You are on page 1of 12

Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2009

TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

UNIT 5: WARISAN KESENIAN PELBAGAI KAUM

Soalan 1 berdasarkan pernyataan di bawah.


 Sejenis alat tiupan
 Diperbuat daripada perak
 Mengeluarkan bunyi yang sayup
 Digunakan dalam istiadat istana,
pertabalan dan hari keputeraan Sultan

1. Alat muzik di atas merujuk kepada


A. Gong
B. Nafiri
C. Serunai
D. Seruling

2. Permainan tibow ialah permainan tradisional yang popular dalam kalangan suku kaum
A. Iban
B. Kenyah
C. Melanau
D. Kadazan

3. Manakah alat-alat muzik berikut digunakan untuk mengiringi tarian zapin?


I. Rebab
II.Gambus
III. Gesekan biola
IV. Paluan gendang
A. I, II, dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Soalan 4 berdasarkan pernyataan di bawah.

 Tarian tradisi suku kaum Murut


 Kebiasaanya tarian ini tidak memerlukan
iringan muzik
 Tarian diiringi irama bunyi dua batang
buluh yang dilagakan serentak dengan
kuat

4. Pernyataan di atas merujuk kepada tarian


A. Ngajat
B. Gambang
C. Tatanduk
D. Magunatip
Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2009

5. Alat muzik yang berikut dimainkan dengan cara memukul rangka badan kecuali
A. sape
B. kesi
C. gong
D. angklung

6. Apakah unsur-unsur yang dipercayai terdapat dalam persembahan makyung?


A. Pemujaan terhadap laut
B. Pemujaan terhadap alam
C. Pemujaan terhadap pahlawan
D. Pemujaan terhadap puteri raja

7. Bilakah permainan tradisional dimainkan oleh masyarakat kampung?


A. Semasa musim panas
B. Semasa musim menuai
C. Semasa musim tengkujuh
D. Selepas berakhirnya musim menuai

8. Pada zaman dahulu, songket hanya layak dipakai oleh


A. golongan pedagang
B. golongan bangsawan
C. golongan kebanyakan
D. golongan bijak pandai

9. Bagaimanakah bangunan bersejarah dapat dikekalkan?


A. Membaik pulih bangunan lama
B. Membiarkan bangunan tersebut
C. Melarang sebarang aktiviti dalam bangunan tersebut
D. Melarang orang ramai mengunjungi bangunan tersebut

10. Penyataan berikut merupakan objektif penubuhan Istana Budaya, kecuali


A. meningkatkan persembahan seni pentas
B. meningkatkan mutu persembahan teater
C. menarik kedatangan pelancong dari luar negara
D. memupuk minat orang ramai terhadap persembahan seni pentas

TEMA 5 : MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

UNIT 6: DEMOKRASI BERPARLIMEN


Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2009

1. Pilihan raya umum diadakan dalam tempoh __________ sekali.


A. tiga tahun
B. empat tahun
C. lima tahun
D. enam tahun

2. _________________ ialah rang undang – undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan
Negeri.
A. Akta
B. Enakmen
C. Peraturan
D. Perlembagaan

3. Apakah tugas utama Dewan Rakyat?


A. Membubarkan Parlimen
B. Meluluskan undang-undang
C. Membahaskan undang-undang
D. Menjadi pemerhati kepada pilihan raya yang diadakan

4. Siapakah yang akan membentangkan belanjawan negara dalam Mesyuarat Belanjawan


Negara?
A. Senator
B. Perdana Menteri
C. Menteri Kewangan
D. Timbalan Perdana Menteri

5. X ialah

Negara Persekutuan

Kerajaan Pusat X

A. Kerajaan Negeri
B. Kerajaan Campuran
C. Kerajaan Pemerintah
D. Kerajaan Pembangkang

6. Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia?


