You are on page 1of 2

Nikah mut'ah

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

nikah mut'ah (Arab: ‫ نكاح المتعة‬nikāḥ al-mut'aṯ, harfiah: perkahwinan[1]  untuk keseronokan[2]),


atau sigheh, adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut Mazhab Syiah, adalah
perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai.
Ia adalah bentuk kedua perkahwinan Islam seperti dalam al-Quran (4:24):

Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya
yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas
kamu dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk
kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana
perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah
kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) dan
tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri),
sesudah ditetapkan mas kahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Walau bagaimanapun, ia dinyatakan sebagai haram oleh pihak ahli Sunnah wal-Jamaah. Bab ini


yang paling diperdebatkan dalam bidang fiqh; ahli Sunnah dan Syiah masing-masing memegang
pendapat yang berbeza tentang keizinan untuk perkahwinan ini. Mut’ah dalam Syiah lebih banyak
berpunca dari ajaran Majusi yang mengajarkan fahaman "seks bebas" di kalangan penganut-
penganutnya. Walau bagaimanapun, Syiah meriwayatkan bahawa Imam Ar Ridha (Imam yang ke-8
Syiah) menyatakan bahawa Mut’ah itu tidak halal kecuali kepada orang yang mengertinya iaitu haram
kepada orang yang jahil tentangnya. [3]

[sunting]Menjalankan mut'ah
Mut’ah boleh terjadi dengan cara;

1. Tanpa wali, saksi dan perisytiharan.[4]


2. Di mana-mana sahaja di antara seorang lelaki dan seorang perempuan.
3. Dengan perempuan Yahudi, Nasrani dan perempuan pelacur sekalipun.[5]
4. Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan itu bersuami atau tidak. [6]
5. Dengan perempuan dalam lingkungan umur yang tidak tertipu iaitu 10 tahun. [7]
6. Dengan bayaran mas kahwin yang tidak terlalu besar, hanya memadai dengan segenggam
gandum atau segenggam makanan atau buah tamar atau satu dirham bahkan kurang lagi
dari satu dirham.[8]
7. Dengan perempuan tanpa had. Ia tidak terbatas kepada empat orang sahaja. [9]
8. Untuk jangkamasa tertentu seperti 2 tahun, 2 bulan, sebulan, seminggu atau sehari. [10]
9. Dengan seseorang perempuan beberapa kali. Perempuan itu tidak haram kepadaa lelaki
yang telah melakukan melakukan mut’ah dengannya walaupun beberapa pada kali yang ke-
3 bahkan pada kali yang ke-1000 sekalipun.[11]
10. Dengan bayaran maskahwin secara ansuran dan tidak memberi sebahagian daripada
maskahwin mengikut keadaan hari atau masa keengganan perempuan bergaul dengan lelaki
yang mengadakan aqad mut’ah dengannya. Misalnya mereka mengadakan akad mut’ah
untuk 10 hari dan menentukan maskahwinnya sebanyak RM 100.00 tetapi si lelaki bimbang
perempuan yang dia lakukan mut’ah dengannya itu tidak akan memenuhi tempoh yang
dipersetujui itu maka bolehlah ia mengaqad mut’ah dengan bayaran maskahwinnya secara
beransur-ansur. Jadi jika perempuan itu hanya memenuhi kepuasan lelaki tersebut selama 5
hari sahaja, maka lelaki itu perlu membayar RM 50.00 sahaja. [12]

Apa pendapat islam tentang nikah mut’ah?


Jawab: nikah mut’ah adalah haram dan bathil jika terjadi berdasarkan hadits yang diriwayatkan Al-Bukhari dan
Muslim Rahimahumallah dari Ali bin Abi Thalib Radhiallahu ‘anhu. Al-Bukhari dalam Kitab Al-Hiyal (6560) dan
Muslim dalam kitab An-Nikah (1407), juga terdapat dalam Sunan Tirmidzi dalam kitab An-Nikah (1121), Sunan
An-Nasa’i dalam kitab Ash-Shaid wa Adz-Dzaba’ih (4334), Sunan Ibnu Majah dalam kitab An-Nikah (1961),
Musnad Ahmad bin Hanbal (1/79), Muwaththa’ Malik dalam kitab An-Nikah (1151), Sunan Ad-Darimi dalam kitab
¬An-Nikah (2197),“Bahwasanya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam melarang jenis pernikahan mut’ah
dan (melarang) memakan daging keledai Ahliyah pada hari Khaibar.”
Dalam riwayat Malik 2/542, Ahmad (1/79, 103, 142), Al-Bukhari (5/78, 6/129, 2 30, 8/61), Muslim (2/1027, 1028
no.1407), Tirmidzi (3/430, 4/254, no.1121, 1794), An-Nasa’I, (6/125-126, 7/202, 203, no.3365,3367,4335,4336),
Ibnu Majah (1/630, no.1961), Ad-Darimi (2/86, 140), Abdurrazzaq (7/501-502, no.14032), Abu Ya’la (1/434,
no.576), Ibnu Hibban (9/450,453, no.4143,4145), dan Al-Baihaqi (7/201,202) “Beliau melarang dari jenis
mut’atun nisaa’ (menikahi wanita dengan cara mut’ah) pada hari Khaibar.”
Imam Al-Khattabi berkata, “Pengharaman nikah mut’ah berdasarkan ijma’, kecuali sebagian syi’ah dan tidak sah
qa’idah mereka yang menyatakan untuk ‘mengembalikan perselisihan kepada Ali’, padahal telah shahih dari Ali
pendapatnya bahwa nikah mut’ah telah dihapus hukumnya.”
Imam Al-Baihaqi menukilkan dari Ja’far bin Muhammad (Al-Baqir) bahwa beliau pernah ditanya tentang nikah
mut’ah maka beliau menjawab, “itu adalah perbuatan zina.”
Demikian pula imam Muslim meriwayatkan sebuah hadits dalam kitab Shahihnya dari Sabrah bin Ma’bad Al-
Juhani dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bahwa beliau bersabda. Lafazh hadits (yang akan disebutkan ini)
juga diriwayatkan Ahmad 2/405-406, Muslim 2/1025, no.1406. Ibnu Majah 2/631, no.1962, Ad-Darimi 2/140,
Abdurrazaq 7/504, no.14041, Ibnu Abi Syaibah 4/292, Abu Ya’la 2/238 no.939, Ibnu Hibban 9/454-455 no.4147,
dan Al-Baihaqi 7/203. “Sungguh! Aku dahulu mengijinkan kalian untuk melakukan mut’ah dengan wanita.
(Ketauhilah!) sesungguhnya Allah telah mengharamkannya sampai hari kiamat. Barangsiapa yang masih
melakukannya hendaklah meninggalkannya dan jangan mengambil sesuatu yang telah ia berikan
kepadanya (wanita yang dia mut’ahi).”

You might also like