You are on page 1of 10

HUKUM MENGATAKAN ALLAH JISIM TETAPI TIDAK SAMA JISIM

MAKHLUK
oleh Al-Asyairah Al-Syafii pada pada 20hb Februari 2011 pukul 8.56 pagi.
Dipetik dari: http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/al-asyairah-al-syafii/hukum-mengatakan-allah-
jisim-tetapi-tidak-sama-jisim-makhluk/195243880503154

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

)11 :‫ ءاية‬/ ‫ْس َكم ِْثلِ ِه َشيْ ٌء" (سورة الشورى‬


َ ‫ " َلي‬:‫قال هللا تعالى‬،
َ ‫ " َو َل ْم َي ُكنْ َل ُه ُكفُ ًوا‬:‫وقال تعالى‬
4 :‫ ءاية‬/ ‫أح ٌد " (سورةاإلخالص‬

‫ان َو ْال ِج َه ِة َو ْال ِجسْ ِم َّي ِة‬ َ َ


ِ ‫هللا َع ِن ْال َم َك‬ ِ ‫أ ْق َوا ُل األ ِئ َّم ِة فِيْ َت ْن‬
ِ ‫ـز ْي ِه‬
Ertinya:

"Pendapat Imam-imam pada mentanzihkan Allah daripada tempat dan jihat (pihak yang enam) dan jisim" .

‫هللا ِجسْ ٌم َكاألَ َجسْ ِام َو َع َلى ُك ْف ِر‬


َ ‫اع َع َلى َت ْك ِفي ِْر َمنْ َيقُ ْو ُل‬ َ ِ ‫ُنص ُْوصُ ُع َل َما ِء ْال َم َذا ِه‬
ِ ‫ب األرْ َب َع ِة َو َن ْق ُل‬
ِ ‫اإلجْ َم‬
‫هللا ِجسْ ٌم ال َكاألَجْ َس ِام‬َ ‫َمنْ َيقُ ْو ُل‬
Ertinya:

"Nas-nas para ulama’ empat mazhab dan pendapat ijma` atas pengkafiran (hukum kafir) sesiapa yang
mengatakan Allah adalah jisim dan kufurnya mereka yang mengatakan Allah adalah jisim yang tidak serupa
seperti jisim" .

ِ ‫ْن َسعْ ٍد َو ِاسْ َح ٌق ب‬


‫ْن َرا َه َو ْي ِه‬ ُ ‫ك َوأَبُو َح ِن ْي َف َة َواألَ ْو َزاعِ يُّ َواللَّي‬
ِ ‫ْث ب‬ ٌ ِ‫ْن َح ْن َب ٍل َو َمال‬ ِ ‫اإل َما ُم ال َّشافِعِيُّ َوأَحْ َم ُد ب‬
ِ
‫ْن فُ ْو َرك َوأَبُو ْال َح َس ِن األَ ْش َع ِريُّ َوأَب ُْو ْال َح َس ِن ْال َبا ِهلِيْ َو ُك ُّل‬ ِ ‫َوأَبُو َم ْنص ُْو ُر ْال َب ْغدَادِيُّ َو ْال َب ْي َهقِيُّ َوأَب ُْو َب ْك ٍر ب‬
‫هللا ِجسْ ٍم َو َل ْو َقا َل ال َكاألَجْ َس ِام‬ ِ ‫اإلسْ ال ِم َّي ِة َك َّفر ُْوا َمنْ َيقُ ْو ُل َع ِن‬ ُ
ِ ‫ ُع َل َما ِء األ َّم ِة‬:
Ertinya:

"Al-Imam al-Syafi`e dan Ahmad bin Hanbal dan Malik dan Abu Hanifah, al-Auza`ie, al-Laith bin Sa`ad, Ishaq
bin Rahawayh, Abu Mansur al-Baghdadi, al-Baihaqi, Abu Bakar bin Furak, Abu al-Hassan al-Asy`ari, Abu al-
Hasan al-Bahili dan kesemua ulama’ bagi umat Islam keseluruhannya telah mengkufurkan barangsiapa yang
menyatakan tentang kejisiman Allah walaupun orang tersebut menyatakan Allah adalah jisim tetapi tidak
serupa dengan jisim" .
Al-Misbah al-Munir wa Sabah al-Tafrid al-Sahabi al-Jalil wa al-Khalifah al-Rashid Sayyiduna `Ali Ibn Abi Talib
radiyallahu`anhu (W. 40 H) berkata[1]:

"‫ َقا َل َر ُج ٌل َياأَ ِمي َْر ْالم ُْؤ ِم ِني َْن ُك ْف ُر ُه ْم ِب َم َاذا‬. ‫ب السَّا َع ِة ُك َّفارً ا‬ِ ‫َس َيرْ ِج ُع َق ْو ٌم ِمنْ َه ِذ ِه األ ُ َّم ِة عِ ْندَا ْقت َِرا‬
‫ضا ِء‬َ ْ‫ار ُي ْن ِكر ُْو َن َخالِ َق ُه ْم َفيَصِ فُ ْو َن ُه ِب ْال ِجسْ ِم َواألَع‬ ِ ‫اإل ْن َك‬
ِ ‫ َف َقا َل َب ْل ِب‬. ‫ار‬ ِ ‫اإل ْن َك‬
َ ِ ‫"أَ ِباإلحْ دَا‬.
ِ ‫ث أ ْم ِب‬ ِ
Ertinya:

"Ketika mendekati kiamat sekelompok orang dari umat ini akan kembali menjadi orang-orang kafir,
salah seorang bertanya : Wahai Amirul Mu`minin, kekufuran mereka dengan membuat-buat perkara baru
atau dengan pengingkaran ? Sayyidina Ali menjawab : ‘kekufuran mereka mengingkari pencipta, mereka
menyifati-Nya (Allah Ta`ala) bahawa Ia adalah jisim dan memiliki anggota-anggota badan".

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radiyallahu`anhu (W. 203 H) berkata[2]:

َ َّ‫" َمنْ َقا َل أَ ْو اعْ َت َقدَ أَن‬.


ِ ْ‫هللا َجالِسٌ َع َلى ْال َعر‬
"‫ش َفه َُو َكافِ ٌر‬
Ertinya:

"Barangsiapa berkata atau berkeyakinan bahawa Allah duduk di atas `Arasy maka ia telah kafir ".

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Shafi`e radiyallahu `anhu (W. 203 H) berkata[3]:

َ ‫ش ُك ْف ٌر ال‬
"ُ‫صالة َو َرا َءه‬ َ َّ‫" َم ِن اعْ َت َقدَ أَن‬.
ِ ْ‫هللا َجالِسٌ َع َلى ْال َعر‬
Ertinya:

"Barangsiapa yang beraqidah (berpegang/berkeyakinan) bahawa Allah bersemayam (duduk) di atas `Arasy,
maka dia menjadi kafir dan tidak boleh solat (makmum) di belakangnya".

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah (W. 150 H) radiyallahu`anhu berkata bahawa[4]:

َ ‫ك أَ ْو َت َو َّق‬
"‫ف َك َف َر‬ َّ ‫هللا أَ ْو َش‬
ِ ‫ت‬ ِ ‫ث صِ َف ٍة ِمنْ صِ َفا‬
ِ ‫" َمنْ َقا َل ِب ُح ُد ْو‬.
Ertinya:

“Barangsiapa berkata bahawa salah satu di antara sifat-sifat Allah adalah baharu atau ragu atau bersikap
tawaqquf (tidak mengatakan baharu dan juga tidak mengatakan tidak baharu) maka ia telah kafir”.

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah (W. 150 H) radiyallahu`anhu telah mengkafirkan sesiapa yang
menyandarkan tempat bagi Allah ta`ala iaitu seperti katanya dalam kitabnya al-Fiqh al-Absat[5]:

" ْ‫ش َوال أَ ْد ِري‬ ِ ْ‫َمنْ َقا َل ال أَعْ ِرفُ َربِّيْ فِي ال َّس َما ِء أَ ْو فِي األَر‬
ِ ْ‫ض َف َق ْد َك َف َر َو َك َذا َمنْ َقا َل إِ َّن ُه َع َلى ْال َعر‬
‫ض‬ ِ ْ‫" ْال َعرْ شُ أَفِي ال َّس َما ِء أَ ْو فِي األَر‬.
Ertinya:

“Barangsiapa berkata: “Aku tidak tahu Tuhan-ku di langit atau di bumi”, maka dia telah kafir. Demikian juga,
barangsiapa berkata: “Sesungguhnya Dia di atas `Arasy, dan aku tidak tahu adakah `Arasy itu di langit atau di
bumi”.

Telah Berkata Al- Imam Badr al-Din Muhammad bin Bahadar bin `Abdullah al- Zarkasyi (wafat 794 H) di
dalam Tasynif al-Masami` Bi Jam`ie al- Jawami` Li al-Tajjudin al-Subki pada perbahasan ketujuh pada
membicarakan bab IJTIHAD, bahawa al-Imam al-Mujtahid Ahmad ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H)
berkata[6]:

"،‫ ِجسْ ٌم ال َكاألَجْ َس ِام َك َف َر‬-‫أَيْ هللا‬-‫ َمنْ َقا َل‬:‫ال)) م َِن ْال َح َن ِاب َل ِة َعنْ أَحْ َمدَ أَ َّن ُه َقا َل‬ ِ ‫ص‬ َ ‫صاحِبُ (( ْال ِخ‬ َ ‫َو َن َق َل‬
‫ْح‬
ٍ ‫ص ِحي‬
َ ‫ْس ِب‬ َ ‫ َو َه َذا ال َّن ْق ُل َع ِن األَ ْش َع ِر َّي ِة َلي‬،‫َّق‬
ُ ‫" َو َن َق َل َع ِن األَ ْش َع ِر َّي ِة أَ َّن ُه ُي َفس‬.
Ertinya:

"Dan telah dinaqalkan oleh pengarang kitab ((al-Khisal)) daripada para ulama' Hanabilah, daripada (al-Imam)
Ahmad bahwa sesungguhnya beliau telah berkata: "Barangsiapa yang mengatakan Allah jisim tetapi tidak
sama dengan semua jisim (jisim-jisim yang lain), KUFUR", dan telah dinaqalkan daripada para ulama' al-
Asy`ariyyah bahawasanya (orang yang berkata Allah jisim tetapi tidak serupa jisim) dihukum FASIQ (sesat
lagi mubtadi`), dan (pendapat) yang menukilkan pendapat tersebut dari para ulama' al-Asy`ariyyah (maka
pendapat tersebut adalah) TIDAK SAHIH/TIDAK BENAR".

Al-Shaykh al-`Allamah Kamal al-Din ibn Human al-Bayadi Ibn al-Muhal al-Hanafi (W. 1098 H) berkata[7]:

"‫" َمنْ َقا َل هللاُ ِجسْ ٌم ال َكاألَجْ َس ِام َك َف َر‬.


Ertinya:

"Barangsiapa berkata bahawa Allah adalah jisim (duduk, bersemayam, bergerak, berubah dan lain-lain) yang
tidak seperti semua jisim (yang tidak sama dengan manusia dan makhluk-Nya) maka ia telah kafir".

Berkata al-Imam ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari radiyallahu`anhu (W. 324 H)
[8]:

"‫ف ِب َر ِّب ِه َوإِ َّن ُه َكافِر ٌِب ِه‬ َ َّ‫" َمنْ اعْ َت َقدَ أَن‬.
ِ ‫هللا ِجسْ ٌم َفه َُو َغ ْي ُر َع‬
ٍ ‫ار‬
Ertinya:

"Barangsiapa berkeyakinan bahawa Allah adalah jisim maka ia tidak mengenal Tuhannya dan sesungguhnya
ia telah kafir".
Berkata al-Syeikh Nizham al-Hindi radiyallahu`anhu[9]:

َ ‫ هللاُ َت َعا َلى فِي ال َّس َما ِء َفإِنْ َق‬:‫ َو َل ْو َقا َل‬.‫ان هَّلِل ِ َت َعا َلى‬
"‫ص َد َل ُه ِح َكا َي َة َما َجا َء فِ ْي ِه َظا ِه ُر‬ ِ ‫َي ْكفُ ُر ِيإِ ْث َبا‬
ِ ‫ت ْال َم َك‬
َ
‫ان َي ْكفُ ُر‬ ِ ‫ار ال َي ْكفُ ُر َوإِنْ أَ َر‬
َ ‫ادَب ِه ْال َم َك‬ ِ ‫"األ ْخ َب‬.
Ertinya:

"Telah kafir orang yang menetapkan tempat bagi Allah ta`ala. Sekiranya seseorang berkata: “Allah fi al-
sama`”, jika dia maksudkan untuk menceritakan apa yang zahir dari nas-nas (tanpa makna tempat), maka
tidak kafir. Adapun jika dia maksudkan dengan menetapkan tempat, maka dia telah kafir".

Al-Imam Muhammad Ibn Badr al-Din Ibn Balban al-Dimasyqi al-Hanbali radiyallahu`anhu berkata[10]:

ٍ ‫ان أَ ْو فِي َم َك‬


"‫ان َف َكافِ ٌر‬ َ َّ‫" َف َمنْ اعْ َت َقدَ أَ ْو َقا َل إِن‬.
ٍ ‫هللا ِب َذا ِت ِه فِي ُك ِّل َم ّك‬
Ertinya:

"Barangsiapa berkeyakinan atau berkata bahawasanya Allah dengan Dzat-Nya berada di setiap tempat atau
di suatu tempat maka ia kafir" .

Telah menaqalkan oleh al-Imam al-Nawawi daripada al-Imam Mutawalli al-Syafi`e radiyallahu`anhu (W. 203
H) berkata[11]:

"‫ان َكافِرً ا‬
َ ‫ال َك‬
ِ ‫ص‬َ ِ‫ال َواال ْنف‬
ِ ‫ص‬َ ‫هللا ِباال ِّت‬
َ ‫ف‬ َ ‫"أَنَّ َمنْ َو‬.
َ ‫ص‬
Ertinya:

"Sesungguhnya orang yang menyifatkan Allah dengan ittishal (menempel) dan infisal (berpisah) ia telah
jatuh kafir" .

