You are on page 1of 3

‫‪DOA MAULID NABI‬‬

‫‪Dipetik dari: http://www.facebook.com/shamsulkamalhj.maamor?ref=name#!/notes/al-asyairah-al-syafii/doa-‬‬


‫‪maulid-nabi/193276904033185‬‬

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬


‫ِبسْ ِم ِ‬
‫‪Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih‬‬

‫صحْ ِب ِه أَجْ َم ِعي َْن‪،‬‬ ‫ْال َحمْ ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعا َل ِمي َْن‪ ،‬اللَّ ُه َّم َ‬
‫ص ِّل َو َسلِّ ْم َو َب ِ‬
‫اركْ َع َلى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َع َلى آلِ ِه َو َ‬
‫َج َع َل َنا هللاُ َوإِيَّا ُك ْم ِممَّنْ َيسْ َت ْو ِجبُ‬
‫هللا َرحْ َم َت ُه َو َر ْأ َف َتهُ‪ ،‬اللَّ ُه َّم ِبحُرْ َم ِة َه َذا ال َّن ِبيِّ ْال َك ِري ِْم‪َ ،‬وآلِهِ‪َ ،‬وأَصْ َح ِاب ِه‬ ‫اع َتهُ‪َ ،‬و َيرْ ج ُْو م َِن ِ‬ ‫َش َف َ‬
‫شرْ َنا َغ ًدا فِيْ‬ ‫ار أ ُ َّم ِتهِ‪َ ،‬واسْ ُترْ َنا ِب َذي ِْل حُرْ َم ِتهِ‪َ ،‬واحْ ُ‬ ‫السَّالِ ِكي َْن‪َ ،‬ع َلى َم ْن َه ِج ِه ْال َق ِوي ِْم‪ ،‬إِجْ َع ْل َنا ِمنْ ِخ َي ِ‬
‫مْر ِتهِ‪َ ،‬واسْ َتعْ ِم ْل أَ ْلسِ َن َت َنا فِيْ َم ْد ِح ِه َو ُنصْ َر ِتهِ‪َ ،‬وأَحْ ِي َنا ُم َت َم ِّس ِكي َْن ِب ُس َّن ِت ِه َو َطا َع ِتهِ‪َ ،‬وأَ ِم ْت َنا اللَّ ُه َّم‬ ‫ُز َ‬
‫اع ِتهِ‪ ،‬اَللَّ ُه َّم أَ ْدخ ِْل َنا َم َع ُه ْال َج َّن َة َفإِ َّن ُه أَوَّ ُل َمنْ َي ْد ُخلُ َها‪َ ،‬وأَ ْن ِز ْل َنا َم َع ُه فِيْ قُص ُْو ِر َها‪،‬‬ ‫َع َلى ُح ِّب ِه َو َج َم َ‬
‫ار َت ُه فِيْ ُك ِّل َس َنةٍ‪،‬‬ ‫َفإِ َّن ُه أَ َّو ُل َمنْ َي ْن ِزلُ َها‪َ ،‬وارْ َحمْ َنا َي ْو َم َي ْش َف ُع ل ِْل َخآلئ ِِق َف َترْ َح ُم َها‪ ،‬اللَّ ُه َّم ارْ ُز ْق َنا ِز َي َ‬
‫ت ِب َمآ ِء‬ ‫ك َوال َع ْن ُه َق ْد َر سِ َنةٍ‪َ ،‬وال َتجْ َع ْل فِي َمجْ لِسِ َنا َه َذا أَ َح ًد إِال َغ َس ْل َ‬ ‫َوال َتجْ َع ْل َنا م َِن ْال َغا ِفلِي َْن َع ْن َ‬
‫ان َم َع َنا فِي ال َّس َن ِة ْالمَاضِ َي ِة إِ ْخ َوانٌ‬ ‫ت ِب ِردَآ ِء ْال َم ْغف َِر ِة ُعي ُْو َبهُ‪ ،‬اللَّ ُه َّم إِ َّن ُه َك َ‬‫‪.‬ال َّت ْو َب ِة ُذ ُن ْو َبهُ‪َ ،‬و َس َترْ َ‬

