You are on page 1of 29

PERNYATAAN PROFESIONAL.

HARAPAN UNTUK PRAKTIKUM FASA 3

MINGGU SEBELUM PRAKTIKUM (21-25 JUN 2010)

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya untuk mempersiapkan diri untuk
menghadapi praktikum pada minggu hadapan iaitu bermula daripada 28 Jun hingga 21 Ogos
2010. Minggu ini juga merupakan minggu cuti penggal pertama. Ini merupakan satu peluang
pada saya untuk mempersiapkan dokumen-dokumen, fail-fail dan bahan bantu mengajar yang
akan digunakan sewaktu praktikum nanti. Kuliah amali dan teori yang saya perolehi sepanjang
di kelas akan saya gunakan dalam menyiapkan diri untuk menjalani praktikum ini.
Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjalani praktikum maka
kegentaran dan pelbagai soalan dan pemikiran negatif yang menerjah minda. Namun saya cuba
untuk berfikiran positif dan menerima segala cabaran yang mendatang.

Saya dan rakan saya, Hairunizah Hasah akan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan
Dato’ Naning, Melaka. Saya berasa seronok kerana kami sudah sering bekerjasama dalam
membuat tugasan dan pelbagai aktiviti sebelum ini. Oleh yang demikian, persefahaman yang
telah wujud antara kami bisa melicinkan lagi perjalanan praktikum pada kali ini. Saya berharap
dapat berkongsi idea, maklumat serta pendapat dengan beliau. Semoga kerjasama kami ini
akan berterusan menghasilkan sesuatu yang baik.

Harapan saya untuk praktikum fasa 2 ini ialah semoga saya dapat mengumpul
pengalaman dan input-input berguna untuk menjadi seorang guru kelak dan juga
menambahbaik lagi prestasi dan kekurangan sepanjang praktikum fasa 1 yang lalu. Penyediaan
rancangan mengajar, perancangan aktiviti yang menarik, kawalan kelas, sikap profesionalisme
dan lain-lain lagi akan saya pelajari dengan bersungguh-sungguh sepanjang menjalani
praktikum ini. Saya berharap saya dapat menggunakan ilmu yang telah diperolehi sebelum ini
untuk mengajar. Saya sedar banyak kelemahan yang akan timbul, namun sedari sekarang saya
akan mengganggap ia sebagai pembakar semangat kepada saya untuk lebih berusaha
mempertigkatkan kebolehan diri dan mengatasi kelemahan yang ada. Saya juga berazam untuk
lebih mendekati lagi murid-murid Pendidikan Khas di sekolah saya agar tidak wujud sebarang
jurang pemisah antara murid dengan guru. Lebih-lebih lagi murid-murid seperti mereka
memerlukan lebih bimbingan dan perhatian.

Harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan
wujudnya hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan cuba menjalankan
tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan semua pihak.
Semoga segala harapan saya ini dapat saya realisasikan dengan baik kelak. InsyaAllah.
PENULISAN JURNAL

