You are on page 1of 10

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih kepada guru Pendidikan Sivik Ustazah Siti Nurazmira
yang telah banyak mencurah
ilmu serta membimbing untuk menyiapkan tugasan ini.

Juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya Puan Noraznam
Binti Khamis yang banyak membantu saya dan ayah saya Encik Tahir Bin Hj A
Rahman yang sentiasa mendorong saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak lain termasuklah rakan-rakan saya
yang
telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.
OBJEKTIF
KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di
Malaysia
merangkumi objektik-objektif berikut:

a.)
Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu
saya
membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

b.)
Menambah pengetahuan saya tentang perayaan tradisi kaum di Malaysia

c.)
Menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi
muda melalui kajian ini.
Perayaan Tradisi
Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal
bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti
perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina
berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil
“Guonian”.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan
oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan
keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina. Di China, bukan sahaja etnik Han yang
merayakan Tahun Baru Cina, etnik yang lain, termasuk etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu,
Gaoshan, Hezhe, Hani Daur, Dongzu, Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk merayakan
Tahun Baru Cina.

Di China, perayaan Tahun Baru Cina lebih-kurang akan berlarutan selama setengah bulan,
selepas merayakan hari Cap Gohmei yang jatuh pada 15 haribulan bulan satu Imlek baru perayaan
Tahun Baru Cina selesai.

Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan adalah untuk menyambut tahun baru dalam
kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena
nama haiwan. Namun, jika menurut pandangan orang China, Tahun Baru Cina merupakan perayaan
untuk menyambut musim bunga. Musim bunga datang, pemandangan berubah, dan penanaman padi
dimulakan, orang China dengan pelbagai cara yang bahagia untuk merayakan perayaan tradisional yang
paling meriah dalam sepanjang tahun.
Latar Belakang
Menurut riwayat asal usul Tahun Baru Cina, “Nian” adalah sejenis binatang bayangan yang
membawa nasib buruk. Semasa “Nian” tiba, semua tumbuhan mati; semasa “Nian” pergi, tumbuhan
hidup lagi dan bunga berkembang. Jadi orang China dengan mercun menakutkan dan mengusir “Nian”,
itulah asal usul adat resam menyala mercun sempena Tahun Baru Cina.

Tahun Baru Cina telah mempunyai sejarah yang lama, itu berasal daripada kegiatan memuja
dewa dan nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada zaman kuno.
Tahun Cina dipanggil “Yuanri”, “Yuandan” atau “Tahun Baru” pada zaman kuno. Selepas revolusi 1911,
kerajaan pada waktu itu secara rasmi menetapkan hari pertama bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru
Cina.

Menurut sarjana, Tahun Baru Cina sekurang-kurangnya mempunyai sejarah selama seribu
tahun. Sekarang, sebahagian adat resam yang bercorak takhayul termasuk memuja dewa langit telah
secara beransur-ansur tidak diamalkan lagi, sedangkan adat resam yang baik termasuk menempel
kuplet, menempel lukisan tahun baru, menempel tulisan Perkataan “bahagia”, mengukus kuih tahun
baru, memasak “Jiaozi”, menyala mercun, tidak tidur pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan saling
mengucapkan selamat Tahun Baru Cina masih sangat popular di kebanyakan tempat di China, khususnya
di desa dan sebahagian pekan dan bandar yang kecil.

Sebagai tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina,
oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Amalan orang
Melayu ketika Hari Raya Aidilfitri iaitu mengedarkan sampul duit raya kepada kanak-kanak sepanjang
sambutan Hari Raya Aidilfitri diadaptasi daripada amalan orang Cina.

Orang China sangat mementingkan makanan dan pakaian waktu merayakan Tahun Baru Cina,
biasanya makanan dan pakaian yang bermacam-macam telah disediakan sebelum merayakan Tahun
Baru Cina. Semasa Tahun Baru Cina datang, orang China memakai baju yang paling cantik, dan sediakan
kuih-kuih, manisan dan makanan ringan, untuk menjamu tetamu di rumah pada bila-bila masa.
Persiapan Sambutan
Perayaan
Sebelum merayakan Tahun Baru Cina, rakyat telah menempel kertas merah yang ditulis
selamat tahun baru dengan berus bulu di sebelah kedua-dua daun pintu, atau menempel
bermacam-macam lukisan adat resam yang melambangkan bahagia di daun pintu, jendela atau
dinding, mengharapkan kedatangan nasib baik pada tahun yang akan datang. Ini telah menjadi
cara yang paling biasa untuk merayakan Tahun Baru Cina di desa dan sebahagian bandar dan
pekan. Kuplet dan gambar Tahun Baru Cina sudah mempunyai sejarah yang lama, dan juga
untuk mengusir hantu dan mendapat nasib baik pada zaman kuno sama seperti menyala
mercun, dan beransur-ansur menjadi adat resam Tahun Baru Cina.

