You are on page 1of 21

Falsafah Pendidikan

Kebangsaan(FPK)
Elemen Dalam FPK
1. Pendidikan suatu usaha berterusan
• Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran
dan nilai murni.

• Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula


dari kecil sehingga ke akhir hayat.

• Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah


kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam
tahun.Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan
ilmu, kemahiran dan akhlak mereka.

• Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri


dengan pelbagai perubahan.
2.Perkembangan potensi individu
• Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi
dan kebolehan yang mungkin terpendam.

• Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil,


dipupuk dan dikembangkan dan dipertingkatkan.

• Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi


sosial dengan orang lain dan alam sekeliling.

• Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk


berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka.
3.Perkembangan individu secara menyeluruh dan
bersepadu

• Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh


dikembangkan secara berasingan, sebaliknya
dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan
pertentangan antara satu sama lain.

• Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya


merangkumi 4 aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
4.Insan yang seimbang dan harmonis
• Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang
baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak
yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani).

• Keseimbangan antara keepat-empat aspek di atas akan


menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis
dengan diri dan orang lain.

• Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi


segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua
masalah yang timbul.
5.Unsur intelek
• Mempunyai kemahiran asas 3M; membaca, mengira
dan menulis.
• Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang
ilmu yang benar.
• Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan
reflektif.
• Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan
persekitaran (menyebarluaskan ilmu).
6.Unsur rohani

• Menyedari dan percaya kepada Tuhan.


• Bersyukur dengan pemberian Tuhan.
• Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-
nilai murni.
7.Unsur emosi

• Mempunyai emosi yang matang dan stabil.


• Memiliki dan memupuk perasaan kasih
sayang.
• Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.
8.Unsur jasmani

• Menyedari tentang kepentingan kesihatan


fizikal.
• Mengembangkan bakat dan kemahiran
teknikal, manipulatif dan sosial.
• Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal
untuk memanfaatkan masyarakat
9.Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

• Mengakui tentang kewujudan Tuhan.


• Mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam.
• Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam
merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan.
• Menyedari bahawa individu bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya.
• Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.
10.Rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan
• Mencintai ilmu pengetahuan.
• Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya
membaca.
• Mempunyai fikiran luas dan terbuka.
• Sentiasa berusaha menambah ilmu
pengetahuan.
11.Rakyat Malaysia yang berketrampilan

• Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.

• Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan


sempurna.

• Berpandangan jauh dan berinisiatif.


12.Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

• Mempunyai perwatakan diri yang baik.

• Mengamalkan perlakuan baik dan


mengelakakan perbuatan buruk.

• Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral


sebagai prinsip hidup.
13.Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

• Boleh dipercayai.
• Menjalankan tugas dengan amanah, bersih
dan cekap.
• Mematuhi peraturan dan undang-undang
negara.
• Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga,
masyarakat, agama, bangsa dan negara.
14.Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai
kesejahteraan diri
• Berfikiran waras dan berjiwa tenang.

• daya ketahanan yang kuat untuk


menghadapi cabaran hidup.
15.Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

• Mengekalkan kestabilan politik dan keamanan


negara.
• Memupuk semangat
kerjasama,kekitaan,perpaduan,toleransi dan
hormat.
• Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara.
• Mempertahankan maruah
diri,profesion,agama,bangsa dan negara.
16.Berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri
• Mempunyai daya tahan fizikal dan mental
yang tinggi.
• Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku
hidup.
17.Sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

• Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan


hidup.
• Memupuk persefahaman keluarga.
• Mematuhi norma masyarakat.
• Cintakan negara.
Falsafah Pendidikan Guru(FPG)
• Falsafah Pendidikan Guru yang dinyatakan
berikut akan menentukan arah haluan,asas
dan sumber inspirasi kepada matlamat dan
pendidikan guru:
“Guru yang berpekerti mulia,berpandangan
progresif dan saintifik,bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara,menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu,demokratik,progresif dan disiplin.”

You might also like