You are on page 1of 4

FADILAT al-QURAN

©UST.ISMAILHARON
2011
• Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda,
• “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada
kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu
‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi
huruf itu dan satu hasanah adalah sama
dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata
(’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif)
adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan
(mim) adalah satu huruf.”
• (Hadith riwayat Tirmizi)
• Aishah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW bersabda,
• “Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan
berada bersama malaikat pencatat yang mulia
dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran
dengan tersekat-sekat dan bersusah payah
untuk membacanya akan mendapat dua
ganjaran,”
• (Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi,
dan Ibnu Majah)
• Abdullah bin ‘Umar r.a meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda,
• “Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali
terhadap dua jenis orang. Sesorang yang ALLAH
TAALA telah merahmatinya dengan pembacaan
al-Quran maka dia berada dalam keadaan
demikian siang dan malam dan seseorang yang
dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta
itu (di jalan ALLAH TAALA) siang dan malam.”
• (Hadith riwayat Bukhari, Tirmizi, dan Nasai)

You might also like