MINGGU PERTAMA

31 Jan-04 Feb 2011

1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang
menarik perhatian? )
Pada minggu saya telah memulakan sesi praktikum fasa 3. Praktikum ini merupakan
pengalaman ketiga saya sepanjang menjadi guru pelatih. Seperti praktikum yang lalu,
saya perlu menemui Guru Besar terlebih dahulu. Selepas sesi taklimat, saya
diperkenalkan kepada guru-guru pendidikan khas serta guru aliran perdana. Seterusnya
saya diperkenalkan dengan guru pembimbing pula. Ternyata guru pembimbing banyak
memberikan saya nasihat dan tunjuk ajar. Saya bertuah kerana guru pembimbing
merupakan seorang yang mesra dan sudi berkongsi ilmu. Saya menerima jadual pada
hari pertama lagi. Kepantasan dan kerjasama yang diberikan oleh penyelaras PPKIP SK
Alai benar-benar mewujudkan suasana yang mesra seawal pertemuan lagi. Selain itu
juga, pensyarah penyelia kami iaitu En Amerrudin b.Othman juga telah datang pada
minggu ini iaitu pada hari Selasa. Sejujurnya kedatangan beliau agak mengejutkan
kerana pada praktikum fasa-fasa sebelum ini belum pernah ada pensyarah penyelia
yang hadir seawal hari kedua lagi. Walaupun kedatangan beliau telah diberitahu namun
saya tetap merasakan debaran diselia. Oleh kerana minggu ini hari persekolahan
hanyalah tiga hari sahaja berikutan cuti Tahun Baru Cina yang bermula pada hari Khamis
maka tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan dan disertai melainkan mengemaskini
kandungan buku rancangan mengajar dan portfolio. Kami juga masuk ke setiap kelas
yang bakal diajar dan melihat dengan lebih dekat dan berkenalan dengan murid-murid
kelas tersebut. Kami juga mengadakan temubual bersama guru mata pelajaran kelas
tersebut bagi mengumpul maklumat tentang tahap pencapaian murid-murid tersebut di
dalam kelas.Apa yang dapat dilihat sepanjang minggu ini,semua guru pendidikan khas
dan warga sekolah memberikan kerjasama dan bantuan yang diperlukan serta
mewujudkan suasana yang mesra dan mengurangkan perasaan malu dan gugup di
dalam diri kami. Diharap kerjasama baik dan permulaan yang bagus ini dapat berterusan
sehingga tamatnya praktikum. InsyaAllah.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda?
Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )
Perkara yang meberikan kesan kepada diri saya ialah kedatangan pensyarah penyelia
seawal hari kedua lagi. Ini memberikan saya gambaran bahawa saya perlu berusaha
bersungguh-sungguh dalam melakukan setiap proses pengajaran dan pembelajaran bagi
memenuhi jangkaan pensyarah penyelia saya. Selain itu juga, saya merasakan
penyelaras kami iaitu Pn Nor Rizah begitu efisien dalam menjalankan tanggungjawabnya
sebagai penyelaras dan dalam masa yang sama sebagai guru pembimbing kami.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa
yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)
Berdasarkan taklimat yang diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing, saya
mempelajari agar kita perlu merancang setiap proses pengajaran dan pembelajaran
dengan baik dan mengambilkira setiap kebolehan dan tahap murid. Mereka juga
menyarankan kepada kami agar membuat draf terlebih dahulu sebelum menulisnya di
dalam buku persediaan mengajar. Cara ini dapat membantu kami membuat
perbincangan bersama guru pembimbing dan di dalam masa yang sama membuat
pembetulan dan penambahbaikan. Selain daripada itu, saya juga menyedari sebagai
seorang guru pelatih yang sedang menjalani praktikum, saya perlu menyediakan
portfolio dan buku persediaan mengajar dengan lengkap dan melengkapkannya
mengikut kehendak yacng telah ditetapkan. Perbincangan bersama pensyarah penyelia
dan guru pembimbing ini juga menyuntik semangat saya untuk melakukan yang terbaik
kerana mereka sangat memberi bantuan dalam perkongsian ilmu dan tips-tips untuk
menjadi seorang guru yang baik.
4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan
datang?)
Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :
a) Mengadakan perbincangan bersama guru pembimbing dan pensyarah penyelia
sekerap yang mungkin.
b) Membuat draf rancangan mengajar terlebih dahulu agar dapat membuat
pembetulan dan penambahbaikan.
c) Sentiasa mengemaskini kandungan portfolio dan buku persediaan mengajar
mengikut tetapan yang telah disediakan.
d) Melakukan ujian diagnostik sebelum memulakan kelas bagi mengenalpasti tahap
kebolehan dan kefahaman murid.

Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran saya akan bertambah
berkesan.
PENULISAN JURNAL

MINGGU KEDUA

07 Feb-11 Feb 2011

1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang
menarik perhatian? )
Minggu kedua menyajikan lebih cabaran dan tugasan yang menuntut masa dan waktu
senggang. Tetapi saya tetap berfikiran positif dan terus berusaha. Minggu ini saya
berkesempatan untuk menjalankan ujian diagnostik Bahasa Melayu dan Matematik
kepada murid kelas Kurnia 2 dan Kurnia 3. Ujian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap
penguasaan murid terhadap mata pelajaran tersebut. Sebagai seorang guru praktikum
saya tidak boleh terus mengajar tanpa melaksanakan ujian ini kerana pengenalpastian
tahap kefahaman murid amatlah penting bagi meneruskan sesuatu pengajaran. Perkara
yang menarik perhatian saya pada minggu ini ialah keterujaan murid-murid untuk
mengambil ujian diagnostik. Walaupun saya sedia maklum mereka merupakan murid
pendidikan khas namun semangat yang ditunjukkan oleh mereka benar-benar
memberikan kesedaran kepada saya agar memberi sesuatu input yang berguna kepada
mereka. Selain itu juga saya berpeluang untuk menyertai aktiviti terapi air dan bowling
yang diadakan pada hari Rabu. Semua murid bersemangat dan teruja untuk melakukan
aktiviti ini.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda?
Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )
Tiada sebarang perkara yang menghampakan pada minggu ini tetapi saya mengakui
bahawa ujian diagnostik sangat berkesan untuk mengenalpasti tahap kefahaman murid.
Mungkin ada sesetengah murid yang sudah menguasai pembelajaran terkini namun
melalui ujian ini didapati mereka sudah melupakan topik-topik yang sebelumnya. Oleh
yang demikian, melalui ujian ini murid dapat mengimbas kembali pengajaran-
pengajaran lalu dan dalam masa yang sama mereka dapat mengulangkaji pelajaran.
Keberkesanan ujian ini juga dapat diuji melalui kesungguhan murid menjawab kesemua
soalan ataupun hanya menjawab secara sambil lewa. Terapi air dan bowling pula
memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran sosial mereka di
samping membantu meningkatkan penggunaan psikomotor kasar mereka.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa
yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)
Pada minggu ini saya mempelajari bahawa setiap sesi P&P yang dijalankan perlu
dilaksanakan ujian diagnostik atau saringan terlebih dahulu. Kita tidak boleh terus
memulakan pengajaran tanpa mengambil tahu tahap penguasaan murid dan perbezaan
keupayaan mereka. Ini kerana tidak adil kiranya jika kita terus memulakan pengajaran
maka murid yang lemah akan terus ketinggalan dan tidak dapat menguasai sesuatu
topik tersebut. Bagi aktiviti terapi pula perlu dijalankan bagi memberi peluang kepada
murid untuk melakukan aktiviti berenang, bermain bowling dan dalam masa yang sama
meningkat kemahiran sosial dan psikomotor kasar mereka.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan
datang?)
Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :
a) Menjalankan aktiviti yang lebih kreatif dan menarik perhatian.
b) Menjadi seorang guru yang komited dan bertanggungjawab.
c) Merancang aktiviti yang boleh merangsang minat dan penglibatan murid seperti
aktiviti terapi.
d) Menjalankan ujian diagnostik atau saringan setiap kali sebelum memulakan sesi
P&P di kelas yang baru.

