You are on page 1of 12

Soalan Tugasan

Teori merupakan satu andaian yang mengandungi beberapa idea dan pandangan
daripada tokoh-tokoh hebat bertujuan menjelaskan sesuatu kejadian atau sesuatu
fenomena. Kepada seseorang kaunselor,kepentingan teori diumpamakan sebagai
sebuah peta bagi memudahkan proses menyelesaikan masalah.Dalam erti kata lain
teori dapat memberi maksud,keyakinan dan halatuju yang jelas kepada seseorang
kaunselor.

a)Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh dan contoh yang bersesuaian bincangkan


kepentingan dan fungsi teori dalam kaunseling? ( 4 markah }

b)Pendekatan ketingkahlakuan dalam bidang kaunseling mempunyai sejarah


perkembangan yang tersendiri.Berdasarkan pernyataan ini jelaskan komponen-
komponen utama yang telah membawa kepada kewujudan teori kaunseling
behaviorisme. (5 markah)
c)Berdasarkan prinsip-prinsip dalam teori kaunseling behaviorisme,nyatakan
bagaimana sesuatu tingkah laku maladtif dipelajari?Seterusnya terangkan bagaimana
anda menggunakan strategi-strategi yang terdapat dalam teori kaunseling
behaviorisme bagi membantu klien yang menghadapi masalah tingkah laku maladaptif
ini. (6 markah)

Setiap soalan di atas,pelajar dikehendaki mengemukakan sekurang-kurangnya DUA


artikel,jurnal,cetakan bab atau mana-mana bahan rujukan tambahan yang bersifat
ilmiah bagi menyokong hujah/pendapat yang dikemukakan dalam tugasan anda. -2
markah akan diberikan bagi DUA artikel,jurnal,cetakan bab atau mana-mana bahan
rujukan tambahan yang diberikan bagi setiap soalan.(2 markah x 3 soalan)
(6 markah)

(Jumlah:20 markah)
1.0 Pendahuluan
Teori merupakan asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu
pengetahuan . Sebenarnya, setiap daripada kita mempunyai pandangan-pandangan
yang membentuk suatu . ’ Teori penggunaan ’ .Sebenarnya merujuk kepada
kepercayaan-kepercayaan dan andaian-andaian yang mempengaruhi hidup kita sehari-
hari . Teori seperti ini memang mempengaruhi tingkah laku terutamanya hubungan –
hubungan antara individu kita . Teori peribadi ini telah dipengaruhi oleh faktor-faktor
seperti sosio ekonomi , jantina, pengalaman , taraf persekolahan, rakan-rakan dan
peluang-peluang sahsiah, perangai dan kesedaran .
Bimbingan dan kaunseling juga diterjemah dan didefinasikan oleh pelbagai
pendapat tohoh-tokoh. Antaranya ialah Cottle dan Downie ,Krumboltz , dan Szainal
Abidin Ahmad . Menurut Cotle dan Downi ( 1970 ) kaunseling sebagai proses
hubungan di antara seorang klien dan kaunselor di mana kaunselor berusaha
menolong kliennya memahami dirinya sendiri dan menerima masalah yang dihadapi
sehingga klien membuat pertimbangan dan mengambil keputusan. Menurut
Krumbultz (1965 ) kaunseling sebagai apa saja aktiviti yang beretika yang dilakukan
oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkan tingkah laku yang
mendorong kepada penyelesaian masalah klien . Menurut Zainal Abidin Ahmad
(2002) , kaunseling sebagai satu perbincangan antara seorang keunselor yang terlatih
dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan
memerlukan bantuan bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif
untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang
dipilih.
Terdapat ramai tokoh-tokoh yang membincangkan kepentingan dan teori
dalam kaunseling . Antaranya ialah Sigmund Freud. Beliau berasal dari Moravia ,
yang mana sekarang terkenal dengan nama Slovakia .Beliau membentuk teori
Psikoanalitik . Beliau diberi pengiktirafan dalam perkembangan prosedur untuk
merawat individu yang terganggu jiwanya , berdasarkan pemerhatian dan pemahaman
proses mental dan emosi . Menurut Ee Ah Meng ( 1989 ) pandangan Freud , mengenai
manusia iaitu hanya mementingkan diri .Andaian-andaian yang dibuat ialah
-1-
a) Tingkah laku manusia ditentukan oleh kuasa-kuasa tak sedar ;
b) dorongan-dorongan kejantinaan adalah penentu-penentu tingkah laku ;
c) tingkah laku orang dewasa banyak dipengaruhi oleh perkembangan peringkat
kanak-kanak awal , dan
d) masalah-masalah peringkat timbul kerana konflik dalam individu ,yang disebabkan
sejarah lampau , yang merupakan helah bela diri .
Menurut Sabariah Siron (2005), membahagikan fikiran insan dibahagikan kepada
tiga bahagian / elemen .
 alam sedar ( concious ): insan sedar dan tahu apa yang berlaku . Contohnya
rasa sakit , lapar marah dan seumpamanya .
 alam pra – sedar ( sub concious ) : insan tidak menyedari dan tidak tahu apa
yang berlaku kecuali jika dia memberi perhatian kepada apa yang berlaku itu .
Contohnya bilangan anak tangga pejabat yang kita lalui sehari-hari , bilangan
kali kerdipan mata dan seumpamanya.
 Alam tidak sedar ( uncouncious): insan memang tidak menyedari lansung apa
yang berlaku. Contohnya tidak memahami mengapa timbul
kegembiraan,kerunsingan , kesedihan ,kemarahan dan seumpamanya .