A. Monarki
B. Komunis
C. Autokrasi
D. Demokrasi
Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2009

7. Namakan badan yang bertanggungjawab mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan


pilihan raya.
A. Suruhanjaya Pendidikan
B. Suruhanjaya Pilihanraya
C. Jabatan Perkhidmatan Awam
D. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

8. Yang berikut merupakan individu yang layak mengundi, kecuali


A. Tentera
B. warga tua
C. orang cacat
D. kanak-kanak

9. Apakah peranan perlimen?


A. Tempat untuk membuat aduan awam
B. Melindungi hak dan kepentingan pendatang asing
C. Melindungi hak dan kepentingan kaum bumiputera
D. Menggubal undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

10. Yang berikut merupakan komponen parlimen, kecuali


A. Sultan
B. Dewan Rakyat
C. Dewan Negara
D. Yang di-Pertuan Agong

BAB 7: RAJA BERPERLEMBAGAAN

1. Siapakah yang perlu hadir apabila Mesyuarat Majlis Raja-Raja membincangkan hal-
hal berkaitan dengan dasar negara?
I. Menteri Besar
II. Ketua Menteri
III. Perdana Menteri
Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2009

IV. Timbalan Perdana Menteri


A. I, II, dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

2. Peranan melantik dan melucutkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dilakukan oleh
A. Perdana Menteri
B. Majlis Raja – Raja
C. Yang di – Pertuan Agong
D. Penyimpan Mohor Besar Raja – Raja

3. Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap negeri-negeri di bawah?


 Sabah
 Melaka
 Sarawak
 Pulau Pinang
A. Ketua Negeri
B. Ketua Menteri
C. Ketua Agama Islam
D. Ketua Pelbagai Agama

4. Tugas Majlis Raja – Raja adalah seperti yang berikut, kecuali


A. memilih dan memecat Yang di – Pertuan Agong melalui budi bicara
B. menimbangkan perkara – perkara berkaitan dengan dasar – dasar negara
C. menyetujui atau tidak menyetujui sebarang perkara yang berkaitan dengan agama Islam
D. menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang – undang menurut Perlembagaan.

5. Pernyataan di bawah merujuk kepada


 Jurucakap rasmi Majlis Raja-Raja
 Setiausaha kepada Majlis Raja-Raja
 Dilantik oleh Majlis Raja-Raja

A. Yang di Pertua Negeri


B. Setiausaha Yang di Pertuan Agong.
C. Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja
D. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

6. Antara berikut merupakan anggota majlis raja-raja, kecuali


A. sultan
B. Ketua Menteri
C. Yang di-Pertuan Agong
D. Timbalan Yang di-Pertuan Agong

7. Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada nasihat


Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2009

A. Menteri Besar
B. Ketua Menteri
C. Perdana Menteri
D. Dewan Undangan Negeri

8. Berikut adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, kecuali


A. menangguh dan membubarkan parlimen
B. mengampunkan pesalah Makamah Syariah
C. menjalankan kuasa sebagai raja di negeri sendiri
D. ketua agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan

9. Siapakah yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong jika baginda mengadakan
lawatan ke luar Negara?
A. Perdana Menteri
B. Menteri-menteri
C. Majlis Raja-raja
D. Timbalan Yang di-Pertuan Agong

10. Yang di-Pertuan Agong akan bersetuju terhadap rang yang diluluskan oleh __________
sebelum dijadikan undang-undang.
A. Parlimen
B. Dewan Rakyat
C. Dewan Negara
D. Dewan Undangan Negeri

BAB 8: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KITA

1. Apakah sikap yang patut dilakukan oleh warganegara untuk menjamin keamanan negara
yang berkekalan?
A. Menghormati hak orang lain
B. Menimbulkan isu – isu sensitif
C. Bersuara untuk kepentingan diri
Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2009

D. Menabur fitnah dan mencerca orang lain

2. ____________ merupakan badan yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pilihan


raya di negara kita.

A. Suruhanjaya Diraja
B. Suruhanjaya Pilihan Raya
C. Jabatan Pendaftaran Negara
D. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Soalan 3 berdasarkan pernyataan di bawah.