Saya berharap dengan tindakan yang diambil dapat memperbaiki lagi sesi pengajaran
dan kualiti diri seorang bakal guru seperti saya.
PENULISAN JURNAL

MINGGU KETIGA

12-16 Julai 2010

1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang
menarik perhatian? )
Pada minggu ini, pengalaman baru yg diperolehi ialah menghadiri mesyuarat Kejohanan
Olahraga Pendidikan Khas 2010 zon Alor Gajah. Pengalaman, suasana serta
pengetahuan baru yang ditimba ketika mesyuarat benar-benar berguna dan sangat
positif. Pada minggu ini juga Pn Anisah dan En Ramle hadir untuk sesi penyeliaan bagi
subjek Pendidikan Khas dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Perkara baru bagi saya
ialah ketika penyeliaan PJK kerana ia merupakan pengalaman pertama dan agak
mencabar bagi saya.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda?
Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )
Ketika sesi penyeliaan PJK saya agak gugup pada mulanya namun selepas beberapa
minit saya saya mula tenang dan berusaha menjalankan sesi P&P dengan sebaiknya.
Kawalan kelas baik kerana murid-murid memberikan kerjasama dan seronok dengan
aktiviti yang dijalankan. Namun begitu, aktiviti yang agak tinggi arasnya tidak dapat
dilakukan dengan baik oleh murid. Masa yang agak lama juga menyebabkan murid
keletihan dan hilang keseronokan untuk meneruskan aktiviti.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa
yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)
Sesuatu yang saya pelajari ialah apabila kita merancang sesuatu aktiviti PJK terutamanya
untuk murid pendidikan khas ialah kita perlu memikirkan setiap aspek kebolehan dan
keupayaan mereka. Aras aktiviti dan kemahiran yang ingin diajar kepada murid perlulah
tidak terlalu tinggi hingga menyukarkan murid tersebut. Selain itu juga, melalui
perbincangan dengan pensyarah pembimbing PJK, saya mendapat idea-idea yang baru
untuk mengembangkan lagi aktiviti yang boleh dilakukan walaupun melalui kemahiran
yang sama.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan
datang?)
Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :
a) Melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar.
b) Berbincang dengan guru serta pensyarah pembimbing dan meminta
pendapat.
c) Merancang aktiviti yang bertepatan dengan kebolehan dan keupayaan
murid.
d) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya
akan bertambah berkesan.
PENULISAN JURNAL

MINGGU KEEMPAT

19 -23 Julai 2010

1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang
menarik perhatian? )
Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan sebanyak dua kali
telah dijalankan oleh Pn Anisah. Kedua- duanya bagi subjek Matematik. Saya mendapat
pelbagai tips dan pengetahuan baru. Setiap kekurangan dan kelebihan dapat dikupas
untuk ditambah baik lagi pada masa akan datang. Perkara yang menarik perhatian ialah
pada minggu ini berlangsungnya Kejohanan padang dan balapan pendidikan khas zon
Alor Gajah bagi tahun 2010. Pelbagai gelagat dan bakat yang berpotensi besar dapat
dilihat menerusi kejohanan ini.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda?
Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )
Perasaan gemuruh dan takut menyelubungi diri. Saya berusaha untuk membuat yang
terbaik dan sokongan rakan serta keluarga sangat membantu pada waktu ini.
Berdasarkan perbincangan dan hasil penilaian pensyarah dan guru pembimbing saya
mendapati saya perlu lebih mahir mengawal kelas dan perlu bersikap lebih aserif
terhadap murid yang hiperaktif. Selain itu, aktiviti yang dilakukan juga perlu melibatkan
semua murid. Latihan dan bimbingan perlu diberi perhatian yang lebih kepada murid
yang lemah. Kemampuan dan tahap murid juga perlu lebih diberi perhatian dalan
merancang aktiviti, strategi dan lembaran kerja. Latihan berbentuk ansur maju perlu
diperbanyakkan untuk murid yang lemah. Saya berpuas hati dengan aktiviti dan bahan
bantu mengajar yang dihasilkan kerana ia menarik minat murid dan secara tidak
langsung memudahkan mereka untuk lebih memahami perkara yang diajar.
3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa
yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)
Sesuatu yang saya pelajari pada minggu ini ialah seorang guru haruslah kreatif dalam
merancang aktiviti dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik agar dapat
merangsang minat murid. Selain daripada itu saya perlu lebih bersikap asertif dan perlu
memikirkan cara yang lebih berkesan untuk mengawal kelas. Oleh yang demikian, saya
berazam pada masa akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang
dilakukan dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru pembimbing
sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan
datang?)
Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :
a) Bersikap asertif.
b) Melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar.
c) Berbincang dengan guru pembimbing dan meminta pendapat.
d) Melaksanakan tugas mengikut masa dan tidak suka bertangguh.
e) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid.
f) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti.

Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya
akan bertambah berkesan.
REFLEKSI PENGAJARAN BERPASANGAN

Pengajaran berpasangan kali kedua telah dilaksanakan pada 09 April 2010 (Jumaat) bagi
mata pelajaran Kemahiran Hidup-Jahitan. Kelas yang terlibat adalah Sinaran 1. Dua orang
pelajar tidak hadir iaitu Muhammad Fazrin dan Thinagaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti yang telah dirancangkan. Kami
telah mengajar jahitan kia. Pengenalan bagi jahitan kia telah diperkenalkan oleh kami. Kami
juga perlu mengusai kemahiran tersebut sebelum di ajar kepada mereka. Oleh itu, kami telah
mengajar mereka dari permulaan hingga akhir untuk menjahit jahitan kia. Setelah mereka
faham untuk menjahit jahitan kia, kami mengajar mereka untuk mengaplikasikannya di atas
sehelai kain. Bimbingan diberikan kepada mereka memandangkan ada segelintir murid yang
agak sukar untuk melaksanakannya.

Hasil pembelajaran tercapai sebanyak 80 peratus. Murid-murid dapat melaksanakannya


dengan baik. Murid yang lemah telah dibimbing oleh guru. Mereka melaksanakan aktiviti
tersebut dengan tekun.

Pada pengajaran kali ini, semua murid dapat mendengar arahan guru dengan baik.
Mereka juga dapat melaksanakan aktiviti tersebut sehingga selesai. Saya amat berpuas hati
pada pengajaran hari ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Tiada lagi gangguan seperti pengajaran yang lepas. Saya berharap agar pengajaran yang akan
datang menjadi lebih baik lagi.
REFLEKSI PENGAJARAN BERPASANGAN

Pengajaran berpasangan kali pertama telah dilaksanakan pada 02 April 2010 (Jumaat)
bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup-Jahitan. Kelas yang terlibat adalah Sinaran 1. Semua
murid hadir pada hari ini.

Sesi P&P berjalan lancar dan murid memahami apa yang diajar oleh kami. Nemun begitu
sesi pembelajaran sedikit terganggu apabila ada murid yang bergaduh sesama sendiri. Kami
terpaksa meleraikan pergaduhan tersebut dan ia telah mengganggu pembelajaran dan murid
yang lain. Lebih mendukacitakan, murid yang terlibat dengan pergaduhan tidak mahu
melakukan tugasan dan tidak mahu mendengar arahan guru. Kami terpaksa menggunakan
pendekatan yang lebih keras agar murid tersebut membuat apa yang disuruh guru.

Hasil pembelajaran pada hari ini tidak tercapai kerana murid masih lagi memerlukan
bimbingan apabila menjahit jahitan sembat pada kain. Selain itu jahitan tersebut juga tidak
kemas dan tidak teratur. Pada pembelajaran akan datang saya akan lebih bersikap asertif dan
menggunakan pendekatan yang lebih menarik minat murid.
PERNYATAAN PROFESIONAL

Apa yang telah dicapai sepanjang praktikum?


( 28 Jun-20 Ogos 2010)

Tempoh 8 minggu yang dilalui merupakan satu jangka waktu yang memberikan banyak
pendedahan berguna kepada saya. Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dapat
ditimba hasil kerjasama yang jitu oleh warga Sekolah Kebangsaan Dato Naning. Bagi saya,
banyak aspek yang dapat dipelajari untuk menjadi seorang guru yang baik. Ini kerana golongan
guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum
dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam
sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.

