You are on page 1of 7

4.

0 SENSORI DAN LALUAN MOTOR

4.1 Laluan saraf sensori

Fungsi:

Menghantar impuls dari reseptor ke sistem saraf pusat, iaitu otak


(ensefalon ) dan sumsum belakang ( medula spinalis )

Ujung akson dari saraf sensori berhubungan dengan saraf asosiasi.


4.2 Laluan motor

sistem saraf manusia terbahagi kepada 2 bahagian penting :

 Sistem saraf serebrospina

 Sistem saraf autonomik

laluan motor terletak di bawah sistem saraf serebrospina.

Fungsi sel saraf motor mengirim impuls dari sitem saraf pusat ke otot
atau kelenjar yang hasilnya berupa tanggapan tubuh terhadap
rangsangan.

Badan sel saraf motor berada di sistem saraf pusat.


Dendritnya sangat pendek berhubungan dengan akson saraf asiosasi,
sedangkan aksonnya dapat sangat panjang.

4.3 sel saraf spinal

31 pasang saraf deria iaitu 8 pasang saraf servikum, 12 pasang saraf


toraks, 5 pasang saraf lumbar, 5 pasang saraf sakrum, 1 pasang saraf
tongkeng terbit dari batang saraf tunjang.

Saraf-saraf ini membekal otot-otot torso dan anggota-anggota badan


dengan kuasa penggerak.

Ia mengalirkan impuls dari kulit, otot-otot, tulang dan sendi-sendi untuk


bahagian badan. Impuls ini dibawa oleh saraf-saraf yang dipanggil saraf
penggerak.
4.4 Tindakan refleks

Saraf refleks ialah merupakan sebahagian daripada mekanisme


perlindungan pada tubuh dan terjadi jauh lebih cepat daripada tindakan
voluntari.

Tindakan refleks (tindakan pantulan) ialah gerak balas terhadap


rangsangan yang tidak dipelajari yang berlaku secara automatik dan
pantas. Ini merupakan tindakan luar kawal kerana tidak dikawal oleh
otak.
Tindakan refleks melibatkan 3 bahagian iaitu:

 Sensory neuron
 Interneuron
 Motor neuron

Laluan neuron yang terlibat dalam tindakan refleks dipanggil arka


refleks.

Arka refleks paling ringkas yang dialami vertebra melibatkan 2 neuron


sahaja iaitu neoron aferen yang membentuk sinaps dalam sistem saraf
pusat dan neuron eferen.

Sinaps

• Satu kawasan yang memudahkan komunikasi satu hala antara 2


neuron.

• Tempat komunikasi ini berlaku dikenali sebagai sinaps.

• Setiap neuron akan bersinaps dengan ratusan malahan mungkin ribuan


neuron yang lain.

Contoh tindakan refleks ialah:

Gerak balas sentakan lutut (patela). Sekiranya bahagian bawah tempurung


lutut diketuk, pengecutan otot kuadrisep pada bahagian atas paha secara
refleks akan menyebabkan kaki tersebut menendang ke atas.

Ketika tindakan refleks terjadi serta merta, maklumat deria dihantar ke otak
pada masa yang sama. Otak mentafsir maklumat dan individu terlibat
sedar akan kejadian tersebut dan berasa sakit. Walau bagaimanapun,
kesedaran ini bukan sebahagian daripada gerak balas refleks.
Menarik tangan dengan serta merta apabila ia dengan tidak sengaja
menyentuh benda yang tersangat panas.
Menutup mulut apabila batuk.

You might also like