You are on page 1of 11

Pendapat Para Ulama’ SALAF DAN KHALAF mengenai Peringatan Maulid Nabi

Dipetik dari: http://www.facebook.com/shamsulkamalhj.maamor?ref=name#!/notes/al-


asyairah-al-syafii/senarai-pendapat-ulama-salaf-dan-khalaf-mengenai-maulid-
nabisebarkan/192224224138453

Paca pembaca, sebelum kita membahasakan secara terperinci dalil peringatan Maulid
Nabi, mari kita lihat pendapat para Ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah terhadap
peringatan maulid nabi tersebut.

Firman Allah ta`ala:

" َ‫"فَاسْأَلُوْ ا أَ ْه َل ال ِّذ ْك ِر إِ ْن ُك ْنتُ ْم ال تَ ْع َملُوْ ن‬.


Maksudnya:

"Maka bertanyalah kepada ahli zikir (orang yang mempunyai ilmu) jika kamu tidak
mengetahui" (Surah al-Nahl: 43 dan Surah al-Anbiya’: 7)

Perintah untuk bertanya kepada ahli zikir yakni ulama’ yang berilmu dan ulama’ Ahl
al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang bertaqwa dan mengamalkan ilmunya, ternyata disuruh oleh
Allah ta`ala seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran. Ini membuktikan bahawa pendapat
para ulama’ sangata penting, sebab mereka adalah pewaris para nabi. Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"‫ فَ َم ْن أَ َخ َذ‬،‫ إِنَّ َما َو َّرثُوْ ا ْال ِع ْل َم‬،‫ إِ َّن األَ ْنبِيَا َء لَ ْم ي َُورِّ ثُوْ ا ِد ْينَارًا َوال ِدرْ هَ ًما‬،‫إِ َّن ْال ُعلَ َما َء َو َرثَةُ األَ ْنبِيَا ِء‬
ٍّ ‫"بِ ِه أَ َخ َذ بِ َح‬.
‫ظ‬
Maksudnya:

"Sesungguhnya para ulama’ adalah pewaris para Nabi, dan sesungguhnya para Nabi tidak
mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu, barangsiapa
mengambilnya, ia telah mengambil bahagian yang sangat banyak" (Diriwayatkan oleh al-
Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad)

Pembaca yang dikasihi sekalian, para ulama’ yang pendapatnya kami nukilkan di
dalam artikel ini adalah ulama’ pilihan yang kesolehannya telah dikenal di seluruh dunia.
Mereka adalah orang yang sangat takut kepada Allah. Semoga dengan membaca dan melihat
pendapat mereka, hati kita terbuka untuk memahami mengenai peringatan maulid Nabi
dengan benar. Amiin Ya Rabb.

PENDAPAT ULAMA’ AL-SALAF AL-SALEH

1. PENPAPAT AL-IMAM HASAN AL-BASRI[1]

Al-Imam Hasan al-Basri[2] adalah seorang tabi`in yang lahir di kota Madinah pada
dua tahun terakhir pemerintahan Khalifah `Umar bin Khattab radiyallahu`anhu suatu ketika
dahulu bahkan Khalifah `Umar radiyallahu`anhu mendoakan beliau dengan doannya berikut:
ِ َّ‫"اللَّهُ َّم فَقِّ ْههُ فِي ال ِّد ْي ِن َو َحبِّ ْبهُ إِلَى الن‬.
"‫اس‬
Maksudnya:

"Ya Allah jadikan dia sebagai orang yang memiliki kefahaman terhadap agama dan dicintai
oleh masyarakat"

Kecerdasan dan kesolehan al-Imam Hasan al-Basri radiyallahu`anhu menarik


perhatian para sahabat sehingga mereka pun memberikan tempat terhormat kepada beliau.
Sayyiduna Anas bin Malik radiyallahu`anhu berkata:[3]

“Bertanyalah kepada al-Hasan, kerana dia masih ingat sedangkan kami telah lupa”.

Demi melaksanakan anjuran sahabat yang selama 10 tahun menjadi pembantu Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam ini, mari kita lihat bagaiman pendapat al-Imam Hasan al-Basri
radiyallahu`anhu terhadap peringatan maulid Nabi. Di dalam sebuah riwayat disebutkan
bahawa al-Imam Hasan al-Basri radiyallahu`anhu mengatakan:[4]

"‫ت لَوْ َكانَ لِ ْي ِم ْث ُل َجبَ ِل أُ ُح ٍد َذهَبًا ألَ ْنفَ ْقتُهُ َعلَى قَ َرا َء ِة َموْ لِ ِد ال َّرسُوْ ِل‬
ُ ‫" َو ِد ْد‬.
Maksudnya:

"Andai kata-kataku memiliki emas sebesar bukit Uhud, maka akan kudermakan semunya
untuk penyelenggaraan pembacaan maulid Rasul"

Ucapan al-Imam Hasan al-Basri radiyallahu`anhu di atas menunjukkan bahawa para


tabi`in menaruh perhatian yang sangat besar terhadap kelahiran Nabi Muhammad
sallallahu`alaihi wasallam. Bagaimana tidak, beliau rela mendermakan seluruh hartanya demi
menyelenggarakan pembacaan sejarah kelahiran Nabi sallallahu`alaihi wasallam. Jadi
bagimana pula dengan kita????

