You are on page 1of 7

Novel : Merdeka!

Merdeka
SINOPSIS
Bab 1
Kudin terperanjat bercampur gembira dan terharu kerana dipilih untuk menyampaikan ucapan dalam
majlis perhimpunan di Kuala Lumpur. Mak Bibah, iaitu emak Kudin
turut berasa bangga walaupun suatu masa dulu dia tidak menyetujui penglibatan Kudin dalam
perjuangan menentang penjajah. Malah, Mak Bibah memberikan sebahagian wang hasil jualan
kuih-muihnya kepada pejuang-pejuang kemerdekaan. Kudin terdengar bunyi tembakan. Dia
tahu bahawa komunis sedang menyerang kubu pertahanan kampung. Pengganas memang
berhasrat menawan Kampung Teras Jernang. Bapa Kudin, Pak Awang pula diberi amaran oleh
majikannya, Tuan White supaya tidak terlibat dalam perjuangan menentang Inggeris.
Sementara itu, Bustam memberitahu Kudin bahawa Pak Karim mati dibunuh oleh dua orang
pemuda yang tidak dikenali.

Bab 2…

Mesyuarat Persatuan Pahlawan Kemerdekaan di rumah Tuk Ketua membincangkan


tragedi pembunuhan Pak Karim. Lantaran itu, Kumpulan Pengawal Kampung ditubuhkan untuk
mengawal keselamatan kampung dan Murad dilantik untuk mengetuainya. Seterusnya mereka
berbincang tentang persiapan ke Kuala Lumpur. Dalam perhimpunan agung di Kuala Lumpur
nanti, Persatuan Pahlawan Kemerdekaan ditugaskan mengendalikan urusan keselamatan dan
penyusunan acara program.

Kudin dijemput menyampaikan ucapan dalam perhimpunan agung itu. Penghormatan itu
diberikan kepadanya sebagai menghargai pengorbanannya yang mewakili generasi muda di
Kampung Teras Jernang berjuang menentang penjajah Inggeris. Kudin pernah bertungkus-
lumus meyakinkan orang ramai untuk menghidupkan Persatuan Pahlawan Kemerdekaan
kembali. Kepetahan Kudin berucap dengan penuh semangat memang diakui oleh penduduk
kampung.

Sebelum perhimpunan itu berlangsung, Pak Awang selaku Pengerusi Persatuan


Pahlawan Kemerdekaan dijemput hadir ke Kuala Lumpur. Namun, dia tidak dapat pergi kerana
bimbang diintip oleh pihak Inggeris. Akhirnya keputusan diambil dengan mewakilkan Ibrahim
pergi bersama Kudin.

Bab 3…

Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, Kudin ingin menjenguk rakan-rakannya di kubu


pertahanan di dalam hutan. Kubu tersebut dijadikan penghalang kemaraan pengganas ke
kampungnya. Sebenarnya, orang kampung menghadapi dua ancaman, iaitu pengganas komunis
dan penjajah Inggeris.

Dalam perjalanan ke khemah di dalam hutan itu, Kudin teringat akan kekejaman
komunis yang telah membunuh Pak Cik Barman selepas Jepun berundur dan ketika itu
Inggeris belum tiba lagi. Kudin juga teringat akan pengalamannya belajar menggunakan
senjata api daripada ayahnya. Orang-orang kampung kebanyakannya bersemangat tingg

untuk mempertahankan keamanan dan keselamatan kampung, namun mereka kekurangan


peralatan seperti senjata dan peluru.

Di khemah pertahanan kampung di hutan, rakan-rakan Kudin sibuk menggali kubu


pertahanan. Kudin memaklumkan pemergiannya ke Kuala Lumpur kepada mereka. Rakan-rakan
Kudin berasa bangga kerana Kudin dijemput untuk menyampaikan ucapan. Sementara itu,
Ujang pula bersedih kerana ternampak akan ayahnya di pihak komunis semasa pertempuran
semalam. Ujang tidak menyangka bahawa ayahnya menyertai perjuangan pengganas komunis.

