
badan yang termasuk berdiri, ruku’, sujud dan duduk. Ruang solat di dalam masjid
merupakan ruang terbuka tanpa bangku-bangku ataupun kerusi. Di zaman moden ini,
lantainya dihamparkan dengan permaidani.(Shaik Kadir, 2009: 63)

Selain itu ciri-ciri yang penting bagi sesebuah masjid ialah mihrab yang terletak
di dinding depan yang dikenali sebagai dinding kiblat. Imam mengambil tempat betul-
betul di bahagian depan mihrab sewaktu menunaikan solat. Ada juga mimbar yang
menjadi tempat bagi imam berdiri ketika menyampaikan khutbah.(Ibid: 64)
3

Ringkasnya masjid merupakan tempat untuk melakukan ibadat bagi umat lslam.
Bahkan masjid juga menjadi institusi yang dapat memberi pelajaran yang berkaitan
dengan ajaran agama lslam,tempat untuk membangunkan ukhuwwah lslamiyyah, tempat
bermesyuarat bagi menyelesaikan pelbagai perkara. Semua ini antara peranan masjid
terhadap masyarakat semasa zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Tidak dapat
dinafikan bahawa bangunan masjid disifatkan sebagai simbol kepada syiar lslam dan
ketamadunannya.( Abdul Halim Nasir. 1984: 5)

6. MAKSUD MASJID

6.1. Dari Segi Bahasa

Perkataan masjid berasal daripada bahasa Arab iaitu sujud dan sajjadah. Kata dasarnya
ialah sajada, yasjudu, sujudan.( Muhammad Zamri Abdul Malik. 2001:28). Perkataan
masjid merupakan kata terbitan daripada kata nama tempat iaitu tempat sujud. Istilah ini
pertama kali timbul di atas tindakan Rasulullah SAW ketika sujud dan mengerjakan solat
bersama-sama dengan kaum Muhajirin dan Ansar yang menjadi makmum di masjid
pertama yang didirikan iaitu Masjid Quba. Manakala menurut Gazalba pula asal
perkataan masjid adalah sajada dengan makna menyembah (Mohamad Tajuddin
Mohamad Rasdi. 2000: 3)

6.2. Dari Segi Istilah

Masjid merupakan tempat untuk melakukan sujud atau sebagai tempat yang digunakan
untuk beribadat kepada Allah (al-Sayuti. t.th: 209).Maknanya sujud adalah sebagai unsur
dan lambang tunduk dan patuh manusia kepada Allah . Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: “Seluruh alam ini adalah masjid kecuali kubur dan bilik mandi.”

Berdasar kepada maksud hadis tersebut, seluruh bumi adalah tempat sujud
kepada Allah. Ini bererti bahawa seluruh bumi adalah tempat untuk memperhambakan
diri kepada Allah. Sujud dalam pengertian lahir bersifat gerak jasmani, manakala sujud
dalam pengertian batin bermaksud pengabdian.(Sidi Ghazalba. 1962: 112-113)

Secara umum, makna masjid ialah tempat sembahyang seperti yang dinyatakan
oleh Allah di dalam surah al-Hajj ayat 40 yang bermaksud:
“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan
sebarang alasan yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata:
"Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia
menentang pencerobohan setengahnya Yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat
pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum
Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah”

7. Pembangunan Ummah

Pembangunan ialah perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan,


perkembangan dan sebagainya.(Kamus Dewan. 1998: 103). Ummah bermaksud
masyarakat atau umat manusia. Allah SWT menyatakan setiap ummah diutuskan seorang
rasul untuk memberi peringatan dan pengajaran tentang syariat Allah. ( Mahayudin
Yahaya . 1998: 51 ). Pembangunan yang amat penting dan perlu dibangunkan ialah
4

manusia itu sendiri, kerana alam ini dan seluruh isinya adalah dijadikan untuk manusia.
(Abdullah Mohd Zin. 1998: 185). Justeru tujuan daripada kejadian manusia itu
sebenarnya hanyalah untuk menyembah dan beribadat kepada Allah. (Shafie. 1991: 40).
Seperti yang Allah SWT telah nyatakan dalam surah Az-Dzariyaat ayat 56:
      
Maksudnya: “dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Menurut Wan Mohd Nor (2001), beliau mengatakan pembangunan yang


sebenarnya menurut perspektif lslam ialah usaha membangunkan individu dan
masyarakat secara bersepadu antara jasad dan roh bagi mencapai kebahagiaan hidup di
dunia dan akhirat. Berasaskan kepada pengertian ini, istilah pembangunan adalah juga
merujuk kepada makna ‘pengislahan’ yang didefinisikan sebagai ‘suatu kegiatan penting
dan terancang yang menghasilkan kebaikan, iaitu suatu gerak dari keadaan baik kepada
yang lebih baik dan mengekalkan keadaan yang baik itu .(Abd.Aziz Mohd Zin. t.th: 4)

Dari keterangan tersebut, dirumuskan bahawa pembangunan membawa maksud


semua kegiatan yang dijalankan manusia adalah bertujuan untuk menghasilkan kebaikan
dan menghindarkan dari kerosakan di atas muka bumi. Untuk membolehkan manusia
melaksanakan proses ini, maka tentu sekali aspek dalaman manusia itu sendiri perlu
dibangunkan terlebih dahulu.

Ini tidak bermakna kita mengenepikan pembangunan dari aspek sosioekonomi,


sosio-politik dan sebagainya, tetapi penekanan harus diberikan secara yang sempurna
terhadap aspek kerohanian kerana aspek dalaman memainkan peranan utama dalam
mencetuskan wujudnya nilai dan budaya positif dalam masyarakat.

