You are on page 1of 9

PENGENALAN

Sistem penghantaran ialah satu rangkaian penghantaran kuasa dari enjin ke


roda untuk menggerakkan kenderaan. Ia merupakan gabungan beberapa komponen
asas seperti syaf putar,syaf pandu, kotak gear,klac,unit kerbeda dan sendi universal.
klac mempunyai 3 fungsi utama:-

Memutuskan penghantaran kuasa semasa kenderaan hendak berhenti tetapi enjin


masih hidup untuk mengelakkan enjin turut sama terhenti apabila kenderaan
berhenti.

Memutuskan sementara penghantaran kuasa dari enjin ke roda semasa penukaran


gear untuk mengelakkan daripada kerosakan sistem transmisi.

Menyediakan sedikit gelinciran apabila mula bergerak daripada gear satu untuk
mengelakkan enjin daripada terhenti akibat kilasan yang kurang mencukupi semasa
kelajuan enjin rendah.

Antara fungsi gear adalah seperti berikut:

 Untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaan


dan beban pada kenderaan
 Menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit
 Membolehkan enjin hidup tanpa kenderaan bergerak dengan gear dalam
keadaan neutral
 Mewujudkan gear maju, undur dan bebas

Terdapat pelbagai jenis-jenis system penghantaran kuasa seperti sistem


penghantaran automasi manual(AMT), sistem penghantaran automatik(ATF) dan
sistem penghantaran boleh laras(CVT).
KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM PENGHANTARAN KUASA

KOTAK GEAR

Kotak gear terdiri daripada rangkaian gear yang terkandung dalam satu kotak dan dipasang selepas
pepasangan klac.
Fungsi gear:-
- untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaan dan 
beban pada kenderaan.
- mewujudkan gear maju, undur dan bebas
- menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit

SYAF PUTAR

Fungsi syaf putar ialah menghubungkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin melalui kotak gear ke
unit kerbeda seterusnya ke roda selain menghubungkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin melalui
kotak gear ke unit kerbeda seterusnya ke roda. Seterusnya, kotak gear pula terdiri daripada
rangkaian gear yang terkandung dalam satu kotak dan dipasang selepas pemasangan klac.
SYAF PANDU

Fungsi syaf pandu ialah menghantar kuasa dari enjin melalui unit kerbeda bagi memusingkan roda
hadapan.

KLAC

Fungsi klac ialah menyambung dan memutuskan kuasa dari enjin ke sistem penghantaran supaya:
- penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah dan lancar
- membolehkan kenderaan mula bergerak dengan lancar
- membolehkan enjin terus hidup semasa kenderaan tidak bergerak dan gear tidak berada dalam
kedudukan neutral dengan cara menekan pedal klac

UNIT KERBEDA

Fungsi untuk membezakan kelajuan pusingan roda semasa kenderaan membelok. Apabila
kenderaan membelok,kuasa bebanan adalah berbeza dan menyebabkan gear matahari sebelah
dalam mempunyai lebih rintangan. Oleh itu gear planet akan memusingkan gear matahari yang
kurang rintangan dan hanya bergolek pada yang banyak rintangan. Ini menyebabkan roda belakang
sebelah luar berpusing lebih pantas daripada 
roda sebelah dalam.
JENIS-JENIS SISTEM PENGHANTARAAN KUASA

Sistem Penghantaran Automasi Manual (AMT)

Sistem penghantaran manual sering digunakan oleh kenderaan lama. Sistem ini juga merupakan
yang pertama dihasilkan berbanding dengan sistem penghantaran kuasa yang lain dan ianya juga
digunakan sehingga sekarang. Kelebihan sistem ini pula ialah dapan memberi kecekapan semasa
memandu, mudah diselenggara dan mengurangkan kos penyelenggaraan. Sistem ini adalah
sistem transmisi automotif yang memerlukan pemandu sendiri menekan injak klac dan menukar gear
secara manual. Dari segi pemilihan gear, transmisi manual boleh dibahagikan kepada dia iaitu:-

 transmisi manual konvensional (seperti yang digunakan pada kereta) yang membolehkan


pemandu menukar pada mana-mana posisi gear pada bila-bila masa
 transmisi manual berjujukan (seperti yang digunakan pada motosikal ) yang hanya
membenarkan pemandu menukar gear mengikut urutan (gear lebih rendah atau lebih tinggi).

Transmisi Manual Konvesional Transmisi


Manual Berjujurkan
Sistem penghantaran Automatik (ATF)

Penghantaran automatik adalah sistem kotak gear automotif yang boleh menukar gear secara
automatik semasa kenderaan sedang bergerak tanpa memerlukan pemandu untuk menukar gear
secara manual.

Pada awalnya, kereta dengan penghantaran automatik kurang berkuasa,


mempunyai kadar pecutan yang lambat, mempunyai nisbah gear yang sedikit
serta tidak menjimatkan minyak berbanding penghantaran manual, namun
kemajuan teknologi automotif telah menjadikan penghantaran automatik kini lebih
menjimatkan minyak. Sungguhpun demikian, penghantaran automatik masih
tidak dapat menandingi penghantaran manual dari segi kecekapan kuasa,
pecutan, kelajuan maksimum dan penjimatan minyak.