Bab 4…

Ibrahim dan Kudin bertolak ke Kuala Lumpur. Mereka menaiki bas dari Gerik ke Kuala
Kangsar lalu menaiki kereta api ke Kuala Lumpur. Ibrahim dan Kudin berjalan kaki dari stesen
kereta api ke Bangunan Sultan Sulaiman. Di sana, mereka menemui Encik Hasmun. Encik
Hasmun bercerita tentang Inggeris yang tidak menunaikan janjinya untuk memberikan
kemerdekaan kepada MPAJA. Perjuangan menuntut kemerdekaan pun bermula. Di samping
orang Melayu, orang Cina juga berjuang menuntut kemerdekaan. Kudin gembira kerana
berpeluang menemui Datuk Onn, iaitu tokoh yang menjadi pujaannya.

Bab 5…

Mesyuarat persatuan-persatuan dipengerusikan oleh Datuk Onn. Tujuan mesyuarat


itu ialah untuk membincangkan cara yang terbaik menentang Inggeris. Datuk Onn
menjelaskan sikap Inggeris yang memaksa sultan-sultan supaya bersetuju dengan penubuhan
Malayan Union.

Dalam perbincangan tersebut, mereka yang hadir telah bersepakat untuk menentang
penubuhan Malayan Union. Raja-raja Melayu juga mesti dipujuk untuk memulaukan majlis
pengisytiharan Malayan Union itu.

Dalam mesyuarat itu juga, Datuk Onn memperkenalkan Kudin sebagai seorang pemuda
yang berani menentang pengganas komunis. Datuk Onn menegaskan bahawa perjuangan
mereka ialah perjuangan serampang dua mata, iaitu menentang pengganas komunis dan
penjajah Inggeris. Mereka juga telah mengambil keputusan untuk mengadakan perhimpunan
raksasa di Padang Kelab Sultan Sulaiman pada 1-4 Mac 1946. Mereka akan mencuba
mengatasi masalah kewangan melalui pungutan derma.

Bab 6…

Sebaik saja tiba di kampung, Kudin terperanjat dan sedih kerana sahabatnya, Bustam
telah dilarikan oleh pengganas komunis ke dalam hutan. Walaupun masih keletihan, Kudin
terus ke khemah dengan bapanya untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kejadian
penangkapan Bustam itu. Kudin berhasrat untuk menyelamatkan Bustam tetapi keadaan amat
bahaya. Kudin sedar bahawa mereka kekurangan senjata, peluru, makanan, dan pakaian. Dia
terpaksa menangguhkan hasratnya itu lalu pulang ke rumah dengan kehampaa

Bab 7…
Kudin terdengar akan perbualan bapanya dengan Osman dan Kassim. Mereka datang
ke rumah kerana disuruh oleh Tuan White. Tuan White memberi kata dua kepada Pak Awang,
iaitu berhenti berjuang atau berhenti bekerja. Pak Awang amat marah dan mengambil
keputusan nekad, iaitu berhenti kerja.

Pak Awang pergi ke rumah Ibrahim bersama dengan Kudin. Mereka membuat
pungutan derma daripada orang kampung. Jumlah pungutan tidak begitu banyak tetapi
sumbangan itu membuktikan bahawa orang kampung menyokong perjuangan menentang
Malayan Union.

Sementara itu, ayah Bustam, iaitu Pak Kasa dan saudara-maranya bertekad untuk
menyelamatkan Bustam. Pak Awang menyertai keluarga Pak Kasa dalam misi mencari dan
menyelamatkan Bustam. Kudin pula meneruskan pungutan derma bersama dengan Ibrahim.

Bab 8…

Pak Awang dan keluarga Pak Kasa belum pulang setelah tiga hari masuk ke dalam
hutan. Mak Bibah dan Kudin berasa bimbang. Dalam masa yang sama Kudin bersiap-siap untuk
pergi ke Kuala Lumpur. Perbincangan di rumah Tuk Ketua untuk mencari Pak Awang tidak
mencapai kata sepakat kerana tugas itu berbahaya. Mesyuarat dihentikan apabila mereka
terdengar bunyi tembakan di kawasan pertahanan sebelah hilir. Pada malam itu Kudin tidur di
khemah bersama rakan-rakannya.