 Layak untuk mendaftar sebagai pengundi


 Mempunyai hak untuk memilih pemimpin menerusi pilihan
raya

3. Ciri-ciri di atas merujuk kepada warganegara yang


A. sempurna akalnya
B. dijatuhkan hukuman
C. berumur 20 tahun ke atas
D. mendapat kerakyatan asing

4. Apakah sifat seseorang warganegara yang perlu ditunjukkan apabila berada di luar negara?
A. Tabah
B. Cekal
C. Berani
D. Bersopan – santun

5. Kebebasan bersuara merujuk kepada


I. Mesyuarat rasa tidak puas hati melaui saluran yang betul
II. Mengusulkan sesuatu perkara untuk kebaikan orang ramai
III. Memberikan pendapat dan cadangan untuk kepentingan umum
IV. Memberikan pendapat dengan niat untuk menghasut orang ramai
A. I, II, dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

6. Berikut merupakan cara kita menjaga nama negara, kecuali


A. menjaga kebersihan di negara kita
B. memburuk-burukkan nama Negara
C. menjaga kesejahteraan dan keharmonian hidup
D. menjaga hubungan baik Malaysia dengan negara luar

7. Program-program seperti Hari Kemerdekaan Negara dapat menggambarkan bahawa negara


ini ___________.
Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2009

A. cintakan keamanan
B. cinta akan raja dan pemimpin
C. sebuah Negara yang berdaulat
D. patuh kepada raja dan pemimpin

8. Yang berikut adalah cara-cara kita mengharumkan nama negara, kecuali


A. mengkritik negara lain sesuka hati
B. menjalankan penyelidikan produk baru
C. mencipta teknologi yang moden dan terkini
D. menghantar pasukan pengaman ke negara-negara yang mengalami peperangan

9. Nyatakan padanan tokoh yang betul.


A. Datuk Malik Maidin – menjuarai Piala Thomas
B. M. Magendran – melakukan pelayaran mengelilingi dunia
C. Misbun Sidek – menjuarai Piala Dunia alam sukan bola sepak
D. Datin Paduka Sharifah Mazlina – wanita pertama menjelajah Antartika

10. __________ telah menyatukan masyarakat berbilang kaum di Negara ini.


A. Jata Negara
B. Rukun Negara
C. Lagu “Negaraku”
D. Falsafah Pendidikan Negara

TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN

UNIT 9: KESTABILAN JENTERA PENTADBIRAN NEGARA

1. Huraian di bawah menerangkan tentang


• Berpandangan jauh
• Bertindak awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan
• Mengambil tindakan yang akan memberi manfaat dan memenuhi
keperluan rakyat
Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2009

A. Pemimpin yang berwawasan


B. Pemimpin yang sentiasa berfikir
C. Pemimpin yang bertanggungjawab
D. Pemimpin yang peka dengan kehendak rakyat

2. Mengapakah rasuah merupakan ancaman kepada negara?


A. Memperkayakan penerima rasuah
B. Meruntuhkan maruah penerima rasuah
C. Meruntuhkan seluruh sistem pentadbiran negara
D. Memberikan hasil yang tidak halal kepada penerima rasuah

Soalan 3 berdasarkan pernyataan di bawah.

Kumpulan yang melaksanakan dasar yang telah


ditetapkan oleh pihak atasan

3. Petikan di atas merujuk kepada


A. Ahli-ahli politik
B. Menteri-menteri Kabinet
C. Setiausaha-setiausaha Parlimen
D. Kakitangan-kakitangan kerajaan

4. Apakah peranan anda apabila mengetahui kakitangan kerajaan yang berurusan dengan
anda meminta suapan daripada anda?
A. Menasihatinya supaya tidak melakukannya
B. Melaporkan kepada badan Pencegah Rasuah (BPR)
C. Melaporkan kepada Ketua Jabatan tempat dia bekerja
D. Memberikannya supaya urusan anda selesai dengan cepat

5. Apakah maksud slogan di bawah?


“Rasuah Pemusnah Umpama Barah”