Dari aspek pengajaran dan pembelajaran, saya mempelajari bahawa kepelbagaian


aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan
teknik variasi ransangan dapat meningkatkan minat murid khususnya murid-murid
berkeperluan khas. Pada masa yang sama, saya perlu melibatkan murid-murid dalam sesi soal
jawab secara aktif, kerana murid-murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat. Selain itu juga, apa yang
saya pelajari ialah unsur kecindan dan keseronokan perlu diserapkan ketika proses pengajaran
dan aktiviti yang dijalankan. Ini bagi lebih menaik minat murid dan melibatkan mereka
sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya berasa gembira kerana murid-
murid menunjukkan minat dalam setiap aktiviti yang dirancang. Perasaan puas hati dan
gembira jelas terasa apabila melihat anak murid berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan.
Sesungguhnya perasaan tersebut sukar untuk diungkapkan dengan luahan kata-kata.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas
dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa
kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan
daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, saya perlu
sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.
Saya amat bertuah kerana mendapat bimbingan dan nasihat daripada penyelaras
pendidikan khas iaitu En Mazlan b. Sabran yang juga bertindak selaku guru pembimbing.
Dengan pengalaman mengajar hampir daripada 10 tahun, banyak ilmu yang dicurahkan kepada
saya dan beliau sedikitpun tidak lokek berkongsi idea dengan saya. Saya sering mendapatkan
pandangan beliau terutamanya dalam pembinaan rancangan pengajaran harian bagi
memastikan bahawa setiap aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan keupayaan dan minat
mereka. Sesungguhnya saya amat bersyukur dan menghargai bimbingan mereka kerana
cetusan idea dan nasihat membina yang dikongsi banyak membantu saya dalam memilih dan
melaksanakan P&P yang berkesan bagi mencapai objektif pengajarann.

Pertemuan empat mata yang dijalankan bersama-sama pensyarah pembimbing dan


guru pembimbing mendatangkan impak positif ke dalam diri saya untuk melakukan yang
terbaik. Nasihat dan pesanan Pn Anisah bt Alias supaya saya komited dengan tanggungjawab
yang diamanahkan telah meningkatkan lagi iltizam saya untuk melakukan yang lebih baik untuk
masa akan datang. Segala bimbingan yang dijalankan oleh beliau merupakan input-input yang
berguna bagi saya dalam melaksanakan P&P dengan berkesan. Malahan setiap kekurangan
yang berlaku dapat diperbaiki untuk kepentingan bersama di samping setiap pandangan dan
teguran saya terima secara positif dan membina agar dapat memperkuatkan lagi keberkesanan
aktiviti yang dirancang.

Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya supaya tidak
mudah berputus asa apabila menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada pelbagai
pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan dengan masalah tersebut turut
menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi mendidik
diri supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta berusaha sentiasa
mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan merupakan elemen penting dalam usaha
menjayakan praktikum tersebut dengan jayanya. Justeru ini menyedarkan saya supaya
senantiasa menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampu dijadikan asas dan
panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan dengan sebarang masalah.
Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai guru
pendidikan khas ini. Jujur saya katakan bahawa, hari demi hari, perasaan sayang saya terhadap
pelajar-pelajar khas SKDN semakin mendalam. Telatah-telatah dan gelagat yang ditunjukkan
oleh mereka sangat menghiburkan hati. Walaupun, mereka tidak sesempurna insan lain, namun
saya tidak berasa tertekan ketika berada di samping mereka. Sesungguhnya, kanak-kanak khas
merupakan kanak-kanak yang sangat istimewa dan perlu dihargai kehadiran mereka bukannya
dicaci. Hal ini mengingatkan saya kepada detik di awal saya mendaftar ke Institut Pendidikan
Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka yang mana pada ketika itu, terdapat pelbagai cacian
terhadap kursus pendidikan khas dan ada juga yang menyatakan bahawa jika mengajar kanak-
kanak khas dan berada dekat dengan mereka, terutamanya guru wanita yang mengandung,
sudah tentu anak yang dikandung akan menjadi kenan dan anak yang akan dilahirkan juga tidak
akan sempurna seperti kanak-kanak khas. Setelah menjalani praktikum, merasai hidup sebagai
guru pendidikan khas serta melihat kehidupan-kehidupan guru-guru pendidikan khas, ternyata
kenyataan yang dikeluarkan itu salah sama sekali dan tidak berasas.

Jika sebelum ini, saya sering mempertikaikan mengapa saya ditempatkan untuk menjadi
guru pendidikan khas, ternyata setelah menjalani praktikum selama 8 minggu di SKDN, saya
beroleh jawapan itu yang mana jiwa saya sememangnya begitu serasi dengan pendidikan khas
berbanding aliran perdana. hati saya pada mulanya gelisah dengan kursus pendidikan khas ini
sudah bertukar menjadi suka akan kursus ini dan sayang akan kanak-kanak khas. Melalui
praktikum ini juga, saya banyak mempelajari mengenai kekuatan diri dan juga kelemahan diri
sebagai guru pendidikan khas melalui penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing.

Saya berharap untuk praktikum fasa terakhir kelak, saya dapat memberi sumbangan
yang lebih kepada pelajar-pelajar khas yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan menambaik
lagi prestasi saya dalam proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan
dan diaplikasikan kepada murid berkeperluan khas. Sebagai kesimpulannya, pengalaman
menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa
akan datang. Tidak mungkin saya dapat menjayakan praktikum fasa 2 ini sebaik mungkin tanpa
sokongan dan bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi semua pihak. Nescaya
setiap pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk
penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu
dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta
pengamalan yang baik.
PENULISAN JURNAL

