You are on page 1of 4

Inovasi:

Antara perkataan lain yang sering digandingkan dengan kreativiti adalah “ Inovasi”. Inovasi
secara umumnya alah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-
idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem
dan prosedur, kaedah, cara bekerja mahupun pengenalan kepada teknologi. Walaupun idea
dihasilkan melalui proses-proses tertentu seperti rekacipta, pembangunan, pengeluaran dan
sebagainya, ia akan menjadi suatu inovasi jika idea tersebut benar-benar dapat digunakan dan
dimanfaatkan. 

Natijahnya:
Menyelak kembali lembaran sejarah, tamadun dunia yang gah tidak akan wujud, berkekalan,
meningkat ataupun mengembang tanpa melibatkan pemikiran daya usaha baru dan pendekatan
yang terkini. Hasil daripada usaha ini pada umumnya boleh diintrepetasikan sebagai daya kreativiti
dan lanjutan daripada proses intrepetasi ini akan menghasilkan inovasi. Daya kreatif akan
membawa manusia untuk meneroka sesuatu benda yang baru , menghasilkan alat, perkakas,
mahupun idea yang baru yang secara tidak langsung meneruskan peningkatan dan hasil mutu
sesuatu kegiatan samada dalam bidang pendidikan, keusahawanan, perdagangan dan sebagainya. 

Sebenarnya, semenjak dilahirkan, manusia biasa berasaskan kepada naluri kemanusiaan sentiasa
berusaha untuk membuat sesuatu yang baru. Tanpa wujudnya pemikiran kreatif, minda seseorang
ataupun dalam contoh ini merujuk kepada kanak-kanak tidak akan berkembang kerana sentiasa
berada pada takuk yang sama dan akan cepat merasa bosan. Ini menunjukkan, naluri manusia
sentiasa ingin untuk mencuba dan memperolehi sesuatu yang lain atau lebih daripada apa yang
sedia kita miliki. Sesuatu yang belum ada selalunya lebih mencabar. 
Faktor Wujud Kreativiti:
Kreativiti wujud atas berapa faktor. Faktor yang pertamanya ialah kewujudan didalam satu
masyarakat, kumpulan atau individu yang merasa tidak puas hati kepada suatu keadaan yang sedia
ada. Bagi masyarakat tradisional, usaha menuju kearah kreatif adalah amat kurang kerana mereka
cepat berpuas hati dengan keadaan dan kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Rasa tidak puas
hati wujud akibat daripada banyak faktor termasuk persekitaran, persaingan, tekanan, dan juga
peluang-peluang yang ada. 

Faktor kedua yang boleh mencetuskan kreativiti ialah apabila berlaku sesuatu tekanan yang
melibatkan “Survival”. Sebagai contohnya, jika kita menyorot kembali lipatan sejarah Malaysia,
orang-orang Malaysia yang terdahulu mampu untuk mebuat tayar daripada getah asli pada zaman
pendudukan Jepun. Pada masa itu, keadaan hidup begitu mendesak untuk mendapatkan sesuatu
keperluan sehingga pada satu tahap memaksa pemikiran bagi menghasilkan produk ataupun
barangan yang tiada kepada ada. 

Faktor ketiga adalah persaingan ataupun “Competition”. Keadaan ini memerlukan seseorang


individu, mahupun sesuatu organisasi atau kumpulan masyarakat dapat mengekalkan kedudukan
utnutk berada pada satu tahap yang lebih baik, tinggi daripada orang lain ataupun sekurang-
kurangnya tidak ketinggalan. Dinegara ini, dimana rakyatnya ataupun penduduknya lebih
terkongkong ataupun tertutup maka daya kreatif itu adalah kurang jika ingin dibandingkan dengan
negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan ekonomi terbuka seperti negara Barat.
Penswastaan yang menggalakkan persaingan boleh mencetuskan daya kreatif. Contohnya adalah
seperti penswastaan televisyen milik kerajaan berikutan adanya saingan daripada stesen televisyen
swasta. 
Rasa tidak puas hati dalam diri akan mendorong manusia untuk mencari alternatif bagi mengatasi
sesuatu permasalahan ataupun keadaan yang dimiliki. Rasa tidak puas hati ini wujud kerana
mereka mengetahui ada sesuatu yang lebih baik atau timbulnya kesedaran diatas kekurangan dan
kelemahan yang terdapat pada diri mahupun barangan mereka. 

Menurut John Anorld, “Few ideas are in them selves practical. It is for want of imagination in
applying them, rather than incurringthem that they vail. The creative process does not end with an
idea but it only starts with a new ideas”. 

Secara keseluruhan, kreativiti adalah sebahagian proses yang terlibat dalam kehidupan manusia
sehari-harian. Proses ini melibatkan organ otak untuk berfikir serta membangun dan mendominasi
hidup kita setanding dengan kebijaksanaan pada setiap individu. Manakala Pemikiran kreatif adalah
pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat
penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan
dengan logik. 

Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan
yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan
berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea
atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves
escaping from stuckness and opening up possibilities”. 
Di dalam dunia yang terbuka dan terdedah, juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan, begitu
cepat setap organisasi dan masyarakat tidak akan mampu untuk tampil kedepan untuk lebih maju
kehadapan jika tidak menampilkan kreativiti yang ada dalam diri serta usaha yang tekun.
Walaubagaimanapun, tidak semua usaha kreatif boleh membawa kepada kebaikan kerana perkara
yang mendatangkan keburukan juga merupakan satu usaha yang kreatif. Oleh itu, setiap usaha
kreatif perlulah bertapak kepada nilai dan etika yang murni untuk manfaat kita bersama. 

Secara keseluruhan, kreativiti adalah sebahagian proses yang terlibat dalam kehidupan manusia
sehari-harian. Proses ini melibatkan organ otak untuk berfikir serta membangun dan mendominasi
hidup kita setanding dengan kebijaksanaan pada setiap individu. Manakala Pemikiran kreatif adalah
pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat
penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan
dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan
pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang
itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi
mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah. 

anuarena.blogspot.com/2010/12/idea-kreativiti-dan-inovasi.html

9.39pm selasa 25/01/2011

You might also like