‫َر ِح َم ُه ُم هللاُ‬
‫ضآ ُء َع ِن ْالوُ ص ُْو ِل إِ َلى م ِْثلِ َها‪َ ،‬فال َتحْ ِرمْ ُه ْم َث َو َ‬
‫اب َه ِذ ِه السَّا َع ِة َو َفضْ َل َها‪ ،‬اللَّ ُه َّم ارْ َح ْم َنا‬ ‫َم َن َع ُه ُم ْال َق َ‬
‫إِ َذا صِ رْ َنا ِمنْ أَصْ َحا ِ‬
‫ب ْالقُب ُْو ِر‪َ ،‬و َو ِّف ْق َنا ل َِع َم ٍل‬
‫ك َشاك ِِري َْن‪َ ،‬ولِ َي ْو ِم‬ ‫ِك َذاك ِِري َْن‪َ ،‬ولِ َنعْ َمآ ِئ َ‬ ‫صال ٍِح َي ْب َقى َس َناهُ َع َلى َم َمرِّ ال ُّده ُْو ِر‪ ،‬اللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َنا ألَآلئ َ‬ ‫َ‬
‫ِك َم ْش ُغ ْولِي َْن‪َ ،‬وإِ َذا َت َو َّف ْي َت َنا َف َت َو َّف َنا َغي َْر َم ْف ُت ْو ِني َْن‪َ ،‬وال‬ ‫الذاك ِِري َْن‪َ ،‬وأَحْ ِي َنا ِب َط َ‬
‫اعت َ‬ ‫ِك م َِن َّ‬ ‫لِ َقآلئ َ‬
‫ك ِب َخي ٍْر أَجْ َم ِعي َْن‬ ‫‪َ .‬م ْخ ُذ ْولِي َْن‪َ ،‬و ْ‬
‫اخ ِت ْم َل َنا ِم ْن َ‬
‫)‪ (3 KALI‬اللَّ ُه َّم ا ْكفِ َنا َشرَّ َّ‬
‫الظالِ ِمي َْن‬

‫َواجْ َع ْل َنا ِمنْ فِ ْت َن ِة َه ِذ ِه ال ُّد ْن َيا َسالِ ِمي َْن‪ ،‬اللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َه َذا الرَّ س ُْو َل ْال َك ِر ْي َم َل َنا َشفِ ْيعًا‪َ ،‬وارْ ُز ْق َنا ِب ِه َي ْو َم‬
‫صلَّى هللاُ َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم َشرْ َب ًة َه ِن ْي َئ ًة ال َن ْظ َمأ ُ‬ ‫ك م َُح َّم ٍد َ‬ ‫ض َن ِب ِّي َ‬‫ْالقِ َيا َم ِة َم َقامًا َرفِ ْيعًا‪ ،‬اللَّ ُه َّم اسْ قِ َنا ِمنْ َح ْو ِ‬
‫اغفِرْ َل َنا ِب ِه َوألَ َبآ ِئ َنا َوأل ُ َّم َها ِت َنا‪َ ،‬ولِ َم َش ِاي ِخ َنا َولِ ُم َعلِّ ِم ْي َنا‬
‫ت ل َِوا ِئ ِه َغ ًدا‪ ،‬اللَّ ُه َّم ْ‬ ‫َبعْ دَ َها أَ َب ًدا‪َ ،‬واحْ ُ‬
‫شرْ َنا َتحْ َ‬
‫َو َذ ِوي ْال ُحقُ ْو ِق َع َل ْي َنا‪َ ،‬ولِ َمنْ أَجْ َرى َه َذا ْال َخي َْر فِي َه ِذ ِه السَّا َعةِ‪َ ،‬ول َِج ِمي ِْع ْالم ُْؤ ِم ِني َْن َو ْالم ُْؤ ِم َناتِ‪،‬‬
‫ك َق ِريْبٌ ُم ِجيْبُ ال َّد َع َواتِ‪َ ،‬و َقاضِ ي‬ ‫مْواتِ‪ ،‬إِ َّن َ‬ ‫َو ْالمُسْ لِ ِمي َْن َو ْالمُسْ لِ َماتِ‪ ،‬األَحْ َيآ ِء ِم ْن ُه ْم َواألَ َ‬
‫صلَّى هللاُ َع َلى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َع َلى‬ ‫ب ْو ْال َخطِ ْي َئاتِ‪َ ،‬يآ أَرْ َح َم الرَّ ِح ِمي َْن‪َ ،‬و َ‬ ‫اجاتِ‪َ ،‬و َغافِ ُر ُّ‬
‫الذ ُن ْو ِ‬ ‫ْال َح َ‬
ِ ‫ َو ْال َح ْم ُد هَّلِل‬،‫ َو َسال ٌم َع َلى ْالمُرْ َسلِي َْن‬،‫ِّك َربِّ ْالع َِّز ِة َعمَّا يَصِ فُ ْو َن‬ َ ‫ ُسب َْح‬.‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫ان َرب‬ َ ‫آلِ ِه َو‬
‫ َربِّ ْال َعا َل ِمي َْن‬.

ِ ‫ص ِّل َو َسلِّ ْم َو َب‬


‫اركْ َع َل ْي ِه َو َع َلى آلِ ِه‬ َ ‫اللَّ ُه َّم‬.
Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam, Ya Allah! Limpahkan rahmat dan
kesejahteraan serta keberkatan ke atas penghulu kami, Muhammad sallallahu`alaihi
wasallam, dan ke atas keluarga serta sahabatnya sekalian. Mudah-mudahan, Allah
menjadikan kami dan kamu sekalian daripada golongan yang mendapat syafa`atnya dan
mengharapkan daripada Allah rahmat dan belas kasihan-Nya.

