You are on page 1of 6

MENJADI PELAJAR CEMERLANG 

“Menjadi cemerlang bukan secara kebetulan. Ia adalah hasil dari usaha yang bijaksana.” 

TINDAKAN HARIAN

1.        Ulangkaji

2.        Study

3.        Bersedia

Petua:

Paling minimum:

  Improvingyour knowledge
  Discoveringnew knowledge

  You are away ahead

 
 

20 minit ulangkaji pelajaran semalam

1 jam belajar(study) pelajaran hari ini

20 minit bersedia apa yang akan belajar esok

Masa utama (prime time) untuk perkara utama (prime things) 

Tentukan masa utama


Kenalpasti aktiviti utama utama 

Mustahak lwn Segera (the important vs urgent) 


Selesaikan yang mustahak sebelum ia jadi segera (urgent)
Jangan tunggu ‘last minute’ 

“JANGAN SABOTAJ DIRI SENDIRI< TOLONG DIRI SENDIRI UNTUK CEMERLANG” 

TINDAKAN 1 : Ulangkaji

(Jika tidak mengulangkaji dalam masa 24 jam anda akan hilang 80% dari apa yang telah dipelajari)

Ulangkaji segera selepas belajar


Ulangkaji melibatkan teknik mengingat:
1 register(input)
2 retain (revision)
3 recall (output)

Sediakan soalan-soalan dan jawapan


          Sediakan ringkasan
          Jadual ulangkaji
Dalam masa 24 jam selepas pelajaran di kelas

1 atau 2 minggu kemudian


            1 bulan berikutnya.

TINDAKAN 2 : Belajar/Study

(Membaca bukan belajar tetapi hanya satu alat untuk belajar. Belajar adalah satu proses dan perlukan beberapa strategi)

Strategi 5 F’s: 1) Fix, 2) Flip, 3) Familiarize, 4) Focus, 5) For mastery.

1)     Fix – sebelum belajar tetapkan masa dan jumlah yang hendak dipelajari. Ada matlamat ada komitmen.

2)     Flip – mendapatkan gambaran keseluruhan yang hendak dipelajari (overview). ‘Flip through the pages of
the chapter’ – mendapatkan hubungkait antara tajuk utama dan sub-topik.

3)     Familiarize – mendapatkan kefahaman – inilah bahagian active learning. Jangan tinggalkan bahagian
Pengenalan/Konsep utama, Summary/Ringkasan dan Soalan latihan. Boleh menjawab soalan = faham.

4)     Focus – tumpukan minda kepada details, membuat nota, menyediakan kata kunci.Gunakan magic colours
untuk nota atau underline, membuat rujukan dari sumber lain. Semak syllabus adakah apa yang dipelajari
meliputi sukatan. Selepas belajar antara 25 – 40 minit berhenti seketika (20 saat – 3 minit) untuk memberi
peluang kepada otak mengintegrasikan maklumat.

5)     For mastery – Uji sejauh mana kefahaman anda. Jawab soalan mengenai topik yang di pelajari. Sesuaikan
jawapan dengan skima pemarkahan.

TINDAKAN 3 : Bersedia
Bersedia bermakna membuat persediaan untuk pelajaran dalam kelas esok/hari berikutnya. Ketahui topik yang akan
dipelajari, bersedia dengan soalan untuk ditanya kepada guru, dengan cara demikian anda boleh memberi lebih tumpuan
kepada pelajaran.

Kaedah:

Flip sepintas-lalu topik dan sub-topik. Baca sepintas


lalu Pengenalan atau Konsep. Lihat summary dan
soalan. Lihat contoh-contoh dan gambarajah serta bina
konsepsi awal terhadap tajuk berkenaan.

INGAT! DALAM TINDAKAN INI

APA YANG DIPERLUKAN?

Buku Teks, Teks Tambahan / Rujukan

Buku Nota, Pen Magic, Jam, Alat Tulis

Buku Soalan/ Latihan Ulangkaji,

Skima Pemarkahan untuk topik berkaitan

Sukatan Pelajaran / Senarai semak,

Diri Anda Sendiri.


 

PELAN PEMBELAJARAN

Satu garis panduan untuk pelajar menggunakan “Program Menjejak Impian” dan melaksanakan latihan kendiri.

Rasional

1.     Pelajar SMK Clifford berbeza dari pelajar sekolah-sekolah lain dari segi prestasi dan motivasi diri. Mereka adalah
pelajar terpilih berdasarkan prestasi cemerlang dalam penilaian terdahulu.

2.     Pelajar cemerlang ini harus tahu cara-cara belajar sendiri selain daripada bergantung semata-mata kepada
pengajaran guru di bilik darjah.

3.     Prestasi cemerlang perlu dikekal dan dipertingkatkan dalam penilaian yang akan datang supaya warga Clifford
menjadi warga negara yang cemerlang.

4.     Masuk ke SMK Clifford tidak menjamin kecemerlangan jika ia tidak diusahakan. Untuk mencapai kecemerlangan,
mestilah melalui usaha yang cemerlang juga.

5.     Ayuh! mulai dari sekarang. Masa Itu Emas. 


Langkah-langkah

1.     Mulakan dengan impian – setiap pelajar perlu ada impian kerjaya. Jika tidak begitu pasti minta nasihat dari guru
kaunseling. Paling tidak, asas kerjaya itu hendaklah melalui pencapaian akademik sama ada Ijazah, Diploma, atau
Sijil. Tetapkan sasaran anda berdasarkan tiga kelulusan ini.