Selain itu , Sigmund freud juga menyatakan struktur personaliti manusia


dibahagikan kepada tiga bahagian .Ketiga-tiga personaliti ini mempengaruhi peribadi
manusia . Menurut Sabariah Siron ( 2005) , Freud berpendapat terdapat tiga elemen
dalam personaliti insan :
 Id : ia hanya tahu mendesak dan memaksa. Sifatnya suka kepada
keseronokan dan kegembiraan dan kepuasan .Ia tidak pernah matang dan
membesar dan ia bersifat tidak rasional dan tidak bermoral .
 Ego : Ia merupakan tenaga eksekutif yang mengawal jenis tindakan yang akan
dilakukan , memilih persekitaran yang sesuai . ia dipandu oleh prinsip realiti .
Ia juga terpaksa menanggung beban dan tanggungjawab kerana terpaksa
menjadi orang tengah di antara id dan superego. Ego perlu waras dan rasional .
-2-
 Superego : ia merupakan komponan sosial dan moral . Ia bertangungjawab
menentukan sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk berdasarkan kepada
pendidikan yang telah diterimanya sejak awal dulu. Ia bersifat idealistik. Ia
dapat melahirakan ganjaran yang berupa penghargaan diri dan dendaan yang
berupa rasa bersalah dan kritik diri .
Menurut Rohani Jantan , Mahani Razali ( 2009 ) , Freud percaya bahawa
perkembangan personaliti manusia terdiri daripada tiga elemen yang utama
,iaitu id,ego dan superego
a) Id
Id adalah komponan biologi yang mementingkan keseronokan dan wujud
sejak ia dilahirkan .Ia dianggap sebagai satu elemen struktur yang
semulajadi , satu elemen yang diwarisi ,satu elemen yang sedia ada dalam
diri manusia. Ia merupakan satu gejala bawah sedar dan ia merupakan satu
tenaga yang primitif. Id tidak teratur ,tidak rasional , dan penuh dengan
orientasi berkehendakkan kepuasan .
b) Ego
Ego merupakan komponan psikologi kal yang mengutamakn realiti dan
pemikiran logik . .Ego berbeza dengan Id. Ego tidak wujud semasa
kelahiran .Sebaliknya , ego berkembang secara berperingkat . sebagai
elemen pada tahap sedar , ego penuh dengan perpsepsi , inginkan kemajuan
dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan .
c) Super ego
Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkah laku
iaitu psikoanalisis . Super ego lebih menyerupai hati nurani atau
’conscience ’ seseorang individu . Super ego merupakankan akar tunjang
dari aspek peneguhan moral yang baik . Super ego berfungsi mengawal ego
dan id . Super ego bertindak seakan-akan seperti ibu bapa seseorang
individu , saling mengingatkan keadaan , suasana , peristiwa , persepsi ,
pemikiran ,emosi ,sikap dan tingkah laku . Di sebalik super ego sentiasa
wujud imej pengawalan .
-3-
Antara kepentingan teori ini kepada kaunselor ialah memahami bahawa disebalik
ilmu yang ada , terdapat juga elemen –elemen lain yang boleh membantu .
Menurut Ee Ah Meng ( 1989 ) , rawatan seperti ini memerlukan latihan yang
bertahun-tahun , oleh itu kurang releven bagi kaunselor kecuali doktor-doktor.
Walau bagaimanapun , kaunselor perlu menyedari bahawa adanya kuasa-kuasa
motivasi lain dalam diri individu yang tidak disedari .