Kudin tiba di Bangunan Sutan Sulaiman pada awal pagi. Mereka membincangkan
persiapan dan atur cara perhimpunan selama empat hari itu. Sultan Selangor bersetuju untuk
merasmikan perhimpunan raksasa tersebut. Datuk Onn dan Kudin akan menyampaikan ucapan.
Perhimpunan itu akan membincangkan penentangan terhadap Malayan Union dan hal pelajaran.
Tugas yang banyak di Kuala Lumpur menyebabkan Kudin lupa akan peristiwa yang berlaku di
Kampung Teras Jernang.

Bab 9…

Perhimpunan 1 Mac 1946 mengumpulkan pemimpin-pemimpin Melayu dari seluruh


negara. Padang Kelab Sultan Sulaiman dan bangunannya dibanjiri oleh berpuluh-puluh ribu
orang. Kudin terharu akan semangat tinggi orang Melayu yang bersatu padu dan menentang
Malayan Union. Namun Kudin bersedih apabila mendapat berita bahawa rombongan Pak Kasa
dan bapanya mati dibunuh oleh pengganas komunis. Kudin mencuba untuk menyembunyikan
kesedihannya itu.

Dalam ucapan perasmian baginda, Sultan Selangor menekankan peri pentingnya orang
Melayu bersatu padu. Za’ba selaku Pengerusi menerangkan tujuan perhimpunan, iaitu untuk
menentang Malayan Union. Datuk Onn dalam ucapannya pula menyarankan orang Melayu
mengubah nasib bangsa melalui perpaduan dalam persatuan yang dinamakan UMNO.

Kudin menyampaikan ucapannya dengan penuh semangat dan menyeru kaum bapa dan
kaum ibu supaya sanggup berkorban untuk negara. Menurutnya, generasi muda akan mengikut jejak
mereka apabila dewasa kelak. Datuk Onn dan Za’ba mengucapkan tahniah kepada Kudin. Sultan
Selangor turut memuji kebijaksanaan Kudin.

Bab 10…

Dalam perhimpunan itu juga, cadangan untuk menubuhkan UMNO (Pertubuhan


Kebangsaan Melayu Bersatu) mendapat sokongan daripada semua perwakilan. UMNO akan
menentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris. Keputusan
yang dibuat ialah meminta raja-raja Melayu memulaukan hari perasmian Malayan Union.
Perarakan membantah penubuhan Malayan Union akan diadakan juga. Mereka turut
membincangkan sistem pelajaran dan ekonomi orang Melayu yang perlu diperbaiki. Dalam
pada itu, Encik Hasmun berhasrat untuk mendidik Kudin menjadi seorang tokoh politik yang
berjaya. Hasrat Encik Hasmun disokong oleh Datuk Onn.

Kudin pulang ke kampung. Dia sedih kerana jambatan dan khemah telah dimusnahkan oleh
pengganas komunis. Kudin menziarahi pusara bapanya. Mak Bibah pula tidak membantah sekiranya
Kudin hendak tinggal di Kuala Lumpur.

Bab 11…

Penduduk Kampung Teras Jernang termasuk Kudin membina kubu dan khemah di sekeliling
kampung. Pada waktu tengah hari itu, Encik Hasmun datang ke rumah Kudin dan mengajaknya
menghadiri perarakan di Kuala Kangsar. Perarakan menentang Malayan Union bermula di Padang
Polo, Kuala Kangsar hingga Bukit Chandan. Selepas perarakan, Kudin dan Encik Hasmun bertolak ke
Kuala Lumpur.