Dalam konteks ini, peranan hati (qalb) yang terisi dengan pegangan akidah yang
mantap akan menentukan seluruh perlakuan manusia secara lahiriahnya menjadi baik dan
bermanfaat. Dalam erti kata yang lain, paradigma tauhid yang terpendam mantap dalam
hati sanubari manusia akan menentukan gelagat dan praktik kehidupan mereka dalam
menguruskan bidang-bidang pembangunan fizikal ditangani dalam bentuk yang tidak
bercanggah dengan tuntutan pegangan kepercayaan akidah yang dimiliki mereka (M.
Fauzi, 2002).

Realitinya kini umat Islam, khususnya di Malaysia, ummah yang perlu


dibangunkan ialah ummah yang memiliki ciri-ciri seperti ummah yang sihat dari segi
tubuh badan, yang kuat dari segi kekuatan ekonomi, yang hebat dari segi pencapaian
akademik, yang berdaya saing, yang hebat dari segi penampilan diri, yang canggih dari
segi pengurusan hidup dan yang unggul dari segi sahsiah dan nilai diri.

Sehubungan dengan itu, kehidupan dan aktiviti manusia mestilah dijuruskan


kepada dua fungsinya yang sebenar iaitu mardhatillah ( taabbud) dan pemakmuran alam
iaitu khilafah.(Muhammad Abdul Rauf.1987: 6). Di sini jelaslah tugas khalifah ialah
untuk membangunkan tamadun iaitu membangun tamadun umat manusia dan tamadun
dunia. Firman Allah SWT:
       
       
Maksudnya: “dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang
5

baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang
bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.” (ali-Imran: 104)

Demikianlah al-Quran menjadikan amar ma’ruf itu termasuk persoalan iman dan
menjadi salah satu syariat-Nya dengan maksud tiada iman tanpa amar makruf nahi
mungkar. Rahsia keagungan umat Nabi Muhammad SAW jelas terpampang di dalam
ayat tersebut. Itulah ummah yang terbaik kerana ia mengajak kepada kebaikan, melarang
daripada yang mungkar dan teguh dengan imannya kepada Allah SWT serta kepatuhan
secara mutlak kepada-Nya adalah ciri-ciri yang membentuk ummah yang diidamkan .

Justeru untuk meneguhkan iman di dada dan membina ummah yang berkualiti
dalam era teknologi maklumat memerlukan pengisian ilmu dunia dan akhirat sebagai
santapan rohani dan akidah yang akhirnya dapat merialisasikan kesepaduan ilmu, iman
dan amal dalam kehidupan

8. SEJARAH PERKEMBANGAN MASJID ZAMAN RASULULLAH SAW

Apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, bangunan pertama yang didirikan ialah
Masjid Quba.(Muhamad Zamri Abd Malik. 2001: 33). Selain Masjid Quba, terdapat
masjid lain yang dibina selepas itu, iaitu Masjid Nabawi. Masjid di zaman Rasulullah
SAW memainkan peranan yang paling penting iaitu mengeratkan tali persaudaraan umat
lslam, tidak kira kaya atau miskin, pemerintah atau rakyat biasa. Lantaran di masjid
mereka hanya beribadat kepada Allah dan mahukan keredhaan-Nya. Hal ini kerana
masjid dilihat sebagai memperdekatkan lagi antara kaya dan miskin, mereka bersama-
sama berdiri semasa sembahyang dalam satu barisan dan sujud kepada Allah.

Di samping menjadi tempat ibadah, ia juga menjadi institusi pengajian yang


mengeluarkan cerdik pandai lslam dalam setiap bidang kehidupan. Di masjid itu juga
baginda mengajar hukum-hukum agama lslam.( Haron Din. 1988: 211 ). Pendidikan yang
pertama dilakukan oleh baginda di Madinah ialah memperkuatkan penyatuan ummah.
Konsep pendidikan di Madinah lebih tertumpu kepada ibadah dan syariat tanpa
melupakan soal-soal lain.( Mahayudin Yahaya. 1998: 301 ). Masjid merupakan sebesar-
besar institusi pendidikan yang meliputi pelbagai bidang ilmu.

Oleh kerana pentingnya pengajian ilmu, baginda telah mengkhususkan satu sudut
pembelajaran di Masjid Nabawi yang dikenali sebagai al-Suffah, yang menjadi tempat
bagi orang-orang fakir berlindung dan mempertahankan diri mereka di situ untuk tujuan
menuntut ilmu. Dengan adanya al-Suffah ini yang menjadi tempat tinggal orang-orang
yang memeluk lslam yang tidak mempunyai rumah dan keluarga. Masjid Nabawi banyak
memainkan peranan dalam sejarah lslam, kerana di sinilah pelbagai perancangan
pembangunan masyarakat lslam dilaksanakan. Segala aspek kehidupan dipusatkan di sini.
(Mohamad Tajuddin. 1999: 40)

Baginda mentadbir segala urusan negara seperti menyusun dan merancang


pelbagai peraturan serta menyelesaikan segala masalah umat semuanya di masjid (Sidi
Ghazalba. 1986: 146). Masjid dijadikan pusat pemerintahan lslam yang pertama sebagai
tempat pertabalan pemerintahan dan penerimaan delegasi luar negara. Masjid dalam
konteks ini juga memikul tanggungjawab sebagai pusat dakwah lslam yang penting.
( Mohamad Tajuddin. 1999: 45-46). Maka masjid telah memainkan peranan penting
dalam perjalanan sejarah dakwah lslamiah kerana di sanalah direncanakan segala usaha
6

pelaksanaan dakwah lslamiah dan seterusnya dilatih para pendakwah yang berjuang di
jalan Allah.

