You are on page 1of 3

Sepak-takraw

ASAL USUL SEPAK RAGA

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga
menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja
Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya
akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti
raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

CARA BERMAIN:

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu
bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung
bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu
dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah
pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu
mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak
jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut
ditamatkan.

Menimang Bola

Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman


mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan
kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa
selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam
pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan
yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang
ditetapkan, dikira menang.

Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama
kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan
oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri
daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian
belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan
gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

ASAL-USUL SEPAK TAKRAW

 Sepak Takraw dipercayai berasal dari peramainan Cina iaitu Cuju bermaksud
menendang bola. Ia terkenal di Malaysia dan Thailand pada tahun 1400. Ia
dikenali sebagai ‘takraw’ dalam Thai. Dahulu ia dimain oleh pemuda dan
kanak-kanak berdiri dalam bulatan dan menimbag bola bergiliran. Apabila bola
itu terjatuh pusingan itu tamat. Pada 1740 peraturan-peraturannya
dikenalkan.Kemudiannya ia dimain dengan jaring memisahkan dua pasukan itu.
Pada 1933, permainan itu dimain di Negeri Sembilan, Malaysia.

CARA BERMAIN

Ia mengandungi dua pasukan mengandungi 3 pemain. Satu ‘belakang’ yang


berdiri di belakang, sartu ‘kanan dalam’ yang berdiri di kanan dan yang terakhir
adalah ‘kiri dalam’ yang berdiri di kiri. Sebuah bulatan di dilukis ditengah
gelanggang.

1.Membaling syling dan siapa yang mmenang akan dapat pilih untuk
memulakan dahulu atau memilih gelanggang mana mereka mahu.

2.Mulakan pertandingan itu. Mereka hanya boleh menggunakan kaki atau


kepala mereka.

3.Untuk pasukan itu memenaagi sebuah mata , penentang mereka harus tidak
dapat membawa kembali bola itu.

 Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw

You might also like