Al-Syeikh Mahmud Muhammad Khaththab al-Subki radiyallahu`anhu berkata di dalam kitabnya Ittihaf al-
Kainat:

َ َّ‫ إِنَّ َم ِن اعْ َت َق َد أَن‬: ِ‫" َو َق ْد َقا َل َجمْ ٌع م َِن ْال َّس َلفِ َو ْال َخ َلف‬.
"‫هللا فِي ِج َه ٍة َفه َُو َكا ِف ٌر‬
Ertinya:

"Banyak dikalangan ulama` salaf dan khalaf telah menegaskan bahawa orang yang meyakini Allah berada di
suatu arah maka ia kufur" .

Al-Mufassir Fakhr al-Din al-Razi (W. 606 H) berkata dalam kitab tafsirnya yang berjudul al-Tafsir al-Kabir:

"‫ش أَ ْو َكا ِئنٌ فِي ال َّس َما ِء فِ ْي ِه َت ْش ِب ْي ُه هللاُ ِب َخ ْلقِ ِه َوه َُو ُك ْف ٌر‬
ِ ْ‫"إِنَّ اعْ ِت َقادَ أَنَّ هللا َ َجالِسٌ َع َلى ْال َعر‬.
Ertinya:

"Sesungguhnya keyakinan bahawa Allah duduk di atas `Arasy atau berada di langit adalah menyerupakan
Allah dengan makhluk-Nya dan keyakinan ini (tasybih) adalah kekufuran" .

Al-Mufassir Muhammad Ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi al-Maliki (W. 671 H) dalam kitabnya al-Jami` li
Ahkam al-Qur'an:

َّ ‫ص ِح ْي ُح َت ْكفِ ْي ُر ْالم َُجس ِِّم ألَ َّن ُه ال َفرْ َق َب ْي َن ُه َو َبي َْن َع ِاب ِد ال‬
"‫ص َنم‬ َّ ‫"ال‬.
Ertinya:

"Yang shahihnya mengkafirkan mujassimah kerana bahawasanya tidak ada beza di antaranya (al-mujassim)
dan di antara penyembah berhala".

Al-Syaikhul al-Azhar Syaikh Salim al-Bisyri al-Maliki radiyallahu`anhu berkata[12]:

"‫ت ْال َكرَّ ا ِم َّي ُة َو ْال َيه ُْو ُد َوهؤُ ال ِء‬ َ ْ ‫هللا ِجسْ ٌم أَ ْو أَ َّن ُه ُم َماسٌّ لِلس‬ َ َّ‫َم ِن اعْ َت َقدَ أَن‬
ِ ْ‫َّط ِح األعْ َلى م َِن ْال َعر‬
ْ ‫ش َو ِب ِه َقا َل‬
‫اع ِفيْ ُك ْف ِر ِه ْم‬
َ ‫"الن َِز‬.
Ertinya:

"Barangsiapa berkeyakinan bahawa Allah adalah jisim atau Ia menyentuh bahagian atas `Arasy dan ini
adalah keyakinan al Karramiyyah (Mujassimah) dan orang-orang Yahudi mereka ini tidak diragukan lagi pada
kekufuran mereka."

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radiyallahu`anhu (W. 203 H) berkata [13]:

"‫" ْالم َُج ِّس ُم َكافِ ٌر‬.


Ertinya:

"Al-Mujassim (orang yang menyamakan Allah dengan jisim)kafir".

Al-Imam al-Hafiz Jalal al-Din `Abd al-Rahman Ibn Abi Bakr al-Suyuti (W. 911 H) berkata di dalam kitabnya al-
Ashbah wa al-Naza’ir[14]:

َ ِ‫ َواسْ َت ْث َنىْ ِمنْ َذل‬.‫ ال ُي َك َّف ُر أَ َح ٌد ِمنْ أَهْ ِل ْالقِ ْب َل ِة‬: ُّ‫" َقا َل ال َّشافِعِي‬.
ِ ‫ ْالم َُج ِّس ُم َو ُم ْن ِك ُر عِ ْل ِم ْالج ُْز ِئيَّا‬:‫ك‬
"‫ت‬
Ertinya:

"Al-Syafi`e berkata: "Tidak ada seorang pun ahli qiblat yang kafir. Terkecuali dari hal itu ialah mujassim
(orang beraqidah tajsim) dan orang yang mengingkari ilmu (Allah berkenaan) juz’iyyat".
■Maksud daripada kata-kata al-Imam al-Syafi`e tersebut adalah tidak boleh dikafirkan orang Islam kecuali
mereka yang Mujassim (orang yang berkeyakinan bahawa Allah mempunyai jisim) dan orang yang
mengingkari ilmu Allah secara juz’iyyat iaitu orang yang berkeyakinan bahawa Allah Ta`ala hanya
mengetahui sesetengah perkara sahaja tidak secara keseluruhan. Sebagai contoh, Allah Ta`ala hanya
mengetahui perkara yang sudah berlaku sahaja, adapun perkara yang belum berlaku tidak diketahui. Maka
keyakinan seperti ini adalah kufur.

Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah (W. 150 H) radiyallahu`anhu berkata bahawa:

َ ِ‫هللا ِب َمعْ ًنى ِمنْ َم َعانِي ْال َب َش ِر َف َق ْد َك َف َر" ( َو َه َذا إِجْ َما ٌع َك َما َبي ََّن َذل‬
‫ك‬ َ ‫ف‬ َ ‫ " َو َمنْ َو‬:‫َقا َل أَبُو َح ِن ْي َف َة‬
َ ‫ص‬
‫اويُّ فِيْ َعقِيْدَ ِت ِه‬ َّ (.
ِ ‫الط َح‬
Ertinya:

"Dan barangsiapa mensifatkan Allah dengan salah satu daripada sifat manusia, maka ia telah kafir". (ini
merupakan pendapat ijma’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh al-Tahawi di dalam kitab akidahnya)

Al-Imam al-Faqih Abu Ja`far al-Tahawi radiyallahu`anhu (W. 321 H) di dalam risalahnya al-`Aqidah al-
Tahawiyyah berkata:

"‫هللا ِب َمعْ ًنى ِمنْ َم َعانِي ْال َب َشر َف َق ْد َك َف َر‬


َ ‫ف‬ َ ‫" َو َمنْ َو‬.
َ ‫ص‬
Ertinya:

"Dan barangsiapa mensifatkan Allah dengan salah satu daripada sifat manusia, maka ia telah kafir".

- Di antara sifat-sifat manusia ialah bersemayam atau duduk, bertempat, mempunyai roh, berbentuk,
boleh dibayang, bergerak, berubah-ubah, berjisim, berhajat kepada sesuatu untuk hidup, lemah,
mempunyai perasaan, dan banyak lagi.

Al-Shaykh Shihab al-Din Ahmad Ibn Muhammad al-Misri al-Syafi`e al-Asy`ari yang dikenali dengan nama Ibn
Hajar al-Haythami (W. 974 H) berkata[15]:

"‫َواعْ َل ْم أَنَّ ْال َق َرافِيَّ َو َغي َْرهُ َح َك ْوا َع ِن ال َّشافِعِيِّ َو َمالِكٍ َو أَحْ َمدَ َوأَ ِبي َح ِن ْي َف َة َرضِ َي هللاُ َع ْن ُه ْم ْال َق ْو َل ِب ُك ْف ِر‬
‫" ْال َقا ِئلِي َْن ِب ْال ِج َه ِة َوال َّتجْ سِ ي ِْم َو ُه ْم َحقِ ْيقُ ْو َن ِب َذل َِك‬.
Ertinya:

“Dan ketahuilah bahawa al-Qarafi dan selain beliau telah menceritakan daripada al-Syafi`e, Malik, Ahmad
dan Abu Hanifah radiyallahu`anhum tentang pendapat kufurnya golongan yang berpendapat dengan arah
dan tajsim (bagi Allah ta`ala), dan mereka (para imam mazhab tersebut) pasti tentang perkara tersebut”.
Al-Shaykh al-Mulla `Ali al-Qari al-Hanafi (W. 1014 H) berkata lagi[16]:

َ ‫ َوم َِن ْال َخ َلفِ إِنَّ مُعْ َتقِدَ ْال ِج َه ِة َكافِ ٌر َك َما‬- ِ‫ أَيْ م َِن ال َّس َلف‬- ‫َب ْل َقا َل َجمْ ٌع ِم ْن ُه ْم‬
":‫صرَّ َح ِب ِه ْالع َِراقِيُّ َو َقا َل‬
ِّ‫"إِ َّن ُه َق ْو ٌل ألَ ِبي َح ِن ْي َف َة َو َمالِكٍ َوال َّشافِعِيِّ َو األَ ْش َع ِريِّ َو ْال َباقِالنِي‬.
Ertinya:

“Bahkan sekumpulan daripada kalangan ulama salaf dan ulama khalaf telah berkata bahawa orang yang
beri`tiqad dengan adanya arah bagi Allah adalah kafir seperti yang diterangkan oleh al-`Iraqi dengan jelas
iaitu dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah pendapat bagi Abu Hanifah, Malik, al-Syafi`i, al-Asy`ari dan al-
Baqillani”.