Rasulullah SAW juga menjadikan masjid sebagai institusi musyawarah. Jika ada
sesuatu yang penting terutama perkara yang berhubung kait dengan hal-hal kemaslahatan
masyarakat, mereka diminta datang ke masjid. Selain itu masjid juga menjadi pusat
kebajikan masyarakat, di mana umat lslam mudah menggunakannya sebagai tempat
perlindungan dan menerima sedekah. Seperti ahli suffah di Masjid Nabi, bukan asyik
menerima sedekah sahaja, tetapi mereka juga sibuk mempelajari ilmu-ilmu lslam, bekerja
mencari nafkah hidup dan rezeki untuk bersedekah dan juga bersama-sama menjayakan
program-program di masjid serta menjadi wira apabila seruan jihad dilaungkan.(Ibid: 42-
43).

Begitu juga dengan strategi dan perancangan perang dibicarakan dimasjid,


seolah-olah masjid adalah sebagai markas tentera. Mujahid lslam yang luka dalam
peperangan ditempatkan di khemah di perkarangan masjid untuk diberi rawatan.(Sidi
Ghazalba. 1986: 147). Demikian juga dengan urusan perbendaharaan negara, idea-idea
ekonomi atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibicarakan di masjid.(Haron
Din. 1988: 211). Melalui khutbah Jumaat, penyampaian dakwah, musyawarah,
penerangan, penghayatan, masjid memberi petunjuk kepada masyarakat supaya
mengasaskan kehidupan dan pelaksanaan ekonomi berpandukan ajaran al-Quran dan al-
Sunnah.

Begitulah luasnya peranan masjid dalam konteks hubungannya dengan


kehidupan ummah (M.Quraish Shihab. 1996: 116) yang dapat dirumuskan seperti
berikut:
 Tempat ibadah ( solat, zikir, iktikaf dan sebagainya)
 Tempat pendidikan (dari tradisi halaqah hingga ke tahap pelajaran tinggi)
 Tempat musyawarah Rasulullah SAW dan para sahabat
 Tempat kebajikan masyarakat
 Tempat latihan ketenteraan dan persiapan alat-alatnya
 Tempat rawatan dan pengubatan mangsa peperangan
 Tempat perdamaian dan pengadilan sengketa
 Dewan dan tempat menerima tetamu
 Tempat menawan tahanan
 Pusat penerangan atau pembelaan agama

9. PERANAN MASJID MASA KINI

Masjid pada masa awal Islam telah mampu berperanan sedemikian luas, disebabkan
antara lain:
i. Keadaan masyarakat yang masih sangat berpegang teguh kepada nilai, norma dan jiwa
agama.
ii. Kemampuan pengurus-pengurus masjid dalam menghubungkan kedudukan sosial dan
keperluan masyarakat dengan kegiatan masjid.( M. Quraish Shihab. 1996: 226 )

Bagaimanapun perkembangan negara-negara Islam dan kelainan corak dan


sistem kepimpinan Islam dalam zaman-zaman yang kemudiannya, maka peranan masjid
pada zaman Rasulullah SAW tidak lagi berlaku sepenuhnya. Ia lebih tertumpu sebagai
tempat ibadat sembahyang, tempat mengaji dan tempat melaksanakan beberapa aktiviti
kemasyarakatan yang sangat terbatas.Keadaan yang telah berubah di atas menyebabkan
7

timbulnya institus-institusi baru yang mengambil-alih sebahagian peranan masjid pada


masa lalu itu, iaitu organisasi-organisasi keagamaan swasta, di samping pihak kerajaan
sendiri, yang berperanan sebagai pengarah kehidupan duniawi dan ukhrawi umat lslam.

Institusi-institusi itu memiliki kemampuan material dan teknikal melebihi masjid.


Sejak zaman awal Islam, manifestasi pemerintahan terlaksana di dalam masjid, sama ada
melalui peribadi-peribadi pemimpin pemerintahan yang menjadi imam atau khatib
mahupun di dalam ruangan-ruangan masjid yang dijadikan sebagai tempat-tempat
kegiatan pemerintahan dan syura (mesyuarat).

Masjid-masjid pada zaman Rasulullah, Khulafa’ ar-Rasyidin dan zaman-zaman


selepas itu walaupun sederhana dari segi pembinaannya namun telah dapat memenuhi
segala keperluan untuk membangunkan umat Islam. Akan tetapi perubahan besar terjadi
setelah kelemahan umat Islam semakin ketara sejak kejatuhan Baghdad pada 1258
Masihi, ditambah pula dengan perancangan-perancangan musuh yang tersusun untuk
mengadakan perubahan besar di dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi selepas
berlakunya penjajahan ke atas negara-negara Islam.

Semua kedudukan masyarakat Islam turut terjajah yang menyebabkan lahirnya


masyarakat Islam dalam rupa bentuk baru yang bersifat sekular. Maka berlakulah
pemisahan antara agama dengan kehidupan masyarakat yang disogokkan melalui
ideologi, nilai akhlak serta sistem asing. Keadaan ini turut sama mempengaruhi semua
struktur negara dan masyarakat Muslim.

Maka dalam hal ini masjid-masjid juga turut terjejas dan dengan itu masjid-
masjid yang ada pada hari ini tidak dapat menjalankan fungsi-fungsi dan tugas-tugasnya
seperti yang pernah dimainkan pada zaman-zaman awal Islam dahulu.( Md. Hashim bin
Yahya.1991: 7).