A. Rasuah adalah sama seperti penyakit barah


B. Rasuah adalah satu penyakit merbahaya seperti penyakit barah
C. Rasuah jika tidak dikawal boleh berleluasa dan merebak ke semua peringkat
D. Rasuah jika tidak dikawal boleh meruntuhkan dan melemahkan sistem pentadbiran
negara
6. Apakah tujuan penubuhan kementerian?
A. Melicinkan pentadbiran Negara
B. Menyelaraskan aktiviti kerajaan
C. Menyelaraskan aktiviti kerajaan negara
D. Melaksanakan tugas-tugas eksekutif kerajaan

7. Kuasa kehakiman di Malaysia terletak pada dua Mahkamah Tinggi, iaitu


I. Mahkamah Malaya
II. Mahkamah Syariah
III. Mahkamah Juvenil
IV. Mahkamah Tinggi Borneo
Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2009

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. II, III dan IV

8. Jabatan-jabatan diketuai oleh seorang ketua yang digelar


A. Menteri
B. Ketua Jabatan
C. Ketua Pengarah
D. Timbalan Menteri

9. __________ merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan melalui undang-undang


tertentu.
A. Kabinet
B. Kementerian
C. Syarikat swasta
D. Badan Berkanun

10. Apakah tujuan Dasar Penswastaan?


A. Mewujudkan perpaduan
B. Meningkatkan ekonomi negara
C. Meningkatkan kecekapan dalam bidang kerja
D. Mewujudkan kerjasama erat antara sektor awam

UNIT 10: BERSATU PADU MENGHADAPI CABARAN

1. Malaysia ialah anggota organisasi yang ebrikut, kecuali


A. Kesatuan Eropah (EU)
B. Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
C. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
D. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

2. Negara-negara berikut merupakan negara rakan serantau bagi Malaysia, kecuali


A. India
B. Filipina
C. Kemboja
Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2009

D. Myammar

3. Apakah sumbangan Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha
ini mengekalkan keamanan negara?
I Mengutuk pencerobohan kuasa besar ke atas negara kecil
II Menyokong mana-mana negara untuk bertindak secara peperangan
III Menghantar anggota tentera membantu PBB dalam misi keamanan
IV Menjadi forum negara-negara anggota PBB membincangkan isu-isu semasa
A. I, II, dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

4. Apakah pertubuhan yang dianggotai oleh Malaysia bagi mengeratkan hubungan antara
negara-negara tanah jajahan British?
A. Komanwel
B. Kesatuan Eropah (EU)
C. Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
D. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

5. Apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia apabila menganggotai Pertubuhan Komanwel
dari segi politik dan keselamatan?
I Melindungi negara ini dari ancaman luar
II Membantu Malaysia mendirikan pusat-pusat latihan teknikal dan latihan kemahiran
III Mendapatkan bantuan ketenteraan ketika menghadapi konfrontasi dengan Indonesia
IV Membantu Malaysia membanteras pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya
(PKM)
A. I, II, dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

6. Kementerian manakah yang bertanggungjawab menguruskan dasar luar negara?


A. Kementerian Pendidikan
B. Kementerian Penerangan
C. Kementerian Luar Negara
D. Kementerian Pelancongan

7. Negara-negara berikut menganggotai ASEAN, kecuali


A. Laos
B. China
C. Brunei
D. Myanmar
Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2009

8. Melalui konsep __________ negara-negara ASEAN mengambil ketetapan tidak berpihak


kepada mana-mana kuasa besar.
A. PBB
B. ASEAN
C. ZOFPAN
D. MAPHILINDO

9. MAPHILINDO merupakan gabungan kerjasama antara Negara


A. Malaysia, Filipina dan Brunei
B. Malaysia, Brunei dan Indonesia
C. Malaysia, Filipina dan Thailand
D. Malaysia, Filipina dan Indonesia

10. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) telah ditubuhkan melalui


pengisytiharan________
A. Deklarasi Bali
B. Deklarasi Bangkok
C. Deklarasi Bandung
D. Deklarasi Kuala Lumpur

You might also like