2.     Terjemahkan impian kepada strategi. Rujuk helaian Penilaian Akses Kendiri Pelajar untuk mempastikan prestasi yang
perlu dicapai bagi mencapai impian anda. Contoh: jika hendak buat Ijazah, Matematik mestilah mencapai 4C.
Terjemahkan lagi gred 4C ini bersamaan 60 markah. Ingatlah! bahawa sasaran anda dalam setiap latihan matematik
mestilah tidak kurang dari 40%. Bagi subjek yang lain mungkin lain pula sasarannya.

3.     Ketahuailah liputan sukatan pelajaran. Ini disediakan dalam analisis topik bagi setiap mata pelajaran. Dalam analisis
ini ditunjukkan topik yang keluar dalam soalan peperiksaan 5 tahun terdahulu. Jadikan ini sebagai senarai semak
apabila mengulangkaji. Tentukan topik mana yang dipelajari semasa di Tingkatan 4 dan dapatkan kembali buku
teks/rujukan berkenaan.

4.     Pelajar lebih mengetahui apa yang tidak difahaminya. Oleh sebab itu pelajarlah yang tepat untuk merancang
pembelajaran mereka. Untuk membantu pelajar mengenal topik yang belum dikuasai, “Program Menjejak Impian”
menyediakan senarai topik untuk dijadikan senarai semak. Daripada senarai tersebut kenal pasti topik yang belum
dikuasai dan buatlah perancangan untuk mengulangkajinya.

5.     Rancang pembelajaran mengikut ruang waktu yang ada. Jadualkan pembelajaran anda dengan memastikan semua
subjek utama untuk memenuhi impian anda diberi peruntukan masa yang munasabah mengikut keutamaan. Contoh:
Jika anda lemah dalam Matematik Tambahan, berikan masa lebih untuknya.

6.     Sediakan sumber pembelajaran yang mencukupi. Selain dari buku teks anda perlu ada buku soalan latihan ulangkaji.
Dapatkan nasihat guru bagaimana memilih buku latihan yang ada banyak di pasaran. Pilihlah berdasarkan kriteria
berikut:

a.     Buku Latihan Topikal – kerana anda ingin buat latihan mengikut topik yang belum dikuasai.

b.     Buku latihan topikal yang memasukkan penerangan konsep di setiap permulaan topiknya – dengan ada
penerangan ini anda tidak perlu lagi merujuk buku teks untuk memahami konsepnya. Lebih baik jika konsep
ini ada menggunakan ilustrasi yang menarik.

c.     Penerangan konsep diikuti pula oleh contoh-contoh menyelesaikan masalah – anda boleh belajar langkah
demi langkah dalam penyelesaian masalah tersebut.

d.     Soalan latihan yang banyak dan pelbagai aras – aras senang, sederhana, susah dan kompleks serta
menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK).

e.     Ada contoh jawapan

f.      Ada skima pemarkahan

g.     Sangat baik jika ada ruang untuk merekod prestasi latihan anda.
7.     Laksanakan Latihan Kendiri. Fokuskan kepada topik yang belum dikuasai sahaja. Gunakan analisis soalan untuk
menentukan keutamaan topik dalam peperiksaan. Berikan tumpuan kepada topik yang keluar pada setiap
peperiksaan.

8.     Jangan lupa markah yang menjadi sasaran bagi setiap subjek. Jika markah sasaran ialah 80 (1A), maka setiap
latihan yang anda lakukan hendaklah mencapai 80%. Contoh: Jika anda menjawab soalan yang markah penuhnya 10
markah, maka jawapan anda mestilah mendapat skor 8 markah (80%). Jika markah diperolehi kurang dari 8 maka
anda perlu mencari sebab kekurangannya. Selagi anda tidak mendapat markah yang disasarkan maka ini bermakna
anda belum menguasai topik berdasarkan prestasi yang anda kehendaki. Ulangi latihan mengenai topik yang sama.

9.     Pelbagaikan aras soalan supaya meliputi aras senang, sukar dan kompleks supaya prestasi pencapaian anda boleh
dipercayai (reliable). Jika hanya menjawab soalan aras senang, anda pasti mendapat prestasi 80% tetapi sebenarnya
anda masih tidak menguasai topik berkenaan. Pelajar cemerlang ialah pelajar yang boleh menjawab soalan susah,
inilah yang membezakan mereka dari pelajar lemah.

10. Gunakan skima pemarkahan. Lihat agihan markah bagi setiap fakta. Jawapan yang panjang untuk markah yang
banyak. Dapatkan markah penuh bagi pecahan markah yang kecil.

11. Konsultasi dengan guru jika menghadapi kesulitan. Kebiasaannya semasa belajar dalam kelas anda tidak suka
bertanya, tetapi setelah membuat latihan kendiri anda pasti ada soalan yang hendak ditanyakan kepada guru. “Segan
bertanya sesat jalan”. Anda tidak akan sampai ke matlamat yang disasarkan jika terus mengamalkan sikap ini.

12. Rekodkan latihan dan skor latihan. Untuk tujuan semakan prestasi sendiri dan semakan oleh guru, pelajar harus
merekodkan perkara berikut:

a.     Tarikh latihan

b.     Topik / sub-topik

c.     Amaun latihan

d.     Skor berbanding sasaran

“Usaha anda adalah ibarat suatu perjalanan menuju ke suatu destinasi yang anda sangat pasti jaraknya. Anda bersedia
dengan kelengkapan yang mencukupi untuk sampai ke destinasi tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Dalam
perjalanan anda sentiasa membuat semakan tentang dimana anda sekarang, pukul berapa sekarang dan sejauh mana lagi
destinasi anda. Anda membuat penilaian sama ada tempoh dan bekalan masih mencukupi atau tidak. Anda mengisi
minyak dan mencepat perjalanan. Akhirnya anda sampai juga ke destinasi tersebut dan bertemu dengan yang anda
kasihi.”
 
Bayangkan jika anda tidak sampai, dimana silapnya?

You might also like