Sudahkah kita dermakan sebahagian harta kita demi memuliakan hari kelahiran
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam? Sungguh menghairankan, jika untuk memuliakan dan
mengenang harij jadi organisasi, hari jadi perusahaan, hari jadi keluarga, hari jadi anak kita,
hari perkahwinan, kita rela mengeluarkan jumlah harta yang banyak. Tetapi untuk
mengenangkan kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ada sebahagian kita yang
merasakan keberatan dan enggan untuk mendermakan sebahagian hartanya. Semoga Allah
memberi kita taufiq dan hidayah. Amiin ya Rabb.

2. PENDAPAT AL-SYEIKH MA`RUF AL-KARKHI (W. 200 H)

Al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi rahimahullah adalah seorang ahli sufi terkemuka. Cerita
tentang kesolehan beliau sangat banyak dan salah satunya adalah kekuatan prasangka baik
beliau kepada sesama Muslim.

Suatu hari ketika beliau sedang berpuasa sunat, al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi
rahimahullah berjalan melawat seorang yang membahagi-bahagikan air secara hebat. Dengan
suara lantang lelaki itu berkata:

“Semoga Allah merahmati orang yang mahu minum air ini”.


Mendengar ucapannya, al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi rahimahullah berhenti dan
meminum air tersebut. Kemudian tanya seorang lelaki kepadanya:

“Bukankah engkau sedang berpuasa?”

Jawab beliau:

“Benar, akan tetapi aku berharap mendapatkan rahmat Allah sebagaimana doa lelaki
tersebut”.[5]

Cuba anda perhatikan keluasan ilmu al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi rahimahullah, beliau
berpuasa sunat tiada lain adalah demi mendapatkan rahmat Allah ta`ala. Ketika mendengar
seseorang menjanjikan rahmat Allah dengan seteguk air, maka beliau pun segera
meminumnya. Beliau percaya dan yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa lelaki
tersebut. Ini merupakan sebuah bukti kesucian hati beliau.

Ucapan yang muncul daripada hati manusia yang berjiwa mulia seperti ini tentu tidak
sama dengan ucapan seseorang yang belum diuji kesolehannya.

Al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi rahimahullah sangat mengambil berat mengenai majlis


maulid Nabi. Salam salah satu nasihatnya, beliau mengatakan:[6]

"،‫س َج ِد ْيدًا‬ َ ِ‫ َولَب‬،‫ َوأَوْ قَ َد ِس َراجًا‬،‫ َو َج َم َع إِ ْخ َوانًا‬،‫ط َعا ًما‬ َ ‫َم ْن ِهيَّأ َ ألَجْ ِل قَ َرا َء ِة َموْ لِ ِد ال َّرسُوْ ِل‬
، َ‫ َح َش َرهُ هللاُ تَ َعالَى يَوْ َم ْالقِيَا َم ِة َم َع ْالفِرْ قَ ِة األَوْ لَى ِمنَ النَّبِيِّ ْين‬،‫ تَ ْع ِظ ْي ًما لِ َموْ لِ ِد ِه‬،‫َوتَ َعطَّ َر َوتَ َج َّم َل‬
َ‫" َو َكانَ فِ ْي أَ ْعلَى ِعلِّيِّ ْين‬.
Maksudnya:

"Barangsiapa menyediakan makanan, mengumpulkan teman-teman, menyiapkan lampu,


memakai pakaian baru, memakai wangian dan menghias dirinya untk membaca dan
mengagungkan maulid Rasul, maka kelak di hari kiamat Allah akan mengumpulkannya
bersama para Nabi, orang-orang yang berada di dalam barisan pertama. Dan dia akan
ditempatkan di `Illiyyin yang tertinggi"

Saudarku yang dirahmati sekalian, kenyataan al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi di atas telah
disampaikan lebih 1200 tahun yang lalu. Disebabkan itu, sungguh pelik jika dikatakan para
ulama’ al-Salaf al-Saleh tidak menyuruh seseorang itu untuk memuliakan dan menyambut
maulid nabi sallallahu`alaihi wasallam. Bentuk peringatan mereka mungkin agak berbeza
dengan peringatan kita dewasa ini, akan tetapi isinya tetap sama iaitu memuliakan kelahiran
Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.

3. PENDAPAT AL-SYEIKH SIRRI AL-SAQATHI (W. 253 H)

Al-Syeikh Sirri al-Saqathi adalah guru kepada al-Syeikh al-Imam al-Junaid al-
Baghdadi. Di samping itu, beliau juga merupakan murid Ma`ruf al-Karkhi rahimahullah.
Kesolehan dan kegigihan al-Syeikh Sirri al-Saqathi rahimahullah dalam beribadah tidak
dinafikan lagi. Al-Syeikh al-Imam al-Junaid rahimahullah berkata:[7]
“Aku tidak melihat seseorang yang lebih hebat ibadahnya daripada Sirri, selama 98 tahun
beliau tidak pernah berbaring kecuali pada saat sakit menjelang wafatnya”.

Ertinya, al-Syeikh Sirri al-Saqathi rahimahullah sentiasa beribadah kepada Allah


ta`ala, siang mahupun malam. Jika harus tidur, itupun beliau lakukan dalam keadaan duduk,
sehingga wudhuknya tidak terbatal.