Malam sebelum Tahun Baru Cina adalah waktu yang paling penting dalam perayaan
Tahun Baru Cina, malam itu secara umumnya juga dipanggil “Chuxi”. Pada malam itu, anggota
keluarga berkumpul, makan bersama-sama, dan tidak tidur sepanjang malam. Apabila fajar
menyingsing pada keesokan harinya, tahun baru sudah bermula, orang China memakai baju
baru, mengucapkan selamat tahun baru dan panjang umur kepada orang tua dalam keluarga
itu, kemudian menziarahi saudara mara dan sahabat, untuk saling mengucapkan selamat tahun
baru. Dalam beberapa hari yang kemudian, orang China gembira dalam suasana perayaan yang
bahagia dan harmoni.

Sempena Tahun Baru Cina, rakyat China juga menggantung tanglong merah yang
ditempel tulisan perkataan “nasib baik” atau gambar dewa kekayaan di depan pintu, untuk
menunjukan hasrat baik orang China. Biasanya perkataan “Nasib baik” mesti ditempel secara
terbalik, sebutan perkataan “terbalik” sama dengan perkataan “datang” dalam bahasa
Mandarin, maksudnya ialah “nasib baik datang”.
Pada hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina ialah hari yang diraikan sebagai
Yuánxiāo jié, atau Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine.
Tāngyuán, bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis

makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit
air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih.
Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi.

Orang Cina mempunyai banyak amalan yang dikatakan membawa tuah baik pada
Tahun Baru Cina, antaranya ialah membuka semua pintu dan tingkap dianggap menjemput
masuk tuah bail pada tahun baru. Seterusnya ialah gula-gula dan manisan dihidang dan
dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. Selain itu, setiap sudut
di rumah wajib dibersihkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun
yang menjelang. Ada juga sesetengah orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari
pertama sambutan Tahun Baru Cina mencerminkan peristiwa yang bakal berlangsung
sepanjang tahun. Tambahan pula, jika seseorang memakai selipar baru yang dibeli sebelum
Tahun Baru Cina, seolah-olah dia memijak kepala orang yang bergosip tentang pemakainya.
Kesan Perayaan
Tahun Baru Cina sama seperti Hari Natal di Eropah, untuk anggota keluarga berkumpul.
Orang yang tinggal di tempat lain tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak dengan sedaya
upaya berkumpul dengan keluarganya pada hari perayaan itu. Sambutan Tahun Baru Cina
merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada.

Perayaan Tahun Baru Cina juga dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia.
Kaum-kaum lain yang tidak menyambut Tahun Baru Cina selalunya akan melawat atau dijemput
hadir ke rumah rakan atau jiran mereka yang menyambut Tahun Baru Cina.

Selain itu, Tahun Baru Cina juga akan memberi kesan kepada industri pelancongan
negara kita. Para pelancong yang datang untuk bercuti di Malaysia dapat meilhat pelbagai
perayaan tradisi yang disambut oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

Tambahan pula, perayaan Tahun Baru Cina meberi peluang perniagaan kepada para
peniaga untuk menjual alat-alat yang diperlukan untuk persiapan sambutan Tahun Baru Cina
seperti mercun, tanglung, sampul merah ataupun angpau termasuklah juga bahan-bahan
makanan yang digunakan ketika perayaan ini.
LAMPIRAN
SM SAINS MUZAFFAR SHAH

PERAYAAN KAUM
DI MALAYSIA

Nama : Muhammad Yazid Bin Tahir


Tingkatan : 4 Theta

No. KP : 940212-04-5295

Matapelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Pemeriksa : Utzh. Siti Nurazmira

ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK/PEKARA M/S
1. PENGHARGAAN 1
2. OBJEKTIF KAJIAN 2
3. PERAYAAN TRADISI 3
4. LATAR BELAKANG 4
5. PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN 5-6
6. KESAN PERAYAAN 7
7. LAMPIRAN 8

You might also like