Professional Documents
Culture Documents
Kehadiran :
Tidak Hadir :
1. Pn Haeza Bt Haron
AGENDA :
1. Aluan Pengerusi
1.1 Pn Hjh Rosnah selaku pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada Pengetua dan
semua guru yang hadir.
1.2 Beliau memaklumkan En Khairul Azmi B Rosley selaku Penyelaras Sukan Dan Permainan
akan mencatat minit mesyuarat pada hari ini.
1.3 Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat yang diadakan pada hari ini adalah untuk semua
ketua guru penasihat sukan dan permainan bagi mengisi buku laporan tahunan.
1.4 Beliau juga menyemak kehadiran semua ketua guru penasihat sukan dan permainan dan
ketua rumah sukan.
2.1 Taklimat oleh Pn Hjh Rosnah untuk mengisi buku laporan tahunan kepada ketua guru
penasihat secara teperinci.
2.2 Cara menubuhkan kelab
2.3 Menyatakan tanggungjawab guru penasihat kelab
2.4 Menyatakan cara membuat mesyuarat agung kelab
2.5 Menyatakan bagaimana minit mesyuarat dijalankan
2.6 Penerangan untuk perlembagaan
2.7 Penerangan garis paduan guru :
i. PK Koko memaklumkan jika guru membuat latihan di luar sekolah sila maklumkan kepada
pihak sekolah.
ii. Maklumkan kepada guru tingkatan sekiranya pelajar terlibat dengan aktiviti sukan.
iii. Sila ikut prosedur jika pelajar pulang awal untuk mewakili sekolah ke sesuatu
pertandingan.
iv. Aktiviti luar sekolah sila pastikan surat kebenaran waris ada.
v. Pengetua memberi respon terhadap pelajar yang mewakili sekolah. Beliau meminta guru
mesti mengikut prosedur bagi mengelakkan sebarang masalah.
vi. En. Hafiq bertanyakan tentang surat kebenaran waris terdapat itu pelajar sendiri yang
menandatangani surat kebenaran waris.
vii. PK Koko dan Pengetua memberikan maklum balas supaya pelajar berkenaan tidak
dibenarkan mewakili sekolah bagi megelakkan kejadian tidak diingini.
viii. PK Koko menyentuh tentang papan kenyataan. Pastikan ia dikemaskini dan ia akan
dipantau oleh Penyelaras Sukan dan Permainan.
i. Surat panggilan
ii. Senarai nama pelajar
iii. Jadual perlawanan
3.1 PK Koko memberikan makluman contoh program satu pelajar satu sukan berdasarkan edaran
yang telah dibuat :
3.2 PK Koko meminta S/U Sukan memberikan penerangan yang lebih terperinci tentang contoh
bagaimana program yang akan dijalankan :
i. Penerangan oleh En Hafiq dengan lebih jelas contoh program. Bagaimana ia diranncang,
aktiviti yang boleh dijalankan dan cara membuat penilaian ke atas pencapaian pelajar
bagi menjayakan program satu pelajar satu sukan ini.
4.1 Pk Koko menyatakan perkara yang perlu ada dalam pelan strategik tersebut :
5.1 PK Koko memaklumkan Sukan Tahunan Sekolah hanya boleh dijalankan pada bulan Jun
sahaja mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.2 Perbincangan menetapkan tugas guru rumah sukan :
6. Hal-hal Lain
i. Tingkatan 1 - En Faizal
ii. Tingkatan 2 - En Khairul Azmi
iii. Tingkatan 3 - Cik Rahayu
iv. Tingkatan 4 - Pn Siti Fatimah
v. Tingkatan 5 - Cik Rahayu
vi. Tingkatan 6 - PK Ting 6
6.5 S/U Sukan En Hafiq bertanyakan tentang struktur padang. Sistem perparitan yang terdapat
disekeliling padang sudah tidak berfungsi dengan baik dan apabila hujan turun air akan
bertakung di kawasan padang dan akan menyebabkan terdapat bahagian padang menjadi
seperti kawasan paya. Ini menyebabkan bahagian padang tersebut tidak sesuai untuk
sebarang aktiviti dan menyebabkan ruang padang menjadi agak sempit sekaligus
menyebabkan berlakunya kesesakan penggunaan padang semasa latihan rumah sukan
dijalankan.
i. Jika ada mesyuarat beliau meminta semua guru yang terlibat sila hadir tetapi jika
tidak dapat hadir guru berkenaan diminta memberikan surat tunjuk sebab.
ii. Pengetua meminta jadual setiap aktiviti sukan dan permianan daripada jawatan kuasa
koko yang berkenaan bagi tahun 2011
iii. Guru mesti berada bersama pelajar semasa aktiviti dijalankan
iv. Mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa jika ingin membawa pelajar keluar
v. Pengetua berharap agar warga sekolah dapat Mengembalikan Kegemilangan Sukan
di SMKTK pada tahun ini dan seterusnya..
............................................ ...................................
( En Khairul Azmi B. Rosley ) (Pn Hjh Rosnah Bt Othman)
Penyelaras Sukan dan Permainan Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Telok Kumbar SMK Telok Kumbar