You are on page 1of 3

KUFUR MENGATAKAN ALLAH BERADA DI MANA-MANA

oleh Al-Asyairah Al-Syafii pada pada 06hb Februari 2011 pukul 1.49 ptg
dipetik dari: http://www.facebook.com/note.php?note_id=191948180832724#!/note.php?
note_id=191654177528791

ALLAH BUKAN BERADA DI SUATU TEMPAT, DI SETIAP TEMPAT ATAU DI MANA-MANA TEMPAT

Ketahuilah bahawa seseorang muslim itu tidak boleh berkata: “Allah berada suatu tempat, di
setiap tempat atau di mana-mana tempat” meskipun dia memahami ungkapan yang fasid ini bahawa
Allah mengetahui setiap perkara. Berikut adalah dalil larangan tersebut:

Al-Mutakallim al-Imam Abu Bakr Muhammad Ibn al-Hassan yang dikenali dengan panggilan
Ibn Furak al-Asy`ari murid kepada al-Imam al-Bahili dan al-Imam Abu al-Hassan al-Bahili murid Imam
Abu al-Hassan (W. 407 H) berkata dalam kitabnya Mushkil al-Hadith[1]:

"‫ان َوه َُو َم ْذ َهبُ ْالمُعْ َت ِز َل ِة‬ َ َّ‫ار فِي ْال َق ْو ِل ِبأَن‬
ٍ ‫هللا فِيْ ُك ِّل َم َك‬ ِ َّ‫ب ال َّنج‬ َ ‫ان َي ْذ َهبُ َم ْذ َه‬
َ ‫الث ْل ِجيَّ َك‬َّ َّ‫اعْ َل ْم أَن‬
‫ان أَ ْو فِيْ ُك ِّل‬ ْ
َ َّ‫َو َه َذا ال َّتأ ِو ْي ُل عِ ْندَ َنا ُم ْن َك ٌر ِمنْ أَجْ ِل أَ َّن ُه ال َيج ُْو ُز أَنْ ُي َقا َل إِن‬
ٍ ‫هللا َت َعا َلى فِيْ َم َك‬
ٍ ‫" َم َك‬.
‫ان‬
Maksudnya:

“Ketahuilah bahawa al-Thalji pernah berpegang dengan mazhab al-Najjar dalam pendapat bahawa
Allah itu di setiap tempat, sedangkan ini juga mazhab al-Mu’tazilah. Takwil ini di sisi kami adalah
suatu kemunkaran dari kerana tidak boleh dikatakan bahawa Allah ta`ala itu berada di suatu tempat
atau di setiap tempat”.

Al-Mutakallim Abu Bakar Ibn Furak berkata lagi[2]:

"‫ظ َم ْم ُن ْوعًا‬ ُ ‫ص ِحيْحً ا َواللَّ ْف‬ َ ‫َف َم َتى َما َر َجع ُْوا فِيْ َمعْ َنى إِ ْطاَل ُق َذل َِك إِ َلى ْالع ِْل ِم َوال َّت ْد ِبي ِْر َك‬
َ ‫ان َمعْ َنا ُه ْم‬
‫ان أَ ْو ُم َماسٌ َل ُه أَ ْو َحا ٌّل أَ ْو ُم َت َم ِّكنٌ فِ ْي ِه‬ٍ ‫او ٌر لِ ُك ِّل َم َك‬ِ ‫هللا َت َعا َلى م َُج‬ َ َّ‫أَال َت َرى أَ َّن ُه ال َيس ُْو ُغ أَنْ ُي َقا َل إِن‬
‫" َع َلى َمعْ َنى أَ َّن ُه َعالِ ٌم ِب َذل َِك مُدَ ِّب ٌر َل ُه‬.
Maksudnya:

“Maka apabila mereka merujuk makna ungkapan itu kepada ilmu dan tadbir maka makna mereka itu
sahih dan lafaz pula dilarang. Bukankah anda melihat bahawa tidak boleh mengungkap untuk
berkata bahawa Allah ta`ala itu bersebelahan di setiap tempat, atau bersentuhan dengan setiap
tempat, atau meresap di setiap tempat, atau bertempat di setiap tempat dengan makna bahawa Dia
mengetahui dan mentadbir setiap tempat”.
Al-Imam al-Hafiz Abu Bakr al-Bayhaqi al-Syafi`e al-Asy`ari (W. 458 H) berkata dalam kitabnya al-
I`tiqad Wa al-Hidayah ila Sabil al-Rashad[3]:

"‫هللا ُسب َْحا َن ُه َو َت َعا َلى‬ َ َّ‫ال َق ْو ٍل َمنْ َز َع َم م َِن ْال َج ْه ِم َّي ِة أَن‬ ِ ‫ْط‬ َ ‫ت دِال َل ٌة َع َلى إِب‬ ِ ‫ِوفِ ْي َما َك َت ْب َنا م َِن اآل َيا‬
‫ ] َوه َُو َم َع ُك ْم أَي َْن َما ُكن ُت ْم [ إِ َّن َما أَ َرا َد ِب ِه ِبع ِْل ِم ِه ال ِب َذا ِت ِه‬:‫ان َو َق ْولُ ُه َع َّز َو َج َّل‬
ٍ ‫" ِب َذا ِت ِه ِفيْ ُك ِّل َم َك‬.
Maksudnya:

“Dan dalam ayat-ayat yang telah kami tulis itu ada suatu pendalilan bagi membatalkan pendapat
daripada sangkaan golongan al-Jahmiyyah bahawa Allah subhanahu wa-ta’ala itu berada di setiap
tempat dengan zat-Nya. Dan firman Allah ‘azza wa-jall (( ‫ ))وهومعكم أين ما كنتم‬sebenarnya bermaksud
(dekat/hampir) dengan ilmu-Nya bukannya dengan zat-Nya”.

Hujjatul-Islam al-Shaykh Abu Hamid al-Ghazali al-Syafi`e al-Asy`ari (W. 505 H) berkata bagi
menyanggah Jahm ibn Safwan yang merupakan salah seorang daripada pemuka-pemuka ahli bid`ah
dalam kitabnya al-Arba`in fi Usul al-Din[4]:

"‫ان أَ ْو‬
ٍ ‫ َو ُك ُّل َمنْ َن َس َب ُه إِ َلى َم َك‬.‫ان‬ ٍ ‫ إِ َّن ُه فِيْ ُك ِّل َم َك‬:‫ط َمنْ َقا َل‬ ُ ‫ك فِيْ َم َواق َِع َغ َل َط ُه َف ِم ْن ُه َغ َل‬ َ ‫َوال َت َر َّت َب‬
‫او ِز األَجْ َسا َم‬
ِ ‫ت ْال َب َهائ ِِم َو َل ْم ي َُج‬
ِ ‫صرُّ فِ فِيْ َمحْ س ُْو َسا‬ َ ‫ض َّل َو َر َج َع َغا َي ُة َن ْظ ِر ِه إِ َلى ال َّت‬ َ ‫ِج َه ٍة َف َق ْد َز َّل َف‬
‫"و َعاَل ِئ َق َها‬.
َ
Maksudnya:

“Dan jangan anda……tentang beberapa tempat kesalahannya. Antaranya ialah kesalahan orang yang
berkata bahawa Dia (Allah) itu di setiap tempat. Dan setiap orang yang menisbahkan-Nya kepada
suatu tempat atau suatu arah maka dia telah menyeleweng dan sesat, dan kemuncak pandangannya
merujuk kepada beralih dalam perkara yang dirasai oleh binatang, sedangkan Allah tidak ada kaitan
dengan segala jisim dan perkara yang ada kaitan dengan jisim”.