Penghantaran automatik dikendalikan dengan hanya menggerakkan tombol gear


ke posisi tertentu. Sesetengah model kenderaan dengan penghantaran automatik pula menggunakan
butang-butang bagi menggantikan tombol gear, sekaligus menjimatkan ruang. Posisi bagi mod
penghantaran automatik disusun mengikut format P-R-N-D-3-2-L, sama ada dari kiri ke kanan
ataupun dari atas ke bawah. Enjin boleh dihidupkan semasa dalam posisi P ataupun N sahaja.
Sistem Penghantaran Kuasa Boleh Laras (CVT)

Transmisi boleh laras berterusan (CVT) adalah sejenis sistem transmisi yang boleh menukar tanpa
langkah melalui suatu bilangan nisbah gear berkesan yang tak terhingga antara nilai maksimum dan
nilai minimum. Ia bertentangan dengan transmisi mekanikal lain yang hanya membenarkan beberapa
bilangan nisbah gear tertentu untuk dipilih. Keanjalan CVT membolehkan aci pacuan untuk
mengekalkan kelajuan sudut yang malar melalui satu banjaran
kelajuan keluaran. Ia mampu menghasilkan penggunaan bahan
api yang lebih baik daripada sistem transmisi lain dengan
membenarkan enjin berjalan pada putaran seminitnya (RPM) yang
paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan.

Sistem penghantaran kuasa ini merupakan yang terbaru dan sering


digunakan untuk kenderaan mewah. Tidak ketinggalan juga
kenderaan Malaysia seperti proton Aspira juga menggunakan
sistem penghantaran boleh laras.

Kebaikan sistem ini ialah sistem transmisi ini boleh memampas


untuk mengubah kelajuan kenderaan, membenarkan kelajuan enjin dikekalkan pada tahap
kecekapan mekanikal kemuncaknya. Ini menambah baik penjimatan bahan api. Sistem ini beroperasi
dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh menyebabkan kejutan gear. Kos pembinaan
kotak gear CVT juga lebih murah berbanding kotak gear lain.
JENIS-JENIS KEROSAKAN DAN SEBAB

Klac
Simptom Sebab kerosakan Tindakan
- Klac tergelincir -Plac klac haus. -Tukar minyak klac.

-Plac klac berminyak -Servis atau tukar plat klac.

-Pegas plat tekanan lemah. -Tukar plat klac


-Klac hingar -Hab plat klac longgar. -Tukar hab plat klac.

-Pegas klac lemah atau patah. -Tukar pegas klac.

-Galas pelepas haus atau -Tukar galas pelepas.


melekat.

Kotak Gear
Simptom Sebab kerosakan Tindakan
Sukar menukar gear -Tiada gerak bebas injak klac -Laras gerak bebas injak

-Klac tidak bebas -Laras gerak bebas


sepenuhnya

-Minyak kotak gear kurang -Tukar penyegerak


Kotak gear hingar -Minyak gear kurang -Tambah minyak

-Galas haus atau rosak -Tukar galas

-Kehausan atau kerosakan -Tukar gear cantuman malar


pada gear cantuman malar
CARA-CARA MENSERVIS

1. Menanggal, menservis,memeriksa dan memasang klac

I. Tanggal dan keluarkan kotak gear dari enjin.


II. Buka bolt disekeliling perumah klac.
III. Tanggal pepasangan klac dari roda tenaga.
IV. Periksa kerosakan permukaan roda tenaga.
V. Periksa galas pandu klac pada roda tenaga.
VI. Periksa kerosakan dan kehausan plat tekanan klac dan jejari pegas gegendang.
VII. Tukar jika rosak.
VIII. Periksa kerosakan dan kehausan plat klac dan galas pelepasan. Tukar jika perlu.
IX. Pasang semula pepasangan klac dengan menggunakan aci pandu untuk menjajar
lubang plat klac dengan lubang roda tenaga.
X. Gunakan perengkuh daya kilas dan ikat bolt perumah klac mengikut spesifikasi. Bolt
hendaklah diikat secara menyilang.
XI. Pasang semula kotak gear pada enjin.

2. Mengeluar dan memasang syaf pacu roda hadapan

I. Longgarkan bolt bahagian dalam sambungan halaju malar dari punting syaf kotak
gear.
II. Pisahkan sambungan berbola dari pengumpar stereng dengan penanggal
sambungan berbola(pickle fork).
III. Keluarkan aci pacu luar dari hab pengumpar.
IV. Pegang di kedua-dua sambungan halaju malar pada bahagian perumah semasa
hendak mengeluarkan aci pacu.

3. Mengganti dan menservis sambungan sendi halaju malar

I. Tanggalkan kelip lengkung


II. Ketuk perlahan-lahan untuk mengeluarkan sambungan halaju malar.
III. Tanggalkan kelip dan tukar dengan yang baharu sebelum memasang sambungan
semula.
IV. Condongkan sangkar untuk mengeluarkan bebola.
V. Periksa kehausan dan kerosakan bahangian sambungan luar sambungan halaju
malar.
VI. Bubuh gris khas sebelum memasang but getah. Perlu ditukar sekiranya rosak.
VII. Bubuh gris khas di bahagian spider dan dalam perumah dan pasang semula
mengikut tanda jajaran.
KESIMPULAN

Sistem penghantaran kuasa ada kebaikanya dan ada juga keburukanya. Keburukan ini dapat diatasi
melalui jurutera-jurutera yang berkemahiran tinggi dalam bidang Kejuruteraan. Malah, dapat
meningkatkan teknologinya mengikut semasa ke semasa. Sebagai contoh Sistem penghantaran
kuasa yg pertama dihasilkan iaitu sisem penghantaran kuasa manual. Kemudian jurutera telah
menghasilkan pula Sistem penghantaran kuasa automatik dan yang terbaru iaitu sistem
penghantaran kuasa boleh laras. Walaupun sistem penghantaran kuasa ini telah ditingkatkan
teknologinya, namun masih lagi mempunyai keburukanya dan masalah yang dihadapi oleh pengguna.
Oleh itu, Para jurutera-jurutera perlu meningkatkan kemahiran dalam bidang ini agar masalah itu
dapat diatasi.

You might also like