Kudin membantu kerja-kerja pejabat seperti menyusun fail, membuka surat, menaip

surat, dan menyusun agenda mesyuarat. Mesyuarat diadakan kerana pihak Inggeris telah
merasmikan penubuhan Malayan Union dan melantik Sir Edward Gent sebagai Gabenor yang
pertama. Hari perasmian Malayan Union akan diadakan pada bulan April. Raja-raja Melayu
digesa supaya memulaukan Malayan Union dan orang Melayu akan berkabung selama seminggu.
Kudin mengikut Datuk Onn dan Encik Hasmun ke Johor Bahru untuk menyertai
perarakan di sana. Seterusnya Kudin menjelajah ke Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Kudin
mendapati semangat orang Melayu menentang Malayan Union berkobar-kobar. Perarakan

anti-Malayan Union diadakan di seluruh negara.


Bab 12…

Raja-raja Melayu bersedia menghadiri upacara perasmian Malayan Union pada 1 April
1946 di Hotel Stesen, Kuala Lumpur. Orang Melayu dari seluruh negara berkumpul di Padang
Kelab Sultan Sulaiman. Mereka berarak ke Hotel Stesen dengan membawa ratusan sepanduk
yang mengecam penjajah. Datuk Onn menemui raja-raja Melayu dan menerangkan hasrat
orang Melayu menentang Malayan Union.
Raja-raja Melayu melihat orang Melayu berhimpun di luar Hotel Stesen. Apabila
melihat kesungguhan rakyat jelata, raja-raja Melayu mengambil keputusan memulaukan majlis
perasmian Malayan Union dan bertindak meninggalkan Hotel Stesen. Dengan itu, penubuhan
Malayan Union telah dapat digagalkan. Datuk Onn mengingatkan orang Melayu supaya terus
berjuang menuntut kemerdekaan. Perhimpunan bersurai dan Kudin terus tinggal di Kuala
Lumpur untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

WATAK dan PERWATAKAN


Watak Utama
Kudin..

Kudin merupakan watak yang memainkan peranan penting dari awal hingga ke akhir
cerita. Dia ialah anak tunggal Pak Awang dan Mak Bibah. Kudin berusia lima belas tahun.
Rambutnya kerinting dan bersuara nyaring.

Perwatakan
Seorang yang berpendirian tegas
 Kudin berpendirian tegas. Dia tetap mahu berjuang bersama walaupun tidak
dipersetujui oleh emaknya.
Seorang yang cerdas
 Kudin mempunyai otak yang cerdas tetapi pelajarannya terbantut kerana
pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Kecerdasannya membolehkannya menguasai
bahasa Jepun.
Seorang yang cinta akan tanah air
 Kudin mempunyai semangat cinta akan tanah air. Dia berjuang bersama-sama
dengan Datuk Onn untuk menggagalkan Malayan Union.
Seorang yang berketokohan sebagai pemimpin
 Kudin berketokohan sebagai pemimpin dan mengetuai kumpulan pemuda di
kampungnya. Dia berucap mewakili golongan pemuda dalam Persidangan Kongres
Agung di Kuala Lumpur.
Seorang yang rajin
 Kudin rajin. Dia bersungguh-sungguh membuat persiapan untuk perhimpunan
raksasa di Padang Kelab Sultan Sulaiman dan perarakan di Hotel Stesen.
Seorang yang berkebolehan
 Kudin berkebolehan berucap dengan baik, lancar, dan bersemangat. Ucapannya
dapat mempengaruhi orang yang mendengarnya

Watak Sampingan
Pak Awang.

Pak Awang ialah ayah Kudin dan suami Mak Bibah. Pak Awang menjawat jawatan
Pengerusi Persatuan Pahlawan Kemerdekaan di Kampung Teras Jernang. Dia bekerja sebagai
kerani rendah dengan Tuan White. Tetapi dia tidak dapat dipengaruhi oleh Tuan White
supaya menjadi tali barut Inggeris. Pak Awang mati dibunuh oleh pengganas komunis semasa
menyertai gerakan mencariBustam di dalam hutan.

