You are on page 1of 7

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran merupakan aktiviti atau pross yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Proses ini meliputi perkara-perkara seperti aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan
menyebarkan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Menurut
Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui
perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Beliau berpendapat, di dalam proses
pengajaran, aktiviti latihan atau pelaziman merupakan usaha untuk menukarkan tingkah laku
pelajar, manakala teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi digunakan untuk menyebarkan ilmu
pengetahuan dan kepercayaan baru. Maka proses pengajaran meliputi aktiviti-aktiviti latihan,
pelaziman, tunjuk ajar atau indoktrinasi yang akan menukarkan tingkah laku dan kelakuan,
disamping membawa ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada para pelajar.

Bagi memudahkan proses pengajaran yang lebih berkesan berkenaan tajuk pembelajaran,
Teori Konstruktivisme telah digunapakai dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar di
dalam kelas. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan cara
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme ini telah lama
dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan
universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Beberapa ahli konstruktivisme yang
terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan
pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Selain itu, penilaian harus merangkumi cara
menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian
yang sedemikian ialah peta konsep. Rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian
berpasukan.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri
tentang hampir semua perkara, iaitu ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan
miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal
mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan
seperti yang dikehendaki oleh guru. Manakala, John Dewey telah menguatkan lagi teori ini
dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau
juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Secara ringkasnya dan untuk memudahkan kefahaman, Teori konstruktivisme ini boleh
dibahagikan kepada tiga komponen iaitu:

Pelajaran Guru Pelajar


Blok binaan asas bagi ilmu Untuk membantu murid Murid perlu bina sesuatu
pengetahuan sekolah ialah membina konsep atau pengetahuan itu mengikut
satu skema iaitu aktiviti pengetahuan baru, guru harus pengalaman masing-masing.
mental yang digunakan oleh mengambil kira sruktur
murid sebagai bahan mentah kognitif yang sedia ada pada
bagi proses renungan dan mereka.
pengabstrakan.
Ilmu pengetahuan sekolah Penekanan diberi kepada Realiti yang diketahui murid
tidak boleh dipindahkan menyediakan murid dengan adalah realiti yang dibina
daripada guru kepada guru peluang untuk membentuk sendiri.
dalam bentuk yang serba kemahiran dan pengetahuan
sempurna. dimana mereka
menghubungkaitkan
pengalaman lampau mereka
dengan kegunaan masa
depan.
Pembelajaran adalah hasil Guru berperanan sebagai Murid sebenarnya telah
daripada usaha murid itu seorang fasilitator dan mempunyai satu set idea dan
sendiri dan guru tidak boleh pembimbing. pengalaman yang membentuk
belajar untuk murid. struktur kognitif terhadap
persekitaran mereka.
Setiap orang murid
Apabila maklumat baru telah Guru bertanggungjawab
mempunyai peranan dalam
disesuaikan dan diserap membimbing dan membantu
menentukan apa yang mereka
untuk dijadikan sebahagian murid mempelajari sesuatu
pelajari.
daripada pegangan kuat pelajaran dengan bermakna.
mereka, barulah kerangka
baru tentang sesuatu bentuk
ilmu pengetahuan dapat
dibina.
Guru tidak boleh belajar Murid bukan hanya
untuk murid tetapi murid dibekalkan dengan fakta-
yang membina kefahaman fakta sahaja, sebaliknya
sendiri. penekanan diberi kepada
proses berfikir dan kemahiran
berkomunikasi
Ahli konstruktivisme Selepas satu sesi
menganggap peranan guru perbincangan, murid akan
adalah sebagai pengurus bersama-sama menentukan
kelas dan boleh menangani perkara penting yang harus
hal-hal disiplin murid dengan dipelajari dan tujuan
sempurna. mempelajarinya.
Dalam proses ini, murid akan
mengalami prosedur yang
digunakan oleh seorang
saintis seperti menyelesaikan
masalah dan memeriksa hasil
yang diperolehi.
Murid menganggap peranan
guru sebagai salah satu
sumber pengetahuan dan
bukan sebagai seorang yang
tahu segala-galanya.
Mereka menganggap
pengetahuan sebagai sesuatu
yang boleh disesuaikan dan
boleh berubah
Murid diterima sebagai
individu yang mempunyai
ciri-ciri perlakuan yang
berbeza dimana setiap
individu itu dianggap penting
dalam proses pembelajaran
dan perlu diberi perhatian
yang wajar.
Murid diberi peluang untuk
membuat keputusan sendiri
tentang perkara2 yang akan
mereka pelajari.
Melalui proses ini mereka
akan lebih prihatin,
bertanggungjawab dan
melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran mereka.