Sebagaimana guru, al-Syeikh Sirri al-Sqathi rahimahullah memiliki perhatian yang


sangat besar terhadap peringatan maulid Nabi. Beliau mengatakan:[8]

"‫ك‬ َ َ‫اض ْال َجنَّ ِة ألَنَّهُ َما ق‬


َ ِ‫ص َد َذل‬ ِ َ‫ضةً ِم ْن ِري‬ َ ْ‫ص َد َرو‬َ َ‫ضعًا يُ ْق َرأُ فِ ْي ِه َموْ لِ ُد النَّبِ ِّي فَقَ ْد ق‬ َ َ‫َم ْن ق‬
ِ ْ‫ص َد َمو‬
‫ َم ْن أَ َحبَّنِ ْي َكانَ َم ِع ْي فِي ْال َجنَّ ِة‬:‫ال َعلَ ْي ِه السَّال ُم‬
َ َ‫ َوقَ ْد ق‬.‫ض َع إِال لِ َم َحبَّ ِة ال َّرسُوْ ِل‬ ْ
ِ ْ‫"ال َمو‬.

Maksudnya:
"Barangsiapa pergi ke sebuah tempat di mana di sana dibacakan mauled Nabi, maka dia telah
berada di sebuah syurga, kerana tujuannya pergi ke tempat itu tidak lain adalah untuk
mengungkapkan rasa cintanya kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, sedangkan
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda: Barangsiapa mencintaiku, maka dia
bersamaku di syurga"

Cuba kita perhatikan dengan teliti, beliau menyatakan bahawa seseorang yang duduk
di tempat pembacaan maulid Nabi demi cintanya kepada Rasulullah sallallahu`alaihi
wasallam bererti dia sedang duduk di taman Syurga. Kenyataan al-Syeikh Sirri al-Saqathi di
atas diucapkan selepas beliau mendalami al-Quran dan al-Hadith serta mengamalkannya.
Sekarang terpulang kepada anda, sama ada mahu mengikut pendapat ulama’ yang kami
kemukakan atau mahu mengikut pandagan golongan-golongan yang sesat seperti wahhabi
yang mengharamkan dan membid`ahkan maulid dan kesalehan mereka juga belum diuji.

4. PENDAPAT AL-SYEIKH AL-JUNAID AL-BAGHDADI (W. 297 H)

Al-Imam al-Junaid rahimahullah, dikenali sebagai pemimpin para sufi. Semenjak


kecil tanda-tanda kesolehan beliau telah tampak pada diri beliau. Beliau tekun belajar dan
beribadah hingga dalam usia yang masih sangat muda iaitu 20 tahun, beliau telah mendapat
kepercayaan untuk menjadi mufti[9] pada usia yang begitu muda[10].

Setiap hari, al-Imam al-Junaid berniaga di kedainya. Di sana, beliau bukan hanya
berniaga bahkan beberapa riwayat mengatakan bahawa setiap kali al-Syeikh al-Junaid
memasuki kedainya, maka dia mengerjakan solat sunat sebanyak 400 rakaat[11].

Sebagaimana pendahuluanya, al-Imam Junaid al-Bagdhdadi rahimahullah sangat


memuliakan maulid Nabi. Beliau mengatakan:

"‫ض َر َموْ لِ َد ال َّرسُوْ ِل َوعَظَّ َم قَ ْد َرهُ فَقَ ْد فَا َز بِا ِإل ْي َما ِن‬
َ ‫" َم ْن َح‬.
Maksudnya:

"Barangsiapa menghadiri mauled Rasul dan mengagungkan (memuliakan) kedudukannya,


maka dia telah Berjaya dengan keimanan"
Cuba anda perhatikan, al-Syeikh al-Junaid al-Baghdadi menjadikan semangat untuk
memuliakan maulid nabi sebagai kayu ukur iman.seseorang yang sempurna imannya akan
menghadiri, memuliakan dan mengagungkan peringatan maulid nabi Muhammad
sallallahu`alaihi wasallam.

PENDAPAT ULAMA’ KHALAF

1. PENDAPAT AL-SYEIKH `ABDULLAH AS`AD AL-YAFI`I

Al-Syeikh `Abdullah bin As`ad al-Yafi`i rahimahullah merupakan seorang ulama’


terkemuka dalam dunia Islam. Karya beliau sangat banyak, salah satunya adalah Raudh al-
Rayyahin. Sebagai seorang yang pakar mengenai sejarah Islam, beliau sangat meneliti sejarah
kehidupan baginda Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Oleh itu, kerana menjawab
persoalan maulid, beliau berkata:

"‫ار َسبَبًا لِقِ َرا َء ِة َموْ لِ ِد‬


َ ‫ص‬َ ‫َم ْن َج َم َع لِ َموْ لِ ِد النَّبِ ِّي إِ ْخ َوانًا َو ِهيَّأ َ طَ َعا ًما َوأَ ْخلَى َم َكانًا َو َع ِم َل إِحْ َسانًا َو‬
ِّ ‫"ال َّرسُوْ ِل بَ َعثَهُ هللاُ يَوْ َم ْالقِيَا َم ِة َم َع ال‬.
ِ ‫ص ِد ْيقِ ْينَ َوال ُّشهَدَا ِء َوالصَّالِ ِح ْينَ َويَ ُكوْ ُن فِ ْي َجنَّا‬
‫ت النَّ ِعي ِْم‬
Maksudnya:

"Barangsiapa mengumpulkan teman-temannya, mempersiapkan hidangan, menyediakan


tempat, melakukan kebaikan untuk maulid Nabi dan semua itu menjadi sebab pembacaan
maulid Rasul, maka di hari kiamat kelak Allah akan membangkitkannya bersama orang-
orang yang siddiq, para syuhada dan kaum solihin. Dan kelaik ia akan berada di syurga-
syurga yang penuh kenikmatan".