Walau bagaimanapun, kedudukan masjid masa kini seperti yang digambarkan itu
bukanlah sesuatu yang menyedihkan kerana sudah menjadi sunnatullah bahawa segala
sesuatu pasti berubah dan peranan masjid pada hari ini juga ikut berubah. Berbagai fungsi
dan peranan yang dimainkan oleh masjid pada masa dahulu telah diambil alih oleh
institusi-institusi khas.

Peranan ketenteraan misalnya , sudah diambil alih oleh institusi ketenteraan,


peranan perubatan telah diambil alih oleh institusi kedoktoran, peranan pendidikan sudah
diambil alih oleh institusi pendidikan, peranan kehakiman telah diambil alih oleh institusi
kehakiman dan seterusnya. ( M. Quraish Shihab. 1996: 87)

Oleh itu, peranan institusi masjid pada hari ini menjadi satu institusi khas yang
menjadi tempat ibadat khusus, seperti sembahyang dan kegiatan-kegiatan yang
bersesuaian dengan kedudukan masjid yang mulia dan suci. Peranan utama masjid masa
kini dapat disimpulkan dalam hal-hal berikut:
i. Pusat Ibadat.
ii. Pusat Pendidikan Ummah.
iii. Pusat Penyemaian Nilai-Nilai Keislaman.
iv. Pusat Rujukan Informasi & Maklumat.

10. MANIFESTASI DARIPADA PERANAN MASJID


8

Beberapa manifestasi yang dapat dilihat , antaranya:

10.1. Hubungan Ukhuwwah lslamiah

Selepas Rasulullah SAW selesai membina masjid, baginda telah menjalinkan hubungan
silaturrahim di antara orang-orang Muhajirin dengan orang-orang Ansar. Di mana
persaudaraan yang terjalin itu begitu erat di kalangan mereka seperti saudara kandung
sendiri. Dengan itu tiada lagi perbezaan di antara orang Muhajirin dengan orang Ansar
dari segi ekonomi dan sosial. Mereka semua bersaudara di bawah lambang ukhuwwah
lslamiah. (Dusuki Ahmad. 1982: 83)

Dengan perasaan kasih yang ditanam oleh Rasulullah SAW di hati orang-orang
lslam telah berjaya mewujudkan sebuah masyarakat yang padu dan akhirnya melahirkan
sebuah keluarga yang besar atas nama ummah wahidah ( umat yang satu) (Haron Din.
1988: 211) Firman Allah
        
Maksudnya: “Itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui. (Surah ar-Rum: 30)

10.2. Melahirkan Pejuang dan Pendakwah lslam Yang Kental

Dakwah lslam merupakan suatu risalah llahi yang sentiasa hidup dan berkembang di atas
muka bumi ini. Rasulullah SAW merupakan nabi terakhir yang menyampaikan syariat
yang sempurna. Hasil daripada tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW pada
peringkat awal di masjid telah lahirnya para pejuang dan pendakwah yang cukup kental
akidah mereka dalam menegakkan agama Allah.( Yusoff. 1989: 12)

Sesungguhnya dakwah kepada Allah merupakan suatu perkara yang penting


dalam kehidupan umat lslam. Hasil daripada dakwah baginda telah melahirkan satu
golongan manusia yang dikenali sebagai generasi al-Quran yang unik. Perkara yang dapat
dilihat dalam konteks kini pendakwah di masjid menyeru kearah kebaikan dan mencegah
kemungkaran. Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi (1978: 5) menyatakan bahawa dakwah
ialah usaha membawa orang lain kepada lslam, mengikut petunjuk agama ini, taat hanya
kepada Allah, melepaskan diri daripada belenggu selain Allah, memberi hak kepada
orang yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran.

10.3. Melahirkan Ummah Yang Berpendidikan Seimbang

Rasulullah SAW diutus oleh Allah untuk membawa syariat lslam kepada seluruh umat
manusia. Maka segala yang terbit daripada baginda sama ada perkataannya, perbuatannya
atau taqrirnya mengenai perkara-perkara syariat adalah semuanya berupa pengajaran

Hasil pendidikan yang diterima di masjid nabi, maka terbentuklah satu golongan
dalam masyarakat lslam yang dinamakan ahli al-ilm yang menyebarkan ajaran al-Quran
dan hadis ke segenap negara lslam. Justeru pengisian ilmu dan proses pendidikan tidak
pernah terpisah dalam lslam. Pengisian ilmu untuk membina kualiti peribadi bukannya
sekadar mengumpul maklumat.
9

Oleh itu dengan kewujudan masjid sejak lslam lahir di dunia merupakan tempat
perhimpunan para ulama seperti ulama tafsir, hadis dan sebagainya dengan
menjadikannya sebagai tempat mereka menyampaikan pengajaran mereka. Selepas itu
dijadikan sebagai institusi-institusi pelajaran di mana kanak-kanak diajar ilmu bahasa
Arab dan Usuluddin.(Hasan lbrahim. t.t: 43)

Suatu amalan baginda yang akhirnya diikuti oleh para sahabat dan kaum
muslimin kemudiaannya ialah baginda memerintahkan setiap mukmin yang pandai
membaca dan menulis agar mengajar orang yang tidak mengetahuinya dan hanya
pendakwah yang pandai membaca dan menulis sahaja akan dihantar di daerah-daerah
yang baru masuk lslam.(Mahayudin Yahaya. 1998: 301).

Oleh itu jelaslah bahawa pendidikan yang ditarbiyahkan oleh Rasulullah SAW di
masjid pada peringkat awal telah berjaya melahirkan insan yang mampu mengimbangi
kehidupan di dunia dan akhirat.