Perwatakan
Seorang pemimpin yang bertanggungjawab
 Pak Awang ialah pemimpin yang bertanggungjawab. Dia sanggup menyertai Pak
Kasa untuk mencari Bustam yang dilarikan oleh pengganas komunis.
Seorang yang gigih berusaha
 Pak Awang seorang yang gigih berusaha. Dia berusaha untuk menghidupkan
Persatuan Pahlawan Kemerdekaan (PKK) semula.
Seorang yang sanggup berkorban demi tanah air
 Pak Awang sanggup berkorban demi tanah airnya. Dia sanggup berhenti kerja
dengan Tuan White kerana tidak mahu meninggalkan perjuangannya.
Seorang yang bersungguh-sungguh
 Pak Awang komited dalam perjuangan menentang penjajah dan pengganas komunis.
Kesungguhannya dalam perjuangan menyebabkan dia dikenali oleh Datuk Onn.
Seorang yang berpengaruh
 Pak Awang merupakan seorang yang berpengaruh. Dia dihormati oleh penduduk
kampung termasuklah Tuk Ketua.
Mak Bibah..
Mak Bibah ialah emak Kudin dan isteri Pak Awang. Mak Bibah berusia empat puluh
tahun.
Perwatakan
Seorang yang penyayang
 Mak Bibah bersifat penyayang. Dia sayang akan anaknya, Kudin. Dia senantiasa
menasihati anaknya supaya berhati-hati.
Seorang yang rajin bekerja
 Mak Bibah rajin bekerja. Dia membuat kuih-muih untuk dijual di kedai. Hasil
jualan kuih-muih dibelanjakan untuk menyara keluarga.
Seorang yang cinta akan tanah air
 Mak Bibah cinta akan tanah air. Dia sanggup mendermakan sebahagian daripada
pendapatannya untuk perjuangan kemerdekaan Seorang yang tabah menghadapi dugaan
 Mak Bibah tabah menghadapi dugaan. Walaupun suaminya mati dibunuh oleh
pengganas, dia tetap menggalakkan anaknya, Kudin untuk berjuang menentang
penjajah Inggeris.
Encik Hasmun..

Encik Hasmun seorang yang periang, berbadan besar, berperut buncit, dan berkaca mata.
Encik Hasmun ialah pejuang kemerdekaan. Dia berjuang bersama dengan Datuk Onn dan
pejuang lain seperti Kudin dan Ibrahim.

Perwatakan
Seorang yang gigih berusaha
 Dia gigih berusaha. Dia berusaha mengumpulkan pejuang-pejuang tanah air di
Kuala Lumpur untuk menentang Malayan Union.
Seorang yang bijak
 Encik Hasmun bijak dalam mengenal pasti ketokohan seseorang. Dia percaya
bahawa Kudin berpotensi menjadi seorang tokoh politik terkemuka pada masa akan
datang. Dia mahu mendidik Kudin ke arah itu.
Seorang yang cinta akan tanah air
 Encik Hasmun mempunyai semangat cinta akan tanah air yang mendalam. Dia
sanggup menjelajah serata negeri dan menyertai perarakan menentang Malayan
Union.
Seorang yang tegas semasa melakukan sesuatu kerja
 Encik Hasmun suka bergurau tetapi semasa melakukan sesuatu kerja dia seorang
yang tegas.
Datuk Onn..
Datuk Onn berbadan kurus tinggi, berhidung mancung, dan berkaca mata putih tebal.
Datuk Onn mempunyai kebolehan berucap. Ucapannya lancar dan dapat mempengaruhi rakyat
untuk menentang Maayan Union. Beliau tokoh pejuang kemerdekaan yang ulung. Beliaulah yang
mengasaskan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). Kejayaan Datuk Onn ialah
menggagalkan penubuhan Malayan Union dan menyatupadukan orang Melayu.

Perwatakan
Seorang pemimpin yang bijak
 Beliau pemimpin yang bijak bertindak. Beliau berusaha menyatupadukan orang
Melayu untuk menentang Inggeris.
Seorang yang bersemangat politik
 Datuk Onn bersemangat politik dan berusaha menyelamatkan Tanah Melayu
daripada cengkaman penjajah.
Seorang yang berani menegakkan kebeneran
 Datuk Onn seorang yang berani menegakkan kebenaran. Beliau sanggup menghadap
raja-raja dan menceritakan tujuan penubuhan Malayan Union.

You might also like