MINGGU KEENAM

02- 06 Ogos 2010

1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang
menarik perhatian? )
Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Namun demikian, pada minggu ini seperti
yang telah dirancangkan kami telah berjaya melaksanakan Program sambutan hari lahir
dan pengurusan kewangan (kemahiran membeli-belah) di Mydin Wholesale, MITC.
Alhamdulillah program berjalan seperti yang dirancang dan mendapat kerjasama yang
diimpikan.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda?
Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )
Saya gembira kerana program ini berjalan seperti yang dimahukan dan tiada perkara
yang tidak diingini berlaku. Kerjasama daripada semua guru, ibu bapa murid serta
pembantu pengurusan murid melancarkan lagi program ini. Selain daripada itu juga,
ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Radix Fried Chicken dan Mydin Wholesale
kerana sudi memberikan kerjasama yang diharapkan. Walaupun sedikit menghampakan
kerana tidak mendapat sumbangan ataupun potongan harga tetapi saya menganggap ia
cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi walaupun telah berusaha untuk
mendaptkannya.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa
yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)
Sesuatu yang saya pelajari pada minggu ini ialah seorang guru perlu memiliki
kesabaran , kemahiran komunikasi dan keyakinan yang tinggi. Kemahiran komunikasi
juga perlu lebih ditingkatkan bagi pengajaran di dalam kelas dan juga dalam urusan-
urusan lain seperti untuk mendapatkan tajaan dan kerjasama daripada badan kerajaan
dan bukan kerajaan dalam menganjurkan sesuatu program. Tidak mudah putus asa dan
berusaha untuk mendapatkan yang terbaik juga sangat penting untuk menjadi seorang
guru. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akan datang saya akan
menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi,
keyakinan diri dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru
pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan
datang.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan
datang?)
Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :
a) Meningkatkan kemahiran komunikasi.
b) Lebih berkeyakinan.
c) Berusaha gigih dan tidak mudah putus asa.
d) Menyuburkan lagi sifat sabar dalam diri.

Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya
akan bertambah berkesan.
PENULISAN JURNAL

MINGGU KELIMA

Ogos 2010

1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang
menarik perhatian? )
Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan sekali lagi untuk mata
pelajaran elektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Matematik oleh guru
pembimbing. Perkara yang menarik perhatian ialah pada minggu ini saya dan Hairunizah
berpeluang untuk membuat kertas kerja Program Sambutan Hari Lahir dan Pengurusan
Kewangan yang dijangka diadakan pada minggu hadapan. Kami mengadakan
perbincangan dengan semua guru Pendidikan Khas dan mengatur program dengan
sebaik mungkin. Saya mendapat pelbagai tips dan pengetahuan baru.

5. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda?
Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )
Saya agak gembira kerana penyeliaan PJK kali ini berjalan lancar dan mendapat komen
positif daripada pensyarah pembimbing. Terdapat penambahbaikan daripada
penyeliaan yang pertama dan saya bersyukur kerana dapat menjalankan sesi P&P
dengan baik. Tetapi saya agak kecewa dengan perancangan kemahiran yang telah dibuat
kerana saya sepatutnya merendahkan lagi aras agar semua murid dapat menguasai
kemahiran tersebut. Pengalaman baru ditimba semasa berurusan dengan pihak Radix
Fried Chicken dan Mydin. Mereka memberikan kerjasama dengan baik dan memudahkan
urusan kami.
6. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa
yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)
Sesuatu yang saya pelajari pada minggu ini ialah seorang guru haruslah kreatif dalam
merancang aktiviti dan kemahiran tersebut perlulah bersesuaian dengan kemahiran dan
kebolehan semua murid. Selain daripada itu saya perlu lebih bersikap asertif dan perlu
memikirkan cara yang lebih berkesan untuk mengawal kelas. Kemahiran komunikasi
juga perlu lebih ditingkatkan bagi pengajaran di dalam kelas dan juga dalam urusan-
urusan lain seperti untuk mendapatkan tajaan dan kerjasama daripada badan kerajaan
dan bukan kerajaan dalam menganjurkan sesuatu program. Oleh yang demikian, saya
berazam pada masa akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang
dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan menerima kritikan
membina daripada pensyarah dan guru pembimbing sebagai batu loncatan untuk
melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

7. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan
datang?)
Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :
a) Melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar.
b) Berbincang dengan guru pembimbing dan meminta pendapat.
c) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid.
d) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti.
e) Meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi di dalam kelas.
f) Menjalankan pengurusan tingkah laku yang bersesuaian dengan murid.

Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya
akan bertambah berkesan.
PENULISAN JURNAL

MINGGU KEENAM

09- 13 Ogos 2010

1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang
menarik perhatian? )
Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan sekali lagi untuk mata
pelajaran elektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Sains oleh pensyarah
pembimbing. Perkara yang menarik perhatian ialah pada minggu ini saya diselia untuk
pertama kali bagi mata pelajaran Sains. Saya agak gugup dan gementar kerana kurang
pengetahuan dan tiada pengalaman secara langsung dalam mengajar Sains. Tambahan
pula, saya hanya mengajar Sains sekali semingu. Maka ia menimbulkan perasaan yang
kurang yakin dan sedikit tekanan.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda?
Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )
Saya agak gembira kerana penyeliaan PJK kali ini berjalan lancar dan mendapat komen
positif daripada pensyarah pembimbing. Terdapat penambahbaikan daripada
penyeliaan yang pertama dan saya bersyukur kerana dapat menjalankan sesi P&P
dengan baik. Tetapi saya agak kecewa dengan prestasi dan pengajaran saya untuk mata
pelajaran Sains. Berpandukan komen dan teguran daripada pensyarah menyatakan yang
saya tidak menggunakan masa ketika set induksi dengan sepenuhnya dalam menarik
perhatian murid. Selain itu juga, penggunaan laras bahasa juga perlu lebih rendah untuk
memudahkan murid lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru. Aktiviti juga
dikatakan kurang mencabar dan tidak membantu meningkatkan pengetahuan murid.
3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa
yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)
Sesuatu yang saya pelajari melalui komen pensyarah ialah sebagai seorang guru kita
perlulah sentiasa kreatif dalam menjana idea dan aktiviti agar sesi pembelajaran tidak
menjadi kaku dan tidak menyeronokkan. Sebagai seorang bakal guru pendidikan khas
sifat kecindan dan humor amat penting kerana murid perlu seronok dan ceria ketika
menimba ilmu. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akan datang saya akan
menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi,
keyakinan diri, kreativiti dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru
pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan
datang.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan
datang?)
Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :
g) Menerapkan unsur kecindan dan humor dalam pembelajaran.
h) Berbincang dengan guru pembimbing dan meminta pendapat.
i) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid.
j) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti.
k) Meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi di dalam kelas.
l) Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan tahap murid.
m) Menjalankan pengurusan tingkah laku yang bersesuaian dengan murid.

Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya
akan bertambah berkesan.
PERNYATAAN PROFESIONAL

Apa yang telah dicapai sepanjang praktikum?


( 28 Jun-20 Ogos 2010)

Tempoh 8 minggu yang dilalui merupakan satu jangka waktu yang memberikan banyak
pendedahan berguna kepada saya. Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dapat
ditimba hasil kerjasama yang jitu oleh warga Sekolah Kebangsaan Dato Naning. Bagi saya,
banyak aspek yang dapat dipelajari untuk menjadi seorang guru yang baik. Ini kerana golongan
guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum
dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam
sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.

Dari aspek pengajaran dan pembelajaran, saya mempelajari bahawa kepelbagaian


aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan
teknik variasi ransangan dapat meningkatkan minat murid khususnya murid-murid
berkeperluan khas. Pada masa yang sama, saya perlu melibatkan murid-murid dalam sesi soal
jawab secara aktif, kerana murid-murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat. Selain itu juga, apa yang
saya pelajari ialah unsur kecindan dan keseronokan perlu diserapkan ketika proses pengajaran
dan aktiviti yang dijalankan. Ini bagi lebih menaik minat murid dan melibatkan mereka
sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya berasa gembira kerana murid-
murid menunjukkan minat dalam setiap aktiviti yang dirancang. Perasaan puas hati dan
gembira jelas terasa apabila melihat anak murid berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan.
Sesungguhnya perasaan tersebut sukar untuk diungkapkan dengan luahan kata-kata.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas
dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa
kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan
daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, saya perlu
sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.
Saya amat bertuah kerana mendapat bimbingan dan nasihat daripada penyelaras
pendidikan khas iaitu En Mazlan b. Sabran yang juga bertindak selaku guru pembimbing.
Dengan pengalaman mengajar hampir daripada 10 tahun, banyak ilmu yang dicurahkan kepada
saya dan beliau sedikitpun tidak lokek berkongsi idea dengan saya. Saya sering mendapatkan
pandangan beliau terutamanya dalam pembinaan rancangan pengajaran harian bagi
memastikan bahawa setiap aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan keupayaan dan minat
mereka. Sesungguhnya saya amat bersyukur dan menghargai bimbingan mereka kerana
cetusan idea dan nasihat membina yang dikongsi banyak membantu saya dalam memilih dan
melaksanakan P&P yang berkesan bagi mencapai objektif pengajarann.

Pertemuan empat mata yang dijalankan bersama-sama pensyarah pembimbing dan


guru pembimbing mendatangkan impak positif ke dalam diri saya untuk melakukan yang
terbaik. Nasihat dan pesanan Pn Anisah bt Alias supaya saya komited dengan tanggungjawab
yang diamanahkan telah meningkatkan lagi iltizam saya untuk melakukan yang lebih baik untuk
masa akan datang. Segala bimbingan yang dijalankan oleh beliau merupakan input-input yang
berguna bagi saya dalam melaksanakan P&P dengan berkesan. Malahan setiap kekurangan
yang berlaku dapat diperbaiki untuk kepentingan bersama di samping setiap pandangan dan
teguran saya terima secara positif dan membina agar dapat memperkuatkan lagi keberkesanan
aktiviti yang dirancang.

Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya supaya tidak
mudah berputus asa apabila menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada pelbagai
pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan dengan masalah tersebut turut
menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi mendidik
diri supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta berusaha sentiasa
mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan merupakan elemen penting dalam usaha
menjayakan praktikum tersebut dengan jayanya. Justeru ini menyedarkan saya supaya
senantiasa menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampu dijadikan asas dan
panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan dengan sebarang masalah.
Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai guru
pendidikan khas ini. Jujur saya katakan bahawa, hari demi hari, perasaan sayang saya terhadap
pelajar-pelajar khas SKDN semakin mendalam. Telatah-telatah dan gelagat yang ditunjukkan
oleh mereka sangat menghiburkan hati. Walaupun, mereka tidak sesempurna insan lain, namun
saya tidak berasa tertekan ketika berada di samping mereka. Sesungguhnya, kanak-kanak khas
merupakan kanak-kanak yang sangat istimewa dan perlu dihargai kehadiran mereka bukannya
dicaci. Hal ini mengingatkan saya kepada detik di awal saya mendaftar ke Institut Pendidikan
Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka yang mana pada ketika itu, terdapat pelbagai cacian
terhadap kursus pendidikan khas dan ada juga yang menyatakan bahawa jika mengajar kanak-
kanak khas dan berada dekat dengan mereka, terutamanya guru wanita yang mengandung,
sudah tentu anak yang dikandung akan menjadi kenan dan anak yang akan dilahirkan juga tidak
akan sempurna seperti kanak-kanak khas. Setelah menjalani praktikum, merasai hidup sebagai
guru pendidikan khas serta melihat kehidupan-kehidupan guru-guru pendidikan khas, ternyata
kenyataan yang dikeluarkan itu salah sama sekali dan tidak berasas.

Jika sebelum ini, saya sering mempertikaikan mengapa saya ditempatkan untuk menjadi
guru pendidikan khas, ternyata setelah menjalani praktikum selama 8 minggu di SKDN, saya
beroleh jawapan itu yang mana jiwa saya sememangnya begitu serasi dengan pendidikan khas
berbanding aliran perdana. hati saya pada mulanya gelisah dengan kursus pendidikan khas ini
sudah bertukar menjadi suka akan kursus ini dan sayang akan kanak-kanak khas. Melalui
praktikum ini juga, saya banyak mempelajari mengenai kekuatan diri dan juga kelemahan diri
sebagai guru pendidikan khas melalui penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing.

Saya berharap untuk praktikum fasa terakhir kelak, saya dapat memberi sumbangan
yang lebih kepada pelajar-pelajar khas yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan menambaik
lagi prestasi saya dalam proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan
dan diaplikasikan kepada murid berkeperluan khas. Sebagai kesimpulannya, pengalaman
menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa
akan datang. Tidak mungkin saya dapat menjayakan praktikum fasa 2 ini sebaik mungkin tanpa
sokongan dan bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi semua pihak. Nescaya
setiap pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk
penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu
dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta
pengamalan yang baik.
PENULISAN JURNAL

MINGGU KELAPAN

16 - 20 Ogos 2010

1 Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang
menarik perhatian? )
Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan sekali lagi dan
terakhir untuk major bagi subjek Bahasa Melayu. Perkara yang menarik perhatian ialah
pada minggu ini saya diselia untuk pertama kali bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Saya agak gugup dan gementar kerana kurang pengetahuan dalam mengajar Sains.
Tambahan pula, saya hanya mengajar Sains sekali semingu. Maka ia menimbulkan
perasaan yang kurang yakin dan sedikit tekanan.

2 Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda?
Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )
Saya agak kecewa dengan prestasi dan pengajaran saya untuk mata pelajaran Bahasa
Melayu. Berpandukan komen dan teguran daripada pensyarah menyatakan yang
saya tidak menggunakan masa ketika set induksi dengan sepenuhnya dalam menarik
perhatian murid. Selain itu juga, penggunaan laras bahasa juga perlu lebih rendah untuk
memudahkan murid lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru. Aktiviti juga
dikatakan kurang mencabar dan tidak membantu meningkatkan pengetahuan murid.
Saya juga perlu merangang murid dengan aktiviti yang lebih seronok dan melibatkan
semua murid.

3 Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa
yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)
Sesuatu yang saya pelajari melalui komen pensyarah ialah sebagai seorang guru kita
perlulah sentiasa kreatif dalam menjana idea dan aktiviti agar sesi pembelajaran tidak
menjadi kaku dan tidak menyeronokkan. Sebagai seorang bakal guru pendidikan khas
sifat kecindan dan humor amat penting kerana murid perlu seronok dan ceria ketika
menimba ilmu. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akan datang saya akan
menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi,
keyakinan diri, kreativiti dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru
pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan
datang.

4 Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan
datang?)
Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :
n) Menerapkan unsur kecindan dan humor dalam pembelajaran.
o) Berbincang dengan guru pembimbing dan meminta pendapat.
p) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid.
q) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti.
r) Meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi di dalam kelas.
s) Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan tahap murid.
t) Merangsang minat dan sifat ingin tahu murid kepada pembelajaran.

Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya
akan bertambah berkesan.

You might also like