Al-Imam Muhammad ibn Badr al-Din ibn Balban al-Dimasyqi al-Hanbali radiyallahu`anhu berkata[17]:

ٍ ‫ان أَ ْو فِيْ َم َك‬


"‫ان َف َكافِ ٌر‬ َ َّ‫" َف َمنْ اعْ َت َقدَ أَ ْو َقا َل إِن‬.
ٍ ‫هللا ِب َذا ِت ِه فِيْ ُك ِّل َم َك‬
Ertinya:

"Barangsiapa berkeyakinan atau berkata bahawasanya Allah dengan zat-Nya berada di setiap tempat atau di
suatu tempat maka ia telah kafir" .

Al-Imam Muhammad Ibn Badr al-Din Ibn Balban al-Dimasyqi al-Hanbali radiyallahu`anhu berkata[18]:

"‫ َف َمنْ َش َّب َه ُه ِب َشيْ ٍء ِمنْ َخ ْلقِ ِه َف َق ْد َك َف َر َك َمنْ اعْ َت َق َدهُ ِجسْ مًا أَ ْو َقا َل إِ َّن ُه ِجسْ ٌم‬,‫َوال ُي ْش ِب ُه َش ْي ًئا َوال ُي ْش ِب ُه ُه َشيْ ٌء‬
‫"ال َكاألَجْ َس ِام فال ُت ْبلِ ُغ ُه ُسب َْحا َن ُه األَ ْو َها ُم َوال ُت ْد ِر ُك ُه األَ ْف َها ُم َوال َتضْ ِربُ َل ُه األَ ْم َثا ُل‬.
Ertinya:

"Allah tidak menyerupai sesuatupun dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya, maka barangsiapa
mnyerupakan Allah dengan sesuatu diantara makhluk-Nya, maka ia telah kafir seperti orang yang menyakini
Allah sebagai jisim atau mengatakan bahawa Allah jisim yang tidak seperti jisim, Allah subhanahu wata`ala
tidak dapat dicapai oleh pemikiran, tidak boleh dikecapi oleh kefahaman dan tidak boleh disamakan dengan-
Nya oleh sesuatu misal" .

ٍ ‫ " ْالم َُجسِ ُم َكافِ ٌر َق ْطعًا" َيعْ نِي ِبال خِال‬:‫ْن أَ ِبي َب ْك ٍر‬
‫ف َوال‬ ِ ‫ِظ ال ُّسي ُْوطِ يُّ َع ْب ُد الرَّ حْ َم ِن َجال ُل ال ِّدي َْن ب‬ ُ ‫َقا َل ْال َحاف‬
‫ك َج ْزمًا‬ ٍّ ‫ف َوال َش‬ ٍ ‫ َت َر ُّد ٍد َوال َت َو ُّق‬.
Ertinya:

"Telah berkata al-Hafiz al-Suyuti `Abd al-Rahman Jalal al-Din ibn Abi Bakr: “al-Mujassim (orang yang
menyamakan Allah dengan jisim) kafir dengan qat`ie” yakni tanpa khilaf dan tanpa taraddud dan tanpa
tawaqquf dan tanpa syak, jazam (iaitu yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa orang menjisimkan Allah
kufur)".
‫) خِال ًفا‬432 :‫اريْ ْالج ُْز ُء ْال َعاشِ ُر ص‬ ِ ‫ْن َب َّطال (فِيْ َشرْ ِح ِه َع َلى ْالب َُخ‬ ِ ‫ْن َخ َلف ب‬ ِ ‫َقا َل أَبُو ْال َح َس ِن َعلِيُّ ب‬
‫ت‬ِ ‫ت َك َما اسْ َت َدلُّ ْوا ِباآل َيا‬
ِ ‫ك ِب َه ِذ ِه اآل َيا‬ َ ِ‫ " َواسْ َتدَ لُّ ْوا َع َلى َذل‬:‫لِمَّا َتقُ ْولُ ُه ْالم َُج ِّس َم ُة ِمنْ أَ َّن ُه ِجسْ ٌم ال َكاألَجْ َس ِام‬
َ ِ‫ث الرَّ س ُْو ِل َو َذل‬
‫ك‬ ِ ‫اإل ْت َيان َو ْال َم ِجيْ ِء َو ْال َهرْ َو َل ِة فِي َح ِد ْي‬
ِ ‫ض ِّم َنة لِ َمعْ َنى ْال َو ِجه َو ْال َيدَ يْن َو َوصْ فِ ِه لِ َن ْفسِ ِه ِب‬
َ ‫ْال ُم َت‬
‫ُكلُّ ُه بَاطِ ٌل َو ُك ْف ٌر َمنْ ُم َتأَوِّ لِ ُه" َو ِف ْي ِه َت ْك ِفي ِْر لِ َمنْ َيقُ ْو ُل هللاُ ِجسْ ٌم ال َكاألَجْ َس ِام‬
Ertinya:

"Telah berkata Abu al-Hasan ibn khalaf ibn battal (di dalam kitab syarahnya ke atas (kitab sahih) al-Bukhari
(dalam) juzu’ ke sepuluh, halaman 432) …menyalahi perkataan yang diucapkan oleh golongan mujassimah
bahawasanya Allah adalah suatu jisim yang tidak serupa dengan jisim-jisim. Mereka telah mengambil dalil
(untuk menyokong pendapat mereka tersebut) berdasarkan kepada ayat tersebut seperti mana mereka
telah mengambil dalil daripada ayat-ayat yang mengandungi makna al-Wajh, al-Yadayh dan sifat-sifat yang
disifatkan sendiri oleh Allah bagi diri-Nya dengan (seperti) mendatangi, berlari (seperti mana yang terdapat
di dalam hadis Rasulullah sallallahu`alahi wasallam) dan yang demikian itu kesemuanya adalah batil dan
kufur barangsiapa mentakwilkan (takwilan yang batil) dan padanya juga (ucapan di atas) pentakfiran bagi
mereka yang mengatakan Allah adalah jisim yang tidak serupa dengan jisim-jisim".

َ ِ‫َوم ِْث ُل َذل‬


‫هـ (فِيْ ِك َت ِاب ِه ال َّت ْوضِ ْيحـ ْالم َُجلَّ ُد‬804 ‫ك َت َمامًا َقا َل سِ َرا ُج ال ِّديْن ِابْنُ ْال ُم َل ِّق ِن ال َّشافِعِيُّ ْال ُم َت َو َّفىْ م َِن‬
‫هللا ِجسْ ٌم ال َكاألَجْ َس ِام"اهـ‬ ِ ‫ " َفإِ َّن ُه ُي َك َّف ُر َمنْ َيقُ ْو ُل َع ِن‬:)256 :‫ ص‬33
Ertinya:

"Dan pendapat yang sama seperti (pendapat di atas), telah berkata Siraj al-Din ibn al-Mulaqqin al-Syafi`e
wafat pada tahun 804 hijrah (di dalam kitabnya al-Tawadih jilid 33, halaman 256: “Bahawasnya di hukum
kufur bagi sesiapa yang mengatakan Allah adalah jisim yang tidak serupa dengan jisim-jisim".

‫هـ (فِيْ َشرْ ِح ِه َع َلى‬422 ‫ْن َنصْ ٍر ْال َب ْغدَادِيُّ ْال َمالِكِيُّ ْال ُم َت َو َّفى َس َن ًة‬ ِ ‫ْن َعلِيِّ ب‬ ِ ‫بب‬ِ ‫َقا َل ْال َقاضِ يُّ َع ْب ُد ْال َوهَّا‬
ُّ‫ َوال أَ ْخ َب َر ال َّن ِبي‬،‫ت َل ُه َك ْي ِف َّي َة ألَنَّ ال َّشرْ َع َل ْم ي ُِر ْد ِب َذل َِك‬َ ‫ " َوال َيج ُْو ُز أَنْ ي ُْث ِب‬:)28 :‫ص ِغي ِْر ص‬ َّ ‫ك ال‬ َ ِ‫َع ِقيْدَ ِة َمال‬
‫ال ْال َحي ِِّز‬ ِ ‫ك َيرْ ِج ُع إِ َلى ال َّت َن ُّق ِل َوال َّت َحوُّ ِل َوإِ ْش َغ‬ َ ِ‫ َوألَنَّ َذل‬،ُ‫ َوال َسأ َ َل ْت ُه الص ََّحا َب ُة َع ْنه‬،‫َع َل ْي ِه السَّال ُم فِ ْي ِه ِب َشىْ ٍء‬
َ َ َ
ِ ْ‫اإلس‬
‫الم‬ ِ ‫ِن َو َذل َِك ي َُؤوِّ ُل إِ َلى ال َّتجْ سِ ي ِْم َوإِ َلى قِدَ ِم األجْ َس ِام َو َه َذا ُك ْف ٌر عِ ْن َد َكا َف ِة أهْ ِل‬ ِ ‫ار إِ َلى األ َماك‬ ِ ‫َواالِ ْف ِت َق‬
‫"اهـ‬
Ertinya:

"Telah berkata al-Qadhi `Abd al-Wahhab ibn `Ali ibn Nasr al-Baghdadi al-Maliki wafat pada tahun 422 hijrah
(di dalam (kitab) syarahnya ke atas akidah (Imam) Malik al-Saghi, halaman 28: “Dan tidak harus bahawa
ditetapkan kaifiyyah bagi Allah kerana syara` tidak menyatakan yang demikian (ithbat kaifiyyah pada zat
Allah) dan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tidak pernah langsung mengkhabarkan tentang hal tersebut
kerana yang demikian itu membawa kepada penyandaran perpindahan, perubahan, mengambil tempat dan
keberhajatan kepada tempat (pada zat Allah) kesemua tersebut membawa kepada penjisiman Allah dan
keqidaman/kekalan jisim dan perkara tersebut adalah kufur di sisi umat Islam keseluruhannya".
َ ِ ‫َو َن َق َل َع ْب ُد الرَّ حْ َمن ْال َجزيْريْ (فِيْ ِك َتاب ِه ْالفِ ْق ِه َع َلى ْال َم َذا ِه‬
ِ ‫ب األرْ َب َع ِة فِيْ ْالم َُجلَّ ِد ْال َخام‬
)396 :‫ِس ص‬ ِ ِ ِ ِ
َ ِ ‫ َيعْ نِي أَنَّ ْالم َُج ِّس َم َكافِ ٌر فِي ْال َم َذا ِه‬،‫َت ْكفِ ْي ُر ْالم َُجسِّم‬
ِ ‫اإلجْ َم‬
‫اع‬ ِ ‫ب األرْ َب َع ِة َيعْ نِي‬ ِ
Ertinya:

"Dan dinaqalkan oleh `Abd al-Rahman al-Jaziri (di dalam kitabnya “al-Fiqh `ala al-Madhahib al-`Arba`ah di
dalam jilid lima,halaman 396: “Pengkufuran terhadap golongan mujassim, iaitulah bahawasanya golongan
mujassim di hukum kufur di dalam mazhab yang empat iaitu (pendapat) ijma`".

[1] Diriwayatkan oleh Ibn al-Mu`allim al-Qurasyi (660-725H) di dalam kitabnya Najm al-Muhtadi wa Rajm al-
Mu`tadi. h. 588.

[2] Diriwayatkan oleh Ibnu Mu`allim al Qurasyi dalam kitabnya Najm al Muhtadi Wa Rajm al Mu`tadi. h. 551.

[3] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Qadhi Najm al-Din dalam kitabnya Kifayah al-Nabih dan al-Imam Ibn
Mu`allim al-Qurasyi (W 725 H) didalam kitabnya Ibn Mu`allim al-Qurasyi dalam kitabnya Najm al-Muhtadi
Wa Rajm al-Mu`tadi.

[4] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit, al-Wasiyyah.

[5] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit, al-Fiqh al-Absat - dikumpulkan dalam Majmu` Rasa’il Abi Hanifah
dengan tahqiq al-Kawthari - , h. 12.

[6] Al- Imam Badr al-Din Muhammad bin Bahadar bin `Abdullah al- Zarkasyi, (t.t.), Tasynif al-Masami` Bi
Jam`ie al- Jawami` Li al-Tajjudin al-Subki, Beirut: Dar al-Kutub al-I`lmiyyah, j. 2, h. 249.. Dan juga diriwayatkan
oleh al-Imam Ibn Hamdan di dalam kitab Nihayah Al-Mubtadi’in, h. 30.

[7] Al-Shaykh al-`Allamah Kamal al-Din al-Bayadi Ibn al-Muhal al-Hanafi (t.t.), Syarh Fath al-Qadir pada bab
al-Imamah, (t.t.p), j. 1. h. 403.

[8] Diriwayatkan di dalam kitab al-Nawadir.

[9] Syeikh Nizham al-Hindi(t.t), Al-Fatawa Al-Hindiyyah, (t.tp): Cetakan Dar al-Shadir, j. 2, h. 259.

[10] Al-Imam Muhammad Ibn Badruddin Ibn Balban ad-Dimasyqi al-Hanbali(t.t), Mukhtashar al Ifadaat,
(t.tp): (t.p), h. 489

[11] Diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya “Raudhah al-Thalibin”, j. 10, h. 15.

[12] Diriwayatkan oleh al-Syeikh Salamah al-Qodho`i al-`Azami` al-Syafi`e di dalam kitabnya Furqan al
Quran,, h. 100.

[13] Al-Suyuti(t.t), al-Ashbah wan-Naza’ir fi Qawa`id wa-Furu` Fiqh al-Syafi`e, (t.tp): al-Maktabah al-
Tawfiqiyyah, h. 488.

[14] Al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakar (1998), al-Ashbah wa al-Naza’ir fi Qawa`id wa-Furu`
Fiqh al-Syafi`e, c-4, Beirut: al-Kutub al-Arabiy, h. 744. - lihat dalam Kitab al-Riddah -

[15] Ibn Hajar al-Haythami(t.t), al-Minhaj al-Qawim `ala al-Muqaddimah al-Hadramiyyah, Damsyik:
Mua’assasah `Ulum al-Qur’an, h. 224.
[16] Mulla `Ali al-Qari(t.t), Mirqat al-Mafatih Sharh Mishkat al-Masabih, Beirut: Dar al-Fikr, j. 3, h. 300.

[17] Al-Imam Muhammad ibn Badr al-din Ibn Balban al-Dimasyqi al-Hanbali(t.t), Mukhtashar al Ifadaat,
(t.tp): (t.p), h. 489.

[18] Ibid, h. 490.

You might also like