Selain itu , Carl Rogers ( 1930 ), salah seorang bimbingan dan kaunseling yang
terkenal pada tahun 1930 .Beliau telah mengasakan Teori Pemusatan Klien .Teori ini
mengangap setiap manusia itu baik dan sentiasa ingin mencapai kesempurnaan diri .
Teori ini memberi sumbangan dalam dunia kaunseling kerana sikap manusia boleh
diubah kerana semua manusia inginkan kebaikan kerana setia manusia mempunyai
pegangan agama masing-masing .Menurut Chong Lean Keow (2007) ,Teori ini
berorientasikan humanistik di mana manusia bersifat positif dan berkecenderongan ke
arah penyempurnaan diri .
Pandangan terhadap manusia
Bagaimanakah pandangan Rogers terhadap manusia ? sila baca beberapa ciri
mengenai manusia seperti berikut :
 Setiap manusia adalah baik
 Manusia berpotensi meningkatkan personaliti dan konsep kendirinya .
 Kesedaran kendiri seseorang berlaku dalam konteks di mana dia berada
 Setiap orang berkebolehan untuk membuat pilihan yang sesuai mengenai
kehidupannya .
Menurut Sabariah Siron( 2005 ) , Carl Rogers percaya
1 ) Insan itu baik ,boleh dipercayai , berusaha ke arah kesempurnaan diri .
2 ) Insan juga berkeupayaan untuk memahami dirinya sendiri dan dapat
menyelesaikannya masalahnya sendiri tanpa campur tangan orang lain mahupun
kaunselor .
-4-
Antara kepentingan teori ini kepada kaunselor ialah membantu klien dalam
proses perkembangan agar klien dapat menghadapi masalahnya masa kini dan
masa akan datang . Klien juga dapat menerima dirinya sama ada baik atau buruk
dan sanggup menerima perkembangan dan perubahan . Klien juga mempunyai
keyakina diri terhadap keupayaan yang ada untuk membuat pilihan dan ketetapan
baru dan juga sedar pengalaman baru untuk terus menghadapi cabaran dan
dugaan hidup dan bersedia.
b) Secara amnya teori behavioral seperti yang dapat diketahui umum dari namanya
dicipta untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pada diri orang yang menerima
kaunseling .Adalah dianggap bahawa masalah klien berpunca daripada tingkah laku
yang telah dipelajari dan bahawa tugas kaunseling ialah untuk menolong mereka
mempelajari tingkah laku baru yang membawa kepada penyelesaian kepada masalah
mereka . Teori ini terbahagi kepada tiga tahap . menurut Sabariah Siron( 2005 ) ,
1. Teori terkembang dari tiga tahap .
2. Tahap pertama diasaskan oleh Pavlov ( 1960) dan Hull (1943) yang
menghasilkan pelaziman klasik .
3. Berdasarkan pelaziman klasik Pavlov , Watson (1920) pula telah membuktikan
bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan
prinsip pembelajaran
4. Tahap kedua pula lahirnya pelaziman operan yang diasaskan oleh Skinner
(1953) yang memberi tumpuan kepada peneguhan, pelupusan dan hukuman .
5. Tahap ketiga dikenali dikenali terapi tingkah laku kognitif yang
menggabungkan aliran ketingkahlakuan dan aliran kognitif .
Komponen pertama dalam teori ini adalah kumpulan yang dipelopori oleh
kumpulan pelaziman responden yang dipelopori oleh Pavlov ,Hull dan John
Watson .Menurut Dr Zainal Abidin Ahmad (2008 ) , komponen pertama dipetik
daripada prinsip pelaziman klasik , atau kadang-kadang disebut juga sebagai
pelaziman respondan yang diasaskan dari hasil kajian Pavlov(1960 ), dan Hull
(1943 ). Dalam sebuah kajian, John Watson (1920) telah menggunakan prinsip
-5-
Pavlov , iaitu prinsip pelaziman klasik , untuk melatih Little Albert takutkan
kepada tikus putih , kapas putih dan rambut Watson yang putih . Dalam
pengkajian Watson , beliau telah menggunakan rangsangan tidak terlazim
( bunyi loceng yang kuat ) yang digandingkan dengan rangsangan yang
dilazimkan ( tikus putih ). Beliau telah menyimpulkan bahawa emosi seseorang
boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran . Beberapa
konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui
prinsip kelaziman klasik yang dikemukan oleh Pavlov . Konsep tersebut ialah
generallisasi , diskriminasi dan penghapusan
Komponen yang kedua pula dipelopori oleh B. F. Skinner . Teori ini
digunakan dalam operasi peneguhan kerana peneguhanlah akan menyebabkan
tingkah laku itu berulang dan seterusnya diingati oleh pelajar . Sebaliknya
hukuman yang sentiasa diberikan oleh guru akan menyebabkan pelajar tidak
berani menjawab atau mendiamkan diri sahaja apabila guru menyoal. Menurut
Ramlah Jantan ( 2009 ) , peneguhan ialah perkara yang akan dilakukan untuk
mengalakan sesuatu perlakuan itu diulangi . Menurut Richlin (1991 ) , peneguhan
diberikan , pertamanya untuk memuaskan kehendak individu ; keduanya untuk
mengurangkan tekanan dan merangsang otak . Dalam kajian Skinner beliau telah
membahagikan peneguhan kepada dua jenis , iaitu peneguhan positif dan
peneguhan negatif . Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah
perlakuan itu ditunjukkan , akan menyebabkan perlakuan itu diulangi .Contoh
apabila murid menjawab sesuatu soalan dengan betul ,guru akan memberikan kata-
kata pujian,memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar atau memberikan
hadiah akan memotivasikan pelajar . Peneguhan negatif pula ialah rangsangan
serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan .Contohnya seorang bapa
memarahi anaknya kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru
.Anaknya akan menyiapkan kerja,tetapi tindakannya dapat mengelakan daripada
rangsangan yang tidak diingini ( leteran bapa ).