10.4. Melahirkan Ummah Yang Berakhlak Mulia

Rasulullah SAW diutuskan untuk seluruh manusia, menyeru mereka supaya berakhlak
dan mengamalkan cara hidup lslam. Akhlak ummah yang tinggi akan menjadi asas
kepada perjuangan dan cita-cita hidup setiap individu muslim (Nik Mustapha. 1996:
204). Itulah yang dilalui oleh ummah peringkat awal sebagai manifestasi daripada
tarbiyah akhlak yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Baginda sering menyampaikan kisah-kisah daripada al-Quran dan kisah-kisah


umat zaman dahulu supaya diambil pengajaran daripada sesuatu kisah. Di samping itu
baginda sendiri menonjolkan contoh akhlak yang terpuji (Mahayudin Yahaya. 1998: 301)

Hasilnya umat lslam yang mendapat tarbiyah secara lansung dari Rasulullah
SAW itu telah berjaya menunaikan amanah Allah, sehingga terbentuk sebuah masyarakat
yang ideal dan menjadi contoh bagi masyarakat manusia seluruhnya. Dalam konteks
untuk membangunkan ummah yang memiliki kriteria yang dikehendaki menurut
kacamata lslam, maka umat lslam akan menyedari betapa besarnya peranan masjid di
zaman awal lslam.Kesempurnaan lslam sebagai ad-Din telah berjaya digambarkan oleh
Rasulullah SAW melalui peranan masjid.

11.0 MASJID UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


11.1. Sejarah Penubuhan Masjid UKM
Pembinaan masjid UKM telah dimulakan pada 16 Mac 1979 dan mula beroperasi pada
14 April 1982.Masjid berkenaan telah diberikan nama khusus iaitu Masjid Universiti.
Namun masyarakat kampus dan luar kampus mengenalinya dengan Masjid UKM.
Lokasinya yang strategik di hadapan pintu masuk utama UKM telah memperlihatkan
kesungguhan pentadbir UKM dalam usaha mengangkat imej lslam.

Kedudukannya juga terletak berhampiran dengan Dewan Canselor Tun Abdul


Razak dan Fakulti Pengajian lslam (Rosmarini Yunus. 2003: 7). Kemudian Masjid UKM
10

telah dinaikkan taraf kepada Pusat lslam, sejajar dengan fungsinya yang amat penting
kepada warga kampus dan luar kampus.

11.2. Objektif Penubuhannya

Objektif utama penubuhannya adalah untuk menjadi penggerak utama penyebaran


dakwah lslamiyah dan sebagai pusat segala aktiviti keagamaan dan kerohanian. Di
samping itu, Pusat lslam UKM telah menggariskan matlamat untuk mentarbiyah dan
menjana jati diri lslam ke arah lebih lslamik dan berakhlak mulia. Ini bersesuaian dengan
visinya untuk menjadikan Pusat lslam UKM sebagai pusat kecemerlangan lslam dalam
melahirkan insan yang kamil.

11.3. Piagam Pusat lslam UKM

Pusat lslam telah menyusun satu piagam yang tersendiri untuk mencapai objektif, misi
dan visinya. Berikut adalah piagam yang telah digariskan oleh Pusat lslam UKM:
i. Melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah dengan ikhlas dan jujur
ii. Sentiasa memberi layanan yang mesra dan bersikap terbuka serta istiqamah
dengan tugas yang diberi.
iii. Menyedia dan melaksanakan program dakwah yang berkesan untuk
memantapkan kefahaman lslam kepada semua lapisan masyarakat.
iv. Memberi perkhidmatan yang terbaik dalam setiap pengurusan
v. Memastikan persekitaran bersih, sihat dan selesa sejajar dengan fungsinya
sebagai pusat aktiviti lslam.
vi. Berusaha merealisasikan Pusat lslam sebagai organisasi penyebaran lslam yang
cemerlang.
vii. Menjadi tempat untuk menjana sahsiyah umat lslam dengan menyemai nilai-nilai
murni berteraskan ajaran yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
viii. Menjadi pemangkin dalam merealisasikan masyarakat lslam yang madani dan
dinamis.
ix. Bertindak mengorganisasi, menyelaras dan mengimarahkan Pusat lslam UKM
(Noor Hidayah Abdul Ghani. 2004: 67)

11.4. Struktur Organisasi Pusat lslam UKM Sesi 2009-2012


Sebagaimana yang termaktub di dalam enakmen pentadbiran Masjid-Masjid Selangor,
pembentukan jawatankuasa baru telah dapat dilaksanakan pada 1 Jun 2009 bagi
menggantikan jawatankuasa lama yang telah tamat tempoh pada 31 Mei 2009.
Nazir

Timbalan Nazir

Bahagian Operasi Bahagian Pentadbiran

Imam ( 3 orang ) Setiausaha

Bilal ( 3 orang ) Timbalan Setiausaha

Siak ( 3 orang ) Bendahari

Pemeriksa Kira-Kira ( 2 orang )


11

AJK ( 6 orang )

Wakil Pemuda

Wakil Muslimat

12.0 Program-Program Dakwah Yang Dijalankan Oleh Pusat lslam UKM

12.1. Aktiviti Dan Sumbangan Pusat lslam UKM

Pusat lslam UKM melalui visinya untuk menjadikan Masjid UKM sebagai pusat
kecemerlangan lslam dalam melahirkan insan yang kamil, telah berusaha mengatur dan
menyusun pelbagai aktiviti yang dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada umat lslam
pelbagai lapisan. Sebagai sebuah institusi yang menguruskan pembangunan dan
pengimarahan masjid, Pusat lslam cuba untuk merealisasikan konsep pengurusan masjid
yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan cuba mengembalikan fungsi sebenar
masjid.

