Professional Documents
Culture Documents
"Saya ingin menjelaskan di sini bahwa sesungguhnya fardhu kifayah juga mempunyai beberapa
tingkatan. Ada fardhu kifayah
yang cukup hanya dilakukan oleh beberapa orang saja, dan ada pula fardhu kifayah yang
dilakukan oleh orang banyak. Ada pula
fardhu-fardhu kifayah yang tidak begitu banyak orang yang telah melakukannya, bahkan tidak
ada seorangpun yang
melakukannya." Fiqh Prioritas, Yusuf Qardhawi
Source: http://mindarakyat_2.tripod.com/2001feb/i2001-0495.htm
Menurut Ilmu Usul Fiqh, fardu ain atau dikenali juga dengan wajib ‘aini ditakrifkan sebagai
perbuatan yang wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang mukallaf seperti sembahyang lima waktu
dan sebagainya (A. Hanafi M.A., Usul Fiqh). Dari definasi tersebut dapatlah difahamkan bahawa
fardu ain adalah pekerjaan yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam dalam keadaan individu
Muslim itu cukup syarat-syaratnya seperti berakal, baligh dan sebagainya.
Seseorang Muslim yang meninggalkan kewajiban ini menyebabkan dia menanggung dosa besar
di samping mengurangkan ciri-ciri kesempurnaan keislaman ke atas dirinya. Dalam erti kata
yang lebih singkat, fardu ain adalah kewajiban bagi setiap individu Muslim.
Sementara itu fardu kifayah ditafsirkan sebagai “perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang
atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila
telah dilakukan maka hilanglah tuntutan kewajiban itu terhadap orang lain. Tetapi apabila tidak
ada seseorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa, seperti mendirikan tempat
beribadat, rumah sakit, menyembahyangkan mayat dan sebagainya(A. Hanafi M.A., Ibid).
Di sini kita juga dapat melihat bahawa perbezaan yang ketara di antara dua kewajiban ini ialah
fardu ain wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim yang mukallaf, manakala fardu kifayah
hanyalah wajib dikerjakan oleh seseorang atau sekumpulan orang sahaja.
Perbezaan yang lain adalah fardu ain merupakan kewajiban yang merupakan ibadat-ibadat yang
khusus dan fardu kifayah pula adalah kerja-kerja yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan
kenegaraan.
Dari huraian di atas dapatlah difahamkan bahawa fardu ain adalah kerja-kerja seorang Muslim
yang lebih berhubungan dengan Khaliknya dan fardu kifayah pula bersifat kemaslahatan dan
kepentingan umat Islam yang lebih berhubungan dengan makhluk di sekitarnya
http://mhamzah.multiply.com/reviews/item/28