Wahai saudaraku, cuba anda perhatikan kenyataan beliau rahimahullah di atas.


Sebagai orang yang merindukan syurga, apakah kita tidak ingin memakmurkan dan membuat
majlis maulid Nabi?

2. PENDAPAT AL-HAFIZ ABU BAKAR BIN `ABD AL-RAHMAN AL-SUYUTHI (W.


911 H)

Al-Imam al-Suyuthi merupakan salah seorang ulama besar yang lahir pada bulan
Rejab 849 Hijrah. Keluasan ilmu beliau telah terbukti dengan berbagai karya karangan beliau
lebih daripada 400 buah kitab. Di samping itu, beliau menghafal al-Quran, beliau juga
menghafal beberapa kitab besar seperti al-Minhaj karangan al-Imam Nawawi[12] dan juga al-
`Umdah. Beliau juga disebut-sebut sebagai mujaddid iaitu pembaharuan pada abad ke-9
hijrah.

Dalam himpunan fatwanya, al-Jafiz al-Suyuthi menulis satu bab khusus yang
menjelaskan keutamaan peringatan maulid nabi. Di bawah ini kami nukilkan dua kenyataan
beliau, insya Allah akan membangkitkan semangat kita untuk memuliakan hari kelahiran
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Beliau ditanya mengenai hukum menyambut maulid,
maka beliau berkata:[13]

"ُ‫اس َوقِ َرا َءةُ َما تَيَ َّس َر ِمنَ القُرْ َءا ِن َو ِر َوايَة‬ ِ َّ‫ع الن‬ ُ ‫ِع ْن ِديْ أَ َّن أَصْ َل َع َم ِل ْال َم ِولِ ِد الَّ ِذيْ هُ َو اجْ تِ َما‬
ُ‫ ثُ َّم يُ َم ُّد لَهُ ْم ِس َماطٌ يَأْ ُكلُوْ نَه‬،‫ت‬
ِ ‫ار َد ِة فِ ْي َم ْب َدإِ أَ ْم ِر النَّبِ ِّي َو َما َوقَ َع فِ ْي َموْ لِ ِد ِه ِمنَ اآليَا‬
ِ ‫ار ْال َو‬
ِ َ‫األَ ْخب‬
َ ‫َع ْال َح َسنَ ِة الَّتِ ْي يُثَابُ َعلَ ْيهَا‬
‫صا ِحبُهَا لِ َما فِ ْي ِه‬ ِ ‫ك هُ َو ِمنَ ْالبِد‬ َ ِ‫ص ِرفُوْ نَ ِم ْن َغي ِْر ِزيَا َد ٍة َعلَى ذل‬ َ ‫َويَ ْن‬
ْ ِ‫ْظي ِْم قَ ْد ِر النَّبِ ِّي َوإ‬
ِ ‫ار بِ َموْ لِ ِد ِه ال َّش ِري‬
‫ْف‬ ِ ‫ار ْالفَ َر‬
ِ ‫ح َواال ْستِ ْب َش‬ ِ َ‫ظه‬ ِ ‫" ِم ْن تَع‬.
Maksudnya:

"Menurutku, isi peringatan daripada peringatan Maulid Nabi adalah berkumpulnya


masyarakat, pembacaan sebahagian ayat al-Quran, pembacaan riwayat yang menjelaskan
awal perjuangan Nabi sallallahu`alaihi wasallam dan berbagai peristiwa besar yang terjadi
saat kelahiran baginda, penyajian maknana kepada hadirin dan mereka pun menyantap dan
kemudian pergi tanpa melakukan perbuatan lain. Perbuatan seperti ini merupakan sebuah
bid`ah hasanah yang pelakunya akan mendapat pahala. Sebab, di dalam peringatan maulid itu
terdapat perbuatan permuliaan Nabi dan mewujudkan rasa senang dan bahagia atas kelahiran
baginda sallallahu`alaihi wasallam yang mulia".

Di dalam kesempatan yang lain, beliau juga mengatakan:[14]

"‫ت‬ِ ‫ َواآلفَا‬.َ‫َو َما ِم ْن ُم ْسلِ ٍم قُ ِرى َء فِ ْي بَ ْيتِ ِه َموْ لِ ُد النَّبِ ِّي إِال َرفَ َع هللاُ تَ َعالَى ْالقَحْ طَ َو ْال َوبَا َء َو ْال َحرْ ق‬
َ‫ فَإ ِ َذا َمات‬،‫ت‬ ِ ‫ك ْالبَ ْي‬ َ ِ‫ص ع َْن أَ ْه ِل َذل‬َ ْ‫ض َو ْال َح َس َد َو َع ْينَ السُّوْ ِء َواللُّصُو‬ َ ‫ت َو ْالبَ ْغ‬ ِ ‫ت َوالنَّ َكبَا‬ِ ‫َو ْالبَلِيَّا‬
‫ْك ُم ْقتَ ِد ٍر‬
ٍ ‫ق ِع ْن َد َملِي‬
ٍ ‫ص ْد‬ِ ‫ َو َكانَ فِ ْي َم ْق َع ِد‬،‫اب ُم ْن َك َر َونَ ِكي َْر‬
َ ‫"هَوَّنَ هللاُ تَ َعالَى َعلَ ْي ِه َج َو‬.
Maksudnya:

"Tidaklah sebuah rumah Muslim dibacakan maulid nabi padanya melainkan Allah singkirkan
kelaparan, wabak penyakit, kebakaran, berbagai jenis bencana, kebencian, kedengkian,
pandangan buruk, serta pencurian daripada penghuni rumah itu dan jika ia meninggal dunia,
maka Allah memberinya kemudahan untuk menjawab pertanyaan Malaikat Munkar dan
Nakir. Dan dia kelak akan berada di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Maha
Berkuasa".

