You are on page 1of 1

CERPEN “ANNYSS SOPHILLIA”

“Indera,bawa aku ke pinggir Rimba Besar Alstonia.”Annyss memerintahkan.


Tanpa berlengah lagi, unggas gergasi itu terus mengibaskan sayapnya membawa
ke destinasi Annyss yang dimaksudkan.Seketika sahaja semua kota dan desa
dilewati.
Inderawasih yang terbang dengan laju mula melembutkan sayapnya dan
Semakin merendah.Annyss ditinggaikan pada sebuah bangsal di tepi sebatang
Anak sungai lantas terbang semuia ke udara.
Ratu suria telah tergelincir dari persemayamannya di puncak langit .
Sendirian di hutan belukar begini sesekali meremangkan bulu tengkuknya.
“Kalaulah eustary ada disini…” desis Annyss sendirian.
Krrapp!
Derapan tapak kaki seseorang telah mematahkan ranting kering di
Belakangnya.Sekaligus darahnya berderau.Annyss sudah bersedia menghunus
Pisau belatinya.Demi dia berpusing,senjatanya dihayun tinggi untuk dibenamkan
Ke tubuh musuhnya.
“Ehh…nanti dulu! Sabar, Annyss!”

1.Apakah maksud frasa destinasi yang dimaksudkan?


Maksudkan frasa tersebut ialah tempat yang ingin dituju.

2.Pada pendapat anda,perlukah Annyss meneruskan tindakannya terhadap


orang yang datang secara mendadak itu?Mengapakah anda berkata
sedemikian?
Pada pandangan saya,Anyss tidak perlu meneruskan tindakannya itu.saya
Berpendapat sedemikian kerana ada kemukian orang yang datang itu rakan
Atau kenalannya sendiri.Tindakan yang melulu akan menyebabkan
Kecedaraan kepada rakannya.Jika musuh yang datang ,tindakan annyss
Tidak akan mendatangkan faedah kerana dia sudah diawasi malah dia
Mungkin diserang kerana bersikap agresif.

3.Huraikan dua nilai murni dalam petikan dan dua murni dalam cerpen.
Dua nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah nilai keberanian.Dalam
Hal ini,annyss berani dan bersedia untuk melawan orang yang datang.selain
Itu,terdapat nilai kasih sayang,iaitu Annyss sayang akan eustary yang tidak
Ada di sisinya.dalam cerpen pula,terdapat nilai bertanggungjawab,iaitu
Sikap tanggungjawap Annyss mencari Eyrique setelah adiknya itu hilang.
Akhinya sekali,terdapat juga nilai bekerjasama,iaitu annyss bekerjasama
Dengan akmal dan Eyrique untuk menentang strenn yang merampas kuasa.

You might also like