-6-
Komponen yang ketiga dalam teori behaviorsima ialah komponen
yang dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif . Terapi ini adalah gabungan
daripada dua aliran pemikiran yang berbeza , iaitu satu pendekatan yang
berunsurkan ketingkahlakuan sahaja , dan yang satu lagi berunsurkan kognitif.
Kita tidak dapat menjelaskan kejadian atau tingkah laku manusia dari perspektif
ketingkahlakuan sahaja , tetapi kita juga perlu mengambil kira pemikiran . Proses
pemikiran itu adalah proses kognitif . .
C) Maladpatif ialah perbuatan yang tidak baik yang dilakukan oleh pelajar .
Perbuatan ini jika tidak dibendung daripada awal akan menyebabkan pelajar-
pelajar tidak berminat lagi untuk belajar , tetapi berminat menyertai perbuatan
yang tidak disukai oleh orang lain . Tingkah laku maladaptif ini terlalu berleluasa
sekarang hingga sukar dibendung lagi .Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad
(2009 ), mengikut pendekatan bahavorisme , tingkah laku , yang adaptif atau
maladptif adalah dipelajari . Ini juga bermakna apa yang telah dipelajari boleh
dihilangkan atau dibuang . Contohnya , jika seseorang telah ada tabiat merokok ,
iaitu satu perbuatan yang telah dipelajari , pada teorinya , tabiat yang dianggap
maladptif ini boleh dibuang atau dihilangkan . Contoh tingkah laku maladptif ialah
mengambil barang orang , merokok , ponteng sekolah , ponteng kelas dan lain-lain
lagi .
Pengikut behaviorsme percaya bahawa semua pembelajaran adalah
pengalaman responden atau operan . Oleh yang demikian , tingkah laku yang
dianggap maladptif itu semuanya dipelajari demi untuk mendapatkan peneguhan
positif atau pun mengurangkan sakit atau perasaan yang kurang selesa . Jika
ransangan yang menyakitkan digandingkan dengan ransangan yang neutral, lama-
kelamaan selepas pembelajaran telah berlaku , rangsangan yang sebelumnya
neutral akan mengeluarkan respon maladptif .Contohnya , seorang kanak-kanak
mengalami sakit perut ( rangsangan yang tidak selesa ) dan pada malam hari , dia
dan kumpulannya bercadang untuk berkhemah ( rangsangan yang neutral )
beramai-ramai . Pada masa lain pula , dia mengalami sakit perut lagi apabila
hendak berkhemah ( gandingan ) lama-kelamaan apabila dia mendengar perkataan
-7-
” khemah ” sahaja ( rangsangan terlazim ), dia akan rasa loya ataupun
hendak muntah ( respon terlazim ).
Terdapat ramai tokoh-tokoh dari kumpulan behaviorsme yang
menyumbangkan sesuatu yang berguna dalam bidang pendidikan . Contohnya
Pavlov , telah mencipta teori ransangan . Manakala Skinner pula telah mencipta
peneguhan positif dan negatif , hukuman dan pujian . Manakala E.L Thorndike
pula telah mencipta kaedah cuba jaya . Semua teori ini berguna untuk
melaksanakan strategi untuk membantu pelajar- pelajar maladptif . Antara kaedah
yang digunakan ialah role play , latihan aseritif ,token ekonomi ,pengurusan
kendiri ,pemantauan kendiri dan peneguhan kendiri .
Kaedah role- play , ialah satu lakonan dan latihan yang dibimbing oleh
kaunselor dengan mempunyai tujuan yang khusus . Contohnya latihan modeling
dan kaunseling kerjaya . Menurut Dr . Zainal Abidin Ahmad ( 2009 ) , role -play
adalah teknik yang terbaik untuk meluaskan kesedaran klien dan menunjukkan
bahawa ada banyak altenatif melakukan tingkah laku yang lain. . Misalnya seorang
murid yang pemalu untuk bercakap dalam satu kumpulan perbincangan boleh
diajar dengan cara role- play ., di mana murid itu diminta mengeluarkan pendapat
kepada kaunselornya . Teknik role – play boleh juga digunakan dengan klien lain
supaya ia menjadi lebih asertif apabila dia mendapati dirinya sukar bertindak balas
setiap kali orang lain mengambil kesempatan terhadapnya .
Cara lain strategi murid-murid maladptif ialah latihan asertif .Latihan
ini adalah satu teknik untuk mengajar klien menambahkan keyakinan diri
berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai ancaman pada dirinya .
Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad (2009 ) , matlamat asas latihan asertif ialah
 memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku
pilihan yang dikehendaki, iaitu lantas bertindak tanpa memberi
kecederaan fizikal dan emosi terhadap orang lain : dan
 mengajar klien yang pasif , mempunyai sifat bergantung dan
tidak bermotivasi ,supaya mencari altenatif dengan mengambil
jalan yang lebih produktif
-8-
Latihan asertif biasanya dilaksanakan dengan cara-cara berikut :
 Role-play dan melakonkan ( modeling )situasi –situasi pasif ,agresif
dan asertif yang biasa dihadapi oleh klien;
 melalui penerokaan masalah dan mentakrif masalah ;
 mengulangi latihan role-play yang telah ditetapkan beberapa kali :
 melaksanakan tingkah laku asertif yang dikehendaki sedikit demi
sedikit ( successive approximation )