3. PENDAPAT AL-SYEIKH AL-ISLAM AL-KHATIMAH AL-HUFFAZH AMIR AL-


MU’MININ FI AL-HADITH, AL-IMAM AHMAD IBN HAJAR AL-`ASQALANI (W.
852 H).

Al-Syaikh al-Islam Khatimah al-Huffazh Amir al-Mu’minin Fi al-Hadith al-Imam


Ahmad Ibn Hajar al-`Asqalani. Beliau menyatakan seperti berikut:

"‫ َول ِكنَّهَا َم َع ذلِكَ قَ ْد‬،‫ح ِمنَ ْالقُرُوْ ِن الثَّالَثَ ِة‬ِ ِ‫ف الصَّال‬ ِ َ‫أَصْ ُل َع َم ِل ْال َموْ لِ ِد بِ ْد َعةٌ لَ ْم تُ ْنقَلْ ع َِن ال َّسل‬
ً‫َت بِ ْد َعة‬
ْ ‫ض َّدهَا َكان‬ ِ ‫ب‬ َ َّ‫ فَ َم ْن تَ َحرَّى فِ ْي َع َملِهَا ْال َم َحا ِسنَ َوتَ َجن‬،‫ض ِّدهَا‬ِ ‫ت َعلَى َم َحا ِسنَ َو‬ ْ َ‫ا ْشتَ َمل‬
‫ت‬ٍ ِ‫"وقَ ْد ظَهَ َر لِ ْي ت َْخ ِر ْي ُجهَا َعلَى أَصْ ٍل ثَاب‬ َ :‫ َوقَا َل‬."ً‫"ح َسنَة‬. َ
Maksudnya:

“Asal peringatan maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukikan daripada (ulama’) al-
Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama, tetapi demikian peringatan maulid
mengandungi kebaikan dan lawannya (keburukan), jadi barangsiapa dalam peringatan maulid
berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi lawannya (hal-hal yang buruk),
maka itu adalah bid`ah hasanah”. Al-Hafizh Ibn Hajar juga mengatakan: “Dan telah nyata
bagiku dasar pengambilan peringatan Maulid di atas dalil yang thabit (Sahih)”.
4. PENDAPAT AL-IMAM AL-HAFIZH AL-SAKHAWI

Al-Imam al-Hafizh al-Sakhawi seperti disebutkan di dalam “al-Ajwibah al-


Mardliyyah”, seperti berikut:

"‫ ثُ َّم َما‬،‫َث "بَ ْع ُد‬ َ ‫ َوإِنَّ َما َحد‬،‫ضلَ ِة‬ ِ ‫ح فِ ْي ْالقُرُوْ ِن الثَّالَثَ ِة ْالفَا‬ ِ ِ‫ف الصَّال‬ ِ َ‫لَ ْم يُ ْنقَلْ ع َْن أَ َح ٍد ِمنَ ال َّسل‬
‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه‬- َ ‫ار َو ْال ُمـ ُد ِن ْال ِعظَ ِام يَحْ تَفِلُوْ نَ فِ ْي َشه ِْر َموْ لِ ِد ِه‬ ِ َ‫اإل ْسالَ ِم فِ ْي َسائِ ِر األَ ْقط‬ ِ ‫زَال أَ ْهـ ُل‬ َ
،‫ يَ ْع َملُوْ نَ ْال َوالَئِ َم ْالبَ ِد ْي َعةَ ْال ُم ْشتَ ِملَةَ َعلَى األُ ُموْ ِر البَ ِه َج ِة ال َّرفِ ْي َع ِة‬-‫َو َسلَّ َم َو َش َّرفَ َو َك َّر َم‬
ِ ‫ َويَ ِز ْي ُدوْ نَ فِ ْي ْال َمبَرَّا‬،‫ُظ ِهرُوْ نَ ال ُّسرُوْ َر‬ ْ ‫ َوي‬،‫ت‬
ْ‫ بَل‬،‫ت‬ ِ ‫ص َدقَا‬ َّ ‫اع ال‬ِ ‫َص َّدقُوْ نَ فِ ْي لَيَالِ ْي ِه بِأ َ ْن َو‬ َ ‫َويَت‬
‫ْث َكانَ ِم َّما‬ ُ ‫َظهَ ُر َعلَ ْي ِه ْم ِم ْن بَ َر َكاتِ ِه ُكلُّ فَضْ ٍل َع ِمي ٍْم بِ َحي‬ ْ ‫ َوت‬،‫يَ ْعتَنُوْ نَ بِقِ َرا َء ِة َموْ لِ ِد ِه ْال َك ِري ِْم‬
‫صحِّ لَ ْيلَةَ ا ِإل ْثنَ ْي ِن الثَّانِ َي َع َش َر ِم ْن َشه ِْر‬ َ َ‫ْف َعلَى األ‬ ُ ‫ َكانَ َموْ لِ ُدهُ ال َّش ِري‬:‫ت‬ ُ ‫ "قُ ْل‬:‫ال‬ َ َ‫ ثُ َّم ق‬."‫ِّب‬ َ ‫ُجر‬
َ‫ َو ِح ْينَئِ ٍذ فَال‬،‫ك‬ ٍ ‫ لِثَ َم‬:‫ َوقِي َْل‬،ُ‫ لِلَ ْيلَتَي ِْن خَ لَتَا ِم ْنه‬:‫ َوقِي َْل‬،‫َربِيْع األَ َّو ِل‬
َ ِ‫ لِ َع ْش ٍر َوقِ ْي َل َغ ْي ُر َذل‬:‫ َوقِ ْي َل‬،‫ان‬
‫ب اال ْستِطَا َع ِة بَلْ يَحْ س ُُن فِ ْي أَي َِّام ال َّشه ِْر ُكلِّهَا‬ ِ ‫س بِفِع ِْل ْال َخي ِْر ِف ْي ه ِذ ِه األَي َِّام َواللَّيَالِ ْي َعلَى َح َس‬ َ ْ‫بَأ‬
‫" َولَيَالِ ْي ِه‬.
Maksudnya:

“Peringatan Maulid Nabi belum pernah dilakukan oleh seorangpun daripada kaum al-Salaf
al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama yang mulia, melainkan baru ada setelah itu di
kemudian. Dan ummat Islam di semua daerah dan kota-kota besar sentiasa mengadakan
peringatan Maulid Nabi pada bulan kelahiran Rasulullah. Mereka mengadakan jamuan-
jamuan makan yang luar biasa dan diisi dengan hal-hal yang menggembirakan dan baik. Pada
malam harinya, mereka mengeluarkan berbagai-bagai sedekah, mereka menampakkan
kegembiraan dan suka cita. Mereka melakukan kebaikan-kebaikan lebih daripada
kebiasaannya. Bahkan mereka berkumpul dengan membaca buku-buku maulid. Dan
nampaklah keberkahan Nabi dan Maulid secara menyeluruh. Dan ini semua telah teruji”.
Kemudian al-Sakhawi berkata: “Aku Katakan: “Tanggal kelahiran Nabi menurut pendapat
yang paling sahih adalah malam Isnin, tanggal 12 bulan Rabi’ul Awwal. Menurut pendapat
lain malam tanggal 2, 8, 10 dan masih ada pendapat-pendapat lain. Oleh kerananya tidak
mengapa melakukan kebaikan bila pun pada siang hari dan waktu malam ini sesuai dengan
kesiapan yang ada, bahkan baik jika dilakukan pada siang hari dan waktu malam bulan
Rabi'ul Awwal seluruhnya” .

5. PENDAPAT AL-SYEIKH AL-SAYYID AHMAD ZAINI DAHLAN (W. 1304 H)

Telah berkata al-Syeikh al-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan (W. 1304 H) di dalam
kitabnya Sirah al-Nabi, merupakan Mufti Besar Mazhab Syafi`e di Makkah:[15]

‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َوهَ َذا ْالقِيَا ُم ُم ْست ََحبُّ لِ َما فِ ْي ِه‬ َ َّ‫ت ْال َعا َدةُ أَ َّن الن‬
َ ‫اس إِ َذا َس ِمعُوْ ا ِذ ْك َر َوضْ ِع ِه‬ ِ ‫َج ُر‬
‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه‬ َ ‫ِم ْن تَ ْع ِظي ِْم النَّبِ ِّي‬
‫ك َكثِ ْي ُر ِم ْن ُعلَ َما ِء األُ َّم ِة الَّ ِذ ْينَ يُ ْفدَى بِ ِه ْم‬
َ ِ‫َو َسلَّ َم َوقَ ْد فَ َع َل َذل‬
Maksudnya:

"Telah berlaku kebiasaan, bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka
ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersam-sama untuk menghormat dan membesarkan Nabi
Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Berdiri ini adalah suatu perbuatan yang baik kerana
dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam dan sesungguhnya
telah mengerjakan perbuatan seperti itu dikalangan daripada ulama’-ulama’ ikutan ummat".

Al-Syeikh al-Sayyid Zaini Dahlan berpendapat bahawa mengadakan maulid Nabi


dengan membaca kisah-kisah baginda dan berdiri ketika sampai pembacaan pada lahirnya
Nabi adalah suatu perbuatan yang baik.

Sayyid Zaini Dahlan merupakan Mufti Besar Mazhab Syafi`e di Makkah (W. 1304
H), di antara kitab karangan beliau adalah:

1. Al-Futuh al-Islamiyyah.
2. Tarikh Daulah al-Islamiyyah.
3. Al-Durar al-Saniyyah Fi al-Radd `ala al-Wahhabiyyah.

4. PENDAPAT AL-SYEIKH AL-HALABI

Telah berkata al-Syeikh al-Halabi mengenai maulid di dalam kitab Sirahnya:[16]

"‫ي اجْ تَ َم َع ِع ْن َدهُ ِم ْن ُعلَ َما ِء َعصْ ِر ِه‬ ِ ‫ضهُ ْم أَ َّن‬


َّ ‫اإل َما َم ال ُّس ْب ِك‬ ُ ‫قَا َل ْال َحلَبِ ُّي فِي ال ِّس ْي َر ِة فَقَ ْد َح َكى بَ ْع‬
َ ِ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم فَ ِع ْن َد َذل‬
ِ ‫ك قَا َم‬
‫اإل َما ُم ال ُّس ْب ِك ُّي‬ َ ْ‫فَأ َ ْن َش َد ُم ْن ِش ُدهُ قَوْ َل الصَّر‬
َ ‫ص ِريِّ فِ ْي َم ْد ِح ِه‬
ِ ِ‫" َو َج ِم ْي ُع َم ْن بِ ْال َمجْ ل‬.
‫س‬
Maksudnya:

"Berkata al-Halabi di dalam kitab Sirah: Telah dikhabarkan bahawa di hadapan al-Imam al-
Subki pada suatu kali ketika berkumpul ramai ulama’-ulama’ pada zaman itu. Kemudian
salah seorang daripada mereka membaca perkataan Sarsari dalam memuji Nabi. Pada ketika
itu al-Imam al-Subki dan sekalian ulama’ yang hadir berdiri bagi menghormati Nabi".