Ibn Kathir (W. 774 H) berkata dalam kitabnya Tafsir al-Qur’an al-‘Azim[5]:

"‫ار َق ْو ِل ْال َج ْه ِم َّي ِة األَ َّو ِل ْال َقائ ِِل َت َعا َلى َعنْ َق ْول ِِه ْم ُعلُ ًّوا َك ِبيْرً ا ِبأ َ َّن ُه فِيْ ُك ِّل‬
ِ ‫ا َّت َف َق ْال ُم َف ِّسر ُْو َن َع َلى إِ ْن َك‬
ٍ ‫" َم َك‬.
‫ان‬
Maksudnya

“Ulama tafsir bersepakat bagi menginkar pendapat al-Jahmiyyah golongan pertama yang berkata –
Allah maha suci dari pendapat mereka ini – bahawa Allah itu di setiap tempat”.
Al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani al-Syafi`i al-Asy`ari (W. 852 H) dalam kitabnya Fath al-Bari[6]:

" ْ‫ان َوه َُو َج ْه ٌل َواضِ ٌح َوفِ ْي ِه – أَيْ فِي‬ ٍ ‫هللا فِيْ ُك ِّل َم َك‬ َ َّ‫َو َق ْد َن َز َع ِب ِه َبعْ ضُ ْالمُعْ َت ِز َل ِة ْال َقا ِئلِي َْن ِبأَن‬
َ ْ‫ (إِنَّ أَ َحدَ ُك ْم إِ َذا َقا َم ِفي‬:‫ث‬
ْ‫صال ِت ِه َفإْ َّن ُه ُي َنا ِجيْ َر َّب ُه إِنَّ َر َّب ُه َب ْي َن ُه َو َبي َْن ْال ِق ْب َل ِة) – الرَّ ُّد َع َلى َمن‬ ٍ ‫َح ِد ْي‬
ِ ْ‫" َز َع َم أَ َّن ُه َع َلى ْال َعر‬.
‫ش ِب َذا ِت ِه‬
Maksudnya:

“Dan sesungguhnya hadis ini dipertikai oleh sebahagian golongan al-Mu’tazilah yang berkata bahawa
Allah itu di setiap tempat, sedangkan ini suatu kejahilan yang nyata. Dan dalamnya – iaitu dalam
hadis (‫ربّه‬ ‫()بينه وبين القبلة )إن أحدكم إذا قام في صالته فإنه يناجي ربّه إن‬ - terdapat
sanggahan ke atas sesiapa yang menganggap bahawa Dia di atas Arasy dengan zat-Nya”.

Al-Shaykh `Abd al-Wahhab ibn Ahmad al-Sha’rani berkata dalam kitabnya al-Yawaqit wa al-Jawahir:

ٍ ‫"ال َيج ُْو ُز أَنْ ُي َقا َل إِ َّن ُه َت َعا َلى فِيْ ُك ِّل َم َك‬.
"‫ان َك َما َتقُ ْو ُل ْالمُعْ َت ِز َل ُة َو ْال َقد َِر َّي ُة‬
Maksudnya:

“Tidak boleh dikatakan bahawa Dia (Allah) taala itu di setiap tempat seperti yang dikatakan oleh
golongan al-Mu`tazilah dan al-Qadariyyah”.

Di sini pengingkaran ditegaskan setegas-tegasnya ke atas kaum Mu’tazilah dan Jahmiyyah yang
berkeyakinan bahawa Allah berada di setiap tempat dan ini adalah keyakinan kufur kerana
sesungguhnya Allah wujud tanpa bertempat.

[1] Ibn Furak(t.t), Mushkil al-Hadith, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 63.

[2] Ibid, h. 65 – 66.

[3] Al-Bayhaqi(t.t), al-I’tiqad Wa al-Hidayah ila Sabil al-Rashad, Beirut: ‘Alam al-Kutub, h. 70.

[4] Al-Ghazali(t.t), al-Arba`in fi Usul al-Din, Beirut: Dar al-Afaq al-Jadidah, h. 198.

[5] Ibn Kathir(t.t), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Beirut: Dar al-Andalus, j. 3, h. 7.

[6] Ibn Hajar al-`Asqalani(t.t), Fath al-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar al-Ma`rifah, j. 1, h.
508.

You might also like