You are on page 1of 3

1.

Teori

Teori bermaksud proposisi atau himpunan proposisi yang saling berkaitan yang bertujuan
untuk menghuraikan fenomena sosial tertentu. Teori memberi penyelidik haluan dalam usaha
penyelidikannya. Teori menolong penyelidik membuat pilihan terhadap
angkubah/pembolehubah yang wujud dalam alamnyata yang difikirkan ada kaitan dengan
masalah yang dikaji. Teori adalah alat untuk menerangkan dan mentafsirkan data kerana data
tidak boleh bertutur dengan sendirinya.

2. Konsep

Konsep bermaksud imej mental atau tanggapan. Ia merupakan satu gagasan idea yang
abstrak untuk dijadikan dasar dalam membina atau melakukan sesuatu perkara.

3. Hipotesis

Hipotesis merupakan sesuatu ramalan yang lebih spesifik, logikal lagi munasabah.
Beberapa hipotesis dapat dihasilkan melalui satu permasalahan kecil. Sesuatu itu mungkin
berpunca daripada pengetahuan umum yang boleh diuji. Ia juga boleh berpunca daripada
penemuan atau hasil penyelidikan-penyelidikan lagi yang masih lain perlu diuji untuk
mempertingkatkan tahap keyakinan dan penerimaan mengenai pengetahuan berkenaan.

4. Data Primari

Data primari ialah kaedah pengamatan (observation). Data primari merupakan data-data
yang diperolehi secara langsung daripada ‘kejadian’ sosial sebenar. Antara teknik yang selalu
digunakan untuk mendapatkan data primer adalah seperti soal selidik, temubual, dan partisipasi.

5. Data Sekunder

Data sekunder pula merupakan maklumat-maklumat daripada bahan sedia ada dan boleh
diperolehi melalui rujukan perpustakaan. Ia melibatkan kajian-kajian teks, dokumen, kertas
kerja, mikro filem, media massa, dan sebagainya.

6. Kajian Luar

Kajian luar ialah strategi yang paling sesuai bagi penyelidikan yang bertujuan untuk
menerokai(explore) sesuatu bidang kajian. Kajian luar membolehkan strategi yang membolehkan
penyelidik mendekati sesuatu masalah penyelidikan dengan bebas(iaitu tanpa soalan-soalan
penyelidikan tertentu) dan terbuka (penyelidikan sebanyak aspek yang boleh) dan menekan
aspek-aspek yang dianggapkan lebih penting dan bermakna.
Kajian luar merupakan strategi yang paling sesuai jika penyelidikan anda bertujuan untuk
menerokai atau menggambarkan sesuatu bidang kajian yang belum pernah disentuhi oleh
penyelidik lain.

7. Pendekatan Induktif

Pendekatan Induktif ialah penalaran dari kes khusus kepada kesimpulan atau rumusan
umum. Ia bermula dengan pengamatan yang khusus dan kemudian membuat kesimpulan (khusus
– umum).

8. Pendekatan Deduktif

Pendekatan Deduktif bermaksud penalaran dari kesimpulan atau rumusan umum ke kes-
kes khusus. Deduktif bermula dengan suatu pernyataan atau premis umum dan berakhir dengan
kesimpulan khusus.

9. Data Kualitatif

Data kualitatif boleh memberikan huraian yang jelas dan penjelasan yang menunjukkan aliran
kronologis peristiwa serta selalu memberikan (peluang) penemuan yang lebih baik. Data
kualitatif biasanya dikumpul melalui pemerhatian, temu duga, soal selidik dan analisis dokumen.

10. Data Kuantitatif

11. Analisis Deskriptif

12. Analisis Inferensi

13. Pembolehubah

Pembolehubah merujuk kepada angkubah yang digunakan oleh saintis dan penyelidik
sebagai sinonim bagi konstruk atau projek uang sedang dikaji. Ia merupakan konsep asas dan
penting dalam proses penyelidikan. Pembolehubah boleh dikatan apa sahaja yang boleh
mengambil nilai atau menerima perbezaan atau kepelbagaian.

14. Literatur Review – Sorotan Literatur

15. Bibiliografi

You might also like