Al-Imam Taqiyyuddin al-Subki rahimahullah adalah asalah seorang ulama’ besar


dalam mazhab Syafi`e, beliau adalah pengarang kitab “Takmilah al-Majmu`” iaitu
sambungan daripada kitab “al-Majmu` Syar al-Muhazzab” karangan al-Imam al-Nawawi.

Anak beliau juga merupakan seorang ulama’ besar iaitu Tajuddin al-Subki (W. 657 H)
pengarang kitab “Jam`u al-Jawami`”, kitab usul fiqh besar yang telah diguna pakai oleh dunia
Islam di dalam mempelajari usul fiqh.

Beliau juga berpendapat bahawa berdiri ketika mendengar kisah Nabi dilahirkan
adalah suatu pekerjaan yang baik demi menghormati Nabi.

5. PENDAPAT AL-IMAM ABU SYAMAH

Telah berkata al-Imam Abu Syamah mengenai maulid Nabi:[17]


"‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه‬ َ ‫ق لِيَوْ ِم َموْ لِ ِد ِه‬ِ ِ‫َام فِي ْاليَوْ ِم ْال ُم َواف‬ ٍ ‫َو ِم ْن اَحْ َس ِن َما ا ْبتُ ِد َع فِ ْي َز َمنِنَا َما يُ ْف َع ُل ُكلُّ ع‬
‫ك َم َع َما فِ ْي ِه ِمنَ ا ِإلحْ َسا ِن‬ َ ِ‫ار ال ِّز ْينَ ِة َوال ُّسرُوْ ِر فَإ ِ َّن َذل‬ ِ َ‫ظه‬ ْ ِ‫ف َوإ‬
ِ ْ‫ت َو ْال َم ْعرُو‬ ِ ‫ص َدقَا‬ َّ ‫َو َسلَّ َم ِمنَ ال‬
‫ك َوبِ ُش ْك ِر هللاِ تَ َعالَى‬ َ ِ‫ب فَا ِع ِل َذل‬ ِ ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َوتَ ْع ِظ ْي ِم ِه فِ ْي قَ ْل‬
َ ‫لِ ْلفُقَ َرا ِء ُم ْش ِع ٌر بِ َم َحبَّ ِة النَّبِ ِّي‬
‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم الَّ ِذيْ أَرْ َسلَهُ َرحْ َمةً لِ ْل َعالَ ِميْن‬ َ ِ‫" َعلَى َما َما َم َّن بِ ِه ِم ْن إِ ْي َجا ِد َرسُوْ ِل هللا‬.
Maksudnya:

"Suatu hal yang baik ialah apa yang dibuat tiap-tiap tahun, bersetuju dengan hari maulid Nabi
Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, memberi sedekah, membuat kebajikan, melahirkan
kegembiraan dan kesenangan, maka hal itu selain berbuat baik bagi fakir miskin, juga
mengingatkan kita untuk mengasihi junjungan kita Nabi Muhammad sallallahu`alaihi
wasallam, membesarkan baginda dan bersyukur kepada Tuhan atas kurniaan-Nya yang telah
mengirim Rasul bagi kebahagiaan seluruh makhluk".

Al-Imam Abu Syamah adalah seorang ulama’ besar dalam mazhab Syafi`e. Beliau
hidup pada abad ke-VII Hijrah dan beliau adalah guru dari al-Imam al-Nawawi.

Beliau berpendapat bahawa:

Merayakan maulid Nabi dengan suatu perayaan dengan perbanyak sedekah dan bakti pada
hari maulid dan melahirkan kegembiraan atas maulid Nabi adalah suatu “bid`ah
hasanah/baik” iaitu sesiapa yang mengerjakannya akan mendapat pahala.

Mengadakan perayaan maulid Nabi adalah manifestasi daripada kecintaan kita kepada
Nabi kita Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.

Daripada pendapat ulama’-ulama’ Ahlussunnah Waljama`ah, dapatlah suatu


keterangan yang jelas kepada kita semua iaitu bid`ah terbahagi kepada dua bahagian:

Bid`ah Hasanah iaitu suatu perkara yang dilakukan dan ia belum pernah dilakukan
oleh Nabi di zamannya tetapi ia adalah perbuatan baik, berfaedah, untuk umum dan
berfaedah kepada masyarakat.

Seperti pembinaan sekolah agama, mengarang buku-buku agama, mengumpulkan al-


Quran dalam satu mushaf, membina Universiti-universiti Islam, mengarang kitab-kitab
hadith, semuanya belum ada pada zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tetapi
perbuatan tersebut baik pada agama dan untuk masyarakat.