Selari dengan kedudukan sebagai masjid dalam kampus, maka setiap program
yang dianjurkan oleh pihak Pusat lslam UKM disasarkan kepada warga kampus terutama
di kalangan pelajar. Walaupun begitu, masyarakat di luar kampus tidak pula
dipinggirkan. Kebanyakan program yang dilaksanakan tidak terhad kepada warga
kampus semata kecuali program-program tertentu yang dikhususkan. Pusat lslam UKM
sebenarnya dibina untuk memberi sumbangan dan
manfaat kepada umat lslam keseluruhannya. Oleh yang demikian, program-program
yang dijalankan itu memerlukan keterlibatan dan kerjasama seluruh umat lslam.

Terdapat pelbagai aktiviti dan program dakwah yang dianjurkan oleh Pusat lslam
UKM yang merangkumi aktiviti harian seperti solat berjemaah lima waktu, aktiviti
mingguan, bulanan dan juga aktiviti tahunan. Biasanya pada setiap minggu dan bulan
diadakan ceramah-ceramah khas ataupun kuliah-kuliah. Pusat lslam juga mengadakan
mesyuarat kakitangan pada setiap bulan bagi menyelaras dan mengemaskini setiap
perancangan yang ditetapkan pada bulan-bulan tersebut.

Aktiviti tahunan yang dijalankan pula biasanya terdiri daripada program


sambutan peristiwa-peristiwa penting dalam lslam seperti sambutan Maal Hijrah, Nuzul
Quran, Maulidur Rasul dan sebagainya. Selain itu program tahunan juga merupakan
program yang telah dirancang sebagai program tetap setiap tahun seperti kursus
pemantapan ibadah, program bulan Ramadhan dan sebagainya.

Keseluruhan aktiviti yang disusun ini dibahagikan kepada empat bahagian utama
iaitu aktiviti yang bersifat pengajian, bersifat kaunseling, latihan dan amali, bersifat
program kebajikan serta program mahabbah.

a- Program Pengajian

Aktiviti yang bersifat pengajian ini dibahagikan kepada formal (contoh: subjek ko-
kurikulum bagi pengurusan masjid ), separa formal dan tidak formal.
12

Aktiviti yang bersifat separa formal yang dijalankan adalah seperti pengajian
Tafaqquh iaitu membaca kitab-kitab seperti al-lqna’ dalam bidang fiqh, Fath al-Bari
dalam bidang hadis, lbn Kathir dalam bidang tafsir, Jauharah al-Tauhid dalam bidang
tauhid dan sebagainya. Turut disediakan juga pakej-pakej pengajian bermodul seperti
pengajian pengantar syariah dan pengantar akidah di mana seorang pensyarah akan
dikhaskan bagi setiap kursus.

Aktiviti pengajian bercorak tidak formal pula seperti ceramah, forum, seminar,
diskusi dan sebagainya. Antara program-program sebegini yang dianjurkan:
i. Forum Perdana
ii. Forum Merdeka
iii. Forum Maal Hijrah
iv. Ceramah Ramadhan
v. Ceramah Bulanan ( malam Jumaat )
vi. Forum Perdana Antarabangsa
vii. Forum Hari Pekerja
viii. Forum Wanita dan Keselamatan
ix. Ceramah lsrak Mikraj
x. Kem al-Quran

b- Program Kaunseling, Latihan dan Amali

Bagi aktiviti yang bersifat kaunseling, latihan dan amali, Pusat lslam UKM telah
menganjurkan pelbagai program berbentuk bengkel serta kursus. Antaranya ialah seperti:
i. Kursus lmam dan Bilal
ii. Kursus Pengurusan Jenazah
iii. Kursus Pra Perkahwinan
iv. Kursus Pemantapan lbadah Puasa
v. Seminar Saudara Baru

c- Program Kebajikan

Aktiviti yang bersifat program kebajikan yang dijalankan pula adalah seperti:
i. Majlis Jamuan Hari Raya
ii. Majlis Sambutan Nuzul al-Quran
iii. Majlis lbadah Qurban dan Aqiqah
iv. Derma atau sumbangan ikhlas kepada mana-mana pihak yang memerlukan
seperti golongan pelajar, golongan miskin, orang-orang sakit serta sumbangan
kepada pembinaan surau, masjid dan sekolah.
v. Perkhidmatan Pengurusan Jenazah

d- Program Mahabbah

Pusat lslam UKM juga sentiasa berusaha mewujudkan suasana mahabbah tidak kira sama
ada antara warga kampus UKM mahupun pihak luar. Justeru, pelbagai program sering
diadakan bagi merapatkan silaturrahim. Antara program yang dianjurkan ialah:

i. Lawatan ke Pusat lslam USM


13

ii. Hari Keluarga Pusat lslam UKM


iii. Sambutan Hari Asyura

Selain itu, bersempena sambutan Ulangtahun UKM ke 35, Pusat lslam UKM turut
mengadakan program-program tertentu bagi menyambut baik upacara tersebut. Tidak
ketinggalan juga salah satu hari kebesaran dalam lslam iaitu Maulidurrasul.

Berdasarkan kepada program-program dakwah yang dijalankan oleh Pusat lslam


UKM, jelaslah menunjukkan bahawa usaha untuk merubah masyarakat Islam khususnya
daripada kurang berilmu bertambah ilmunya, tertutup minda mereka kepada terbuka,
berpeluk tubuh kepada peka dan perihatin.