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Pengajian Am 2


Tarikh : 12 Ogos 2010
Masa : 10.00 Am-11.20 Am (80 minit)
Bilangan Pelajar : 30 Orang
Tajuk : Memindah dan membina media teks bukan linear kepada linear.

Objektif : Pada akhir pengajaran pelajar dapat:


1) Kognitif
i. Memahami dan menyatakan kehendak soalan.
ii. Menganalisis pola data yang diberi.
2) Afektif
i. Membandingbezakan jumlah data berdasarkan tahun
ii. Menghubungkaitkan fakta.
3) Psikomotor
i. Melakukan perhitungan melalui perbincangan ahli kumpulan.
ii. Membuat huraian yang jelas.

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran


i. Set induksi : Papan putih, pen marker, teknik Zakasi.
ii. Aktiviti : Perbincangan serta menyelesaikan soalan dalam kumpulan
iii. Penutup : Merumuskan isi kandungan pengajaran

Refleksi: Modul inkuiri yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat
sesuai diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk ini. Pelajar mudah
memahami cara pengajaran serta penerangan guru. Komunikasi dua hala juga
berlaku di antara guru dengan pelajar dan juga antara pelajar dengan pelajar.
PELAKSANAAN RANCANGAN PENGAJARAN
Aktiviti Objektif Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Kemahiran Catatan
Motivasi Bersedia memulakan Mengarah pelajar membaca doa Membaca dan Nilai:
proses pembelajaran. mengaminkan doa Keberkatan
(2 minit)
Set Induksi Menarik perhatian Menunjukkan teknik mengira Memerhati dengan teliti Menghubungkaitkan ABM: Papan
pelajar agar lebih menggunakan Matematik Zakasi mengenai teknik yang teknik dengan tajuk putih, marker
(10 minit)
bersedia mengikuti diajar pelajaran
proses P&P
Aktiviti 1 1. Membentuk 1. Guru mengarah pelajar 1. Pelajar membentuk 5 Menggunakan ABM:
kumpulan membentuk 5 kumpulan. kumpulan. formula dengan Kalkulator,
Menerangkan teknik
2. Menguasai teknik 2. Menerangkan formula dan 2. Pelajar mendengar tepat papan putih,
menjawab soalan dan
menjawab kaedah menjawab soalan arahan guru marker.
edaran soalan latihan
3. Murid membuat latihan
(10 minit)
menjawab menggunakan
formula yang dijelaskan.
Aktiviti 2 Menilai kefahaman 1. Guru memaparkan contoh 1. Pelajar perlu memahami Perbincangan dalam Nilai:
pelajar terhadap soalan pada slide dan menganalisis kumpulan, Mematuhi
Soalan pengukuhan
penggunaan formula 2. Guru menentukan soalan bagi kehendak soalan percambahan idea. arahan.
diberi
yang telah diajar setiap kumpulan untuk kerjasama
(20 minit)
diselesaikan ABM: LCD
Aktiviti 3 Murid dapat 1. Guru meminta pelajar 1. Pelajar dapat 1. Menghubungkait Nilai:
menyelesaikan soalan membandingkan jumlah data membandingkan jumlah dan membezakan Kerjasama,
Perbincangan dalam
dengan tepat berdasarkan tahun data berdasarkan tahun data mengikut KBKK
kumpulan
2. Guru meminta pelajar 2. Pelajar dapat tahun. ABM:Papan
(15 minit)
menghubungkaitkan fakta. Menghubungkaitkan 2. Membuat putih, LCD,
3. Guru meminta pelajar fakta. karangan pendek marker
membuat huraian tentang 3. Pelajar membuat berlandaskan
sebab berlakunya perubahan huraian tantang sebab fakta data
pola. perubahan pola.

Aktiviti 4 Mendapatkan Guru mengarahkan 1 wakil Pelajar menerangkan dan 1. Menerangkan Nilai: Tulus,
Pembentangan jawapan yang tepat kumpulan membentangkan menulis jawapan di papan jawapan keberanian.
jawapan hasil perbincangan putih dan menyatakan 2. Komunikasi dua ABM: Papan
kumpulan
sebab berlakunya hala putih, marker
(15 minit) perubahan pola.
Penutup Pelajar memahami 1. Merumuskan tajuk yang telah Pelajar menunjukkan tahap Refleksi ABM: LCD
pelajaran berkenaan diajar kefahaman melalui
(5 minit)
topik 2. Melevelkan tahap pemahaman rumusan guru
pelajar

You might also like