Perayaan maulid Nabi memang tidak di zaman nabi tetapi ia sangat baik untuk
disambut kerana ia dapat membangkitkan rasa cinta kepada Nabi, mengasihi Nabi,
mengenang perjuangan Nabi, mencontohi akhlak Nabi dan sebagainya. Maka hal itu adalah
bid`ah hasanah iaitu bid`ah yang baik dan sesiapa mengerjakannya akan mendapat pahala.

Bid`ah Sayyi`ah, iaitu bid`ah yang buruk dan keji dan barangsiapa melakukannya
akan mendapat dosa seperti sembahyang dalam bahasa melayu, azan dalam bahasa melayu
dan sebagainya.

Kesimpulannya, saudara-saudaraku boleh melihat kenyataan-kenyataan ulama’-


ulama’ Islam generasi Tabi`in sehinggalah ulama’ mutaakhirin seperti di atas dan masih
banyak lagi yang kami tidak sempat untuk menukilkan, hanya sekadar ini sahaja daripada
kami. Semua ulama’-ulama’ generasi tabi`in dan mutaakhirin setuju dan menggalakkan
pembacaan maulid Nabi yang merupakan salah satu bentuk peringatan Maulid Nabi.

Kepada saudara-saudarku sekalian, sebenarnya pendapat mereka sudah cukup kuat


untuk dijadikan dalil bagi kita untk mencontohi dan meneladani mereka, akan tetapi demi
memuaskan dahaga para penuntut ilmu, marilah kita sama-sama pelajarinya dengan baik
sumber-sumber hukum peringatan maulid Nabi tersebut secara lebih terperinci agar ia
menjadi benteng AHLUSSUNNAH WALJAMA`AH di generasi kita dan generasi yang akan
datang.

Semoga Allah membukakan pintu hati kita untuk menerima kebenaran sebagai sebuah
kebenaran dan kemudian bersedia mengikutinya dengan senang hati. Amiin Ya Rabb.

[1] Ahmad bin Zain al-Habsyi (1987), Syarh al-`Ainiyyah, Singapura: Kerjaya, cet. 1, h. 29-
30.

[2] Al-Imam Hasan al-Basri merupakan salah seorang tabi`in yang agung. Ayah beliau
adalah budak Zaid bin Thabit al-Ansari radiyallahu`anhu dan ibunya bernama Khariyyah
adalah budak Ummu Salamah radiyallhu`anha. Beliau dilahirkan pada 2 tahun terakhir
sebelum wafatnya Khalifah `Umar al-Khattab radiyallahu`anhu. Beliau sempat bertemu
sekurang-kurangnya 100 orang sahabat Nabi sallallahu`alaihi wasallam. Beliau wafat pada
bulan Rejab 116 hijrah dalam usia 89 tahun. Kenyataan di bawah ini adalah salah satu
ungkapan hikmah beliau:

“Sesungguhnya, ketika seseorang melakukan perbuatan baik, ia akan membuat hatinya


bercahaya dan tubuhnya kuat. Sedangkan ketika seseorang itu melakukan perbuatan buruk, ia
akan membuatkan hatinya menjadi gelap dan tubuhnya menjadi lemah”

[3] Al-Zahabi (t.t.), Siyar A`lam Nubala’, Beirut: Dar al-Fikir, j. 3, h. 410.

[4] Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anath al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-
Fikir, j. 3, h. 255.

[5] Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin (t.t), al-Risalah al-Qusyairiyyah, (t.tp): Dar al-
Khair, h. 427-428.

[6] Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anah al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-
Fikir, j. 3, h. 255.

[7] Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin (t.t), al-Risalah al-Qusyairiyyah, (t.tp): Dar al-
Khair, h. 417-418.

[8] Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anah al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-
Fikir, j. 3, h. 255.

[9] Mufti ialah orang yang dapat mengeluarkan fatwa dalam berbagai permasalahan agama
kerana keluasan dan ketinggian ilmunya serta keluhuran budinya.

[10] Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin (t.t), al-Risalah al-Qusyairiyyah, (t.tp): Dar
al-Khair, h. 430.
[11] Ibid, 430.

[12] Al-Imam al-Nawawi rahimahullah nama asalnya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya
bin Syaraf al-Nawawi. Lahir di Nawa pada bulan Muharram 631 hijrah. Sejak kecil lagi
beliau telah menghafal al-Quran. Pada tahun 649 hijrah. Beliau menuntut ilmu di Dimaskus.
Selama dua tahun di sana, beliau tidak pernah tidur berbaring. Beliau tidur dengan duduk.
Dalam waktu empat bulan setengah, beliau telah menghafal kitab al-Tanbih. Kitab-kitab
karangan beliau sangat banyak seperti Ridayus al-Salihin yang telah tersebar ke seluruh
penjuru dunia dan banyak di baca di tanah air kita. Beliau wafat pada 24 Rejab 676 hijrah di
Nawa dalam usia 45 tahun. (Lihat Faruq Hamadah (t.t.), Dalil al-Raghibin Ila Riyad al-
Salihin, (t.tp): Dar al-Thaqafah, cet 1, h. 10-12.

[13] `Abd al-Rahman bin Abu Bakar al-Suyuthi (t.t), al-Hawi Li al-Fatawi, (t.tp): Dar al-
Fikir, j. 1, h. 221-222.

[14] Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anah al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-
Fikir, j. 3, h. 255.

[15] Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anath al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-
Fikir, j. 3, h. 363.

[16]Ibid, h. 364.

[17]Ibid. 364.

You might also like