Ringkasnya jawatankuasa yang diamanah untuk mentadbir dan mengurus Pusat


lslam UKM sentiasa berfikir dan bertindak bagaimana hendak mengislahkan ummah
dengan program-program dakwah yang disusun. Juga bertanggungjawab untuk menarik
masyarakat lslam sama ada warga kampus mahupun warga luar kampus untuk beribadat
dan menggunakan masjid tersebut untuk kebaikan dan kebajikan masyarakat.

13.0 Cabaran Pusat lslam UKM

Dalam menghadapi kemajuan semasa, Pusat lslam UKM turut menghadapi pelbagai
masalah sama ada dalam hal-hal pentadbiran, pelaksanaan aktiviti dan pembangunan.
Sistem dan organisasi pengurusan seringkali berubah sejak awal penubuhannya sehingga
kini, sedikit sebanyak meninggalkan kesan negatif dalam mewujudkan pentadbir masjid
yang mantap. Bagaimanapun, terdapat juga cabaran-cabaran dalam aspek yang lain.
Antaranya :-

a- Kekurangan Tenaga Kerja


Di bawah pengurusan baru Pusat lslam UKM, timbul pula masalah baru iaitu masalah
kekurangan tenaga kerja mahupun kakitangan. Masalah ini merupakan masalah
utama yang meninggalkan kesan besar kepada pihak pengurusan Pusat lslam UKM.
Ia menjejaskan kelancaran setiap pergerakan dan perancangan. Banyak program yang
difikirkan perlu terpaksa diabaikan begitu sahaja kerana kekurangan tenaga kerja
untuk menggerakkannya.

Bagaimanapun, pihak Pusat lslam UKM cuba mengatasi masalah ini dengan
menganjurkan program bersama iaitu mengadakan kerjasama antara Pusat lslam
UKM dan pelajar. Program sebegini sekurang-kurangnya dapat meminimunkan
penggunaan tenaga kerja. Biasanya, Pusat lslam UKM hanya membiayai peruntukan
program dan menjadi pemantau serta memastikan kelancaran program sementara
pelajar akan menguruskan perlaksanaannya.

b- Kurang Kerjasama Pelajar


Secara umumnya program-program dakwah yang dianjurkan oleh Pusat lslam UKM
amat mendapat sambutan daripada orang luar atau bukan pelajar. Namun keterlibatan
pelajar dalam program-program yang diadakan semakin hari semakin berkurangan.
Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia mempengaruhi pembentukan
golongan pelajar pada masa hadapan.
14

Pusat lslam UKM dibina oleh pihak pengurusan UKM semata-mata untuk
melahirkan pelajarnya yang berwawasan dengan keperibadian yang membanggakan.
Pusat lslam UKM diharapkan menjadi pusat pembinaan keperibadiaan pelajar yang
seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi.

Bagaimanapun, mahasiswa dan mahasiswi kini nampaknya semakin tamak


mengejar ilmu dunia semata-mata. Dengan tersergamnya masjid yang indah begitu
besar di pintu masuk utama UKM ini hanya sebagai tatapan semata tanpa kesedaran
untuk mengunjungi dan mengimarahkannya. Usaha Pusat lslam UKM yang bersusah
payah menganjurkan program-program dakwah yang mampu membentuk sahsiah
pelajar seolah-olah tidak dihargai oleh pelajar sendiri.

Sekiranya program yang diadakan itu hanya mengharapkan keterlibatan pelajar


secara sukarela pasti ia mendukacitakan. Oleh itu, pihak Pusat lslam UKM terpaksa
mewajibkan kehadiran pelajar-pelajar melalui kerjasama Hal Ehwal Pelajar UKM.
Alangkah sedihnya mengenangkan fenomena yang melanda pelajar-pelajar kini.
Kebanyakan mereka lebih berminat menghadiri program-program hiburan seperti
konsep artis-artis terkenal berbanding mencari keredhaan llahi.

Pusat lslam UKM memandang serius masalah yang semakin meruncing ini.
Justeru, pelbagai inisiatif yang dirasakan sesuai dilakukan untuk menarik serta
menambat hati pelajar ke masjid tanpa paksaan

c- Kawasan Yang Terhad


Kawasan dan ruang yang terhad sama ada di dalam ataupun di perkarangan Pusat
lslam UKM merupakan masalah utama juga dalam melaksanakan program-program
besar. Pihak Pusat lslam UKM juga menghadapi masalah untuk menganjurkan
program-program atau kursus yang memakan masa beberapa hari kerana tiada tempat
penginapan yang sesuai untuk para peserta di kawasan masjid. .(Jamilah Saodah
Mohd Yusof. 2005: 49-51)

14- Beberapa Saranan

Berdasarkan kepada penulisan kertas kerja yang ringkas ini, beberapa saranan dapat
diketengahkan. Antaranya:-