"Ya Allah! Dengan kehormatan Nabi yang mulia ini, keluarga dan sahabatnya yang
berjalan di atas petunjuknya yang lurus, jadikanlah kami sekalian sebaik-baik umatnya,
tutuplah keaiban kami,himpunkanlah kami pada esok hari (Padang Masyar) di dalam
kumpulannya dan pergunakanlah lidah-lidah kami untuk memuji dan membelanya.
Hidupkanlah kami dalam keadaan berpegang teguh dengan sunnahnya, selalu mentaatinya.
Matikanlah kami, ya Allah~ dalam keadaan mencintainya dan termasuk di dalam
golongannya.

Ya Allah! Masukkanlah kami ke dalam syurga bersamanya kerana bagindalah orang


yang pertama sekali masuk ke dalamnya. Dan turunkanlah kami ke dalam mahligainya
bersamanya, kerana bagindalah orang yang pertama turun ke dalamnya. Berilah kami rahmat
ketika dia memohon syafa`at untuk makhluk-makhluk, lalu Engkau merahmati mereka.

Ya Allah! Berilah kami peluang menziarahinya pada setiap tahun. Janganlah Engkau
jadikan kami dari golongan orang yang lalai daripada mengingati-Mu dan juga lalai
mengingatinya, walau sekejap.

Ya Allah! Janganlah hendaknya ada di majlis kami ini orang yang berdosa, melainkan
Engkay sucikan segala dosanya dengan air taubat dan Engkau tutupi keaibannya dengan
selendang keampunan.

Ya Allah! Sesungguhnya ada di antara rakan-rakan yang bersama kami pada tahun
yang lalu, tidak dapat menghadirkan diri pada tahun ini kerana dihalang oleh qadha’-Mu.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS MEREKA

Maka janganlah Engkau sia-siakan mereka daripada mendapat pahala dan kelebihan
yang Engkau kurniakan pada saat ini.

Ya Allah! Rahmatilah kami menjadi ahli kubur dan berilah kami taufiq untuk beramal
soleh sepanjang zaman.
Ya Allah! Jadikanlah kami orang yang sentiasa mengingati anugerah-Mu, sentiasa
mensyukuri nikmat-Mu dan sentiasa terkenang saat pertemuan dengan-MU. Hidupkanlah
kami dalam keadaan sibuk melakukan ketaatan kepada-MU.

Sekiranya Engkau matikan kami, maka matikanlah kami dalam keadaan tidak
terfitnah dan tercela dan sudahilah kami sekalian dengan kesudahan yang baik.

YA ALLAH! HINDARILAH KAMI DARI SEGALA MACAM KEJAHATAN


ORANG-ORANG YANG ZALIM (3 KALI)

Selamatkanlah kami dari segala macam fitnah di dunia ini.

Ya Allah! Jadikanlah Rasul yang mulia ini sebagai Pemberi Syafaat kepada kami dan
kurniakanlah kami dengan sebabnya, kedudukan yang tinggi di hari kiamat kelak.

Ya Allah! Berilah kami minuman dari telaga Nabimu. Muhammad sallallahu`alaihi


wasallam minuman yang lazat yang dengannya kami tidak akan merasa dahaga selama-
lamanya dan himpunkanlah kami di bawah panji-panjinya pada hari kiamat (Padang Masyar)

Ya Allah! Ampunilah kami, dengan kemuliaannya di sisi-Mu, bapa-bapa kami, ibu-


ibu kami,guru-guru kami, orang-orang yang empunya hak ke atas kami dan orang-orang yang
mengadakan majlis yang baik pada saat ini serta sekalian mukminin dan mukminat, muslimin
dan muslimat, sama ada yang masih hidup, mahupun yang telah meninggal dunia.
Sesungguhnya Engkau memperkenankan segala doa, menunaikan segala hajat dan
mengampuni segala dosa dan kesalahan, Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala yang
mengasihani.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami,


Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, keluarga dan sahabat-sahabatnya. Maha suci Tuhan
kami, Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Suci dari segala macam sifat kekurangan. Ucapan
salam ke atas sekalian Rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

YA ALLAH! LIMPAHKANLAH RAHMAT, KESEJAHTERAAN DAN


KEBERKATAN KE ATAS JUNJUNGAN KAMI, NABI MUHAMMAD
SALLALLAHU`ALAIHI WASALLAM DAN KELUARGANYA.

RUJUKAN:

Al-Imam al-Hafiz `Abd al-Rahman (2010), Ringkasan Sirah Nabawiyyah, Selangor: Sofa
Production, cet. 3, h. 82.

You might also like