Selain itu , teknik atau kaedah lain dalam teori behaviorsme ialah ganjaran
atau hadiah . Cara ini difikirkan sangat sesuai terutamanya untuk pelajar sekolah
rendah .Melalui kaedah ini , murid terasa dihargai apabila menjawab betul atau
mendapat markah yang tinggi dalam sesuatu ujian . Menurut Dr. Zainal Abidin
Ahmad ( 2009 ) , pemberian hadiah ini merupakan satu presedur yang teratur dimana
hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Hadiah ini
adalah dalam bentuk benda seperti duit syiling plastik ,markah , atau apa saja benda
yang boleh ditunaikan atau ditebus( cashed in ) dengan barang-barang bernilai atau
kemudahan-kemudahan tertentu ( privileges ) . Teknik ini telah didapati amat berkesan
apabila digunakan kepada klien yang mengalami masalah yang melibatkan perlakuan
yang biasa atau yang lebih komplek . Pelaksana teknik ini mendapati teknik ini amat
sesuai digunakan khusus untuk melupuskan tingkah laku yang meladptif atau untuk
membentuk tingkah laku yang adaptif . Kaedah lain yang digunakan oleh kumpulan
teori behaviorsme ini ialah Pengurusan Kendiri ,Pemantauan kendiri dan Peneguhan
Kendiri . Kaedah ini merangkumi suatu trend yang melibatkan klien sebagai peserta
yang berkerjasama dan aktif dalam kaunseling .Teknik ini mempunyai ciri-ciri seperti
berikut :
 klien memainkan peranan yang aktif dalam setiap fasa kaunseling
 klien mengeluarkan buah fikiran sendiri dan mengikut arahan kaunselor serta
membina langkah-langkah yang tertentu dan yang membantu.
-9-