1. Menyediakan segala kemudahan yang patut dan segala keperluan masyarakat


setempat seperti masjid sebagai pusat ibadah, pusat pendidikan, pusat
kegiatan sosial, pusat pembangunan masyarakat, pusat penerangan dan
maklumat, pusat perhubungan, pusat interaksi masyarakat, pusat rawatan
dan kecemasan serta pusat pemulihan atau apa sahaja yang berkaitan.
Dengan kata lain menjadikan masjid sebagai sebuah institusi dan sebagai
‘One Stop Centre’(pusat aktiviti) kepada masyarakat. Apabila masjid benar-
benar menjadi pusat atau centre kepada masyarakat Islam dan pengembangan
ilmu berjalan dengan lancar serta bersepadu dunia dan akhirat melalui wadah
masjid, apabila umat Islam faham Islam secara menyeluruh (syumul) dan
15

hilang kejahilan,  apabila umat faham tugas dia sebagai hamba, faham tugas
dia sebagai khalifah, faham amar ma’ruf dan nahi mungkar dan faham jihad
untuk memartabatkan umat Islam dan meninggikan syiar Islam.Dengan itu
akan mencetuskan kesedaran bahawa masing-masing ada tanggungjawab,
masing-masing ada peranan dan masing-masing ada amanah akhirnya proses
untuk mengislahkan ummah dan negara berjalan serentak dan itulah bibit-
bibit mula ke arah “Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur”.
2. Menyediakan kemudahan perpustakaan yang lengkap untuk rujukan dan
dewan bacaan masyarakat setempat. Ia bukan sahaja perlu dilengkapkan
dengan buku-buku agama dan tafsir Al-Quran, tetapi juga menyediakan
bahan-bahan bacaan ilmiah yang pelbagai sebagai rujukan untuk para
pelajar .
3. Menganjurkan kursus-kursus yang bertujuan untuk memberi pengetahuan
(knowledge) dan kemahiran (skill) yang bersesuian kepada masyarakat
setempat.Contohnya, pihak masjid boleh mengendalikan bengkel-bengkel
pertanian, keusahawanan, kelas komputer, pusat siber dan sebagainya.
Kursus-kursus seperti ini boleh membantu mencapai salah satu dari fungsi
masjid yang terpenting iaitu menjadi tempat latihan yang bersesuaian bagi
memantapkan kedudukan masyarakat Islam.

15- PENUTUP

Sebagai kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa masih terlalu banyak aktiviti yang
perlu dilakukan oleh pihak institusi masjid bagi mempastikan masjid boleh memainkan
peranannya yang aktif dalam proses pembangunan ummah. Sebagai pusat tumpuan umat
Islam, masjid perlu menjadi pemangkin, penggerak dan pencetus dalam proses untuk
meningkatkan pencapaian ummah dalam bidang pendidikan, sosio-ekonomi, politik dan
sebagainya. Pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan masjid hendaklah mempunyai
minda terbuka, berfikiran kritis dan kreatif dari semasa ke semasa agar institusi ini boleh
melahirkan ummah yang cemerlang dari segenap aspek.
16

RUJUKAN

Al-Quran

Abd Aziz Mohd Zin. t.th . Institusi Masjid Dalam Pembangunan Dalam Buku Seminar
Pembangunan Masjid. Selangor

Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat & Ideris Endot.(pnyt). 1998. Prinsip
Dan Kaedah Dakwah Dalam Arus Pembangunan Malaysia. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia

Abdul Halim Nasir. 1984. Masjid-Masjid Di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur:


Berita Publishing Sdn.Bhd

Al-Qardhawi Yusuf. 1978. Saqafah al-Daiyah. Beirut: Muasasah al-Risalah


Al-Sayuti, al-Hafiz Jalaluddin. t.th. Sunan al-Nasai, Juz.1. Beirut: Tabaah bi Matabi’ al-
Shirkah al-Ammah

Haron Din. 1988. Manusia Dan lslam. Kuala Lumpur: Watan

Hassan lbrahim. t.th. Sejarah lslam. Kuala Terengganu: Yayasan lslam

Kamus Dewan. 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mahayudin Hj. Yahaya. 1998. Tamadun lslam. Shah Alam: Fajar Bakti

Md. Hashim bin Yahya. 1991. “Peranan Masjid Dalam Pembangunan Umat”,
kertas kerja dalam Muzakarah Pegawai-pegawai Pengurusan Masjid Peringkat
Kebangsaan. Kuala Lumpur, 21 November 199l

Mohd Fauzi Hamat .2002. Paradigma Tauhid Sebagai Motivator Terbudayanya Gaya Hidup
Sihat Dalam Masyarakat dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam.
Anjuran Bersama UUM, JPA dan Kementerian Pendidikan
Malaysia.

M. Quraish Shihab. 1996. Wawasan al-Quran Tafsir Maudhu‘i atas Pelbagai


Persoalan Umat, cet. 3 .Bandung: Mizan

Mohamad Tajuddin Mohamad Rosdi. 1999. Peranan, Kurikulum Dan Reka Bentuk Masjid
Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi. 2000. The Architectural Heritage Of The Malay
World The Traditional Mosque. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia
17

Muhammad Abdul Rauf. 1987. Management and Administration , An lslamic


Perspective. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri

Muhammad Zamri Abdul Malik. 2001. Wadi al-Husein Pattani Masjid Kayu Terindah.
Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia

Nik Mustapa. 1996. Islam Dan Kemajuan Masyarakat. Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman lslam Malaysia

Noor Hidayah Abdul Ghani. 2004. Sejarah Dan Peranan Masjid Dalam Kampus: Universiti
Malaya

Rosmarini Yunus. 2003. Masjid UKM Nadi Warga Kampus Bangi. Berita Harian. 15 Julai

Shafie Hj.Mohd Salleh & Mohd Affandi Hassan (pngr). 1991. Kecemerlangan Pentadbiran-
Dasar dan Amalan Dalam lslam. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran awam Negara

Shaik Kadir.2009. Pendekatan lslam. Marshall Cavendish (M) Sdn.Bhd

Sidi Ghazalba. 1975. Masjid: Pusat lbadat dan kebudayaan lslam. Jakarta: Pustaka
Antara

Wan Mohd Nor Wan Daud.2001. Pembangunan Di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru
Yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur: ISTAC

Yusoff Mohamad. 1989. Bina lnsan-Satu Analisis Kaedah. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

You might also like