You are on page 1of 1

FAKTA

RANGKA

1.Membuang masa

2.Mudah terpengaruh

3.Merosakkan mata

4.Melalaikan seseorang

Televisyen merupakan media hiburan yang cukup terkenal dewasa ini.Hampir setiap
rumah di Malaysia mempunyai televisyen.Namun,menonton televisyen tanpa kawalan
dan berterusan telah menimbulkan keburukan kepada kita semua.

Antara keburukan menonton televisyen ialah dapat membuang masa


seseorang.Kekerapan menonton televisyen akan menyebabkan seseorang membuang
masanya dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Alangkah baiknya sekiranya kita dapat
memilih rancangan yang patut ditonton dan membolehkan masa kita diisi dengan
sebaik yang mungkin.

Di samping itu,kanak-kanak juga mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang


dipaparkan di kaca televisyen.Adegan-adegan yang ganas dan tidak sihat akan
mempangaruhi seseorang penonton.Mereka sanggup meniru aksi-aksi yang bahaya
yang dipaparkan di kaca televisyen.

Selain itu,menonton televisyen dari jarak yang dekat akan menyebabkan kita akan
menjadi rabun dan seterusnya menjejaskan penglihatan .Seharusnya,kita mestilah bijak
dan menonton dari jarak yang lebih selamat.

Menonton televisyen juga boleh melalaikan seseorang.Para penonton sanggup


menghabiskan masa berjam-jam lamanya semata-mata untuk menghiburkan hati
mereka.Mereka lebih rela meninggalkan aktiviti-aktiviti yang patut dilakukan dengan
hanya menonton televisyen.

Sememangnya,menonton televisyen boleh memberi keburukan kepada kita


semua.Oleh itu,kita haruslah bijak dalam menentukan rancangan-rancangan yang patut
ditionton bagi memastikan hidup kita tidak diperdaya oleh televisyen.

You might also like