 proses pemikiran klien diambil kira dan diberi tumpuan


 klien dijangka lebih bertanggung jawab berusaha untuk mencapai perubahan
yang dikehendaki :
 klien belajar cara memberi peneguhan:
 kaunselor berperanan lebih sebagai mentor atau pendidik dan bukan seorang
pakar .
Antara langkah –langkah kaedah ini ialah Mengkosepsi dan mentakrif masalah dan
memilih matlamat dalam bentuk behavioral , mengurus dan memantau tingkah laku
sasaran ,perubahan suasana persekitaran dan mengambil langkah yang sesuai dan
menjana peneguhan yang sesuai dan menentukan akibat yang bermakna serta berkesan
bagi klien .
Secara kesimpulannya , teori behaviorsme sangat berguna dalam
memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar maladptif . Semua strategi yang
dicadangkan jika dapat diaplikasikan dapat mencegah dan menghindar pelajar pelajar
terlibat dengan tingkah laku maladptif . Jika masalah pelajar ini tidak dapat dibendung
, sudah pasti gejala-gejala yang tidak diingini dapat diatasi .
-10-

RUJUKAN
1. Kaunseling Teori , Proses dan Kaedah
Pengarang : Muhd Mansor Abdullah ,tahun 1986
Penerbit : Fajar Bakti Sdn Bhd

2) Kaunseling , Teori dan Praktis


Pengarang : Chong Lean Keow , Phd , tahun 2007
Penerbit : Kumpulan Budiman Sdn Bhd

3) HBEF 2203 Bimbingan dan Kaunseling


Pengarang : Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof Madya Dr . Wan Abdul Kader
Wan Ahmad, tahun 2008
Penerbit : Meteor Doc Sdn Bhd

4) HBEF 2103 Psikologi Pendidikan


Pengarang : Dr khadijah Rohani Mohd Yunus
Mahani Razali
Ramlah Jantan , tahun 2009
Penerbit : Meteor Doc SDN BHD
5) Psiko Terapi
Pengarang : Sabariah Siron , tahun 2005
Penerbit : Prientice Hall Pearson

You might also like